BAB 37: Bagaimana?

Drama Series 28608

“ LAMA tak jumpa.. Ingatkan dah tak ingat pakcik." kata Tailong sambil bermuka sinis.

Pakcik? Perkataan itu membuatkan Shahir tersenyum nipis. Dahulu dia yang melarang Shahir memanggilnya dengan gelaran itu tetapi ironinya sekarang dia yang memanggil dirinya begitu. Penipu.

Fatin tekun mendengar. Pakcik? Kalau betullah dia pakcik Shahir. Kenapa keadaan sekarang tegang? Dia mesti ikut Dato' Zahar. Tidak kira apapun dia mesti dapatkan jawapan.

“ Pakcik silalah masuk. Nanti orang ingat kami tak beri pakcik masuk pula.” ajakan Fatin memecahkan suasana tegang di antara mereka semua.

Mereka berjalan ke arah yang sama bersama tetamu-tetamu jemputan yang lain. Namun langkah Shahir terberhenti dari melangkah membiarkan Fatin yang sedang rancak berbual terus berjalan ke hadapan. Sebaliknya Shahir melangkah ke arah bertentangan. Meninggalkan semua untuk matlamatnya sendiri.

NASI tomato bersama ayam masak merah di dalam pinggan kaca berwarna putih diletakkan di atas meja bulat yang telah tersedia tanda nama di tempat duduk masing-masing. Nairah meneguk perlahan liurnya. Makanan sebegini sentiasa mendapat perhatiannya. Dia antara perempuan yang tidak gemar dengan makanan manis seperti kek cawan, kek coklat mahupun apa-apa jenis kek sekalipun. Tidak. Dia suka makanan yang pedasnya terasa hingga memeriahkan bibir. Baginya makanan seperti itu baru puas dimakan.

Tiba-tiba sahaja seorang lelaki menarik kerusi di sebelahnya. Pinggan kaca kecil berisi kek coklat walnut diletakkan ke atas meja sebelum tubuh itu duduk di kerusi itu. Nairah menoleh. Siapa lelaki yang mengacau ketenteraman waktu makannya? Dia tidak tahu ke ini meja VIP? Matanya menangkap senyuman kecil yang dilemparkan lelaki itu. Idlan?

Nairah tercengang sebentar sebelum cepat-cepat menoleh semula ke makanannya yang baru terkuak sedikit. Seingat Nairah dia sudah meletak lagi mencampakkan nama si Idlan jauh, sejauh-jauhnya dari pandangannya. Kenapa dia ada di sini? Orang yang ditugaskan untuk menentukan kedudukan tempat duduk ini dia sahaja seingat dia. Nairah pantas menoleh ke arah seseorang. Hanya dia yang mampu buat begini.

Kelihatan di meja hadapan Fatin menyengih lebar sambil memandang Nairah. Keningnya bertaut rapat bersama gigi yang mengetap kuat. Dasar kawan tak guna!

Tiada apa yang mampu dilakukan Nairah sekarang. Takkanlah dia hendak menghalau Idlan pergi pula, kan? Daripada memikir penyelasaian kepada masalah yang tidak akan selesai lebih baik dia makan sepantas yang boleh kemudian pergi dari situ. Pergi sejauh yang boleh ke tempat yang perkataan Idlan seperti lansung tidak pernah wujud di dalam hidupnya.

“ Tolong ambilkan tisu tu boleh tak? "

Nairah menoleh. Ambilkan tisu? Kepalanya dibawa pula ke arah sekotak tisu berdekatan dengannya sebelum menoleh semula ke arah Idlan. Perlukah dia tolong lelaki ini? Idlan kan tak wujud jadi buat apa dia harus tolong. Riak mukanya kosong sebelum dengan selamba badaknya menoleh semula ke arah nasinya yang sudah nak dekat habis.

Idlan buntu. Dia tak dengar ke? Itulah persoalan yang bermain di fikiran Idlan sekarang. Kotak tisu dipandang sepi. Keluhan dhembusnya sebelum dia bangun untuk mengambil kotak tisu sambil memegang sudu kek coklatnya.

Tiba-tiba susuk badan Idlan melintasi rapat di hadapan wajah Nairah. Nairah tersentak sebelum terkebelakang menghempas penyandar. Namun tangan sasa Idlan juga menggenggam kuat kerusi Nairah untuk mengimbangi dirinya. Nairah menutup matanya rapat. Dia seakan dikepung oleh Idlan.

‘ DIA NI DAH KENAPA!!! GILA KE!! ' jerit jantung Nairah yang kian melaju.

Namun dalam kesesakan nafas. Nairah tersentak. Jarang minyak wangi Idlan menusuk terus ke hidungnya. Haruman ini..ialah minyak wangi yang Nairah beli untuk Idlan. Wajahnya merona merah. Kalau di situ ada penggera sudah lama ia berbunyi kuat, sekuat denyut jantung Nairah sekarang.

Idlan kembali duduk di kerusinya. Tangannya yang berada di belakang Nairah tadi ditarik pantas sehingga sudu yang dipenuhi coklat itu terkena bahagian tepi kepala Nairah. Idlan sibuk mencungap kerana meregangkan tangannya tadi sehingga selepas seminit baru dia perasan kehadiran coklat itu. Matanya terkebil-kebil sendiri. Macam mana ni?

Tiba-tiba Nairah bangun dari tempat duduknya sebelum berjalan pergi. Idlan tercengang. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Idlan hanya memandang Nairah pergi jauh daripadanya. Seperti biasa.

Bibirnya mengukir senyuman nipis. Dia tahu. Semakin jauh Nairah lari daripadanya semakin dekat dia mengejar Nairah.

TUBUH Shahir dihempas kuat ke arah dinding tandas di sebelah pintu masuk utama tandas. Giginya diketap kuat. Namun dia tidak pula melawan mahupun mengerang kesakitan. Dia hanya bisu tidak bersuara.

Tiger menghadapkan tubuh Shahir ke arahnya. Mata mereka bertentangan. Nampaknya Shahir lansung tidak terkejut dengan kehadiran Tiger di hadapannya. Tangan Tiger ditekan ke atas trakea milik Shahir.

“ Kau tahukan apa yang akan jadi kalau kau tak buat apa yang Tailong suruh. Jangan main-main lagi boleh tak?! Nampak sangat kau dah kalah dengan betina tu. Lemah! ”

Jeda. Suasana sepi seketika.

Shahir mengangkat mukanya yang terasa berat saat itu. Mulut Shahir yang dipenuhi darah tersenyum ngeri sambil memandang tepat ke arah anak mata Tiger. Darahnya yang berwarna merah gelap mula mengalir perlahan-lahan sebelum jatuh ke atas lantai tandas. Perlahan namun ngeri itulah rupa Shahir sekarang.

“ Tengah cakap dengan cermin ke bro? "

Pertanyaan Shahir menyentapkan Tiger. Cermin? Shahir mula ketawa kecil. Senyumannya kelihatan lebih lebar sehingga menampakkan gigi taringnya yang kini berwarna merah. Tumbukan padu dilepaskan ke perut Shahir sehingga badannya membongkok kesakitan. Darah semakin laju menitis ke lantai. Kini giliran Tiger pula tersenyum sinis melihat keadaan Shahir. Bibirnya didekatkan ke telinga Shahir.

“ Lebih baik kau yang bunuh dia daripada dia kena rembat dengan Tailong dengan kau-kau sekali kena." bisikan Tiger jelas meniti masuk ke telinga Shahir.

Tiger melempar tubuh Shahir ke lantai sebelum melangkah pergi meninggalkan Shahir. Sendirian.

DEWAN makan itu semakin lengang tanpa orang yang berpusu mengambil makanan mahupun yang berjalan masuk. Semakin lama semakin lengang mengikut peredaran masa yang sudah menunjukkan pukul 12.00 malam ketika itu.

Nairah melihat-lihat sekeliling memastikan meja yang tidak diduduki dibersihkan dan dikemas. Nairah menoleh ke tepi sebelum ternampak Idlan. Kakinya terus melaju pergi daripada Idlan. Dia melangkah keluar daripada dewan ke ruang beranda yang menampakkan keindahan laut malam. Tiba-tiba lengan bajunya ditarik perlahan membuatkan dia menoleh terus ke arah Idlan.

“ Nairah tunggu sekejap." kata Idlan sambil menarik Nairah ke hadapannya.

Nairah menjeling tajam Idlan atas bawah.

‘ Apalah yang jantan ni nak? Dah macam lelaki gila talak pulak. Dahlah tadi dia boleh pulak buat drama Korea dengan aku. DAH MACAM KENA CABUL TANPA SEDAR AKU TADI TAHU TAK! Isy!' bebel hatinya sendiri.

Kelihatan seperti Idlan mengeluarkan sesuatu daripada kocek vesnya. Nairah melihat dengan penuh minat sebel riak mukanya berubah. Tisu basah?

Idlan mendekati Nairah namun kaki Nairah melangkah ke belakang. Mata Nairah membulat dengan kening yang berkerut. Buntu dengan tujuan Idlan berbuat begini. Idlan memegang bahu Nairah.

“ Sabarlah. Jangan gerak." kata Idlan lembut.

Nairah tercengang. Ada ke Idlan suruh ya bersabar? Kalau Idlan buat apa2 kepada dirinya bagaimana? Hatinya membentak keras kakinya taat menuruti permintaan Idlan. Dia hanya mahu perkara ini habis dengan cepat.

Tangan Idlan dengan perlahan mendekati kepala Nairah sebelum dengan lembut mengelap kesan coklat yang ada di tudung Nairah. Perlahan dan berhati-hati. Nairah seperti terbuai dengan usapan Idlan. Riak wajah Idlan ditelitinya satu-persatu. Ke mana Idlan yang dihadapannya ini pergi selama ini? Idlan yang baik dan sentiasa mengambil berat tentangnya. Kenapa baru sekarang dia berdiri di sini? Kenapa setelah dia menutup pintu hatinya baru dia muncul?

“ Dah siap." kata Idlan dengan ceria sambil menunjukkan tisu yang berkesan coklat. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

Pernyataan Idlan mengejutkan Nairah dari lamunannya. Matanya tertumpu kepada tisu basah yang ditunjukkan Idlan. Coklat rupanya. Patutlah Idlan mengelap tudungnya Kemudian matanya dibawa menghadap mata Idlan. Kalau hendak diikutkan hati mahu saja dia beritahu Idlan yang dia masih cintakannya, yang dia mahu bersama dengannya namun ada sesuatu yang memberatkan bibirnya daripada berkata begitu. Ego.

“ Terima kasih. S-sya pergi dulu." kata Nairah sebelum mula melangkah pergi.

Kakinya terus melangkah pergi. Derapan kakinya kedengaran satu-persatu. Berat kakinya melangkah seberat hatinya cuba melepaskan. Namun saat dia cuba melepaskanlah pekikan suara Idlan kedengaran.

“ Dalam dunia ni ada dua jenis manusia! "

Langkah Nairah terhenti sendiri. Idlan menapak mendekatinya. Walaupun dia membelakangi Idlan. Degup jantungnya melaju seolah Idlan muncul di hadapannya.

“ Pencinta yang gagal dan pencinta yang setia."

Kata-kata Idlan bergema di telinga Nairah. Kini dia betul-betul berada di belakang Nairah. Pencinta setia? Nairah melirik ke belakang.

“ Jadi macam mana saya nak tahu awak jenis manusia yang mana?" kata Nairah sebelum menoleh ke belakang dan mendongak memandang Idlan.

“ Tunggu. Tunggu hingga ke akhirnya. Itu sahaja sebuah permintaan istimewa.."

Idlan membongkokkan sedikit badannya supaya matanya boleh memandang terus ke mata coklat Nairah. Tangannya dibawa perlahan-lahan menuju ke atas sebelum berlabuh di atas kepala kecil milik Nairah. Tapak tangan Idlan hampir sebesar separuh daripada kepalanya. Terasa hangat dan selesa. Nairah merona merah.

“ daripada seorang pencinta setia.” kata-kata yang tergantung disambung sebelum berakhir dengan senyuman nipis terukir di bibirnya.

Nairah kaku. Fikirannya melayang tatkala matanya menatap lembut Idlan. Jika betul lah apa yang ditafsirkannya daripada kata-kata Idlan tadi bermakna Idlan memintanya untuk menunggu tapi menunggu untuk apa? Menunggu untuk disakiti lagi? 

   Matanya dialihkan. Tangan Nairah dibawa ke tangan Idlan yang berada di atas kepalanya sebelum menolak tangan sasa itu. Idlan berdiri tegak semula. Senyuman di bibirnya hilang serta-merta. 

   Dua langkah ke belakang kaki Nairah bergerak. Matanya memandang redup Idlan sebelum akhirnya kepalanya menggeleng perlahan. Perbuatan itu susah. Susah untuk melupakan rasa cinta tetapi kenapa diingat lagi jika ia menyakitkan. Cukuplah sampai di sini sahaja jodoh Nairah dan Idlan. 

   Nairah melangkah pergi dan kali ini Idlan tidak akan dapat mengejarnya lagi. Idlan hanya mampu merenung Nairah yang semakin jauh darinya. Tiba-tiba senyuman nipis terukir di bibirnya. Ya, mungkin ini cara yang terbaik. 

   Idlan memalingkan dirinya sebelum berjalan pergi. 

ANGIN sepoi-sepoi bahasa menghembus lembut wajah Shahir. Lebam-lebam di badannya terasa pedih, namun dia sudah lali. Badannya sudah terbiasa dengan pukulan dan sebatan sehingga tidak luak lagi. 

   Mukanya langsung tidak disentuh oleh Tiger. Tiger tahu jika ada sedikit sahaja pun luka di muka Shahir akan membahayakan misinya. Ya, dia masih ingat tentang itu, tentang misinya. Dia masih ingat tentang semua perkara kerana ingatannya tidak pernah pun hilang. Dia sengaja berbuat sebegitu rupa untuk menebus kesalahannya kepada Fatin. 

SHAHIR membuka matanya sedikit demi sedikit tatkala cahaya lampu mulai masuk ke dalam matanya. Dia cuba menggerakkan tangannya perlahan-lahan sebelum dibawa ke kepalanya yang terasa pedih dan berpinar-pinar. Otaknya cuba memproses situasinya sekarang. Dia tahu dia ada di hospital kerana tangannya dicucuk dengan tiub titisan IV tetapi kenapa dia ada di sini? 

   Fatin. 

   Kepalanya mula sakit seakan dicucuk-cucuk dengan sebilah pedang. Memori itu datang bertalu-talu ke dalam kotak fikirannya. Dia sudah ingat sekarang. Perasaan bersalah mula bercambah di hatinya. Dia tidak patut berbuat begitu kepada Fatin. 

   “ Ha, dah sedar pun kau.”

   Kepala Shahir memaling pantas ke arah pintu itu akibat terkejut. Namun keningnya berkerut sendiri apabila melihat insan itu. 

   “ Kau.. Kau bukan Adam ke? ”tanya Shahir sambil memerhati lelaki itu berjalan ke arahnya. 

   “ Aah. Akulah ni. Lama tak jumpa aku dah lupa dah ke? "kata Adam sambil tersenyum lebar. 

   “ Weyh! "sapa Shahir mesra sambil tangannya yang dihulurkan kepada Adam disambut erat. 

   Mereka berpelukan seakan saudara yang sudah lama terpisah. Ya, Adam sememangnya adalah saudara Shahir. Mereka berkawan sejak di bangku sekolah menengah lagi. Adam ialah kawan pertama dan kawan terakhir yang Shahir ada. Dialah penyelamat Shahir jika Shahir ditimpa kesusahan dan dia juga peneman Shahir apabila Shahir kesedihan. Hubungan mereka lebih daripada kawan. Mereka adalah sahabat. Sehinggalah mereka terpisah dan membawa haluan masing-masing ke universiti yang berbeza. Lagipun selepas sahaja tamat sekolah menengah Shahir memutuskan talian dengan semua kenalannya. Dia tidak mahu sesiapa terlibat dengan dunianya jadi lebih senang baginya jika dia buat begitu. 

   “ Kau buat apa pulak sampai jadi macam ni? ” kata Adam sebelum duduk di kerusi sebelah katil Shahir. 

   Shahir memandang wajah mesra Adam dengan redup. Kesalahannya kepada Fatin kali ini besar. Kesedihan yang terpendam di hatinya diluahkan semua kepada Adam. Dia menceritakan semuanya daripada awal hingga akhir. Daripada sebab dia kahwini Fatin hinggalah sebab dia boleh terlantar di katil hospital.

   Adam mengeluh sendiri. 

   “ Berat kes kau kali ni.”kata Adam.

   Shahir diam seketika. Mindanya mula merangka rancangan. Rancangan untuk membaiki hubungannya dengan Fatin. 

   “ Fatin mana? ”tanya Shahir secara tiba-tiba.

   “ Fatin.. Aku suruh dia balik malam semalam. Yalah, dah lama di duduk sini tunggu kau tapi aku dah telefon dia tadi. Kejap lagi dia datang lah tu. Kenapa? ”Terang Adam.

   Shahir membisu. Dia mengeluh sambil anak matanya beralih ke sana dan ke sini. Sehinggalah dia menutup matanya rapat seakan sedang membuat kata putus. 

   Dia memandang tajam Adam. Adam kehairanan melihat tingkah Shahir. 

   “ Aku nak minta tolong kau boleh? ”

   Kening Adam bertaut sambil matanya memandang Shahir dalam kehairanan. Ketika itulah rancangan Shahir untuk berbaik dengan Fatin bermula. 

“ NAH.”

   Shahir memandang empunya tangan yang menghulurkan sebiji cawan di hadapan mukanya. Muka Fatin kelihatan sungguh ceria hingga membuatkan senyuman nipis terbit di bibir Shahir. Membuat orang lain senyum, memang kepakaran Fatin. Shahir mengambil cawan yang dihulur Fatin sebelum melihat isinya. Marshmallow? Shahir menoleh lagi ke arah Fatin yang telah duduk di sebelahnya. Fatin membalas pandangannya. 

   “Kenapa? ”tanya Fatin. 

   “Kenapa marshmallow? ”tanya Shahir pula.

   “Sebab saya suka marshmello.. Lagi-lagi kalau yang bercoklat penuh macam ni. Nasib saya sempat ambil sebelum orang yang tu tutup kaunter. Makanlah. ”kata Fatin sebelum menyumbat marshmallow ke dalam mulutnya. 

   Apa rasanya agaknya? Sedap? Manis? Shahir hanya merenung cawan itu. Shahir tidak pernah cuba makan marsymellow sejak ibu bapanya pergi. Zaman kanak-kanaknya berlalu begitu sahaja tanpa mainan atau makanan manis. Ianya seperti dia sudah dewasa sejak kecil namun tiada apa-apa kesalahan pun kalau dia cuba. Shahir mencucuk satu mardymellow menggunakan pencucuk yang tersedia sebelum memasukkannya ke dalam mulut. 

   Matanya terbuka luas. Seolah-olah ada pari-pari dunia manisan telah membuka matanya. Dia tidak sangka marshmellow ini rasanya sangat sedap. Manis tapi tidak terlampau manis kerana coklat yang melimpah. Kelembutannya pula seperti membuatkan manusia ketagih untuk mengunyahnya. Dia terus menoleh ke arah Fatin untuk memberitahu betapa sedapnya marshmellow ini. 

   “ Fatin. Benda ni.. ”

   Fatin terus menoleh ke arah Shahir. Tiba-tiba letusan dekahan keluar daripada mulut Shahir yang penuh dengan makanan. Fatin memandangnya pelik. 

   “ Kenapa? ”tanya Fatin kepada Shahir yang sedang ketawa tidak henti. 

  Fatin terpinga-pinga sendiri sehinggalah jarinya mendarat betul-betul di atas kesan coklat yang banyak di atas mulutnya. Rupanya inilah penyebab Shahir ketawa. Fatin tersenyum sendiri. Dia suka melihat Shahir tersenyum lebar. Comel. 

   “ Eee.. Ketawakan orang je keje. Nah. ”kata Fatin sebelum tangannya mencucuk pipi Shahir.

   Shahir mengesat pipinya yang dicucuk oleh Fatin tadi kelihatan kesan coklat di jarinya. Shahir tersenyum sinis sambil memandang Fatin. Fatin membuat muka nakalnya sebelum masing-masing  ketawa sehingga nafas mereka habis. Mereka berhenti ketawa sambil mencungap-cungap tanda penat. Selepas penat ketawa mereka berdua mendongak melihat langit indah dihiasi bintang dan bulan. 

   “ Macam mana awak boleh kawan dengan Idlan eh? Nairah saya tahulah, dia kawan awak dari sekolah rendah tapi Idlan? ”tanya Shahir memecahkan suasana. 

   “ Saya mula berkawan dengan dia sejak kat uni dulu. Dia banyak tolong saya dalam pelajaran tapi paling banyak tolong marahlah. Asal saya tak siap kerja je mesti kena marah dengan dia. Saya dah anggap dia macam abang saya dah. ”terang Fatin sambil tersenyum nipis. 

   Shahir termenung lagi. Ada satu rangkap soalan yang dia tersimpan jauh di dalam hatinya yang sudah lama dia pendam. Dia hanya mahu menunggu waktu yang sesuai. 

   “Fatin. Kalaulah saya tak amnesia. Saya masih Shahir yang sama. Awak akan maafkan saya ke? ”

Fatin menoleh. Matanya memandang tepat ke mata Shahir. Shahir mengambil risiko yang besar untuk menanyakan ssoalan ini kerana ini ialah kebenaran situasi sekarang. Fatin tidak tahu dan Shahir berharap Fatin tidak akan tahu tentang hal ini. Biarlah dia kekal tersenyum tanpa beban yang harus dipikul. 

   “Mestilah maafkan.”jawab Fatin selamba. 

   Shahir tersentak. 

   “K.. Kenapa? ”tanya Shahir lagi. 

   “ Yalah, awak memang kejam. Pemarah. Penuh dengan aura negatif tapi awak tetap suami saya. Jodoh saya yang comel, buat lawak tapi muka serius dan caring dalam diam. Awak ialah Shahir Iskandar. Jodoh yang ditakdirkan Tuhan untuk saya jadi saya tahu awak takkan kecewakan saya. Faham? ”

   Shahir kaku. Kata-kata Fatin yang diakhiri dengan sekuntum senyuman itu membuatkan hatinya berdebar tidak tentu hala. Sabr Shahir sabar. Jangan buat maruah kau tercalar depan Fatin. Kalini Fatin betul membuat dia jatuh cinta. Haih.. Jodoh, comel-comel nak pergi mana?

   Shahir tersenyum sinis sebelum buku limanya meluku perlahan kepala Fatin. Fatin cuba menghalang sambil tercengang sendiri. Orang bagi ayat sweet dia baki buku lima pula. Tak pandai menghargai betul.. 

   Fatin mendecit sendiri. Tangan mengambil semula cawan marshmellow tadi sebelum mencucuk satu kemudian dimasukkan ke dalam mulutnya. Comel. 

   Shahir hanya memerhati Fatin dengan tekun. Sedikit demi sedikit senyumannya mula pudar. 

   “ Macam mana kalau, saya betul-betul jahat? ”

   Pertanyaan Shahir kali ini membuatkan Fatin kaku sebentar. Tiba-tiba Fatin ketawa kecil.

   “ Tak mungkinlah.. Awak ni mrngarut je tahu. Baik saya makan marshmallow ni dari melayan awak tahu tak. ”kata Fatin.

   Senyuman kelat terukir di bibir Shahir. Hatinya meronta-ronta hendak memberitahu Fatin perkara yang sebenar. Supaya Fatin boleh lari jauh dari sini. Dari Tailong. Dari Tiger. Dari semua masalah ini. Dari dirinya juga. 

   Shahir merenung Fatin lagi. Satu persoalan mula muncul di dalam kotak fikirannya. Soalan yang tidak mungkin ada jawapannya. 

   Bagaimana dia hendak membunuh satu-satunya sumber terukirnya senyuman di wajahnya?

BERSAMBUNG.. 

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME

Dimainkan.. 

  

   

   

  

“ Nairah. Tunggu sekejap." kata Idlan sambil menarik perlahan Nairah ke hadapannya.

Nairah menjelingnya atas bawah.

‘ Apalah yang tak kena dengan jantan ni? Dah macam lelaki gila talak tahu tak. Dahlah tadi dia boleh buat drama Korea pulak dengan aku. Aku rasa macam kena cabul, tahu tak?!! 'bebel hatinya sendiri.

Saya minta maaf kalau ada apa2 kekurangan dalam karya saya..(✷‿✷)

Share this novel

sfty
2022-01-29 22:01:18 

sambungggg plss !!


NovelPlus Premium

The best ads free experience