Bab 12

Horror & Thriller Completed 790

"Cepatlah! Kita dah lambat ni!" marah Raihana.

"Sekejap!" laung Rania.

Raihana menunggu diluar rumah.

"Cik Hana tak nak menjamah sarapan ke?" soal Mak Ton, pembantu rumah disitu.

"Tak apalah , Mak Ton. Lagipun kitorang dah lambat ni." jawab Raihana.

"Okey, jom!" laung Rania.

"Naik apa?"

"Naik kereta akulah!" balas Rania sambil menunjukkan kunci keretanya.

*********

Raihana memandang Rania dengan jelingan maut.

"Okey- okey. Aku settlekan." Rania mengalah. Mereka lambat pun disebabkannya.

Rania membuka pintu dewan kuliah.

"Assalamualaikum, Maafkan kami kerana terlewat. Dr. Hilman, izinkan saya menjelaskan apa yang telah berlaku kepada kami." kata Rania.

Baru sahaja Dr. Hilman hendak membuka bicaranya, sepantas kilat Rania memintas.

"Terima kasih, Dr. Hilman. Sebenarnya kami telah terlibat dalam satu kes langgar lari dimana sebuah kereta BMW berwarna hitam telah melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh kereta kami. Alhamdulillah, kemalangan yang berlaku sebentar tadi hanya ringan sahaja. Sekian, terima kasih." terang Rania panjang lebar.

Dr. Hilman memandang Rania dengan wajah yang berkerut.

"Lepas kelas, both of you! Masuk bilik saya!" arah Dr. Hilman.

Rania dan Raihana mengangguk lalu ketempat masing-masing. Dalam hati Raihana, ' Matilah aku. Ini semua salah Rania!'

************

Danial dan Faroq memandang Rania dan Raihana.

"Macam mana boleh..."

Belum sempat Danial memghabiskan ayatnya, Rania sudah menjawab, "Aku dah terangkan panjang lebar."

"Rania! Raihana! Sekejap!" laung Hazel.

"Ha, Hazel. Kau nak apa?" soal Rania.

"Kau nak pergi jumpa Dr. Hilman kan. Kau tolong aku hantar assignment aku boleh tak?" pinta Hazel.

"No! Kau kena ikut aku sekali. Kau hadap muka dia bersama kitorang. Hihihi." usik Rania.

Hazel menjeling.

"Lagipun bukannya dia nak terima assignment tu kalau bukan tuan punya badan yang tolong hantarkan." sambung Raihana.

Danial dan Faroq menganggukkan kepala. Akhirnya Hazel akur dengan apa yang mereka katakan. Lebih baik bertiga daripada berseorangan.

Mereka sampai dihadapan bilik Dr. Hilman. Mereka melepaskan lelah dahulu sebelum mengetuk pintu bilik Dr. Hilman.

"Come in!" bunyi suara garau Dr. Hilman.

Mereka bertiga masuk. Dr. Hilman memandang Hazel atas bawah.

"What do you want, Hazel?" soal Dr. Hilman.

Dengan pantas Rania memintas, " Dr. Hilman nak tebus kesalahan atau nak naikkan markah assignment kitorang?"

Raihana dan Hazel memandang sesama sendiri. Masing-masing memikirkan apa yang dimaksudkan oleh Rania sebentar tadi.

Melihatkan keadaan itu, Raihana dan Hazel cuba untuk melarikan diri walaupun mereka tahu sesiapa yang masuk ke dalam bilik Dr. Hilman tidak akan keluar dengan mudah. Kelihatan muka Rania begitu sinis.

"Both of you, sit down." arah Dr. Hilman.

"Dr. Hilman?" Rania memberi senyuman sinis.

"Okey, fine. I'm sorry. I didn't mean it." jelas Dr. Hilman.

"So, whay both of us can get from your apology?" soal Rania.

"I will cover all the cost of the treatment and also your car." balas Dr. Hilman.

"Okey, thanks Dr. Hilman. Have a nice day! I gotta go! Bye!" ucap Rania lalu menarik Raihana keluar dari bilik Dr. Hilman.

Apa yang akan berlaku antara Hazel dan Dr. Hilman? Mereka tidak mahu ambil tahu. Lagipun ini bukannya novel Dr. Alpha Male.

**************

"Macam mana?Dapat tak pampasan tu?" soal Danial.

"Settle!" jawab Rania dengan gembira.

Raihana masih lagi blur.

"Hana! Kau ni apa hal? Dah terpegun dengan rupa paras Dr. Hilman ke?" soal Faroq.

"Bukanlah. Aku cuma tak faham. Kenapa dia yang kena bayar ganti rugi?" soal Raihana.

"Let me explain. BMW berwarna hitam, bernombor berdaftar VBP 6230 , cermin agak gelap, kepunyaan Dr. Hilman." terang Rania.

"Lah, ya ke? Macam mana kau tahu?" soal Raihana.

"Hana! Satu kampus dah tau kereta dia yang mana. Kau je yang terlepas train to Busan." jawab Danial sambil tergelak.

"Okey, fine! Eh , Rania! Bukan ke kau kena ambik abang kau dekat airport?" sambung Raihana.

"Wei, haahlah. Aku lupa! Okeylah bye korang!"

Rania dan Raihana bergegas masuk ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience