BAB 7

Humor Completed 1389

“Tengok ! siapa ada selera nak makan makanan macam ni? Bawang tu tak buang kulit, tepung dengan air tu kena betul sukatannya.Lebih tepung, cucur jadi keras.Kurang tepung nanti cair. Ikan bilis tu, kopek dulu buang tahinya.Tercekik mak mertua makan nanti!” Perli mama.

“Susahnya! Syaira dah tak nak buatlah!”

Syaira keluar dari dapur.Lecehlah nak buat cucur putih.Baik tengok tv sahaja.Syaira melabuhkan punggung ke atas sofa di ruang tamu.Ditekannya alat kawalan jauh.Layan cerita telenovela dekat tv lagi baik.Jiwang sekejap.

“Syaira ! Kemas balik barang-barang dekat dapur ni!” Panggil Mama Syaira.

“Alah, malaslah ma.Ma jelah tolong kemaskan!” Syaira bersandar malas sambil kakinya disilangkan. Dia mengoyang-goyangkan kaki.

‘Tak bestlah duduk macam ni!’ Dia meniarap pula di depan tv.Kakinya di angkat ke atas sambil dihayun-hayun.

Papp!

‘Alamak terkena mama pula!’

“Anak dara apa macam ni? Syaira..cuba duduk elok-elok.Nampak di orang karang malulah.Senonoh sikit..awak tu dah besar panjang bukannya budak kecil lagi!” Membebel lagi.

“Kalau perangai macam ini tak siapa hendak buat bini! Mak mertua pun lari.”

Syaira mengerak-gerakkan bibir mengajuk percakapan mama.Itu tak kena, ini tak kena. Takkanlah Syaira nak kena jadi perempuan melayu terakhir pula? Bila berjalan kena kepit-kepit, bila duduk kena sempit-sempit, bila baring tak boleh bergolek-golek.Aduh, mama..Syaira tak mau jadi ‘plastik’ !

“Syaira dengar tak, apa yang mama cakap ni?” Leteran mama bersambung-sambung pula.

“Iye..Syaira dengarlah ni mama..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience