Bab 8
Sampai di Amcorp aku terus nak ke popular, memilih beberapa novel dan komik. Sedang leka aku membaca sinopsis buku itu, aku terpaling ke arah suara yang cukup ku kenali.
”Ha kenapa mereka ada di sini, sejak bila mereka bersama?”
Pasangan tu langsung tidak perasaankan aku di sebalik rak buku itu, sengajaku sorokkan kepala. Aku terus ke kaunter untuk membayar buku-buku yang aku ambil tadi.
Luluh tangkai hati aku di buat begitu, kawan baik sendiri sanggup menipu aku. Aku ingin cepat keluar dari situ, tidak mahu terserempak dengan mereka. Namun nasib aku malang kini mereka betul-betul berada di hadapan mataku.
”Hai tak sangka awak kat sini?”Tanya mamat itu.
”Ye ke girlfriend awak ni tak beritahu ke?” Tanya aku dalam nada sinis.
”Hani kenapa kau marah ke?”
”Hisy tak kuasa aku marah, lagipun aku tak suka monyet ni. Sanggup kau tipu aku Nini.”
Share this novel