Hari ini Aishah akan balik ke kampung bersama Ain.Esok Aishah akan menjadi isteri orang yang sah.Selepas mengemas barang Aishah berjalan ke arah bilik Ain dab mengetuk pintu.
Tok tok..
"Ain kau dah siap ke belum"tanya Aishah
"Haah dah siap dah.."jerit Ain dari bilik
"aku turun bawah dulu nak hidupkan enjin biar bagi panas dulu"kata Aishah
"hahh okayy"kata Ain
Aishah menuruni anak tangga dan berjalan ke arah kereta lalu mengidupkan enjin keretanya.Selepas beberapa minit Ain datang membawa bagasinya lalu meletakkan di bonet kereta.
"Ishh lambat betul kau ni"kata Aishah
"Hihihi..janganlah marah"kata Ain
"Hihihi je kau tau..dah lah jom"kata Aishah
Ain menutup pagar rumah dan mengunci lalu masuk ke dalam kereta,Aishah memandu kereta Ain pula duduk di sebelahnya.Kereta milik Aishah meluncur di atas jalan raya.Sedang elok Aishah membawa kereta Ain membuka bicara.
"Sha kau dah fikir masak masak ke"tanya Ain
"untuk apa"kata Aishah
"pasal perkahwinan ni lah..kau dah fikir masak masak ke nak kahwin dengan lelaki tu"tanya Ain
"Lepastu kau nak suruh aku batalkan perkahwinan ni ke pastu kau nak suruh aku kahwin dengan Khalish tu..memang tak lah jawabnya"kata Aishah
"Ni pasal kehidupan kau...kau yang kena pilih yang mana terbaik untuk kau..kau nak ke kahwin dengan lelaki yang tak kenal"tanya Ain
"Lepas kahwin boleh lah kenal apa susahnya..lagipun aku tahu pilihan mak aku tak salah"kata Aishah
"Memanglah pilihan mak kau tu terbaik..tapi yang nak pergi hidup tu kau..so kau tu kena pilih dalam hati kau tu ada sape..aku tahu kau cintakan Khalish tapi kau terlalu ego tu je kau boleh cakap..so kalau kau rasa kau tetap nak pilih pilihan mak kau tu..itu suka hati kau..aku memang dah malas nak cakap dengan kau lagi membazirkan air liur aku je cakap dengan orang yang tak faham"kata Ain
Kali ini Ain memang dah geram dengan perangai Aishah yelah berapa kali orang nak pesan kan tapi tak faham juga.
Sesampainya di kampung iaitu rumah Aishah.Aishah memberhentikan kereta dan turun dari kereta bersama Ain.Mereka mengambil bagasi mereka mengeluarkan dari bonet kereta.
"Assalamualaikum mak"kata Aishah tetapi tiada orang.
"Makk..ohh mak..Aishah ni"kata Aishah kuat sikit.
"Ahh ye ye mak datang ni"jerit mak Aishah yang sedang memasak di dapur
"Sihat ke anak mak ni"tanya mak Aishah
"Sihat mak..mak sihat"tanya Aishah lalu memeluk ibunya itu.
"Mak sihat...ehh Ain kenapa tercegat kat situ pula jemput lah masuk
"Haah ye ye...mak cik sihat"tanya Ain
"Mak cik sihat jee...makin lama makin cantih Ain ni"kata Mak Aishah.Ain tersenyum malu dipuji
"Elehh anak sendiri ada kat sini tak nak pulak puji."kata Aishah
"Anak mak memang cantik..tak payah dipuji pun" kata Mak Aishah
"Cemburu lah tuu..mak kau puji kau"kata Ain.Aishah hanya menjeling.
"Ehh kenapa tunggu sini lagi mari masuk rumah ni"kata Mak Aishah
"Okayyy"kata Aishah dan Ain serentak
happy reading:-)
Share this novel