Rate

BLACK ROSE (broken inside) 16

Drama Completed 921004

Mata Mawar meliar melihat ke sekeliling restoran. Suasana restoran agak tenang tika itu. Seorang pelayan mengiringi Aydean dan Mawar di bawa ke tempat duduk yang agak tersorok atas permintaan Aydean.

Sebaik sahaja mereka duduk, pelayan tersebut menyerahkan menu kepada Aydean dan Mawar. Kemudian, pelayan itu beredar memberi masa kepada mereka berdua untuk melihat menu.

Mawar membelek menu di tangan. Di lihat satu persatu menu yang tertulis, termasuk penerangan di dalam setiap menu. Adakala kepalanya di anggukkan sedikit. Seolah sedang menelaah menu.

Aydean yang sejak dari tadi memerhatikan Mawar tersenyum melihat gelagat wanita itu. Comel sungguh dirasakan riak muka Mawar tika ini.

Aduh.. parah aku ni!

"Tengah bermesyuarat apa dengan menu tu? Serius sangat nampaknya," Aydean bersuara. Mawar sembunyi senyum. Sedikit sebanyak usikan Aydean menghiburkan hatinya.

"Restoran ni, salah satu restoran favourite I. Tapi, The Boys Restoran still the number one. Even ada krew garang dekat sanaaa...," leretan perkataan akhir yang diucapkan Aydean memang sengaja ditujukan kepada wanita itu. Mawar angkat muka. Dia tahu Aydean sedang menyindir dirinya. Wajah dingin sengaja dipamerkan.

"Awak nak lagi sebelah pipi tu bertanda juga ke?" soalan maut Mawar buat Aydean terkedu. Air liur ditelan terasa berpasir. Aydean diam tidak berkutik. Takut. Matanya terus di tumpukan ke menu. Mawar sekali lagi menahan senyum. Terhibur dengan gelagat Aydean.

Kalau dahulunya, ada sahaja ucap balas dari Aydean jika Mawar menjawab kata-katanya. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, Aydean lebih banyak mengalah. Tetapi, hati Mawar masih belum merasakan lebih dari itu. Dia melayan Aydean kerana tidak mahu Aydean memecah rahsianya pada Syakir.

"So, you nak makan apa?" soal Aydean kembali memandang ke arah Mawar yang masih merenungnya sejak dari tadi. Mawar tersentak. Mata menggoda Aydean mengusik hati wanitanya. Jantung Mawar seakan berhenti berdetak seketika saat matanya bertembung mata Aydean.

"Dah puas tenung I? Pilih menu dulu, then, sambung tenungan you tu. I rela ditenung," usik Aydean dengan hati yang berbunga-bunga. Wajah Mawar merona merah. Dia cuba berlagak tenang.

Makanan yang berada di dalam menu ditunjuk kepada Aydean. Aydean menjengah ke arah jari telunjuk Mawar. Kemudian, kepala dianggukkan tanda faham.

Aydean melambai ke arah pelayan yang setia menanti di satu sudut. Pelayan menghampiri mereka dan memasukkan segala pesanan melalui notepad digital yang berada di tangannya. Kemudian, pelayan tersebut beredar dari situ.

Mawar kembali melihat ke arah Aydean. Begitu juga Aydean. Lama mata mereka bertaut. Aydean menarik senyum senget.

"Apa senyum-senyum?" soal Mawar selamba. Aydean ketawa kecil. Namun, dia tidak menjawab soalan Mawar. Sebaliknya dia memuncungkan bibirnya memberi isyarat ciuman. Mawar geram. Dia mengenggam penumbuk dan di hala ke arah Aydean. Meledak tawa Aydean tika itu.

Aiisshh.. garang sungguh!

"I main-main je lah. You ni makin garang, makin buat I geram," usik Aydean lagi sambil menahan senyum. Sah! Angau overdose! Sudah depan mata pun angaunya menjadi-jadi.

Mawar pamer muka dingin. Malas mahu melayan gatal si Aydean. Makin di layan makin merenyam!

"Esok masuk kerja petang ke pagi?" soal Aydean ingin tahu. Hanya dia sahaja yang memulakan perbualan sejak dari tadi. Mahu menunggu si Mawar buka mulut, alamat basi lah air liur dibuatnya.

"Pagi," jawab Mawar ringkas. Dia menyandarkan tubuhnya ke dada kerusi. Kasut dibuka dan kaki dilipat. Mawar duduk bersila menyelesakan dirinya. Mata Aydean masih melekat ke arah Mawar.

"Okay," Aydean mengangguk kepala tanda faham. Mawar memandang sekilas ke arah Aydean. Dia mula tidak selesa dengan renungan lelaki itu.

"Youuu...senyumlah sikit," pinta Aydean. Wajah dingin Mawar membuatkan Aydean geram. Susah sungguh mahu melihat senyuman manis milik wanita itu. Kalau harus dibayar, sanggup sahaja Aydean membayarnya.

"No!" balas Mawar dengan pandangan mata yang seakan menikam Aydean. Aydean telan air liur. Sekali lagi takut. Bukan boleh kira garang si Mawar. Bimbang melekat lagi satu penumbuk ke muka Aydean.

"Eemmm...," otak Aydean ligat memikirkan sesuatu untuk dijadikan perbualan mereka. Mawar masih berwajah dingin.

Tak kan nak guna modal makcik karipap lagi. Dah basi!

"You masih sayangkan Shark?" tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut Aydean. Mawar tersentak. Matanya yang hitam tajam itu, memanah tepat ke arah mata Aydean.

Soalan apa ni?

"Well, you dengan Shark kan pernah jadi couple of the year," tambah Aydean seakan menyindir. Telinga Mawar mula panas. Namun, cuba dikawal perasaannya. Aydean dapat menangkap aura kemarahan Mawar dari riak wajah milik wanita itu.

"I nak confess," ujar Aydean dengan berani. Dia sudah tidak peduli jika Mawar memarahinya. Dia cuma mahu wanita itu tahu segala-galanya. Mata Mawar masih memaku ke arah Aydean.

Aydean telan air liur. Pandangan Mawar membuatkan jantungnya seakan mahu melompat keluar. Tetapi, Aydean nekad untuk meneruskan kata-katanya.

"Actually, before you jumpa Shark, you dah jumpa I dulu," Aydean memula cerita. Dia menarik nafas dalam dan dihela perlahan. Dahi Mawar berkerut. Tidak dapat menangkap maksud kata-kata lelaki di hadapannya itu.

"You mesti tak ingatkan?" Aydean senyum hambar. Dia tahu Mawar langsung tidak ingat dan sedar kehadirannya suatu ketika dahulu.

"That time, I kerja di sebuah studio yang group you selalu lepak dulu before korang busking depan BB," jelas Aydean tenang. Fikiran Aydean seakan menyelongkar ranjang kenangannya yang lalu.

Mawar masih diam membisu. Menanti bicara lelaki itu habis. Fikiran Mawar juga cuba memunggah segala yang ada di kotak fikiran. Walaupun segala kenangan itu dia sendiri yang mahu lupakan. Tetapi, tentang Aydean, dia cuba menyelongkar kembali saat pertemuannya dengan lelaki itu.

"You tak ingatkan? Yelah, siapalah I ni di sisi you," bicara Aydean seakan merajuk. Namun, senyuman tetap terukir di bibirnya. Mawar masih membeku tanpa sepatah kata. Namun, otaknya cuba memerah keluar segala kenangan itu.

"Masa tu you dapat gitar as a birthday present dari papa you. Then, masa you tunggu yang lain-lain datang ke studio tu, you minta I tune kan gitar you," Aydean menyambung cerita. Dia menunggu reaksi Mawar. Namun, tetap wanita itu membisu. Aydean sedikit kecewa. Dia sepatutnya sudah dapat mengagak akan respon Mawar. Tetapi, masih sahaja dia berharap. Entah mengapa.

"Itulah first time I kenal you yang manja, cute and friendly," Aydean menambah. Betapa kesetiaan tak pernah berubah di hati Aydean. Cuma dia tidak berkesempatan untuk meluah perasaan waktu itu. Apabila mengetahui Shark terlebih dahulu berpasangan dengan Mawar, dia kecewa. Namun, mengalah itulah sikap Aydean. Dia tidak suka berebut. Tetapi, kali ini, Aydean mahu mencuba nasib.

"Awak lelaki yang rambut panjang tu?" soal Mawar. Iye, dia sudah ingat akan Aydean. Perlahan Aydean menganggukkan kepala. Hatinya terbit sedikit harapan apabila Mawar ingat akan penampilannya dahulu.

Mawar diam lagi. Fikirannya mula melayang mengimbas kembali pada kolam kenangan yang lalu.
. .
.

Kie menyandang gitar yang baru dibeli oleh Dato' Khalid sempena harijadinya semalam. Dia menolak pintu berkaca hitam itu lalu masuk ke dalam studio tersebut. Lelaki yang sedang duduk di tempat penyambut tetamu itu dipandang.

"Eemm.. bang. Tolong boleh?" soal Kie dengan suara manjanya. Terbiasa dengan lenggok manja. Dean yang sedang kusyuk menelaah buku kod gitar itu mengangkat wajah. Lama mata mereka bertaut. Dean ukir senyum manis. Wajah comel Kie seakan menerbitkan rasa cinta pandang pertama. Kie membalas senyum.

"Iye adik. Nak abang tolong apa?" soal Dean bersahaja. Buku ditutup. Kie tersengih malu. Dia duduk di sofa menunggu sambil mencapai beg gitar yang berada di belakangnya. Zip beg dibuka. Gitar akustik jenama Yamaha NTX700 berwarna hitam dikeluarkan dari sarung beg. Dean setia menunggu di duduknya. Gelagat Kie diperhati.

Kemudian, Kie bingkas bangun semula dan menyerahkan gitarnya kepada Dean.

"Adik nak suruh abang nyanyikan lagu untuk adik ke ni?" soal Dean sengaja mengusik. Kie ketawa. Dean terpesona melihat wajah ceria Kie. Jatuh cinta dibuatnya.

"Bukanlahh.. Kita tak reti nak tune gitar ni. Puas semalam tune sampai tak tidur, masih lagi tak dapat key yang betul. Abang tolong tune kan boleh?" soal Kie. Sikap ramah Kie buatkan Dean tertarik. Dean angguk kepala.

Dean mengambil gitar tersebut dari tangan Kie. Dia mula melaraskan bunyi pada setiap tali gitar. Kusyuk. Kie yang berdiri di depan meja menunggu itu, menanti dengan penuh sabar. Dia mencuri pandang ke arah Dean. Namun, rambut panjang lelaki itu menghalang pandangan Kie.

"Abang baru kerja sini eh?" soal Kie memecah kesunyian. Dean masih kusyuk melaras gitar.

"Part time. Bosan duduk rumah," jawab Dean tanpa memandang ke arah Kie. Kie mengangguk kepala. Namun, matanya turut tertumpu pada gitar miliknya.

"Gitar mahal ni. Boyfriend bagi ke?" soal Dean sengaja memancing. Kie ketawa lagi.

"Taklah. Papa kita bagi. Semalam birthday kita," balas Kie ceria. Dia senang dengan Dean yang agak kelakar itu.

"Owh, happy birthday. So, takde boyfriend lagi lah ni?" soal Dean sambil menyerahkan semula gitar tersebut kepada Kie. Sekali lagi meledak tawa Kie.

"Teka lah," Kie tersenyum gembira apabila gitarnya sudah dilaras dengan betul. Dean turut mengukir senyum.

"Thank you," ucap Kie sambil memandang ke arah Dean sekilas. Dia terus duduk kembali ke sofa. Kemudian, dia memetik gitar itu sambil menyanyi perlahan lagu kumpulan The Moffats - Miss you like crazy. Dean senyap. Dia memasang telinga sambil memerhati Kie dari tempat duduknya.
. .
.

Mawar diam. Aydean yang sedang menjamah makanan, di renung. Air honeydew yang masih penuh di capai dan straw disedut perlahan. Bukan Mawar tidak ingat tentang Aydean, hati remajanya tika itu sering berubah-ubah. Disangkakan Aydean cinta pandang pertamanya, tetapi, tanpa sedar Syakir berjaya menembus masuk dalam hidupnya.

××××××××××

Mawar membuka helmet yang lusuh itu dan diletakkan ke motor miliknya. Mata menoleh ke arah parkir kereta. Kereta Aydean sudah pun berada di tempat parkir.

Awal sampai!

Kaki melangkah masuk ke dalam restoran. Masih sunyi keadaan pagi itu. Belum sempat kaki melangkah masuk ke dapur, Aydean menghalang laluannya. Langkah Mawar terhenti. Mata mereka bertaut. Hai lah, entah berapa kali mata mereka harus sebegini. Mawar mula tergugat. Baru Mawar perasan mata menggoda Aydean berwarna hazel. Oh my!

Damn!! Stop it, Mawar!!

"Morning," ucap Aydean dengan senyuman manis. Mawar mengangkat kening tanda membalas ucapan Aydean. Kemudian, dia terus melintasi lelaki itu dan masuk ke dapur.

"Assalamualaikum, " ucap Mawar kepada isi dapur. Zara dan Siti menoleh ke arah Mawar. Mereka menjawab salam Mawar sambil menyambung kerja masing-masing.

"Mawar, ni list untuk one week menu. Encik Syakir suruh bagi Mawar," Zara menyerahkan senarai tersebut kepada Mawar. Mata Mawar meliar mencari kelibat Adam.

"Adam mana?" soal Mawar. Matanya di arah ke kertas yang dipegang. Menu untuk seminggu yang berlainan setiap hari. Ada juga yang perlu dia olah untuk sepcial of the day menu. Bibir dicebik.

Tiba-tiba..

"Buatkan I air teh o ais," pinta Aydean berbisik ke telinga Mawar. Bahu Mawar terangkat kerana terkejut. Dada di gosok laju. Nafas di lepas kasar. Dia menoleh ke arah Aydean yang tersengih macam kerang busuk itu.

"Nanti hantar dekat office. Thanks," ucap Aydean sambil memberi isyarat ciuman. Mata Mawar membulat. Cepat-cepat dia memandang ke sekeliling. Takut dilihat orang lain. Aydean terus berlalu masuk ke pejabat Syakir.

"Siti, buatkan aktor kesayangan kau tu teh o ais. Lepas tu hantar dekat office boss," arah Mawar selamba. Dia tahu Siti tidak akan menolak permintaannya. Siti ukir senyum lebar sebaik sahaja mendapat arahan tersebut.

"Baikkk...," balas Siti dengan suara yang ceria. Seakan teruja mendengar arahan dari Mawar. Maklumlah aktor kesayangannya.

Mawar terus ke stor barang untuk mengambil semua bahan-bahan masakan. Fikirannya ligat memikirkan menu istimewa yang perlu dia olah nanti.

SYAKIR kerut kening. Dia menoleh berkali-kali ke arah kereta Aydean yang sudah berada di tempat parkir restoran. Rahang digosok perlahan Spek mata hitam di buka dan diletakkan ke celah lubang leher.

"Aneh. Pagi-pagi lagi dah ada sini," gumam Syakir seorang diri. Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam restoran.

Suasana pagi yang sepi sebegitu sudah menjadi pemandangan biasa baginya. Keadaan restoran akan mula sibuk sewaktu makan tengah hari nanti sehinggalah waktu malam. Waktu itu, pelanggan di restoran akan mula ramai dan kebiasaannya band akan bermula pada jam 8 malam.

Syakir menolak pintu pejabat. Aydean yang sedang duduk di sofa ruangan itu di pandang dengan wajah curiga. Aydean melempar senyuman sebelum matanya beralih semula ke arah telefon bimbit yang berada di tangan.

"Mimpi basah ke semalam? Pagi lagi dah ada dekat restoran," sindir Syakir sinis. Jika diikutkan, jarang Aydean ke restoran jika lelaki itu cuti dari penggambaran.

Meledak tawa Aydean tatkala mendengar sindiran pedas Syakir terhadapnya. Dia akui memang dia sangat jarang menguruskan restoran. Seratus peratus restoran itu diuruskan oleh Syakir seorang diri. Aydean hanya penyumbang dana dan hanya sekali sahaja dia akan mengambil tahu tentang perjalanan retoran tersebut. Itu pun setelah Syakir sendiri yang membentangkan segalanya pada Aydean. Jika tidak, dia ibarat sleeping partner sahaja di situ.

"Aku boring. Seminggu cuti. So, I'm here. Please welcome me," balas Aydean bergurau. Telefon bimbit disimpan. Wajah Syakir direnung. Syakir duduk di kerusinya. Tubuh disandar ke dada kerusi. Dia melepas keluhan berat.

"What's up, bro? Something happen?" soal Aydean apabila melihat wajah Syakir yang mula mengeruh seakan ada masalah yang sedang menimpa. Syakir meraup wajah perlahan.

"Maira," lemah nada suara Syakir saat nama itu di ucap dari bibirnya. Aydean masih merenung Syakir. Menanti jawapan penuh dari lelaki itu.

"Dia ajak aku bertunang," tambah Syakir lagi. Kening Aydean terangkat. Kepalanya di angguk perlahan. Tangan kanan naik ke rahang, digosok perlahan jambangnya.

"So?" soal Aydean ingin tahu. Wajah Syakir tidak menunjukkan sebarang keterujaan. Malah, seakan kusut dan serabut dengan wanita itu.

"Aku anggap Maira macam adik aku sendiri, Dean. You know it, right?" balas Syakir bersungguh-sungguh. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Terasa susah untuk membuat Maira faham perasaannya.

"Kau... masih mengharapkan seseorang ke?" soal Aydean berkias. Jantungnya mula berdegup kencang menanti jawapan dari Syakir. Syakir merenung Aydean. Perlahan kepala di angguk.

"Aku masih cintakan Kie," jawapan Syakir menyentap tangkai jantung Aydean kuat. Aydean tunduk wajah. Nafas ditarik dalam. Seakan sesak dadanya tika ini. Dia berbelah bahagi. Haruslkah dia berterus terang sahaja tentang Mawar? Atau dia biarkan sahaja Syakir tahu dengan sendirinya.

"Susah aku nak buang perasaan aku pada Kie. Setiap kali aku lalu BB, aku teringat pada Kie. Setiap kali aku dengar semua lagu-lagu yang Kie pernah nyanyikan dulu, aku teringat pada dia. Aku nak kan penjelasan dia. Kenapa dia hilang macam tu je," tambah Syakir panjang lebar. Banyak yang dia mahu tahu dari Kie. Tetapi, wanita itu menghilang tanpa pesan dan jejak.

Selepas dia sedar dari kemalangan, Syakir langsung tidak ingat apa yang berlaku. Sehinggalah dia pulih semula dalam masa yang agak singkat. Dia kembali mengingati Kie. Dia kembali rindu pada wanita itu. Namun, puas dia mencari susuk tubuh Kie di mana-mana, namun, tiada. Wanita itu seolah hanya mimpi indah yang sementara dalam hidupnya sebelum ini. Syakir buntu. Selama mana dia mencari Kie sehingga dia berputus asa dan berhenti mencari.

Can you feel my heart? It's beating your name, Kie - Amir Syakir

Happy reading jelitawan hamba..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience