Bab 1

Romance Completed 207871

Seperti biasa setiap pagi Intan dan Shira akan ke cafe IPK untuk sarapan pagi, jika ada masa terluang, mereka akan sarapan di kedai sekitar kawasan berdekatan. Intan bertugas di cawangan D7 iaitu siasatan melibatkan judi dan maksiat manakala Shira pula di cawangan D11 iaitu jenayah seksual.

Kedua-dua mereka mengambil sarapan masing-masing dan melabuhkan duduk di sebuah meja di tengah-tengah cafe, biasanya meja di bahagian luar akan penuh dengan pegawai dan anggota lelaki.

"Eh, Intan betul ke aku dengar kau kena join ops di Bukit Aman?" soal Shira yang kemudian menyuap mee goreng. Sedapnya.. Mee goreng basah macam ni.

"A'ah, minggu lepas aku kena panggil. Lepas tu semalam diaorang tanya aku keputusan, aku setuju je la" balas Intan lalu air limau suam diteguk untuk membasah tekak.

"Yang aku dengar ops ni lama juga dalam setahun macam tu. Lama tu, kau boleh ke, kerja underground macam ni?" risau Shira pada sahabatnya itu. Iye lah, lama kot, memanglah lokasinya area Kuala Lumpur, masih dekat-dekat sini.

"Betul la tu. Alah, kau ni macam aku ni tak biasa pulak. Sebelum ni kan aku ada je buat kerja macam ni" balas Intan yang sedang menikmati nasi lemaknya.

"Sebelum ni tempoh tak lama, paling lama pun tiga bulan. Mana la aku tak risau" kata Shira lagi.

Intan hanya mempamerkan senyum sahaja pada sahabatnya itu lalu meneruskan sarapan nasi lemaknya. Alamak.. Lupa la. Makan nasi lemak, jangan ngantuk dah la tapi dah masuk mulut pun.. Dah tau yang dirinya senang mengantuk bila makan nasi lemak, gatal makan jugak.

"Ayah kau tak bantah ke keputusan kau?" eh, tak habis pagi makcik bawang ni dengan soalannya.

"Semalam aku jumpa dia la, dia suruh aku fikir semula keputusan aku buat ni tapi aku bagi tau keputusan tu muktamad" terang Intan sambil nasi lemak dihabiskan dan limau suam diteguk. Fuh! Sambal pedas, air pulak suam, naik berair mata.

Shira hanya terangguk-angguk dah macam burung belatuk.

"Tapikan.." sambung Shira lagi.

"Apa lagi kau ni Shira, adoi.." ucap Intan sambil mengesat mulut dengan tisu.

"Tak.. Aku cuma corius je orang tu Miqail Iqtidar kan. Orang tua kaya tu kan?" soal Shira sambil kepala toleh kiri dan kanan bimbang ada yang mendengar.

"Ye.. Kenapa, berkenan nak buat suami ke? Kalau nak nanti aku ejaskan" usik Intan.

"Tak nak lah aku. Aku nak anak dia yang nama pelik tu, ala... Apa, lupa la" kata Shira sambil jari telunjuk mengetuk dahi dengan mata yang tertutup.

"Caden Anaqi" balas Intan pendek.

"Ha.. Caden Anaqi. Apa pelik namanya. Tapi kalau tak dapat dia, dapat adik dia pun okey juga nama..." lupa lagi la tu..

"Cleine Asir. Eh kau ni.. Diaorang tu bukan macam orang biasa, banyak sangat spekulasi dan maklumat pasal syarikat diaorang ni yang melanggar undang-undang. Jangan nak buat pasal" tegur Intan dengan suara yang perlahan tetapi mata bulat memandang Shira.

"Ye.. Ye.. Kau tak payah la nak tengok aku macam tu, tau la mata kau tu besar, jegil pulak macam tu, dah macam mak tiri tahan kentut dah" kata Shira sambil tersengih.

"Dah la, aku ada kerja sikit, nak naik pejabat dulu. Malas nak layan auntie union cam kau ni." kata Intan lalu bangun dan terus berlalu meninggalkan Shira di meja.

"Auntie union? Makcik bawang?" sendiri soal, sendiri jawab.

+++

"Baiklah rasanya semua dah tahu tugas masing-masing. Jangan ditanya mengapa kali ini tempohnya panjang, berbeza dengan ops kita sebelum ni. Ini adalah kehendak dari pucuk pimpinan yang mahu siasatan lebih lanjut dibuat sebelum apa-apa tindakan diambil. Saya harap kamu semua sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Satu yang saya nak ingatkan, ada bantuan dari luar bagi menjanyakan ops ini tapi siapa orangnya, saya tak dapat terangkan demi kerahsiaan misi. Kalau tak ada apa-apa, mulai esok, semua akan mulakan tugas masing-masing. Ingat, jangan sesekali bertindak sendiri tanpa maklum pada HQ. Good luck dan selamat berjaya." terang dan jelas arahan yang diberikan oleh Tuan Saiful.

"Terima kasih Tuan" ucap semua yang hadir serentak dan beransur-ansur keluar dari bilik mesyuarat.

"Hai Intan, sibuk nampak. Ada job baru ke?" soal Syam yang nampak Intan keluar dari bilik mesyuarat.

"Haah, tapi kali ni lama sikit dari biasa" jawab Intan sambil bersaing langkah dengan Syam.

"Kes ugutan hari tu macam mana?" soal Intan pula sambil sekilas pandang pada Syam.

"Masih belum ada lead, cuma apa yang pasti target sebenarnya, Aniq" balas Syam.

"Hm.. Kerja macam kita ni, itu lah risikonya. Silap-silap nyawa pun boleh melayang" ucap Intan.

"Itu lah. Tapi in sha Allah, suspek dapat diberkas tak lama lagi" ucap Syam dengan yakin.

"In sha Allah. Okey lah, saya nak gerak dulu. Nak siap-siap apa yang patut. Esok dah start." kata Intan.

"Lama la tak jumpa nanti. By the way, hati-hati" jawab Syam.

Syam dan Intan berpisah haluan jalan di depan bilik operasi. Syam melangkah masuk ke bilik operasi manakala Intan terus menuju ke tangga untu turun. Ni sorang lagi yang suka guna tangga selain Aniq. Hurm..

+++

Duduk dilabuhkan.

Huargh...!

Buat dah.. Tu yang malas makan nasi lemak ni. Mata cepat sangat nak pejam. Sepuluh minit boleh kot.

Intan kemudian menyandarkan kepala ke headrest. Perlahan mata dipejam..

Tok tok tok

Aduh.. Orang nak rehat sekejap pun tak boleh. Ganggu betul la..

"Masuk"

"Kau nak apa Shira, kacau la.. Aku baru nak pejam kejap" marah Intan lalu kepala disandarkan semula dan mata dipejam rapat.

"Tak.. Aku lupa nak tanya. Nanti sepanjang ops ni, kau tak tinggal kat rumahkan. Dah tu sewa nanti macam mana?" soal Shira sambil melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Intan.

"Alah... Kau ni, aku ingat apa la yang penting sangat sampai ganggu aku nak pejam sekejap" balas Intan dengan mata yang masih tertutup.

"Aku transfer la kat akaun kau.. Apa yang susah" tambah Intan dengan mata yang masih tertutup dan terus hanyut. Dah tak dengar apa yang Shira katakan padanya.

Sedang asyik lena dibuai mimpi.

Tok tok tok

"Masuk"

Intan kemudian tegakkan badan dan menggosok sedikit mata yang kelabu. Bila pandangan di hala ke hadapan dapati Shira yang terjegul di pintu. Nak apa lagi la makcik bawang ni.

"Kau nak apa lagi ni.. Bukan tadi kau dah datang ke? Nanti tiap-tiap bulan aku transfer la duit kat akaun kau untuk sewa rumah." kata Intan sambil menutup mulut yang menguap. Berair hujung mata.

"Aik! Bila masa aku datang? Aku baru datang ni ha tapi memang betul la aku nak tanya pasal sewa. Tapi aku tak datang pun tadi" jawab Shira

Tertegak terus badan Intan dengan mata terkelip-kelip.

"Kau jangan main-main Shira. Tadi aku baru nak lelap, kau dah datang tanya pasal sewa. Ni kau datang lagi" kata Intan. Ish, biar betul, dah tu tadi aku bercakap dengan siapa.

"Lah.. Betul, buat apa aku nak tipu. Kalau tak percaya, kau boleh tanya Mohsin, aku dengan dia tadi siapkan laporan mesyuarat. Eh, tapikan mana kau tau aku nak tanya pasal sewa?" soal Shira pelik. Bukan sahaja Shira, Intan pun pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience