Rancangan Jahat

Romance Completed 28079

Aina tersenyum di sebalik dinding. Dia sudah mendengar apa yang dibicarakan oleh Adam dan Nadia. Nampaknya sekarang Nadia berhutang dengan Adam dan ini membuatkan dia terfikir sesuatu. Disebabkan Nadia bukan dari golongan bangsawan dan ini akan musnahkan watak suci dia! Dia terus menelefon seseorang.

"Hello. Aku ada job untuk kau. Habuan? Macam biasaa" kata Aina sambil tersenyum!

??????

Hari itu bermula seperti biasa. Nadia datang awal seperti biasa kerana hari ini dia akan bertugas di pagar sekolah. Seperti biasa dia akan mengawal tingkah laku pelajar dan memeriksa setiap daripada mereka sekiranya mungkin mereka membawa barang terlarang.

"Hai awek cun" sapa seseorang.

"Hai pakwe hensem" jawab Nadia. Alah! Sapa lagi kalau bukan Adam! Berani orang lain tegur dia macam tu! Adam dah warning kat semua pelajar lagi. Fans Adam apa lagi...pasrah! Broken! Hahahaha.

"Morning sayang! Awal harini" kata Adam.

"Morning. Awal lah! Nanti kalau lewat takut abang pengawas tu jadi singa. Aumm..." perli Nadia.

"Hm kalau abang pengawas tu jadi singa...akak pengawas jadi apa pula?" tanya Adam mengikut rentak.

"Hm jadiii singa betina." jawab Nadia seloroh.

"Kenapa?" tanya Adam kembali.

"Ye lahh...singa jantan dia sayang dekat singa betina. Tak la nanti dia makan singa tu!" kata Nadia sambil mengangkat dua jari membentuk peace.

"Haha amboii...hm boleh jugaa...nanti boleh la singa jantan ni adakan baby singa kan dengan singa betina tu kan" kata Adam sambil mengenyit kan mata.

"Gatal!" kata Nadia lalu menampar bahu Adam.

"Aduuhhhh sakittt" kata Adam meleret.

"Tak payah mengada sangat encik Adam! Dah jangan kacau saya nak bertugas. Nanti dicop tak bertugas pula kan?" kata Nadia berbaur sindiran.

"Hahaha ye la Puan Nadia! Hehe eh bukan! Mrs Adam!" kata Adam tersengih busuk.

"Galak! Hahaha dah lah...pergi bertugas lahh...jangan disebabkan jawatan cik abangg tinggi tak bermakna cik abang sayang tak bertugas okay?" kata Nadia sambil menggelengkan kepala.

"Auchh so cair lah cik abang sayang nii" gelak Adam tidak henti-henti.

"Dah laaaa pergi la bertugas" kata Nadia tegas.

"Arahan diterima Puan!" kata Adam lalu ketawa besar! Adam terus bergerak ke blok untuk meronda.

Nadia hanya menggelengkan kepala. Haih pakwe sapa tu? Ada sesiapa kenal? Boleh jailkan dia? Maybe terlepas dari wad mental? Hahaha.

Sedang asyik Nadia termenung memikirkan hal Adam, dia disapa oleh Aina.

"Erm Nadia...aku nak minta maaf dengan kau. Aku tahu banyak salah aku buat dekat kau. Aku hina kau...aku buli kau...aku minta maaf okay? Boleh kita jadi kawan?" kata Aina penuh dengan lakonan.

Nadia asalnya pelik kenapa tiba-tiba minta maaf? Tapi dia bersangka baik.

"Sokay...saya dah lama maafkan awak! So we friend?" kata Nadia polos.

"Ya friend! Disebabkan kita sudah jadi kawan, aku nak ajak kau minum-minum nak dekat Cafe berdekatan? Boleh?" tanya Aina tiba-tiba.

"Hm boleh ja...tapi dekat mana? Saya nak ajak Alya dan lain-lain." tanya Nadia. Dia kan tak biasa dengan tempat-tempat ni.

"Eh tak perlulah ajak diorang. Aku belum ready nak berbaik dengan diorang. Aku ajak minum ni pun sebab nak minta pandangan kau la macam mana nak berbaik. And tak perlu lah beritahu dekat Adam...nanti dia tak bagi pula eh? Petang ni aku jemput kau okay? Alah lagipun esok cuti sekolah kan!" kata Aina menyembunyikan senyuman jahatnya.

Nadia berfikir sejenak. Hm. Boleh lah! Mana ada aktiviti apa pun nak dibuat esok!

"Okay. Lepas asar eh. Boleh saya solat dulu eh" kata Nadia.

"Okay. Lepas solat kau tunggu dekat belakang pintu gate sana. Aku tunggu kau dalam kereta okay?" kata Aina. Bagus! Si bodoh ni dah termakan hasutan aku!

"Okay" kata Nadia tidak mencurigakan apa-apa namun hatinya berasa tidak sedap hati. Tetapi Nadia cuba berprasangka baik dengan ajakan Aina. Tidak baik bermusuhan kan?

Petang itu seperti yang dijanjikan Nadia bersiap

"Amboii nak pergi mana tu...dating ehh" kata Alya menyakat Nadia.

"Alaaa so cutee" sampuk Sofea.

"Tak ajakkk" kata Atiffa.

"Ish korang ni! Dah laaa terlewat dah ni!" kata Nadia tergesa-gesa.

"Byeee" kata Alya dan lain-lain.

Nadia segera turun dan pergi ke gate belakang. Dilihat Aina sudah berada di dalam kereta.

"Sorry lambat Aina. Tadi saya solat then mandi sikit bagi fresh" kata Nadia memohon maaf.

"Sokay masuklahh" kata Aina.

Mereka pun bergerak ke destinasi yang Aina ingin pergi. Di dalam kereta, sunyi sepi tanpa sebarang suara.

"U tahu tak...I benci perempuan yang suka rampas hak I" Aina memulakan bicara.

Nadia pada awal kelihatan bingung. Dia cakap dengan aku ke?

"Maksud awak?" tanya Nadia.

"Hak I...U buat tak tahu pula" kata Aina kasar.

"Maksud awak? Saya tak faham" tanya Nadia.

Tiba-tiba kereta mereka berhenti mengejut. Muncul seorang lelaki memakai topeng muka mengacukan pistol.

"Keluar!" jerit lelaki itu.

Aina dan Nadia ketakutan. Mereka menjerit namun malangnya apabila kawasan itu agak lenggang tanpa sebarang kereta. Mereka berpelukan dan menjerit.

"Apa yang kau nakk" tanya Aina.

"Aku nak korang berdua! Hahaha" K
kata lelaki itu tidak waras kemudian dia terus menembak pemandu kereta Aina. Lelaki itu mengikat Aina dan Nadia menggunakan tali yang dibawanya. Lelaki itu kemudian menutup mata mereka berdua menggunakan kain. Lelaki itu mula memandu kereta ke sesuatu tempat. Setibanya di sana, lelaki itu terus mengheret Aina dan Nadia. Nadia cuba meronta namun apakan daya kudrat perempuan kalau nak dibandingkan dengan lelaki.

"Diam la betina sebelum aku rogol kau" kata lelaki itu. Automatik air mata Nadia keluar. Nadia merasakan mereka diikat secara berasingan kerana dia tidak dapat merasakan tubuh Aina di sekelilingnya. Namun dia hanya dapat mendengar sayup-sayup suara Aina meminta tolong.

Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu jarum di tangannya. Kepalanya rasa berat dan dia berasa amat mengantuk lalu memejam matanya. Apabila Nadia sudah tidur, lelaki itu membuka ikatan Aina dan penutup matanya.

"Good baby. U are my favourite boy! Nanti I bagi U hadiah ya" kata Aina sambil ketawa. Dia berpelukan dengan lelaki itu.

"Okay sayang. For U, everything I boleh buat. Lagipun ini semua rancangan sayang...pandaikan U berlakon tadi" kata lelaki itu sambil mencium rakus mulut Aina.

"Haziq...Haziqq...ini Aina lah! Pelakon yang sukses! Hahaha malam ni I bagi habuan U okay?" kata Aina menggoda.

"Okay my baby sayang" kata Haziq membasahkan mulutnya.

Haziq merupakan kekasih gelap Aina. Apa saja yang Aina inginkan, Haziq akan tunaikan. Janji duit masukkk dan semestinya dia dapat merasa tubuh Aina. Heh! Bodoh betul Aina ni!

"Now...kita mulakan job kita! Hehe" kata Aina penuh dengan muslihat.

??????

Nadia merasa kepalanya berat. Dia cuba membuka matanya perlahan-lahan dan alangkah terkejutnya dia apabila dia dalam keadaan tidak berbaju! Ya Allah! Apa yang lelaki itu buat. Nadia sudah menangis dan ingin menjerit namun lelaki itu masuk.

"Hai sayang. Macam mana semalam? Hm? Kawan kau pun semalam aku dah rasa...hm nak lagi boleh?" tanya Haziq cuba menyentuh pipi Nadia. Nadia menepis dengan segera.

"Kau...kau siapa! Apa yang kau dah buat dekat aku semalam? Mana Aina?" tanya Nadia.

"Perempuan bodoh tu dah larikan diri! Aie! Ingat eh...aku kenal kawan-kawan kau. Kau rasa kau nak tak kawan-kawan kau jadi kotor macam kau? Kau nak? Untuk makluman kau...kawan-kawan aku yang lain ada di blok Aspuri sekolah kau dan maybe ada di dorm kawan kau. Kau nak tengok live? Jap eh aku tunjuk!" kata Haziq sambil mengeluarkan telefonnya lalu menunjukkan kepada Nadia. Alangkah terkejut nya Nadia apabila

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience