Rate

Bab 1

Crime Series 294

Suasana di perkarangan rumah Villa 3 tingkat itu sungguh meriah ditambah lagi dengan bunyi bunga api yang meletup-letup menambahkan lagi seri acara majlis hari jadi putra pemilik villa tersebut. Lampu-lampu kuning dipacakkan sepanjang jalan laluan yang dilapikkan dengan karpet merah sehingga ke pentas yang dihiasi dengan lampu warna-warni. Seorang budak lelaki yang berkulit putih, rambut kerinting dan berusia kira-kira 3 tahun duduk disudut rumah yang dikerumuni orang ramai. Budak tersebut duduk mencangkung dan membelakangkan tetamu - tetamu yang ada. Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an menghampiri budak itu lalu menyentuh bahunya. 'Arif, mari duduk depan sana. Mama akan teman. Lembut suara wanita itu seolah memujuk. Arif menoleh kebelakang dan mengabaikan ibunya, Puan Azura. Puan Azura kelihatan sangat terkilan dengan sikap anak tunggalnya itu. Tidak pernah sekali dia mendengar anaknya itu bercakap mahupun memberi reaksi. Tangan Puan Azura lalu merangkul badan anaknya itu dan mendukungnya sehingga ke p atas pentas yang terdapat meja dan diatasnya ada kek dan hadiah.

Pengacara majlis meneruskan acara itu dengan mengucapkan kata-kata aluan kepada hadirin yang menghadirinya majlis tersebut.

' Selamat sejahtera kepada Tuan Amri dan Puan Azura yang mengadakan majlis ini bagi meraikan Hari kelahiran putera kesayangan mereka, Adik Arif dan tetamu-tetamu yang telah hadir. Semoga Setiap orang di acara ini dirahmati oleh keberkatan daripada Maha Esa. Didoakan agar Adik Arif panjang umur dan menjadi sosok dewasa yang arif, bijaksana dan pintar. Begitu juga dengan Tuan Amri dan Puan Azura semoga dicucuri rezeki yang melimpah dan mendapat zuriat lagi pada masa hadapan. Dengarkan sebuah kata-kata khas daripada Ibu dan ayah Arif kepada Putera kesayangan mereka.
"Anak lelakiku yang tersayang.Tiada harapan yang lebih besar bagi orang tuamu buat Arif. Mama dan papa hanya ingin mendengar dua patah sahaja kata-kata daripada Arif iaitu mama dan papa. Mama dan papa harap Arif membesar dengan sihat dan dipanjangkan umur. Mama dan papa sayang Arif. Baca pengacara majlis dengan penuh perasaan. Semua tetamu yang hadir terdiam. Mungkin merasa sebak atau merasa perlu terdiam kerana dibawakan oleh suasana.

' Acara ini akan diteruskan dengan upacara meniup lilin oleh adik Arif dan mari kita nyanyikan lagu. Laung pengacara majlis tersebut dengan nada bersemangat.
semua hadirin tepuk tangan sambil menyanyi.

Happy birthday to you,
Happy birthday to you
Happy birthday to you Arif
Happy birthday to you

Puan Azura membisik kepada Arif ' Arif, tiup lilin arif.. seronok tau. Tanpa menjawab Arif menurut dan meniup lilin pada kek coklat bersalutkan kacang Almond.

Tiba-tiba Arif berkata "Mama,Papa. Puan Azura terkejut dan menangis kerana terharu.Itu kali pertama dia mendengar anaknya itu berkata dan perkataan pertamanya adalah 'mama, papa.

"Bang ada dengar ke? Arif panggil kita bang. Kata Puan Azura kepada suaminya yang berdiri di sebelahnya. Tuan Amri hanya menganggukkan kepala
Suasana menjadi riuh kerana itu pertama kalinya Arif berkata. Bunyi mercun bunga api kedengaran lagi memecahkan suasana yang sedia ada sudah riuh. Puan Azura membawa Arif turun dari pentas dan menuju ke halaman yang tidak berbumbung. Arif menunjukkan jarinya ke arah bunga api berwarna-warni dan mampu menarik mata sesiapa sahaja yang melihat.

'Mama,papa' kata Arif sambil jari telunjuknya ke arah langit . Puan Azura mengukir senyuman.

'Itu bukan mama,papa lah. itu Bunga api. Kata Puan Azura dengan nada suara budak.

Dari jauh, Tuan Amri membawa sebuah sangkar warna biru dan menuju ke arah Puan Azura dan anak lelakinya.

' Ini hadiah buat Arif.Kucing. Kata Tuan Amri. Arif mengukir senyuman bahagia kerana dia sudah lama menatap gambar-gambar kucing pada majalah selama ini dan ini pertama kalinya kucing berada di hadapannya.

seekor anak kucing baka Maine cone berwarna oren itu kelihatan sangat cantik dengan bulunya yang lebat sambil ekornya dilibas-libaskan.

selepas acara itu dijalankan selama 4 jam, para tetamu sudah mengisi perut dengan jamuan- jamuan hidangan yang mewah dan ditempah khas dari restoran masakan Perancis. seorang demi seorang tetamu mula meninggalkan majlis dan memberikan adik Arif hadiah. Arif hanya memandang sekilas hadiah yang diberikan. Baginya, Kucing itu sangat menarik perhatiannya dan ia menyukai hadiah dari ayahnya itu.


*******************

Arif duduk bersila di ruang tamu dan tangannya ligat membuka pembalut hadiah. Seketika dibuka dia melihat kereta kontrol mainan dalam kotak tersebut. Namun perkara itu sama sekali tidak menarik minatnya. Dia malah menolak hadiah itu ke tepi.

'kenapa, tolak tepi Arif? soal Puan Azura
Arif memandang ibunya dan hanya tersenyum tetapi ibunya malah kebingungan.

Tangan Arif masih ligat membuka hadiah namun semua hadiah yang dibuka mengecewakannya. Tiada satu pun hadiah yang menarik baginya.

Arif bangun dari tempat duduknya dan berlari ke arah sangkar kucingnya.

'Dadu' kata Arif.

'hah? dadu? Arif tahu dadu ke? soal Puan Azura yang sedikit terkejut apabila anaknya yang berusia 3 tahun dan baru berkata itu menyebut perkataan dadu dan itu merupakan perkataan ketiga yang disebut anaknya.

Arif mengangguk dan tersenyum. 'Dadu' ulang Arif semula dengan nada sedikit rendah.

'oh, Nama kucing itu dadu ya? Arif mengangguk dan memeluk kucing itu.

Tuan Amri menuju ke arah isteri dan anaknya diruang tamu.

' Sayang, dah lambat ni. Tidurkan Arif dalam bilik. Kalau dia nak bawa sekali kucing pun boleh. Kata Tuan Amri dengan nada yang lembut.

Okay. Jawab Puan Azura lemah.

' Arif, Mari bawa dadu masuk bilik Arif sekali. Arif boleh borak dengan dadu. Dadu pandai mengeow tau! Meow,meow,meow. Arif menurut kata ibunya dan membawa masuk dadu ke biliknya.

Puan Azura mematikan suis lampu bilik anaknya selepas menghantar anaknya ke tempat tidur.

Keluarga Tuan Amri dan Puan Azura boleh dikatakan bahagia dengan dikurniakan seorang anak lelaki. Namun semuanya tidak indah seperti kelihatan di acara majlis tadi. Hidup puan Azura tidak pernah bahagia dan dia bertahan demi anaknya dan menjaga maruah suaminya. Tuan Amri selalu memukul Puan Azura apabila Arif telah dihantarkan ke biliknya. Jika Puan Azura tidak menurutnya, Puan Azura akan dipukul lebih kuat lagi dan mengancam akan membunuh Arif apabila dilaporkan ke polis.

' Azura! aku nak tanya kau ni!!! lelaki yang mesej kau ni siapa? kenapa? kau nak minta tolong ke??? Seksa sangat ke hidup dengan aku? dulu, kau jugak yang janji nak kan aku walau aku punya kekurangan...ini lah kekurangan aku!! Kau nak sangat kan!!! teriak Tuan Amri dan kakinya dihayunkan ke badan mungil Puan Azura tanpa ada rasa belas kasihan.

Puan Azura hanya menangis ' jangan bang, jangan bang. Rayu Puan Azura.

'hah?? Jangan?? Jangan? ulang Tuan Amri semula dan rambut Puan Azura yang panjang ditariknya dan diikat ke tiang bucu katil. Tangan dan kakinya juga diikat dengan rantai. Ini ke maksud kau Jangan?? jerkah Tuan Amri.

'Tidak bang, sumpah!! Zura tak buat lagi dah. Tangis Puan Azura apabila rancangannya kali ini gagak untuk mendapatkan pertolongan daripada Kawan rapatnya.

' Sumpah, sumpah, sumpah!!!!! ni makan kau sumpah!!!!! Tuan Amri menghayunkan penumbuk ke perut Puan Azura.

'abang! rintih Azura. Anak Azura! Muka Azura kelihatan pucat menahan kesakitan apabila diseksa oleh suaminya.

' hah? anak kau??? anak kau dengan Jantan lain?????

' ya Tuhan! abang. Ini anak abang lah. Jawab Azura longlai sambil menggosok perutnya yang berasa senak dan tiba- tiba dia rebah pengsan. Tuan Amri tidak panik mahupun kesal dia malah menghayunkan sekali lagi sepakan pada badan isterinya.

'oh, mampus lah ni? kata Tuan Amri sambil senyum

Tanpa mereka sedari, Arif mengintip dari luar pintu bilik mereka. Arif bergegas menuju ke bilik ibu dan ayahnya apabila mendengar jeritan ayahnya. Arif mengukir senyuman dan berlari semula ke biliknya.


**************
Arif menuju semula ke biliknya.Namun sesuatu yang menarik perhatiannya ketika hendak masuk ke dalam bilik. ' Dadu' sebiji dadu berwarna merah. Arif mengutip dadu yang berada di lantai itu dan membawanya ke tempat tidurnya dan disorokkan ke dalam bantal. Kucingnya ' Dadu' menuju ke arah nya dan mereka berdua tidur bersama di atas katil. Arif memeluk erat kucing kesayangannya itu.

Have a nice day

Share this novel

Cereencristy Riccil
2022-08-09 23:52:54 

Okayy jalan cerita dia okay just tolong tambahkan " " utk mengetahui itu dialog okay itu jerr thank you


NovelPlus Premium

The best ads free experience