MAB 35: THE DAY HAS COME

Romance Completed 902422

SEHINGGA menjelangnya majlis pernikahan Zahran dan Arianna, mereka tidak dapat merungkai siapa teman wanita Aaron. Aaron juga tidak memberi jawapan pasti apabila ditanya. Hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Puas juga Seelan dan Zahrin cuba mengorek rahsia, namun tetap gagal mendapat jawapan. Mereka akhirnya malas memaksa. Jika benar, Aaron sudah ada seseorang dalam hatinya, mereka turut gembira.

Aaron nampak benar-benar sudah melepaskan Arianna dari hatinya. Buktinya, dia tidak mengasingkan diri daripada persiapan pernikahan Zahran dan Arianna. Bermula dari merancang parti bujang, sehinggalah menemani Zahran mencuba persalinan, dia tidak terlepas satu momen pun untuk majlis itu. Malah, dia menawarkan diri untuk menjadi ‘best man’ Zahran.

“No harm,” ujarnya. “Aku tak nak sesiapa mengata kawan baik aku rampas tunang aku. I will be your best man, to prove to everyone that…Aku betul-betul dah lepaskan Arianna. No hatred, no revenge.”

Kelu Zahran, tidak tahu harus berkata apa. Sungguh, dia tidak tahu hati jenis apa yang dimiliki Aaron sehingga dia begitu tegar.

“Sekarang kau betul-betul buat aku rasa bersalah.”

“Yes, that’s my intention,” ujarnya, membuat dia dan Zahran sama-sama tertawa.

“Thanks bro,” ujar Zahran.

“It was the least I could do to my best friend.”

.
. .

Majlis pernikahan Zahran dan Arianna diadakan dalam suasana mewah dan elegan dengan bertemakan bunga ros putih. Majlis akad nikah diadakan Villa Seroja dan majlis resepsi di Hotel Imperial. Hanya majlis tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat tanpa mengundang wartawan.

Arianna melihat wajahnya di cermin. Aura wajahnya sudah cukup untuk menggambarkan suasana hatinya hari ini. Akhirnya dia bakal disatukan dengan lelaki pilihannya. Ya, lelaki pilihannya. Bukan lelaki pilihan keluarganya. Walaupun melayan karenah Zahran agak memeningkan, tetapi dia entah mengapa, dia tetap mencintai lelaki itu. Manakan tidak, lebih lima kali rekaan gaunnya ditukar kerana Zahran tidak bersetuju. Terlalu terdedahlah, terlalu sendatlah, terlalu saratlah. Belum lagi termasuk sesi merasa hidangan dan memilih kek. Ada sahaja yang tidak kena. Bukan hanya dia, mommy dan ibu Zahran juga pening. Baru dia tahu betapa cerewet bakal suaminya itu.

“Ari, you look radiant and stunning,” ujar Amber sambil membetulkan veil di kepala Arianna.

“Thank you.”

“You’re both lucky to have each other,” ujar Amber.

“I know.”

“I’m happy for you. You finally married the man you love.”

“Yeah.” Arianna tersenyum, masih menatap dirinya melalui cermin. Kurung moden berwarna putih, membalut tubuh tinggi lampainya dengan sempurna. Ya, setelah ditukar rekaannya beberapa kali oleh Zahran. Rambutnya disanggul sebelum veil putih menutupi kepalanya.

Ketika dia masih asyik meneliti dirinya melalui cermin, pintu bilik tiba-tiba dibuka membuat dia dan Amber serentak menoleh. Melihat Datuk Eric dan Datin Michelle melangkah masuk, Amber segera meminta diri. Kacak daddynya dengan baju melayu berwarna ungu lembut lengkap bersamping. Mommynya pula mengenakan kurung moden dengan warna yang sama.

“Awwh..look at you. You’re so beautiful..” ujar Datin Michelle lalu memeluk anaknya itu.

Arianna membalas pelukan mommnya. “Thank you, mommy.”

Meleraikan pelukannya, Datin Michelle menyeka air mata yang bertakung di pelupuk mata dengan hujung jari. Tidak dapat menahan sebak kerana Arianna akhirnya akan berkahwin dan menjadi milik suaminya.

“Michelle, this is a wedding, not a funeral.” Datuk Eric berseloroh.

Arianna hanya tersenyum dengan seloroh daddynya itu.

“I know. I just can’t help it. She’s getting married,” balas Datin Michelle sebak.

“Arianna, we love you so much and we’re happy for you,” ujar Dato’ Eric.

“I love you both too.”

“Finally the day has come. A man will take you from us and this is really a nightmare.” Kali ini Dato’ Eric pula yang beremosi. Beberapa minggu ini dia tidak dapat tidur memikirkan Arianna yang akan berkahwin dan menjadi milik Zahran. Arianna bukan lagi miliknya sepenuhnya. Beberapa minit lagi Arianna akan menjadi isteri Zahran dan perlu taat kepada suaminya itu. Ya, dia yakin Arianna akan menjadi isteri yang baik dan taat seperti mommynya, tetapi itu juga yang membimbangkannya. Dia takut jika Arianna terlalu mencintai, sehingga merelakan dirinya disakiti. Namun, apabila memikirkan bakal menantunya adalah Zahran, yang datang daripada didikan keluarga yang sempurna, ketakutannya akan sirna sementara. Tetapi saat teringat Arianna akan meninggalkan rumahnya dan tinggal bersama Zahran, dia jadi sedih semula. Entah sampai bila dia harus menanggung kecelaruan emosi seperti ini.

“Daddy…” Maju beberapa langkah, Arianna memeluk erat daddynya itu.

Datuk Eric membalas pelukan Arianna. Dapat dia rasa usapan lembut Arianna pada belakangnya, membuat dia jadi sedikit tenang.

“I’m still your daughter..and will always be your daughter,” ujar Arianna.

Dato’ Eric tersenyum. Meleraikan pelukan, pipi Arianna diusap lembut. Anaknya itu kelihatan sungguh cantik hari ini. Zahran bertuah dapat memilikinya.

“Arianna Chan Xiao Ling.” Dia menggumam nama anaknya itu.

“Yes.” Arianna menjawab dengan mata berkaca. Dia tidak menukar namanya selepas memeluk agama Islam. Tetap menggunakan nama yang diberikan daddynya setelah meminta pendapat daripada beberapa orang yang arif tentang agama. Namanya tidak membawa maksud yang bertentangan dengan Islam, maka dia diperbolehkan menggunakan nama itu tanpa perlu menukarnya. Daddy langsung tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya saat dia memberitahu tentang itu. Ya, nama itu memberi makna besar kepada daddy dan mommy. Nama yang mereka beri yang terkandung cerita tentang kelahirannya.

“I pray for your happiness,” ujar Datuk Eric.

“Thank you, daddy.” Arianna menjawab sebak. Bergetar bibirnya menahan tangis.

“Don’t cry…” ujar Datuk Eric. Air mata Arianna diseka dengan ibu jarinya.

“You’re the one who made me cry.”

Datuk Eric tertawa. “I’m sorry.”

Arianna berusaha meneutralkan semula emosinya. Menggunakan tisu, air mata yang jatuh, diseka perlahan, bimbang merosakkan solekan pada wajahnya. Dia mahu kelihatan sempurna di hari bahagianya dan Zahran, tanpa ada cacat dan cela.

Drama keluarga itu terganggu apabila Amber masuk dan memberitahu jurunikah sudah sampai dan majlis akan bermula sebentar lagi. Bersama lima orang pengapit yang lain, Amber membantu merapikan penampilan Arianna sebelum turun untuk majlis akad nikah.

Megarahkan Arianna duduk di birai katil, dia bertinggung, membantu menyarungkan kasut ke kaki Arianna.

“Now you look perfect,” ujarnya.

Datin Michelle mengiringi Arianna turun ke ruang utama untuk majlis akad nikah, diikuti oleh enam orang pengapitnya. Beberapa orang jurukamera yang telah diupah sibuk mengambil gambar Arianna dari pelbagai sudut. Dengan senyum yang surut dari bibirnya, Arianna mengatur langkah menuruni tangga. Tertib dan ayu, persis seorang puteri.

Zahran yang sudah bersedia di bawah, memandang Arianna yang sedang melangkah menuruni tangga. Debaran jantungnya mula menjadi tidak tentu arah apabila melihat bakal isterinya itu yang begitu berseri dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Hanya satu kata untuk menggambarkan Arianna ketika ini. Cantik. Bagaikan mimpi, Arianna akan menjadi isterinya sebentar lagi. Sesuatu yang dia rasakan hampir mustahil suatu ketika dulu, akhirnya akan menjadi kenyataan.

Saat mata mereka bertatapan, Arianna menghadiahkan sebuah senyuman yang langsung dibalas olehnya. Zahran tidak tahu bagaimana rupa senyumannya itu kerana dia terlalu gugup.

Selepas Arianna mengambil tempat duduk di pelamin yang dihias dengan ribuan kuntuman ros putih segar, majlis dimulakan dengan bacaan khutbah nikah.

Namun sebelum memulakan khutbah, jurunikah bertanya beberapa soalan kepada Zahran.

“Niat mandi wajib tahu?”

Terdengar tawa beberapa tetamu sebaik soalan itu diajukan.

“Tahu. Yang kat pelamin belakang tu tak tahu,” jawab Zahran.

Gamat ruang itu dengan tawa tetamu apabila mendengar jawapan Zahran. Entah dia serius atau bergurau, kerana wajahnya datar sahaja.

“Kalau isteri tak tahu, suami kena ajarkan. Cuba baca niat mandi wajib.” Bukan berniat mengaibkan, namun itu adalah tanggungjawabnya bagi memastikan mempelai yang dinikahkan mengetahui perkara asas itu.

“Nawaitu rof’al hadathil akbari lillahi taala.”

Zahrin menepuk-nepuk belakang Zahran dengan senyum bangga, membuat Zahran menjeling sebal.

“Lancar, bro,” bisik Zahrin sambil mengangkat satu ibu jarinya tanda bagus.

“Alhamdulillah,” ujar jurunikah itu, sebelum menerangkan secara ringkas tatacara mandi wajib dan bertanya soalan-soalan lain pula berkaitan solat lima waktu, dan rukun solat. Malah, Zahran juga diminta membaca dua surah lazim sebelum bacaan khutbah nikah dimulakan.

Tersenyum Arianna mendengar suara Zahran membaca Surah Al-Kafirun dan surah Al-‘Adiyat. Entah mengapa suara Zahran saat mengalunkan ayat suci itu terdengar begitu indah di telinganya.

Setelah selesai, barulah jurunikah memulakan bacaan khutbah nikah.

“Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, yang telah mempertemukan kita semua pada majlis yang mulia ini. Selanjutnya, perkenankanlah kami menyampaikan beberapa nasihat, untuk melengkapi dan menyempurnakan momen yang berbahagia ini, terutama bagi mempelai berdua. Pernikahan bagi kehidupan pasangan hidup manusia, merupakan salah satu amal ibadah kepada Allah. Maka, yang utama dan pertama niatkanlah melangsungkan pernikahan adalah untuk ibadah. Untuk itu, agar nilai ibadah ini terus berlangsung dalam bingkai rumah tangga nantinya yang dipenuhi dengan suasana sakinah mawaddah warahmah. Maka, jadikanlah selalu petunjuk Allah, di dalam Al-Quran serta teladan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai acuan menjalani hidup berumah tangga. Pernikahan bukan hanya merupakan pertautan dua insan yang berbeza jenis, latar belakang dan sifat. Namun juga mempertautkan dua keluarga besar yang dipersatukan dalam satu persaudaraan Islam. Oleh itu, kuatkanlah ikatan itu dengan segala kebaikan dan keutamaan, sehingga keberkahan Allah akan selalu bersama kalian. Maka dengan rasa tawakkal dan penuh keyakinan serta bertanggung jawab dan di awali dengan niat dan tekad Bismillaahirrahmaanirrahiim, semoga kalian sakinah, mawaddah warahmah, dalam redha dan ampunan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Aamiin yaa robbal ‘aalamiin.”

Ruang utama itu sunyi sepi. Semua yang hadir seolah menghayati bacaan khutbah nikah yang dibacakan. Lafaz akad akan dilakukan selepas bacaan khutbah nikah itu. Semua lensa kamera terarah kepada Zahran.

Zahran kelihatan tenang sahaja walaupun dalam hatinya, hanya Tuhan yang tahu betapa dadanya seperti mahu pecah. Jika boleh, dia mahu proses ini cepat berlalu supaya jantungnya yang berdetak tidak keruan sejak malam tadi dapat kembali tenang. Jangan jantungnya terhenti sebelum lafaz akad, sudahlah. Baru hendak merasa nikmatnya hidup, sekali nyawanya dicabut. Aduh, tidakkah malang?

“Zahran Ashfan bin Zahari.”

“Saya.”

“Aku kahwinkan engkau dan aku nikahkan engkau dengan Arianna Chan Xiao Ling dengan berwakil walikan aku, dengan mas kahwinnya seribu ringgit, tunai.”

“Aku terima nikahnya, Arianna Chan Xiao Ling dengan mas kahwinnya seribu ringgit, tunai.”

Sekali lafaz sahaja, akhirnya Arianna sah menjadi isterinya. Zahran menghembus nafas lega. TS Zahari dan Zahrin yang berada di kiri dan kanan Zahran, menepuk-nepuk bahunya.

“Congratulations,” bisik TS Zahari.

“Thank you,” balas Zahran.
“Pengantin lelaki, baca lafaz taklik,” ujar jurunikah sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Zahran.

Menyambut kertas yang dihulurkan, Zahran membaca lafaz taklik itu.

“Adalah saya, Zahran Ashfan bin Zahari, dengan ini bertaklik, jika saya tidak berma’syarah yang ma’ruf dengan isteri saya, Arianna Chan Xiao Ling, sama ada saya meninggalkan dia dengan sengaja atau paksaan, atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih, atau saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada kadi, atau hakim syarie, dan sabit aduannya di sisi kadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada kadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya, maka ketika itu tertalaklah dia, Arianna Chan Xiao Ling dengan satu talak khuluq.”

Mendengar lafaz taklik itu membuat Arianna sebak tiba-tiba. Hujung jari menyeka air mata yang bergenang. Dia mahu perkawinan dia dengan Zahran berkekalan hingga ke akhir hayat mereka. Dia harap Zahran juga sama. Jika sekalipun ada dugaan yang menunggu, semoga ia tidak sampai membuat mereka berpisah atau terpisah.

Selepas lafaz taklik, Zahran bangun dan menghampiri Arianna di pelamin untuk menyarungkan cincin perkahwinan yang telah ditempah khas. Terukir nama Arianna x Zahran pada bahagian dalam cincin itu.

“Sejuknya tangan.” bisik Arianna apabila dia merasakan tangan Zahran terlalu sejuk ketika menyarungkan cincin ke jari manisnya.

“I’m nervous,” balas Zahran.

Arianna ketawa tanpa suara. Lelaki yang dikenalinya dengan sifat angkuh, sombong dan tidak berperasaan itu hari ini mengaku dia gugup.

“Diamlah. Bukan you yang mengadap tok kadi. Dahlah ni jantung second hand,” balas Zahran.

“Okay, sorry…sorry…” Arianna terkekeh.

Selesai menyarungkan cincin, jurukamera mengarahkan Arianna tunduk mencium tangan Zahran. Bercambur baur perasaan Zahran saat hidung Arianna menyentuh tangannya. Sudah lama dia menunggu saat ini. Saat di mana dia merasakan Arianna menjadi miliknya selama-lamanya sehingga maut memisahkan.

Share this novel

Aisyah Esya
2022-09-24 07:03:01 

yeayyy . tahniah

norsila
2022-09-23 21:05:06 

wah!!! dah nikah..yess..hehehe puas bc kali ni 2 cprt..hehe

DgR
2022-09-23 20:56:11 

wahhh best...abg ran dgn kak ari dah


NovelPlus Premium

The best ads free experience