MCAMI : 3

Romance Completed 100770

Bunyi paip air mengalir di sinki memenuhi dapur mewah yang berkilat lagikan bersih tidak tercela semasa Naomi sendirian berdiri di situ mencuci pinggan makanan Zach. Oleh kerana dia terlalu khusyuk dengan cuciannya, dia sama sekali tidak menyedari kehadiran wanita yang berdiri di tepi kaunter mesin air Bersama gelas di tangan.

KELENTING!

Sudu terakhir yang selesai di cuci dimasukkan ke dalam bekas pengering oleh Naomi sebelum dia keringkan tangan guna tuala yang tergantung disitu. Sesaat dia berpaling hendak pergi dari situ, baru la dia Nampak akan wanita yang ringkas mengenakan pyjama tidur dan bercermin mata di situ. Oleh kerana dia tidak menjangka langsung akan kehadiran wanita itu, dia melompat terkejut hampir hendak tersungkur.

"Puan"sapa Naomi dengan tangan menekap dada sebab terperanjat. "terkejut saya. Bila puan ada dekat sini?"

Puan besar, a.k.a ibu kepada Zach, Kennedy, 48 tahun. Seorang wanita yang berkerjaya dan bergaya. Sangat sofistikated dan komited dengan tugas dan tanggungjawab. Penyayang dan prihatin terhadap kebajikan anak dan juga para pekerja.

"Hahah...sejak tadi ha..yang kamu ni terkejut sangat macam baru Nampak hantu kenapa?"balas Ibu Zach dengan sengih meleret sebelum teguk sisa air kosong dalam gelas di tangannya.

Naomi malu sendiri, dia kemudiannya berdiri tegak semula dan jatuhkan tangan ke sisi. "Tak ada..saya tak perasan je..itu yang terkejut."senyum dia setelah itu.

Lantas gelas yang telah kosong tadi di letakkan ke tepi mesin air itu sebelum dia pandang ke Naomi. "Macam mana?Hari ni?Zach?Kamu?Semuanya okay?"tanya dia ingin tahu akan perkembangan anak lelakinya. Kalau dia boleh dekati Zach dan tanya sendiri akan anaknya, tak ada la dia susahkan Naomi untuk beritahu dia.

Naomi senyum nipis sebelum berkata. "Tuan muda Zach okay. Mood dia pun baik. Hari saya macam biasa. Busy dengan styudy dan jaga ayah dekat hospital."beritahu dia dengan jujur.

Ibu Zach yang dengar tersenyum riang. Dia dekati Naomi lalu menepuk tepi lengan tu. "Bagus la kalua begitu. Terima kasih kepada kamu jugak kerana sudi jadi kawan dan bantu Zach move on.."ucapnya dengan ikhlas.

Namun begitu ucapan itu tidak dapat menghilangkan rasa berbelah bahagi Naomi. Dia teringat akan pengakuan Zach terhadapnya sebentar lagi. "Puan.."panggilnya dengan nekad. Demi kebaikan ayah dan juga dirinya, Dia kena beritahu. "Ada sesuatu yang penting saya nak beritahu puan."

Kening Ibu Zach terangkat tinggi, dia pandang hairan akan nada serius yang kedengaran dari bait kata itu. "Tentang apa?Macam serius je bunyinya?Kamu nak berhenti ke?Gaji kurang?Kalau nak saya boleh tambahkannya lagi."

Cepat-cepat Naomi menggelengkan kepalanya. "Bukan. Saya cuma nak beritahu puan yang Tuan Muda Zach lafazkan perasaan suka dia terhadap saya siang tadi."beritahu dia dengan muka serba salah. "Saya tahu..mengikut kontrak yang saya tandatangan dengan puan ada sertakan akan larangan untuk tidak bercinta atau mempunyai perasaan terhadap tuan muda. Saya memang tak ada perasaan tu. Tapi masalahnya sekarang..tuan muda dia-"

"Kamu cakap apa pada Zach kalau begitu?"pinta Ibu Zach serta merta dengan kening mencerun seakan tidak puas hati.

Bersama perasaan takut dan gemuruhnya, Naomi tunduk memandang ke lantai. "Saya tak cakap apa-apa. Iyakan tidak, menolaknya pun tidak."jawab dia.

Buat seketika Ibu Zach hanya pandang kepala Naomi yang tertunduk ke lantai itu. Dia tak marah atau salahkan Naomi. Yalah, yang sukakan Naomi sekarang adalah Zach. Mungkin disebabkan Naomi satu-satunya orang yang bergaul dengan Zach selama ini, maka perasaan terlarang ini pun timbul di dalam diri Zach.

"Suami saya pasti tidak akan menerima hal ni sekiranya dia tahu. Kamu tahu tu?"sola Ibu Zach tak lama selepas itu.

Tanpa berkata apa-apa, Naomi hanya mengangguk kepala sambil memandang ke lantai.

"Apa keputusan kamu kalau begitu?"tanya Ibu Zach lagi.

Baru la Naomi angkat kepalanya. Dia pandang ke Ibu Zach dengan renungan serba salah dan sedih pada masa yang sama. Dia sedih sebab dia tahu dia bukan orang yang layak untuk Bersama dengan anak orang kaya seperti Zach. Tambahan pula dia ni anak Yatim dan belum habis lagi belajar. Jadi dia sedar diri dia siapa. "Keputusan saya adalah untuk berhenti kerja dari sini. Untuk tu, saya minta puan tolong rahsiakan identity saya dari Zach. Jangan kongsikan sebarang maklumat mengenai saya pada dia agara dia tidak temui saya semula."cadang dia dengan perasaan sebu hendak menangis.

"Kamu pasti?"soal Ibu Zach dengan reaksi terkilan di wajah. Dia suka Naomi. Anak ini seorang anak yang baik dan pandai hormat orang tua. Bukan saja pandai berdikari, malah bijak melakukan suatu perkerjaan. Malah dia sudah menganggap Naomi seperti anaknya sendiri.

Naomi mengangguk kepala. "Ya. Kalau saya tetap di sini, ianya tak elok untuk tuan muda Zach. Jadi sebaiknya saya pergi dari sini sebelum hal menjadi lebih serius lagi." jelasnya dengan nada perlahan sebab tiada semangat lagi. Kalau bukan sekarang dia buat keputusan, takut perasaan Zach terhadap dia akan melarat.

Ibu Zach dekati Naomi lalu Tarik badan itu ke dalam pelukannya dengan erat. Dia tak mahu Naomi pergi. Sebab hanya Naomi saja yang mampu tangani Zach di rumah ini. Sedangkan dia sebagai ibu Zach tak boleh nak dekat apalagi nak sentuh anak lelakinya sejak kemalangan tu terjadi. Tapi kalau ini keputusan Naomi, tiada apa-apa lagi yang dia boleh katakan. "Saya sangat menyesal sebab kamu perlu pergi Naomi.."ucapnya semasa merehatkan dagu ke bahu Naomi dengan mata terpejam.

Sedaya upaya, Naomi ketap gigi dengan erat untuk menahan dirinya dari menangis di situ. Dia tak boleh nak buat apa-apa lagi. Semua ni demi kebaikan dia dan jugak Zach sendiri. "Terima kasih untuk penjagaan puan selama ni." balasnya sambil menggosok belakang badan tu dengan kasih. Kalau dia ada ibu, mungkin ini perasaannya bila di peluk.

Setelah itu Ibu Zach jauhkan diri lantas memandang wajah Naomi dengan kening berkerut sebaknya.

Share this novel

esther marcus
2020-12-06 04:14:57 

better mcm tu kan...rasa sedih pla...


NovelPlus Premium

The best ads free experience