Usai solat isyak, Saraa menyertai Maksu, Paksu, Sufrina dan Mikail duduk bersantai di ruang tamu. Dia duduk di sebelah Maksu dan meletakkan kepalanya di bahu ibu saudaranya itu.p
"Maksu, esok Saraa pergi Sarawak tau," ujarnya.
"Kamu nak buat apa kat Sarawak tu lagi?"
"Saraa kan nak bukak butik kat sini so Saraa perlu jugaklah berbincang dengan business partner Saraa kat sana. Nanti dia akan uruskan butik yang kat sana, Saraa uruskan butik yang kat sini," terangnya.
"Saraa nak pergi sana berapa hari?" tanya Paksu pula.
"Umm tak pasti lagi Paksu. Kalau cepat urusan Saraa kat sana habis, cepatlah Saraa balik," senyuman diberikan kepada Paksunya itu.
Paksu mengangguk faham.
"Nanti akak belikan buah tangan untuk Mika ya," ujar Mikail teruja.
"Suf pun nak jugak!" Sufrina tersengih-sengih.
"Hmm okey nanti akak bagi hadiah untuk semua orang dalam rumah ni ya," dia mengenyitkan matanya kepada Sufrina.
"YEAY!" sorak Sufrina dan Mikail serentak.
"Saraa jaga diri baik-baik tau," pesan Maksu memegang tangannya.
Saraa menatap wajah Maksu dan senyuman manis diberikan.
"Tak payah risau. Nanti korang semua tengoklah wajah Saraa puas-puas,"
"Maksud Saraa?" Maksu mengerutkan dahi.
"Nanti kalau Saraa dah balik, setiap hari Maksu tengok wajah Saraa. Apelah Maksu ni. Paksu tengok Maksu ni, itupun tak faham," gelak Saraa.
Semua yang berada di situ juga turut tergelak mendengarnya.
...
Pada pagi itu, Saraa sudah bersiap-siap mahu ke lapangan terbang untuk terbang ke Bumi Kenyalang. Paksu membantunya untuk memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.
Saraa bersalaman dan berpelukan dengan Maklang, Maksu, Mila, Syaza dan Sufrina sebelum masuk ke dalam kereta.
"Jaga diri Saraa baik-baik ya, nak," pesan Maklang dengan penuh kasih sayang.
"Jangan risau. Korang semua yang patut jaga diri masing-masing, ya," pesanan berbalas pesanan.
"Suf, jangan tidur lewat sangat tau. Tak baik untuk kesihatan," dia memandang wajah Sufrina dengan senyuman meleret.
Sufrina hanya mengangguk dan mengenyitkan mata kepada Saraa sebagai tanda dia akan mengikuti pesanan tersebut.
"Selamat tinggal kesayangan-kesayangan Saraa!"
Kereta Saraa terus menyusur laju meninggalkan perkarangan rumahnya.
"Aku sayang korang sangat-sangat," senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Sweet kan Kak Saraa tu?" ujar Sufrina gembira. Matanya masih memandang kereta Saraa hingga hilang dari pandangan mata.
"Ha'ah. Akak menyesal sangat sebab dah layan dia teruk sangat selama ni," Mila mengeluh lemah.
"Kita semua dah layan dia teruk sangat selama ni. Perbuatan kita ni tak sepatutnya dimaafkan macam tu aje tapi dia baik sangat. Dia maafkan kita dan masih lagi sayang kita macam tak ade apa-apa yang berlaku," Maklang sayu mengenangkan perbuatan jahatnya terhadap Saraa.
"Hmm dahlah tu. Tak payahlah nak kenang sangat perbuatan kita yang lama. Yang penting sekarang, kita akan curahkan dia dengan kasih sayang yang secukupnya," Paksu cuba mengusir suasana sayu yang menyerang secara tiba-tiba.
"Betul tu," sokong Maksu.
...
Pada malam itu...
PPAP! tAp! taP! Tap!
"Urmgh!"
"Shhhhh!"
Maksu terbangun apabila terdengar bunyi bising di luar biliknya. Ada bunyi kaki orang sedang berjalan, bunyi orang yang mahu menjerit tetapi mulutnya ditutup dan ada juga bunyi orang berbisik-bisik berdekatan dengan biliknya.
"Bang... Abang!" dia menggoncang badan Paksu untuk mengejutkannya.
"Ada apa dengan awak ni?" tanya Paksu mamai. Dia menggosok-gosok matanya supaya penglihatannya lebih jelas.
"Saya rasa ada orang di luar lah, Bang," bisik Maksu kepada suaminya. Jantungnya sudah berdegup kencang kerana memikirkan kemungkinan ya berlaku.
"Alah biasalah tu. Mika dan Suf masih kat luar lah tu kot. Awak macam tak kenal anak-anak awak, suka sangat tidur lewat. Lagi-lagi musim cuti sekolah ni," Paksu sekadar mahu menenangkan hati isterinya.
"Abang! Dah pukul tiga pagi kut! Gila ke apa diorang masih bangun waktu-waktu macam ni!" Maksu memukul lengan Paksu lalu menunjukkan jam di dinding.
"Habistu?" Paksu memandang wajah Maksu. Dia mula menelan liur.
"Abang ceklah kat luar tu ada apa," pujuk Maksu.
Paksu memgangguk. Dia memberanikan diri untuk melihat keadaan di luar. Namun belum sempat dia memutar tombol pintu, pintu tersebut telah ditendang dari luar terlebih dahulu. Paksu terdorong ke belakang dan terjatuh dibuatnya.
"ABANG!!!"
"Kau diam!" arah seorang lelaki yang wajahnya ditutupi oleh topeng muka.
...
Setelah mengikat kaki dan tangan serta menutup mulut Maksu dan Paksu, mereka berdua dibawa ke ruang tamu rumah. Rupanya bukan mereka sahaja yang sudah diikat kaki dan tangan dan ditutup mulut, seluruh warga di rumah itu juga sudah berada di ruang tamu tersebut dengan keadaan yang sama. Hanya Syaza dan Mikail sahaja yang langsung tidak diikat.
"Korang bawak diorang semua dengan korang. Yang mengandung dan dua orang budak ni biar aku yang bawak," kata lelaki yang bertopeng tadi kepada tiga orang rakannya. Dia sedang membawa Afif dalam gendongannya.
Rakan-rakan subahatnya hanya mengangguk lalu menarik dan mengheret mereka semua untuk keluar dari rumah, menuruni tangga dan masuk ke dalam sebuah van putih kecuali Syaza, Mikail dan Afif.
"Kau, bawak budak tu, masuk dalam kereta aku," arahnya kepada Syaza sambil mengacukan pistol kepadanya.
Syaza terus mendukung Mikail yang pengsan lalu masuk ke dalam kereta. Tangannya terketar-ketar mendukung Mikail kerana ketakutan.
Share this novel