SAMPAI sahaja di kediaman clientnya, terlihat Kyra terus menuju ke dapur. Katanya, mereka sekarang tengah sarapan, dan ternyata benar. Terlihat Datin Imah bersama anaknya sedang menikmati sarapan pagi bersama.
"Good morning Datin, tuan. Maafkan saya kerana terlambat, tadi ada hal yang tidak dapat di elakkan. Harap tuan, Datin faham." Kata Kyra, dengan membongkok 90 darjah di depan boss barunya.
Namun Dylan langsung tidak memperdulikannya malah fokus pada ipad di tangannya.
"Good morning. Takpa saya faham." Kata Datin Imah dengan senyumannya.
"Terima kasih Datin."
"Macam ni nak jadi assistant Dylan mama. Waktu tak tepat, tak berdisplin langsung. Dekat mana mama jumpa dia ni?, dekat pusat pelacuran ke?. Pakaian pun, macam tak cukup kain. Dylan rasa, biarlah Mirul tu je yang jadi assistant Dylan, daripada perempuan ni. Dylan tak suka." Hina pemuda itu, membuatkan Kyra kesal.
"Hei, apa cakap macam tu Dylan. Mama tak pernah ajar anak mama jadi kurang ajar macam ni."
“Memang betulkan, apa yang Dylan cakap.”
"Hanya kerana sedikit kesalahan sahaja, tuan nak judge saya ni pelacur. Tuan sempurna sangat ke?, yakin masuk syurga ke?. Kita sama je tuan, sama-sama hamba Allah. Takda yang sempurna. So jaga mulut tu lain kali." Balas Kyra dengan tatapan tak puas hatinya, pada Dylan.
Kata-kata gadis itu, membuatkan Dylan dan Datin Imah menatapnya.
"Maafkan saya tuan atas perkataan saya tadi."
"Aku malaslah nak layan kau. Ni hari pertama kau kerja dengan aku tau. Tapi dah pandai melawan macam ni. Aku ni boss kau, bukan perkerja rendahan macam kau. Jadi level kita jauh berbeda sampai ke tulang. So, kau tak layak nak ajar aku."
Kata-kata Dylan itu ibarat panah yang menembusi hatinya. Patutlah orang-orang mengelarnya Tuan devil, dah mulut dia ni takda lesen macam ni. Siapa yang tak sakit hati mendengarnya.
'Nasib baik mak kau tawarkan aku 1 juta tau. Sayangnya, muka kacak tapi gay. Cakap kita perkerja rendahan yang dia tu lagi teruk.' Guman Kyra.
“Kenapa pandang aku macam tu, tak puas hati ke?. Kalau tak puas hati cakap.”
‘Yup, aku memang tak puas hati dengan kau. Dasar lelaki gay.’ Gumannya lagi.
Melihat kearah jam tangannya. "Baiklah ma, Dylan berangkat kerja dulu." Pamit Dylan, dengan bersalaman dengan ibunya.
"Eh, habiskan sarapan ni dulu."
"Dylan banyak kerja lagi dekat office tu, and malam ni Dylan tak balik. So mama tak payah tunggulah ya."
"Baiklah. Hati-hati, jaga diri."
"Baiklah ma." Balasnya, lalu tatapannya beralih kearah Kyra. "And kau, ikut aku." Arah Dylan.
“Baiklah tuan.” Lalu melangkah pergi, sempat lagi dia melambaikan tangannya kearah Datin Imah yang tersenyum kearahnya.
Inilah masanya untuk beraksi.
*****
SEMASA dalam perjalanan menuju PR.Group Berhad. Tiba-tiba saja, kereta yang mereka naiki berhenti tepat di tepi jalan. Membuatkan Kyra hairan, sedangkan office pemuda itu, masih jauh lagi.
"Kita buat apa dekat sini Tuan?. Kereta kita rosak ke?." Tanya Kyra.
"Turun sekarang, aku dah tak nak tengok muka kau lagi." Arah Dylan.
"Agak-agaklah tuan, tepi jalan ni kot. Ye pun tuan nak turunkan saya, boleh tak turunkan saya dekat perhentian bas depan tu je. Tak boleh ke?."
"Aku bukan sengaja turunkan kau dekat sini, melainkan aku ada tugas untuk kau. Aku hanya nak kepastian, adakah kau ni betul-betul nak kerja, or sekadar main-main." Jawab Dylan, dengan mengeluarkan sesuatu dari dalam dompetnya. "Nah ni kad, aku nak kau pergi ambil fail biru, semuanya ada 3 dekat syarikat ni, dan balik lagi dekat office sebelum tengah hari. Sekiranya kau gagal, maka aku akan pecat kau serta merta."
"Ok, saya terima cabaran tuan." Lalu keluar dari kenderaan Dylan.
"Good luck." Ucapnya, lalu berlalu pergi.
"Tuan takpa ke?, kita tinggalkan dia dekat sana, tempat tu bahaya. Lagipun dia tu perempuan, cantik lagi tu. Nanti ada perompak atau perogol macam mana?." Soal drivernya khawatir.
"Ada aku kisah. Jangan banyak cakaplah, fokus memandu."
"Baiklah tuan."
Sekarang di tangannya, ada telefon bimbit milik Kyra yang ia ambil senyap-senyap semasa di stesen minyak tadi. Dia akan pastikan, yang Kyra gagal dalam misinya kali ini.
*****
11:30 A.M,
SELESAI saja dari meetingnya, Dylan terus ke office untuk menyambung kerjanya yang bertimbun di atas meja. Namun dia sepertinya melupakan sesuatu, tapi apa ya.
"Oh ya Mirul, mana assistant baru aku tu?. Siapa nama dia?."
"Zanna Kirania." Jawab Mirul pantas.
"Ya, mana dia?. Dari tadi aku tak nampak dia pun. Sesat ke apa budak tu?."
"Saya baru dapat tahu, yang tuan menyuruh dia, untuk mengambil fail biru dekat syarikat W. Bukankah saya dah ambilkan, untuk tuan ke semalam?. Mana ada lagi fail dekat sana. Lagipun dia tu orang baru, tuan belum bagitahu dia lagikan mana letaknya syarikat kita. Saya dah try call dia, namun tak di angkat."
‘Aduh budak nikan, buat aku risau pulak. Kalaulah betul apa yang di katakan driver tadi. Macam mana?.' Guman Dylan, mula khawatir.
Tiba-tiba pintu di ketuk oleh seseorang,
"Masuk." Arahnya.
"Terima kasih." Ucap seorang gadis yang berpakaian lusuh, muka yang lebam-lebam dengan tangan yang penuh dengan luka. Tetapi dia tetap tersenyum, menghampiri bossnya.
"Kenapa dengan kau ni Anna?." Tanya Dylan terlihat panik.
"Maafkan saya tuan, nampaknya saya terlambat lagi. Ni fail yang tuan minta, syarikat tu cakap ni je yang ada." Kata Kyra, dengan menyerahkan fail biru itu di atas meja Dylan.
"Aku tak kisah tentang fail ni, yang aku kisah sekarang ni kau. Siapa yang buat kau jadi macam ni?." Soal Dylan lagi dengan datang menghampiri pekerjanya itu.
"Tuan janganlah risau. Kalau takda pape, saya pergi dulu." Pamit Kyra dengan menunduk hormat pada bossnya.
"Jap." Halang Dylan, membuatkan langkahnya terhenti.
"Apalagi tuan, kan saya dah cakap yang saya baik-baik saja. Lagipun, saya masih hidup belum mati lagi. Jadi dahlah."
"Aku tahu yang kau belum mati lagi. Tapi kau tu pekerja aku, so aku kena ambil tahu kenapa kau. Kenapa boleh jadi macam ni?. Tolong, kerja samanya." Kata Dylan dengan nada sedikit tinggi.
"Tak nak, bukankah tuan suka saya macam ni."
"Aku tahu, aku salah. Aku minta maaf. Please. Kita duduk dulu, kita bincang elok-elok. Boleh?."
Tanpa menyahut soalan dari Dylan, Kyra pun turuti saja kemahuan pemuda itu. Itu juga demi misinya. Sementara Dylan pun turut serta duduk di sebelah Kyra, dengan memerhati luka-luka pada lengan gadis itu.
'Dah kenapa mamat ni, seram pulak aku tengok.' Guman Kyra.
"So bagitahu kami, apa sebenar yang terjadi?. Sampaikan Cik Anna jadi macam ni." Soal Mirul.
"Emm, sebenarnya saya ni habis kena rompak. Waktu saya nak balik office. Saya ni tak nak kalah, so saya lawanlah, tapi sayangnya mereka guna kekerasan. Habis beg saya mereka ambil, dalam tu ada ic, kad bank, duit dan banyaklah benda penting dalam beg tu. Tapi saya dah repot polis. So biarlah polis yang uruskan. Ni semua salah telefon sayalah ni, entah kemana dia menghilang."
Seketika Dylan mendiamkan diri, rasa bersalah mula menyerangnya.
"Baiklah, saya dah jelaskan. So saya ada banyak kerja lagi nak di buat. Jangan risaulah, sikit je ni, pandailah nanti saya ubatkan mereka." Kata Kyra, lalu menyusun langkah untuk pergi. Namun, tetap saja Dylan menghalangnya.
"Jom ikut aku, kita pergi klinik. Nanti luka-luka tu masuk kuman, bertambah parah lagi. Tak pasal-pasal, marah pulak mama nanti. Kau nikan assistant kesayangan dia."
"Terima kasih atas keperdulian tuan, saya ok." Tolak Kyra,
RING... RING... RING,
Kedengarannya deringan telefon bimbit seperti tidak asing bagi Kyra. "Dalam poket tu, telefon saya ke?." Tanya Kyra inginkan kepastian.
Dylan pun mengeluarkan telefon bimbit tersebut, dari dalam poketnya dan itu jelas-jelas telefon bimbit milik Kyra.
"Kenapa phone saya, boleh ada pada tuan?. How?."
"Aku..."
"Oh ni rancangan tuan sebenarnya, ok fine. Saya mengaku kalah. Tu kan yang tuan nak dengar. Saya mengaku Kalah, sekalah-kalahnya. Tuan saya hanya berkerja, mencari rezeki yang halal. Kenapa tuan mati-matian nak saya berhenti?. Saya ada kacau hidup tuan ke?. Saya hanya berkerja. Jika tuan rasa saya ni mengganggu. Saya sarankan tuan, untuk bincang sendiri dengan Datin Imah. Saya penat." Lalu keluar dari ruangan itu.
Seketika Dylan terdiam, entah kenapa rasa bersalah menyerangnya. Sedangkan, inilah yang ia mahukan. Bahwa gadis itu ‘KALAH’. Kenapa harus kasihan padanya?.
Mirul melihat Dylan yang terpaku, hanya mendiam diam diri saja. Itu sangat aneh, kerana selalunya kalau ada pekerja yang melawan cakapnya memang kenalah, tapi tidak untuk budak baru ni. Dylan nampak lain macam, terserlah rasa bersalahnya.
"Apa tindakkan seterusnya tuan?." Tanya Mirul.
"Bawakan aku peti pertolongan cemas dan tolong belikan aku baju, seluar juga kasut yang sesuai untuk budak tu. Pastikan yang mahal, dan selesa." Arah Dylan.
"Nak saya serahkan ke, or tuan sendiri yang serahkan?."
"Biar aku sendiri yang serahkan."
"Baiklah. Saya pergi dulu. Ada apa-apa lagi sebelum saya pergi ni?."
“Takda.”
“Baiklah.” Lalu berlalu pergi.
Share this novel