Chapter 10 Derita

Drama Completed 32729

Perlahan- lahan langkahnya diatur mendekati Adam. Gelas yang dipegangnya kelihatan bergetar kerana tangannya yang menggigil. Ya.. dia menggigil sebab dia takutkan Adam. "Mi.. minum, encik.." ujarnya perlahan. Gelas tersebut diletakkan di sisi meja kerja Adam. "Hurmm." hanya itu yang dibalasnya. Raihana hanya tunduk memandang lantai, menunggu sekiranya Adam masih perlukan dia disitu. +

"Hulurkan fail kuning tu." arahnya tanpa memandang Raihana. "A.. apa?" Raihana meminta kepastian. Wajah tak beriak Adam dipandang. "Aku minta fail kuning tu lah pekak." Raihana segera mengambil fail yang Adam minta. Macam nak melayang nyawanya melihat pandangan tajam Adam tadi.

Fail kuning tersebut dihulurkan pada Adam. Namun entah di mana silapnya, dia terlanggar gelas yang dia letakkan tadi. Laptop dan kertas kerja Adam lencun dibasahi kopi. "Shit! Apa masalah kau, bodoh? Nak mampus ke?" rambut Raihana ditolak kasar lalu isterinya itu ditolak ke lantai. "Sa.. saya taksengaja." tangis Raihana.

"Tak sengaja kau kata? Kau tahu tak yang semua barang ni lagi bernilai dari engkau! Kalau aku hilang projek kau nak tanggung ke?" perut Raihana ditendang kuat. Raihana menjerit menahan sakit. Air matanya mulai mengalir. "Menangis jer yang engkau tahu. Sial!" sedikit pun Adam tak berasa simpati melihat keadaan Raihana. 22

Tali pinggangnya dibuka. Mulutnya takhenti menyumpah seranah isterinya sendiri. "A.. Adam.. awak nak.. buat apa ni?" menggigil tubuh Raihana melihat tindakan Adam. Dia mundur ke belakang sehingga tersandar pada dinding. "Apa aku nak buat? Aku nak ajar betina sial macam kau supaya jangan sentuh barang aku!" 1

Tali pinggangnya dihayunkan berkali- kali pada tubuh Raihana. Tangisan dan jeritan isterinya itu langsung tak mampu menagih simpati darinya. Setelah puas, dia terus keluar dari rumah, meninggalkan Raihana yang hampir mati dipukul. Raihana menangis. Di dalam hati, dia berdoa kepada Sang Pencipta agar dilembutkan hati suaminya. Dia perlukan kekuatan. 73

Kesan lebam lamanya masih belum hilang tetapi lebam yang baru sudah datang. Usia perkahwinan mereka baru masuk seminggu namun seksaan Adam terhadapnya amatlah memeritkan. Kenapa Adam sanggup buat semuani? Besar sangat ke kesalahan yang dia dah lakukan?

"Alone?" +

Adam memandang ke arah perempuan di sisinya. Bibirnya mengukir senyuman sinis. "You nampak macam I tengah berdua ke?" soalnya kembali. "Is there something messing in your mind, baby?" gadis itu mengambil tempat di sebelahnya. Tangan Adam diusap lembut, sengaja ingin menggoda lelaki itu.

"Stop. I'm not in mood." balasnya mendatar. Arak didepannya diteguk habis. Gadis itu mencebik. Tangannya semakin meliar pada tubuh sasa Adam. "Sampai hati you tolak I. You takrindu I ke, baby?" dia bangun dan duduk di atas riba Adam. Adam hanya membiarkan. 2

'Aku nak rindu betina macam kau? Jangan harap.' ejek hatinya. Tangannya mula menjalar pada tubuh terdedah wanita itu. Wanita itu tersenyum kemenangan. 'Not in mood konon. Ni yang you buat ni apa, baby?' soal hatinya. "Jom. Hotel. Now." arah Adam. Wanita itu ditolak perlahan. Dia bangun dan mengatur langakahnya pergi.

"Wait.., What? Hotel? Seriously? Kenapa bukan dekat rumah you?"

"Need not to know." gila ke apa nak bagitahu yang dia dah menikah? Daddy dia pun taktahu, inikan pula orang luar macam perempuan tu. Sebenarnya, kalau boleh, Adam taknak sesiapa pun tahu yang dia dah kahwin. Sebab dia nak hidup dia normal macam biasa, always with girls, clubs, and drinks.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience