CHAP 23

Romance Series 74213

Anya hanya diam merenung ke luar. Dia sekarang berada di bilik yang dihias cantik. Pengantin Baharu, namun baginya tiada apa yang ingin diraikan. Zahin dan Becky bermalam di sini. Sedikit kedengaran keluhan dari bibir Anya. "Isteri?" Gelaran yang dia tidak pernah impikan kepada seorang lelaki kepada Bahr Malik.

"Sayang.." sentuhan di bahunya buatkan Anya terkejut. "Tak payah sentuhlah. Awak nak apa?" kasar suara Anya. Bahr hanya senyum, pakaian baju putih, kain pelikat dan kopiah di kepalanya. Serius, dia tidak pernah melihat Bahr begitu, seakan dia sudah bersedia menjadi seorang suami. "Takdelah.. semua kat bawah cari sayang. Becky tu pula tunggu kawan baik dia nak makan bersama.. ke sayang risau pasal Zahin, ahh.. sayang kena lupakan dia. Sebab, Abang dah jadi suami sayang." kata Bahr.

"Serius Bahr! Saya suruh awak bagitahu sebab awak kahwin dengan saya, satu apa pun awak tak bagitahu. Dan, awak sanggup guna taktik kotor awak lingkupkan syarikat Zahin sebab saya, awak ni kenapa arrghh?" marah Anya.

"Dan, tengoklah dia pilih siapa sekarang, sayang. Syarikat dia.. berbanding sayang." manis sahaja muka Bahr. "Tu sebab awak bagi dia tiada pilihan! Awak paksa dia!" jerit Anya lagi. "Habistu, mana awak nak letak Sherry, don't you think you become so unfair? Dan, saya tanya sekali lagi, kenapa awak kahwin saya?!" naik turun nafas Anya menahan marah.

Bahr membekukan wajahnya dia mendekati Anya, Anya sedikit gerun sedikit dia terundur di dinding, rapat tubuh mereka sekarang. Helaan nafas milik Bahr menampar pipi Anya. "Hormat suami awak, Anya Inayla. Walaupun tak ada cinta di hati awak, tapi.. hormat saya sebagai suami awak. Ingat, saya bukan buat perkara tak elok berkhawin dengan awak, saya tak paksa awak dengan cara yang kejam. Saya jumpa ibu bapa awak. Sepatutnya, awak kena bersyukur." bisik Bahr.

Diam Anya. "Dah, jom makan.. ramai dah tunggu sayang tu." kata Bahr menarik tangan Anya. "Awak dah ingat semuanya ke?" soal Anya, perlahan. "Belum.." ringkas kata Bahr. "Habistu, kenapa awak kahwin dengan saya?" soal Anya.

"Abang ikut kata hati Abang." tu sahaja ayat Bahr membuatkan Anya terdiam.
***
"Maafkan saya Anya. Yelah, sepatutnya kita suami isteri.. tapi, saya yakin semua ini ada hikmahnya, maaf.. saya terpaksa memilih syarikat saya berbanding awak. Syarikat itu lebih bermakna dalam diri saya, perusahaan arwah ayah saya. Mungkin perasaan sayang saya tidak mencukupi kepada awak." terang Zahin.

Anya hanya dipeluk oleh Becky, entah Anya mahu menangis ataupun tidak. Kejujuran Zahin dan permainan Bahr buatkan dia sakit hati. "Kalau Bahr tak guna tu ugut awak, benda ni tak jadi macam ni." tu sahaja yang terluah dari mulut Anya, lemah.

"Anya.. aku bukannya nak backup Abang Bahr tau, tapi.. kau tak boleh panggil dia nacam tu, dia dah jadi suami kau." nasihat Becky. "Suami? Suami yang aku tak nak?!" marah Anya lagi. "Aku bukan nak masuk campur, tapi.. apakata kau ingat balik memori-memori kau dengan Abang Bahr, anggap je perkara ini tak berlaku. Boleh?" soal Becky.

"Kau cakap senang lah. Ni, kau rasa Sherry macam mana?" soal Anya. Becky hanya diam. Mereka terlupa Sherry juga akan menjadi mangsa akibat perbuatan Bahr secara tiba-tiba. "Kalaupun Sherry mengamuk, aku tak rasa yang Abang Bahr akan berdiam diri." senyum Becky penuh makna.
***
"Tak membazir ke buat majlis dekat hotel, Bahr? Lagipun, segan kami.. Kami ni orang kampung." kata Ayah Anya. "Ayah.. sekarang ni Bahr dah anggap Ayah macam Ayah Bahr, elok lah tu buat dekat hotel. Lagipun, bukan calang-calang Anya tu, pereka fesyen terkenal." kata Bahr.

"Saya tak nak! Saya dah cukup majlis pagi tadi, saya takda duit!" tinggi suara Anya, Becky dan Zahin di belakang Anya terkejut dengan perubahan Anya. Memang memberontak.

"Anya.. jangan tinggikan suara depan suami kamu." tegas Ayah Anya, namun tidak pedulikan oleh Anya. "Saya takda duit nak bayar majlis tu, macam yang awak cakap. Kita tak sama status, buat apa susah-susah nak buat majlis besar-besaran, awak ingat saya hadap ke nak majlis besar-besar arghh? Awak ingat saya nak sangat ke kahwin dengan awak? Awak dah berkomplot dengan kedua ibu bapa saya kan? Kali ni, apa awak ugut ayah saya?" pekik Anya.

Mengucap panjang Ibu Anya. Ayah Anya meluru ke tempat Anya terus menampar pipi Anya. Anya memegang pipinya. "Ayah tak pernah ajar Anya kurang ajar dengan orang, Ayah tak pernah didik anak Ayah biadap dengan suami sendiri. Ayah sayangkan anak ayah." kata Ayahnya sambil mengusap pipi anaknya. "Maafkan Ayah atas keterlanjuran sikap Ayah, tapi anak Ayah, berdamailah dengan takdir.. pasti ada hikmahnya. Tolong jaga air muka suami kamu." nasihat Ayahnya.

Anya menangis. "Semuanya tak sayang Anya! Anya jadi mangsa dalam situasi ini, semua tak nak dengar cakap Anya! Cuba satu kali ni, tolong dengar isi hati Anya. Anya juga mangsa. Tapi, semua sebelahkan Bahr!" bentak Anya terus masuk ke dalam bilik.

"Maafkan Ayah, Bahr." tu sahaja yang terluah oleh Ayahnya. "Saya maafkan Ayah, tapi.. selepas ni, tolong jangan tampar isteri saya lagi. Saya tak sanggup nak tengok." kata Bahr terus berlalu ke dapur untuk mencari kotak first-aid.
***
Anya menangis tersedu-sedan sehingga dirinya tidak sedar dia tertidur, mungkin penat dengan semua ini. Becky, Zahin, dan Bahr berada di luar bilik. "Bahr.. aku ikhlaskan kau kahwin dengan dia. Tapi, tolong.. berlembutlah dengan dia ye. Dia masih terkejut lagi tu." kata Zahin. Bahr hanya tersenyum. "Becky harap..Abang Bahr boleh jadi suami yang terbaik kepada Anya, Becky harap sangat Abang dapat ingat semula memori Abang dahulu." kata Becky.

Bahr hanya tersenyum, "korang rehatlah.. Aku masuk dalam dulu." kata Bahr. Bahr melihat Anya tertidur di katil miliknya. Dia melihat wajah Anya yang merah, dia tahu.. Anya baharu sahaja menangis. Bahr menyapu sedikit ubat di hujung bibir Anya yang sedikit luka akibat tamparan Ayahnya, sambil meniup luka tersebut, agar lena Anya tidak terganggu.

"Tidurlah sayang.. I love you, my wife." kata Bahr sambil mencium dahi dan pipi Anya. Bahr mencapai bantal dan kain pelikat miliknya untuk dijadikan alas agar dia boleh tidur di lantai. Tidur satu katil dengan Anya? Dia juga gerun dan takut walaupun dia ada hak itu.
***
Anya terbangun, sekelilingnya gelap. Anya mencapai telefonnya di tepi meja. Jam 5:45 pagi, nasib dia belum terbabas untuk bangun Subuh. Anya mengeliat sedikit. Sedang dia ingin berjalan menghidupkan suis lampu, tidak semena-mena dia terpijak kain yang licin dan mendarat kemas di atas badan seseorang.

"Ahhh!" terkejut Anya. Namun tangan seseorang melingkari pinggang, pegangan yang sangat kuat. "Good morning sayang." bisik Bahr dan mencium dahi milik Anya. Namun, Bahr perasan, dia bukannya mencium dahi.. tetapi..

"Arghhhhhh!!!" jerit Anya. Bahr hanya tersenyum, "our first kiss." bisik Bahr dalam hatinya dan dia tersenyum, dibiarkan Anya menjerit.

sorry lambat update. agak sibuk dengan kerja hakiki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience