Surya : Bab 12
Surya kembali pulih selepas beberapa rawatan dilakukan Mak Salima. Tapi masih belum mampu menghalang dua makhluk itu daripada tubuh Surya. Terlalu degil. Mereka betul-betul mahukan Surya. Surya hanya termenung di sofa. Terfikirkan sesuatu. Dia seakan teringatkan sesuatu.
Kelmarin, dia bermimpikan seorang lelaki muda dan dua gadis, cuba menariknya semasa pergelutannya dengan makhluk aneh itu. Dan mimpi itu juga berulang seperti mimpi dipeluk itu. Wajah tiga manusia itu seakan jelas dan seakan orang yang dikenali. 'Siapa dia orang eh?'
"Hm... Surya. Awak dah ingat sesuatu?" Surya cuma menggeleng. Haron masih janggal untuk berbual lama dengan Surya. Selama seminggu ini mereka cuma berbual bila perlu saja demi menjaga batas.
"In shaa Allah. Nanti ingatan awak elok semula." Haron meninggalkan Surya. Kerjanya di kebun masih ada dan kena pula sekarang musim durian. "Nanti saya bawa balik durian."
Surya tersenyum.
**
Selepas kes Surya, kerap juga histeria berlaku dia kolej kediaman siswi. Malah, ada juga seorang dua siswa diganggu. Tapi tidaklah histeria. Agak bahaya jika lelaki kerasukan.
Encik Basri juga kerap dipanggil untuk membantu. Dia juga terpaksa memanggil rakan-rakannya yang lain untuk membantu. Tidak daya dia sendirian untuk menyelesaikan masalah. Ke sana ke mari untuk membantu.
Rizal masih lagi berfikir untuk mencari Surya. Ada juga dia mendengar suara-suara halus yang mengganggunya ketika solat dan mengaji, supaya ke dalam hutan. Entahlah. Dia cuma menunggu petunjuk Tuhan. Selesai solat sunat, dia termenung di tikar sejadah. Jam masih lagi awal pagi.
"Esok, Sabtu. Aku mahu ke dalam hutan."
"Eh, nak buat apa?" Ezzad rakan sebiliknya menegur.
"Eh kau dengar ya?"
"Kau berbisik macam nak bagi satu floor dengar. Kau nak buat apa?" Ezzad masih musykil.
"Cari Surya."
"Kau yakin ke, dia ada dalam hutan tu?"
"Serius, Ezzad. Aku rasa dalam hutan tu ada kampung kecil, kampung yang kita tak sangka ada. Manusialah bukan yang itu." Rizal membuat gaya dua jari dibengkokkan dan digerakkan.
"Kau nak pergi dengan siapa?"
"Aku nak mintak Encik Basri teman. Lepas tu budak silat sorang dua. Ke kau nak ikut?"
"Eh.. Tak apalah. Esok aku ada training bola tampar. Ada friendly kan minggu depan."
Ezzad sudah terlena selepas membetulkan posisinya di atas katil. Meninggalkan Rizal sendirian masih termenung di atas tikar sejadah. Sesekali dia membelek telefon bimbitnya. Ada satu mesej.
"Rizal, saya nak cari Surya dalam hutan. Saya dan Adila."
Mesej daripada Salwa. Membuatkan dia ternganga.
"Kenapa pula?"
"Saya mimpi Surya di dalam hutan di satu kampung. Saya yakin itu Surya..."
Share this novel