Bab 43

Romance Series 106380

JUWITA baru melangkah keluar dari pintu rumah apabila tangannya direntas kasar oleh seseorang. Mujur dia tak jatuh terduduk.

"Kau, apahal?" jerkah Juwita. Berang apabila diperlakukan begitu. Tangannya direntap kuat. Berbekas merah lengannya.

"Eh... kau jangan ingat kau jadi CEO kau boleh buat apa kau suka. Aku akan pastikan kau menyesal!" Keras sekali kata-kata amaran yang diberikan.

"Kau ingat kau bagus sangat ke? Jangan sukati je nak main ugut-ugut. Kau ingat aku takut?" Juwita tak nak kalah.

Dulu mungkin dia akan mendiamkan diri sebab takut. Tapi kini, dia takkan sesekali biar orang pijak-pijak harga diri dan maruahnya. Takkan sesekali membiarkan orang ambil kesempatan padanya.

"Ingat ye. Kalau esok company tak dapat semula duit yang kau songlap, kau tahulah nasib kau." Juwita terus melangkah ke arah pagar apabila melihat kereta Zailani di situ.

"Amboi... garangnya mula." Zailani mengusik. Juwita masih juga begitu. Bengang hatinya.

"Okey. Kita gerak sekarang ye." Zailani terus memandu ke Freeport A'Famosa Outlet Village.

Sampai saja di sana, Juwita terpinga.

"Nak buat apa kat sini?" Zailani tersenyum.

Hailah Juwita. Mujurlah sayang. Kalau tak dah kena sekeh.

"Cari outfit Miss CEO." Wajah Juwita berubah cemberut.

"Perlu ke? Ju ada banyaklah baju. Tak perlu membazir.

"Ju kena jaga penampilan Ju sebagai CEO. Now, ikut Lan. Otherwise, Lan tak nak dah jumpa Ju lagi." Juwita ketap gigi.

Boleh pula Si Kurita Sado ni main ugut-ugut. Memang nak kena dia ni. Habislah kau, Lan. Siap nanti Miss Singa kau mengaum.

"Okey, fine!" Juwita mengulingkan matanya ke atas. Nak atau tak nak, terpaksa diikut. Menyesal pula tak tanya ke mana hala tuju mereka sebelum bersetuju untuk keluar.

"Ju... senyum sikit," pinta Zailani ketika mengunci pintu kereta. Juwita menjeling Zailani geram. Zailani ketawa melihat reaksi Juwita.

Merajuklah tu. Buat namanya Miss Singa tapi kuat merajuk.

"Cepatlah. Ju nak balik tidur." Tercengang Zailani mendengarnya. Biar betul dia ni. Baru je keluar, dah sibuk nak balik tidur.

Sebenarnya Juwita tak selesa. Dia paling tidak suka membazir. Kerana itu, dia jarang keluar shopping. Tapi jika ianya berkait dengan ibu mahupun adik-adiknya, dia rela berhabis duit.

Bagi Juwita, duit boleh dicari. Tapi kebahagian mereka yang dia sayang, itu lebih berharga nilainya.

Hampir sejam mereka shopping. Akhirnya Juwita menyerah kalah. Tak terdaya nak mengikut rentak Zailani.

"Dah Lan. Jom balik. Ju dah tak larat nak jalan. Banyak sangat dah ni." Juwita tayang muka simpati.

"Kita pergi makan dulu. Lepas tu, kita balik. Okey?" Juwita mengangguk setuju. Sejujurnya dia memang penat.

Kalau tidak mengenangkan dia telah berjanji dengan Zailani, memang dia akan menghabiskan masanya terperap dalam bilik.

Dahlah garang. Kerja rumah, memang payahlah dia nak buat. Sering kali juga Zaitun membebel pada Juwita supaya rajin-rajin melakukan kerja rumah. Namun Juwita selalu buat tak endah.

Lelaki manalah yang nakkan perempuan garang macam ni? Dengan tak reti mengemasnya. Memasak apatah lagi. Nak dijadikan calon menantu pun orang takut. Takut silap hari bulan, anak teruna mereka ditelan oleh Juwita.

Aliya memandang Zailani dari jauh. Dari pagi lagi dia telah mengekori Zailani sehingga ke Freeport A'Famosa.

Sebaik saja Zailani meninggalkan Juwita bersendirian, Aliya terus menghampiri Zailani.

"Aku nak kau jauhkan diri dari Lan." Juwita kerut kening. Dahlah tak bagi salam. Main duduk je. Tau-tau nak warning orang.

"Kalau aku tak nak?" Juwita peluk tubuh. Paling benci bila ada yang mengganggunya.

"Kalau tak, aku akan pastikan kau menyesal. Aku sanggup buat apa saja untuk dapatkan Lan. Termasuk bunuh keluarga kau. Jangan ingat aku tak tahu kau tinggal dimana." Wajah Juwita berubah riak.

"Jangan berani nak ugut aku!" Bentak Juwita tegas. Aliya sungging senyum.

"Kalau kau rasa kau boleh lindungi keluarga kau. Kau buatlah. Satu panggilan je, adik kau boleh jadi mangsa." Aliya terus meninggalkan Juwita.

Sakit hati Juwita diperlakukan begitu. Entah apa lagi bala yang akan menimpa hidupnya. Sudahlah kes Adrian tak habis lagi. Dikaitkan pula dengan dendam Maisara yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkal. Ini timbul pula Aliya yang tergilakan Mr. Kuritanya.

Eh... eh... Mr. Kurita Juwita ke?

Hilang sudah mood Juwita untuk makan. Zailani yang baru melabuhkan punggung di depan Juwita mengerutkan dahinya.

Pelik. Tadi elok je senyum. Ni muka macam singa kebulur pula dah.

"Ha... ni dah kenapa? Apa masalah?" Zailani terus bertanya. Namun Juwita tetap diam membisu.

"Makan cepat. Lepas tu saya nak balik," ucap Juwita tegas. Wajah Zailani langsung tidak dipandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience