Bab 12

Mystery & Detective Completed 54756

Fina terus pengsan & dibawa ke hospital. Haziq terjumpa sepucuk surat di bawah buaian.

9:25p.m
Hospital

Selapas 1 jam , Fina tak sedarkan diri. Akhirnya Fina membuka matanya.

"Saya dekat mana ni ? Abang??" Tanya Fina sambil memegang kepalanya.

"Sayang ? Awak dah okey ? Syukur Alhamdulilah." Haziq tersenyum lebar selepas melihat Fina kembali sedar.

"Saya pengsan ke ? Patutlah pening.." Fina memegang kepalanya.

Seorang doktor menghampiri Fina & Haziq.

"Puan dah sedar ? Okey sekarang ?" Tanya Doktor kepada Fina.

"Okey je.. " Fina mengangguk perlahan.

"Sebenarnya Puan hamil . Dah 5 minggu.. Tahniah Puan.."

"What ?? Hamil ? 5 Minggu ??" Fina terkejut.

"Wow.. Alhamdulilah.. " Haziq teruja..

"Kenapa awak teruja sangat ni ? Sekarang bukan masa nak teruja. Hana hilang!!!" Marah Fina.

"Bertenang Sayang.. "

"Macam Mana saya nak bertenang ? Anak kita kena culiklah..Saya nak keluar.." Fina tak keruan.

"Sayang. Sayang kena berehat dulu.. Esok kita keluar.." Haziq memegang tangan Fina.

Fina meletakkan kepalanya di atas bantal & terus tidor. Haziq terlupa nak bagi sampul surat yang dia jumpa dekat taman tu.

Rumah Pangsapuri..

Hana duduk atas sofa sambil meyuap keropok ke dalam mulutnya .

"Mak cik! Saya nak baliklah.." Hana nak tertidur.

"Nak balik ? Mak cik dah cakap dekat mama Hana, yang mak cik nak Hana temankan Mak cik. Boleh ?" Tanya perempuan tu.

"Boleh, tapi apa nama mak cik ?" Hana menggosok matanya.

"Nama mak cik ? Nama mak cik Alia Kristina , panggil je Mak cik Alia. " Alia menggosok kepala Hana.

"Mak cik Alia, kita nak tidor.."

Alia membawa Hana ke satu bilik budak perempuan yang sangat cantik. Hana terus tertidor..

"Kalau bukan sebab mak ko, aku dah bahagia dengan ayah ko. Mak ko perampas ..." kata Alia perlahan sambil mengusap rambut Hana.

Esoknya..

Hospital

"Abang nak pergi tandas dulu..Sayang tolong kemaskan barang abang.." Haziq terus berlari menuju ke tandas.

Semasa Fina mengemas barang Haziq , ada sepucuk surat terjatuh ke lantai. Fina mengambil sampul surat itu & membacanya..

Aku pinjam anak ko ye.. Hana..
Jangan report polis

- Alia -

"Alia ? Siapa Alia? " Fina memikirkan sapa Alia yang menulis surat ini.

Haziq masuk & melihat Fina memegang sepucuk surat.

"Surat apa ni ? Mana sayang jumpa ?" Tanya Haziq.

"Masa saya nak kemas barang abang, ada sampul surat jatuh ke lantai. Jadi saya bacalah..Nah.." Fina beri surat tu kepada suaminya.

"Alia ? Sayang kenal ke Alia ? Abang rasa sedari mara kita mana ada nama Alia. Cuma ad nama Alin je.."

" Abang ada main kayu tiga dekat belakang saya ke ?" Mata Fina memandang tajam ke arah Haziq.

"What ? Kayu tiga ? Tak ingin Abang.. Abang cuma cintakan awak sorang.. I Love You.."

"Ye ke ? Okey.. saya nak balik .. Bye." Fina berjalan keluar.

Haziq mengikut dari belakang..

Rumah Alia.

"Hana, jom makan.."

"Saya nak balik... Saya rindu mama & papa.." Hana menangis.

"Saya rindu anak saya.." kata Alia dalam hati.

"Mak cik Alia, bawak Hana balik.. Hana nak jumpa Mama.." Hana menarik tangan Alia.

"Hana , Mama & Papa Hana pergi keluar negara. Jadi, Auntie jaga Hana. Jom makan.."

"Baiklah..." Hana mengesat air matanya.

Rumah Haziq

Fina mengemas barangnya masuk ke dalam almari. Semasa dia nk keluar dari bilik, dia ternampak sepucuk surat atas meja mekap.

"Apa ni ? Surat lagi ??"

Fina & Haziq apa khabar ? Aku harap ko kenal aku lagi.. Aku nak cakap sesuatu dekat ko Fina, sebenarnya ko Perampas kebahagiaan aku...

-Alia-

"Perampas ? Aku perampas ? Aku rampas kebahagiaan dari dia ??" Fina terus terduduk di atas katil..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience