“Sebenarnya... saya suka awak,” lembut saja ayat itu meniti keluar dari bibir seorang lelaki bernama Haiqal Jayden. Sudah lama dia memendam perasaan ini terhadap seorang wanita yang dipujanya. Hari ini, dia akan meluahkan segala-galanya terhadap wanita itu. Bagaimana pun caranya, dia sanggup berbuat apa sahaja sehingga wanita itu menerima dirinya.
“Huh? A-apa tuan cakap ni?” Soal Atiqah kurang memahami maksud sebenar majikannya itu. Entah drama apa pula lelaki itu mainkan pagi ini atau entah apa yang lelaki itu mimpi di malam hari?
“Haih... saya cakap saya suka awak! Rasa cinta saya pada awak sangat dalam tau. Sedalam lautan.” jelas Jayden lagi. Dia mula menghampiri wanita yang berdiri statik pada tepi meja pejabatnya. Jelas wajah Atiqah panik masa itu.
“Tu-tuan suka saya? H-how?”
“Perlu ke awak tahu macam mana saya boleh suka awak? You don't need to know about that. You need to know that you're mine! Kita akan kahwin secepat yang mungkin,” dengan tenang Jayden melontar setiap butir katanya. Pada masa yang sama, tangan Atiqah di genggam lembut. Mana tak bertambah cemas wanita itu. Hendak melawan terasa diri terkunci pula. Sudah, dia guna ilmu apa ni?
“Awak sudi kan kahwin dengan saya? Saya tak nak tunggu lama-lama lagi...” wajah Atiqah di pandang serius. Di sebalik wajah yang serius itu, ada dua perasaan yang sedang menunggu untuk meletup. Perasaan gembira dan juga kecewa. Jika di terima, maka gembiralah hatinya. Jika tidak, kecewalah dirinya.
Namun, dia hanya mengharap jawapan daripada wanita itu tidaklah mengecewakan. Perasaan cinta terhadap wanita itu tidak dapat ditepis mahupun dilawan. Bahkan, untuk dihapuskan sungguh sulit baginya. Boleh gila jikalau wanita idamannya itu menolak cintanya yang ikhlas. Tidak! Dia tidak boleh menolak!
“Tuan... sa-saya rasa ki-kita salah masa ni. Se-sekarang kan masa be-bekerja bukan untuk me-meluahkan perasaan. Tak manis kalau pekerja yang la-lain nampak,” sepantas kilat dia menarik tangannya. Ayatnya juga gugup. Soal debaran jantung, jangan cakap! Keluar saja tidak jantungnya melantun ke atas lantai.
“Awak tak boleh keluar selagi soalan saya tiada jawapan. I need to know your answer, right now.” Berubah dingin suara Jayden di kala itu. Langkah Atiqah terbantut di pertengahan ruang antara pintu dan juga meja pejabat Jayden. Kenapalah dia diberi situasi gerun seperti ini. Dia tidak tahu untuk berbuat apa. Perlahan dia menoleh kembali ke arah lelaki itu yang sudah pun berubah posisi. Kini, Jayden telah duduk di atas meja sambil menyilang kedua tangan ke dada.
“Bo-boleh bagi saya masa untuk fikirkan benda ni?” ujar Atiqah. Ayat paling selamat dia gunakan saat ini. Ikutkan hati, nak saja dia tolak. Tetapi, takut pula lelaki itu kecewa dengannya. Kalau kau tak suka mesti kau tolak juga kan? Dia pun pasti kecewa juga nanti. Ah, sulitnya!
“Tak boleh! I need the answer right now!” Balas Jayden. Nadanya sedikit ditekan. Pandangannya juga tepat menikam pandangan Atiqah. Jayden mulai mendekati Atiqah. Makin gelisah wanita itu mencari jawapan. Ini dah macam soalan teka-teki yang melibatkan soal nyawa.
“Tu-tuan... mana boleh macam ni. Sa-saya ada hak tau nak tentukan masa depan saya. Ini soal pilih pasangan hidup, mana boleh bawa main...” terkumat-kamit mulutnya mengeluarkan ayat itu. Sukar untuknya memberi jawapan untuk masa yang singkat. Justeru, dia memerlukan masa untuk memikirkan. Kalau boleh setahun, masa itu juga dia ambil untuk berfikir. Bukan apa, dia takut hidupnya akan kucar-kacir selepas menikah nanti. Teringat pula dengan kisah Hanis di ruang mindanya. Oh, no!
“Awak masih meragukan saya? Atiqah, saya bersumpah, saya betul-betul cintakan awak. Sebab tu saya ajak awak kahwin. Saya nak jaga awak dalam relationship yang halal. Niat saya ikhlas.” jelas Jayden panjang lebar. Ini kalau mengelak lagi, entah ayat apa lagi yang hendak dia keluarkan agar wanita itu percaya seratus peratus dengan dirinya.
“Janganlah bawa main sumpah tu. Saya bukan apa, saya cuma nak pastikan yang saya tak salah memilih pasangan hidup saya,” Atiqah masih lagi meragukan ucapan Jayden. Soal pilih pasangan hidup, tak boleh di bawa main. Silap sikit, boleh jadi isu besar.
“Kalau tak percaya, jom kita kahwin sekarang. Saya tak main-main, saya tengah serius ni. Awak tahu kan, saya akan serius dengan benda yang penting. Lagi-lagi, isu macam ni,”
Atiqah menarik nafas dalam lalu perlahan dihembuskan. “Baiklah, saya akan terima apabila mendapat restu daripada ibubapa saya. Jawapan akan saya berikan malam nanti, boleh?”
“Yes, boleh! Saya tunggu malam nanti. Kalau awak nak saya jumpa parents awak, saya pergi sekarang juga!” ujar Jayden tidak sabar. Riak wajahnya terus bertukar ceria. Jawapan dari wanita itu tidak lagi dihiraukan. Dia perlu kumpul doa agar kedua bakal mentuanya sudi menerima dirinya sebagai menantu.
“Bagilah saya cakap dulu dengan parents saya. Selebihnya nanti, tuan punya hal. Tuan nak sangat kahwin dengan saya kan? Kalau tak ada apa lagi, saya keluar dulu. Jangan lupa, pukul 11 ada meeting dengan client RB,”
“Alright, thank you. Jangan lupa, inform saya malam nanti...” ujarnya sambil memandang wanita itu bergerak keluar dari ruangan biliknya. Usai pintu di tutup, dia melompat kegembiraan di tengah ruangan. Dia yakin sangat parents Atiqah akan merestui hubungan mereka. Yes, kahwin, kahwin!
***
Keluhan di lepas kasar. Dari tadi dia menunggu suaminya pulang dari kerja. Entah ke mana pula lelaki itu melancong kali ini. Tidak seperti biasanya, habis kerja sahaja lelaki itu langsung pulang ke rumah. Tapi, sejak akhir-akhir ini, lelaki itu sering lewat pulang ke rumah.
Jam dilirik, sudah pukul 11 malam sedangkan habis waktu bekerja pukul 5 petang. Sudah lewat beberapa jam yang lalu. Hatinya makin resah. Semakin di biar, semakin menjadi. Tak kan sampai malam masih bekerja lagi? Dia berdecit geram di ruangan bilik tidur itu. Kerja ke atau mencuci kata di tempat hiburan? Dia menggaru kepalanya dengan kasar. Stress!
KLAK...
“Ha... tahu pun jalan pulang! You dari mana?” soalnya dengan sebal. Dia menatap suaminya sambil bercekak pinggang menunggu balasan. Namun, lelaki itu hanya mendiamkan diri. Malah, dia langsung tidak melihat wajah isterinya yang tengah naik berang.
“Aidil! I cakap dengan you ni. Pekak ke? Jawablah soalan I. You dari mana, kenapa pulang lambat?!” Nada suaranya semakin meninggi. Sakit hati apabila tidak diendahkan oleh suami sendiri.
“Neldia, please... I tak nak gaduh dengan you malam-malam macam ni. Takut ibu terjaga pula dari tidurnya. You tidurlah. Tenangkan fikiran. I tak pergi mana pun,” lambat-lambat Aidil membalas. Dia mencapai tuala bersiap-siap untuk membersihkan badan sebelum merebahkan diri pada katil yang empuk itu.
“What's wrong with you?! Sejak bertemu dengan bekas bini you, I perhati sikap you dah lain. Kenapa? You tengok dia dah cantik sekarang? You menyesallah ceraikan dia?!” Wanita itu mula melenting. Naik turun dadanya menahan api amarah.
“Apa kena mengena pula dengan Hanis? I sepatutnya tanya you, kenapa you tak habis-habis nak petik nama dia? Takut dia rebut I daripada you? Sudahlah, Neldia. You lupakan je lah fasal benda tu. I penat ni...” bantah Aidil. Ya, semenjak pulang daripada majlis tempoh hari, mood Neldia jadi serba tak tentu. Salah sedikit, mulalah dia memetik nama Hanis dan Aidil turut terkena tempiasnya.
“Ini semua fasal perempuan tulah! Tengoklah diri you yang dah banyak berubah. Nada suara you tak pernah tau macam ni! Lagi satu, sudah masuk empat hari you pulang lambat.” Neldia menyemburkan semua yang terbuku di hati. Kecewa dengan perubahan suaminya. Betulkah lelaki itu menyesal meninggalkan isteri pertamanya?
“I didn't mean to... Yap, salah I sebab tinggikan nada dengan you. Tidurlah... I nak mandi. I penat. Goodnight,” balas Aidil pasrah. Jika dilayankan, berlaku pula perang besar malam itu. Keluhan yang dilepaskan oleh Aidil dapat didengari oleh Neldia sebelum lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik air. Neldia menahan geram. Tubuhnya langsung direbahkan di atas tilam. Panas hati melihat tingkah suaminya. Jika dia marah, Aidil akan memeluk dirinya dan memujuk dengan lembut. Tapi... sudahlah!
“Kamu berdua ni okay ke tidak? Oh? Semalam ibu ada dengar bising-bising semalam. Kamu bergaduh ke?” Puan Kartini mula membuka bicara di tengah ruang makan pagi hari itu. Dia menduga bahawa sepasang suami isteri ini dalam zone 'merah'. Mana taknya, dari tadi mereka berdua menyepikan diri. Hanya suara sudu dan garfu saling berlaga apabila menyentuh permukaan pinggan.
“Kami okay je, ibu. Er, tambahlah lagi nasi goreng tu. ibu kena makan banyak-banyak,” kata Aidil dengan sengaja melarikan topik perbualan.
“Haih...betul tu, ibu. Kami okay sangat! Neldia minta diri dulu, tiba-tiba kenyang...” ucap Neldia dengan sengaja perkataan 'okay' di tekan sebelum meninggalkan meja makan tersebut. Wajah suaminya langsung tidak dipandang. Aidil hanya memandang gerak gerik isterinya sebelum menguntumkan senyuman hambar kepada puan Kartini.
“Ibu dengar kamu terjumpa Hanis dalam majlis tu, betul?” Tanya puan Kartini. Aidil mengangguk perlahan.
“Ibu nak kamu menghindar daripada budak tu. Ingat, kamu ada Neldia. Pasti dia cemburu disebabkan hal tu. Lepas ni, pergi pujuk isteri kamu...” pesan puan Kartini.
“Ibu, ini tiada kaitan dengan...” bekum sempat dia menghabiskan ucapannya, puan Kartini pantas memotong.
“Sekurang-kurangnya kamu mengelak sebelum apa-apa terjadi dibelakang nanti. Neldia tu banyak jasa dengan kamu. Kamu dapat rumah mewah, kereta mewah disebabkan bantuan dia. Jangan sampai kerana budak yang tiada apa-apa tu merosakkan rumah tangga kamu,” jelas puan Kartini panjang lebar. Risau pula kalau hubungan Neldia dengan Aidil renggang.
“Baiklah...” Balas Aidil pasrah. Di sudut hati yang paling dalam, dia menyembunyikan perasaan kecewa terhadap Neldia. Bukan apa, perkahwinan hampir empat tahun itu telah menimbulkan keinginan untuk mempunyai zuriat. Cemburu apabila melihat orang-orang diluar sana mendukung anak mereka. Tapi, Neldia? Wanita itu masih berlum bersedia untuk memiliki cahaya mata sehingga dia sanggup untuk meminun pil pencegah kehamilan.
Itulah sebab kenapa Aidil sedikit berubah dari sikap layanan. Entah sampai bila dia harus bersabar dengan dugaan itu?
****
Happy reading >< Jangan segan untuk menulis sepatah dua kata dekat ruang komen <33
Share this novel