Bab 1

Horror & Thriller Series 8852

BAYANGAN (N.A.J)

BAB 1

Darah yang mengalir di kepala aku tidak hiraukan. Aku teruskan menghentak kepala aku di dinding.

"Keluar lah bodoh! Aku taknak ingat lagi la sial!!" Jeritku rimas dengan bayangan dikepala yang tidak dapat dihentikan.

"Argghhh!" Setelah setengah jam bayangan yang selalu bermain di kepala aku tadi terus menghilang. Aku menghela nafas panjang.

Darah dikepala dilap dengan tuala yang disangkut tepi almari. Langsung tidak berasa sakit.

Aku keluar dari bilik menuju ke tandas. Bad yang menunggu di depan pintu aku tak hiraukan.

"Qai! Kau okay tak?" Tanya bad risau melihat kepala aku yang berdarah.

"Okay." Kawab aku sepatah.

Bad hanya menggeleng kepala melihat kawanya yang selalu menghantukkan kepala dekat dinding dan menjerit-jerit. Tapi selepas setengah jam Qai akan kembali seperti biasa. Bad sendiri tidak tahu apa penyakit Qai sebenarnya.

"Bad! Call mcd, aku lapar." Arah Qai dengan selamba mengambil remote tv dan menukar channel. Di dahinya tertampal plaster.

"Aku pokai la Qai ." Ujar Bad.

"Nah fon aku. Kau call je. Aku bayar. Aku nak double cheese burger 3!" Jawab Qai tenang.

"Bapak ahh! Biar betul kau Qai. 3 sekali kau nak makan? Gila kau ni."

"Suka hati aku lah . Aku lapar ni. Call cepat." Arah Qai.

"Yelah... yelahh aku nak call ni..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience