1. Rumah

Drama Series 1823

Ringtone handphone membingitkan telinga Fauzi dalam keadaan separuh sedar dia meraba mencari handphone yang berdering. Diangkat tanpa melihat siapa yang memanggil dilekapkan terus di telinga, matanya masih tertutup rapat. Kerana dia tahu hari masih gelap, mungkin baru pukul 6.30 pagi. Namun dijawab juga panggilan itu, mana tahu mungkin hal penting dari pejabat.

“Hello…” dijawab perlahan.

“Fauzi… bangun… masuk kerja awal hari ini. Tuan, Puan dan Tuan Muda balik awal hari ni. Nanti petang diorang sampai. Dokumen untuk harini pun tak siap lagi. Mati lah aku… “ menjerit Lee.

“Apa yang kau merepek ni Lee?... bukan flight diorang next week ke?” segar terus Fauzi apabila menerima berita tersebut. Matanya yang terpejam celik  sebulat-bulatnya. Badan yang terbarang terus dipposisi duduk.

“Tu la… PA Puan Demi call aku tadi… Fauzi cepat la datang office… aku dah mati kutu nak susun jadual hari ni… “

“Banyak la kau… aku pun mati kutu gak ni… vila ni pun aku tak terurus jugak… “

“Vila nanti… engkau boleh suruh maid lain buat kan… ini kerja office… engkau ja boleh selesaikan… aku tak nak mengadap muka Tuan Muda yang cepat panas baran tu. Dia kan favor kau lebih… “ Lee cuba menambah perisa dalam ayatnya.

“Eiii… kesitu pulak… engkau ni nama ja kerja PA 10 tahun… Tuan Muda Danish juga engkau cuak!” ngomel Fauzi.

“Ah.. tak kira… engkau datag sekarang… susun semua”

“Diana kan ada…”

“Masalahnya Diana pun kutu dia mati… dia pun kata Tuan Muda Danish favor kau lebih“

“Hmmm… “ akhirnya Fauzi beralah juga.

Memang layanan Tuan Muda terhadap dia amat berlainan. Kenapa?... Kerana, aku adalah…hmm adalah apa… aku adalah alat permainan Tuan Muda sejak kecil lagi. Bila dia perlukan aku dia akan guna, bila aku tidak diperlukan aku dia buang. Eh.. bukan buang… tapi ditinggalkan.

“Jap… aku siap-siap dulu… engkau buat apa yang patut dulu…” terang Fauzi.

--------------------------------

Fauzi membelek mukaya dihadapan cermin, rambutnya pendek hitam mengilat disikat rapi kemudian mengemas kot hitam yang di pakai sambil mencapai briefcase kulit di atas katil. Dia berlari menuruni anak tangga vila kecil dua tingkat ini. Terus menuju ke dapur untuk membasah tekak. Pintu peti sejuk dibuka sambil melihat jam ditangan. Jam masih menunjukkan 8 pagi. Kebiasaannya dia akan masuk kerja jam 9 pagi dan pulang mungkin lewat malam… ya larut malam. Kerana dia seorang yang lambat membuat sesuatu kerja.

Vila kecil ini memang dibina khas untuk dirinya oleh Tuan Danial, ayah kepada Tuan Muda Danish. Hal ini kerana dia memang tiada tempat tinggal. Dia seorang anak yatim yang dipilih oleh Tuan Muda Danish sendiri sejak kecil lagi. Memori itu masih segar dan takkan pernah hilang dari ingatannya.

---------------------------------------

20 tahun yang lalu……

Fauzi, seorang kanak-kanak menangis seorang diri dibilik apabila melihat kawan sepermainannya selama ini akhirnya menjadi anak angkat sebuah keluarga. Ibu Ecah berada dibelakangnya mengusap kepala supaya tenang, tapi tangisannya semakin kuat.

“Ibu… Ibu… kenapa semua kawan-kawan Jiya tinggalkan Jiya...isk...isk.. Huhu… Jiya pun nak keluarga macam diorang. Nak juga mak dan ayah... “ mengadu Fauzi.

“Jiya… satu hari nanti Jiya akan bertemu juga dengan mereka yang sanggup jaga Jiya, cuma kawan-kawan Jiya jumpa awal dari Jiya. Jiya anak Ibu yang kuat kan… sini peluk Ibu… “ jelas Ibu Ecah.

“Dah… jangan nangis lagi. Ini Dada minta Ibu bagi Jiya. Anak patung barbie ni, dia minta Jiya jaga… “ beritahu Ibu Ecah lagi sambil mengelap air mata Fauzi. Fauzi menerima anak patung barbie itu dengan sedu. Cuba ditahan air mata. Dia seakan percaya dengan kata-kata Ibu Ecah. dia yakin akan satu hari dia akan memiliki sebuah keluarga seperti Dada.

“Macam tu la anak perempuan ibu. Dah pergi main dengan kawan-kawan lain… “

“Tak nak… Jiya nak main dengan barbie dalam bilik ni”

“Ok… Jiya duduk sini… Ibu ada tetamu lain di pejabat… “

“Baik Ibu… “ akur Fauzi.

-------------------------------------------------------------

“Hai Tuan Danial, Puan Demi… apa saya boleh bantu?” tanya Ibu Ecah sebaik sahaja melabuhkan punggunnya di kerusi.

“Kami ingin mengambil seorang anak lelaki.... “

“Sebagai anak angkat ke?” soal Ibu Ecah sekan memotong percakapan Tuan Danial.

“Tak… sebagai rakan sepermainan anak kami sahaja… “

“Maksud Tuan Danial?”

“Danish… anak kami… Danish sedih… anjing peliharaannya mati… jadi dia minta pet yang boleh mati bersama dia atau lebih hidup bersama dia… “

“Pet?... “ terkejut Ibu Ecah.

“Maaf Tuan dan Puan…  kalau itu niat Tuan dan Puan saya tak mampu tunaikan. Kami di sini manusia… bukan binatang… dan kami…  “ jelas Ibu Ecah dengan tegas. Tapi belum sempat Ibu Ecah menghabiskan katanya. Satu suara memotong perbualan mereka

“Ma!... Pa!... I found new Momo… here!” jerit seorang budak lelaki sambil tangannya memegang patung barbie yang sudah dirosakkan, kepala patung sudah terpisah dari badannya. Kelihatan Fauzi di heret kasar oleh budak itu.

“Danish!...” terkejut Tuan Danial dan Puan Demi.

“Ma! Pa! I want him… “ beritahu Danish gembira.

“Danish… Mum Dad rasa we can’t… “

“Why?... kita boleh bawak dia balik rumah kita. Main dengan Danish… “

“Dia bukan Momo… Danish… nanti kita pergi pet shop… “

“Tak nak Danish nak dia… dia boleh bercakap… dia boleh main dengan Danish… dia boleh ikut Danish ke mana-mana… jadi bawa dia balik rumah sekarang!” Danish tetap dengan keputusannya.

“Rumah?... “ tiba-tiba Fauzi bersuara. Dia seakan merasakan sesuatu.

“Haah… aku nak bawak engkau balik rumah aku. Tinggal dengan aku… main dengan aku… barbie ni… buang… “ beritahu Danish kepada Fauzi sambil campak patung barbie ke lantai.

“Kalau aku pergi rumah engkau aku ada tempat tinggal… tapi akan ada orang akan sayang aku macam keluarga tak?” soal Fauzi. Dia seperti mahu memastikan impiannya untuk miliki sebuah keluarga dan orang yang sayang akan dia ada.

“Aku akan sayang kau… macam aku sayang Momo… jangan risau… “ beritahu Danish.

“Ibu Ecah… Fauzi nak!... “ beritahu Fauzi kepada Ibu Ecah.

“Fauzi!... Ibu rasa tak perlu… “

“Ibu… Ibu sendiri kata masa untuk Fauzi miliki keluarga akan datang… tapi kenapa Ibu halang?” soal Fauzi

“Kami akan adopt Fauzi… “ Tuan Danial mencelah.

“Yeayyyy………. Thank dad!... jom Fauzi kita main” gembira Danish apabila mendengar statement dari Tuan Danial. Tangan Fauzi di tarik dibawa ke taman permainan. Kelibat kedua-dua kanak-kanak itu hilang dari pejabat Ibu Ecah.

“Tapi Tuan Danial… Fauzi… perempuan… bukan lelaki” beritahu Ibu Ecah hakikat sebenar.

“What?... “ jerit mereka berdua. Tuan Danial dan Puan Demi saling berpandangan.

“Then why her name like a boy?”

“ Itu nama dia main… main-main happy family dengan budak-budak lain”

“Nama dia apa sebenarnya? “ soal Puan Demi.

“Fauziah atau Jiya… “ beritahu Ibu Ecah.

---------------------------------------------

Lamunan zaman lalu terpadam apabila seseorang menerkam badannya dari belakang. Fauzi sempat memegang meja makan. Briefcase yang dipegang kemas tadi jatuh ke lantai.

“Hai…!” satu suara yang memang sangat dikenali. Danish.

“Hey dude… baru bangun eh?... wangi semacam ni “ bisik Danish

“Tuan Muda… Danish “ Fauzi seakan meneka walaupun dia tahu siapa gerangannya. Dia keliru, kenapa Danish disini. Katanya mereka sekeluarga akan terus ke office. Tapi Fauzi membiarkan sahaja persoalan itu tanpa jawapan. Dia hanya mengikut arus masa. Apa nak jadi, jadi lah.

“Haah aku… jom pergi office sekali…”

“Ok… berdiri dulu… aku nak minum sekejap… “

“Ops sorry… excited sangat nak jumpa engkau… haha… engkau nak minum apa?”

“Tuan Muda pergi dulu ke kereta  nanti aku datang…” beritahu Fauzi

“Haha… seronok aku nampak muka engkau…cepat sikit” gembira Danish sambil mencubit kedua-dua belah pipi Fauzi. Kemudian dia bersiul menuju ke kereta setelah merampas kunci kereta dari tangan Fauzi.

Fauzi mengemas semula kotnya, briefcase yang terjatuh di ambil semula. Dia mengatur langkah menuju ke kereta. Kelihatan Danish duduk di tempat pemandu. Dia gegas memakai kasut dan mengunci vila kecilnya.

“Danish… err Tuan Muda… biar aku drive… “ beritahu Fauzi sambil tangan meminta kunci kereta.

“Aku drive… ikut cakap aku… kau jangan nak melawan… “ tegas Danish.

----------------------------

Lagu dari radio sahaja yang memenuhi suasana, mereka berdua tidak berkata apa-apa. Fauzi di sebelah duduk tidak serba kena, kerana yang memandu bukannya dia tapi Tuan Muda. Habislah lah kalau Tuan dan Puan nampak. Nak jawab apa…

“Engkau kenapa Fauzi. Tak suka aku balik ke?. Happy lah sikit. Bertahun aku study kat Britain, sekali ja engkau datang melawat aku. Happy la sikit muka tu… senyum la… “ usik Danish sambil menyiku Fauzi.

“heeee….” Fauzi memaksa diri senyum, padahal hatinya berdoa agar Tuan atau Puan tidak tahu bahawa anak mereka drive sendiri ke office.

“Kenapa balik awal?” soal Fauzi pendek.

“Saja nak surprise kau. Haha…. Terkejut tak?...”

“Terkejut…” pendek sahaja Fauzi membalas. Asalkan ada jawapan. Kalau tidak diberi jawapan nanti meradang pulak Tuan Muda dia.

“Aku rindu kau lah. Tak ada kawan kat Britain macam kau. Aku beli banyak benda untuk kau…” beritahu Danish.

“heh…” Fauzi sedikit geli hati. Tak de kawan konon. Tu gambar-gambar dalam instagram tu siapa… haiya…

“hah… smile like that… ok dah sampai office”

Fauzi masih keliru. Jap… fine… siapa yang balik dari Britain sebenarnya ni?... aku ke Tuan Muda?... hebat betul dia hafal jalan nak pergi office… bukan 4 tahun duduk oversea ke?. Sampai sahaja dah terus start kerja ke?... hebat… untung la jadi anak orang kaya raya.

----------------------

Fauzi mengiringi Tuan Muda Danish menuju ke pejabat Tuan Danial, ayah kepada Tuan Muda Danish. Belum sempat pintu bilik diketuk, Danish menolak dulu. Aiyooo, tak berubah la perangai Tuan Muda ni.

“Pa… I’m here…”

“Hey son… eh… Fauzi?” pelik Tuan Danial.

“Terjumpa depan lif tadi” bohong Danish.

“Jom pergi meeting… alang-alang nak perkenalkan Danish sekali… next week start kerja…”

“Hmm… ok… but one condition. Fauzi be my PA”

“He’s already… don’t even ask… ok Fauzi… dengar tak?... sekarang position you bertambah … dah jom ikut pergi meeting“

“Baik Tuan…” Fauzi menerima segalanya, dia tidak dibenarkan menolak sebarang arahan. Ok… tambah lagi satu kerja aku. Nasiblah kau badan. Untungla Lee.

“That’s my boy…” usik Danish. Dia tahu segala yang diminta tak pernah tidak tertunai dan Fauzi akan menurut segalanya.

-----------------------------------------

Tuan Muda Danish mengekor Tuan Danial dari belakang dan terus menuju ke bilik mesyuarat. Manakala Fauzi membelok ke kanan tidak mengikut mereka. Danish yang merasakan Fauzi semakin menjauh mengalih pandangan ke belakang.

“Eh.. Fauzi..engkau nak pergi mana… follow me” tegur Tuan Muda Danish.

“Aku perlu ke ikut?”

“Mestilah… engkau pancaindera aku… cepat… PA kan… ish engkau ni memang pelupa eh!..” tinggi sedikit suara Danish.

“Ok… “ Fauzi memusingkan badannya semula. Walaupun dia tak pernah kerja PA… tapi dia tahu, sebenarnya position PA Tuan Muda Danish tetap milik Lee dan Diana. Sebab Tuan Danial sudah assign dia awal-awal dan Fauzi masih sebagai Marketing Manager.

Kelihatan Diana mengekor mereka dari belakang. Fauzi berhenti sekejap untuk menyamakan langkah dia dengan Diana.

“Wei… Diana… engkau dengar tau meeting ni… aku jadi PA harini ja tau… nanti aku kenalkan engkau ke Tuan Muda… “

“Seram la… tadi tengok dia tinggikan suara kat engkau… boleh ke aku jadi PA dia?” soal Diana seakan berbisik.

“Relaks… dia Ok… just follow apa dia nak masa dia tengah bad mood… “

“Engkau la Fauzi jadi PA dia… “

“Haha… pastu engkau nak jadi Marketing Manager ke?... aku rela bagi position ni kat orang lain…” mengaku Fauzi. Ya, dia seakan penat dengan pekerjaan dia sekarang, walaupun sudah 4 tahun dia memegang jawatan tersebut. Habis sahaja universiti dia terus bekerja di syarikat milik keluarga ini. Dia belajar semua bermula dari bawah atas arahan Tuan Danial, manakala Tuan Muda Danish terus sambung belajar. Alasannya dia kan menjadi orang kepercayaan Danish. Dia perlu tahu segalanya dan membantu Danish untuk semuanya termasuk private life dia.

“Hei… Fauzi sini!... berhenti sengih… sini cepat” panggil Danish.

“Ohh… “ Fauzi mempercepatkan langkah dia meninggalkan Diana di belakang.

---------------------------------------

Jam menunjukkan 9 malam, Fauzi ralik membaca dokumen-dokumen untuk dibuat summary tanpa sedar hari sudah gelap, makan malam pun dia skip sebab memang lumrah dirinya untuk memahamkan sesuatu sangat lambat. Tapi dengan pengalaman selama 4 tahun perkara itu menjadi rutin dan sudah biasa untuk dirinya. Tok.. tok… kedengaran pintu kaca biliknya diketuk. Pandangan berkalih dari huruf-huruf ke muka Tuan Muda Danish yang sedikit masam.

“Dah siap belum?... cepat sikit… aku lapar ni“

“Eh… Tuan Muda… kenapa tunggu aku?... balik saja… “ pelik Fauzi.

“Cepat sikit… “

“Errr… Tuan Muda boleh balik dahulu… kunci kereta dengan Tuan Muda kan?” tanya Fauzi.

“Engkau nak makan tak?... balik dengan apa nanti?” soal Danish.

“Bas ada… dah makan da pagi tadi… kenyang lagi…” bohong Fauzi.

“Bas?... engkau tahu ke naik bas?... tak payah… nanti aku belikan kereta… jom… cepat… aku lapar ni” tinggi suara Danish.

“Errr… kejap… “ kalut Fauzi mengemas meja, semua dokumen disumbat semua ke dalam briefcase niatnya mahu sambung kerja di vila nanti.

-----------------------------------------

Fauzi memakir kereta dihadapan sebuah restoren mewah. Dia memandang cermin belakang, kelihatan Tuan Muda Danish tersengih seorang diri sambil bermain handphonenya. Seperti ada sesuatu yang melucukan.

“Tuan Muda… dah sampai… “

“Oh… ok… “ Danish keluar dari kereta dan matanya pantas menangkap satu susuk tubuh wanita yang cantik.

“Hei darling!... lama dah tunggu?” soal Danish kepada girlfriendnya, Emely. Mereka saling berpelukkan.

Fauzi masih di tempat duduk pemandu, dari dalam dia dapat dengar segala perbualan dua pasangan itu. Tapi diendahkan sahaja. Dia tahu itu life privacy Tuan Muda, jangan dimasuk campur. Tapi dia boleh campur sekiranya ada sesuatu yang tidak kena atau membahayakan Tuan Muda. Dari cermin sisi kereta di melihat Tuan Muda Danish dan Emely berjalan beriringan berkepit memasuki restoran. Sebaik sahaja kelibat mereka hilang. Dia terus mencapai briefcasenya, mengeluarkan segala dokumen untuk dibaca semula, menghabiskan apa yang tidak habis tadi di pejabat.

Dia menggaru kepala yang tidak gatal melihat dokumennya yang tidak tersusun. Dibelek satu persatu diatas ribanya yang kecil itu. Lampu dibuka, cerah sedikit untuk dia buat kerja. Semua tumpuan diberi kepada kerjanya, memang Fauzi tidak boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Tapi dia tetap berusaha untuk  menghabiskan segalanya walaupun dia tahu kadang-kadang ada yang tidak tertanggung. Perkara yang susah itu membuatkan dia memaksa badan untuk bekerja dengan lebih keras. Sentiasa stay back ataupun practise lebih masa. Baginya inilah takdirnya apabila dia memasuki ke dalam keluarga ini.

-----------------------------------------------------------

Dikerling jam tangannya, sudah 11 malam. Lama betul Tuan Muda makan. Belum sempat Fauzi mengalihkan pandangan ke restoren, kedengaran cermin tingkap diketuk

“Eh?.... Kenapa Tuan Muda?... “ Soal Fauzi kebingungan.

“Engkau berapa lama nak duduk sini?... pergi lah balik… sini kunci kereta… “ Soal Tuan Muda Danish tanpa menunggu jawapan.

“ Nak aku hantar Tuan balik tak?” soal Fauzi.

“Aku tak suruh pun engkau tunggu aku. Sini kunci kereta, aku dengan Emely nak pergi jalan-jalan.”

“Jalan-jalan?... ke mana?... Tuan dah lewat ni… balik rumah saja.”

“Eh engkau ni Fauzi, dah pandai melawan eh. Dah engkau keluar. Sini kunci kereta. Jumpa di vila nanti!” Arah Tuan Muda Danish.

Fauzi yang seakan teragak-agak dengan kelakuan Tuan Muda Danish menurut sahaja kehendaknya. Kunci kereta diberi, dokumen dan laptop dikemas semula lalu keluar dari perut kereta.

Hatinya kurang tenang sedikit. Kalaulah Tuan dan Puan tahu, Tuan Muda Danish pulang lewat atau tidak pulang langsung rumah malam ni. Apa yang perlu dia jawab dan beri alasan nanti. Mindanya ligat memikirkan jawapan.

Aish!!... nanti lah pikir, sekarang fikir macamana aku nak balik vila?... bas?... haii… pukul 11 malam dah stop beroperasi. Fauzi hanya memandang Tuan Muda Danish dan Emely berlalu meninggalkan dia keseorang dihadapan restoren. Pekerja-pekerja restoren pun sudah bersiap sedia untuk pulang. Diseluk poketnya dikeluarkan dompetnya, alahai RM10 ja ada, cukup ke tambang teksi ni?.

------------------------------------------

Fauzi berjalan kaki menuju ke jalan besar. Jalan raya sudah lenggang, mungkin sebab sudah lewat malam. Jalan untuk pulang ke vila dia ingat tapi itulah, hanya dengan berjalan kaki. Pukul berapa sampai hmm entah. Hendak menumpang kereta orang dia teragak. Dibuka playlist dalam handphonenya, dipasang untuk memecahkan kesunyian. Ini bukan kali pertama dia di buang di tepi jalan… sejak dia dilahirkan memang sudah jadi anak buangan. Asal usul diri sendiri dia pun tidak tahu, yang dia tahu dia dibesarkan di rumah anak yatim.

Fauzi menghentikan langkahnya apabila melihat lampu isyarat bertukar hijau. Niatnya hendak melintas jalan sebab mana ada kereta di kawasan itu. Tapi memang dia sudah biasa hidup dengan mematuhi arahan.

Pin!... pin! … sebuah kereta berhenti di hadapannya.

“Wei… Jiya!... apa engkau buat sini?” soal tuan punya kereta

“Wei… Razak!...” Fauzi kelihatan gembira apabila terlihat wajah sahabatnya itu.

“Meh naik kereta aku… cepat… lampu hijau lagi ni!” ajak Razak.

-------------------------------

Fauzi tersenyum gembira, di pandang Razak yang sedang memandu. Briefcasenya di campak belakang. Kelihatan kot putih doktor milik Razak bergulungan, selipar yang tidak cukup pasangan dan beberapa jajan keropok bersepah ditempat duduk penumpang belakang.

“Sepah!... “

“haha… nak buat macamana… kerja sampai tak cukup masa nak kemas… aku bukan macam kau… ada fix time rehat… “

“Ayat sama ja alasan kau… lama kot tak jumpa kau… yang lain pun aku tak jumpa jugak… “

“Siapa?” soal Razak.

“Siapa lagi… dengan siapa lagi aku boleh jadi diri aku kalau bukan engkau… Zufir… Firman… “

“Hey bebe… jangan bukak cerita sedih engkau… kitaorang ikhlas tau kawan dengan kau… “

“Tahu… kalau tak rahsia aku dah lama terbongkar… “

“Ni… kenapa engkau sengsorang tadi?” soal Razak sambil cuba menukar topik perbualan. Dia kenal dengan Fauzi sejak belajar lagi. Fauzi adalah manusia yang boleh dijumpa 1 dalam dunia ini rasanya.

“His back… and the habit still same “ beritahu Fauzi.

“Siapa?... Danish?... “

“Yup… “

“Patut laaa… bila dia balik… bukan flight dia should be next week ke?... “

“Surprise katanya… eh jap engkau nak pergi mana?... vila aku ikut jalan ni… “ Pelik Fauzi apabila melihat Razak membelok kereta ke kawasan kedai mamak.

“Aku nak pergi masjid jap… solat isyak… engkau tunggu aku kat kedai mamak ni… order kan aku mee mamak… “

“Aku ade sepuluh ringgat ja ni… “

“Aku makan aku bayar ler… kau pon order jugak… aku belanja… hihi” sengih Razak.

“Thanks dude…”

“Welcome bebe… nah kunci kereta… aku pergi solat jap… nanti sambung cerita “ beritahu Razak sambil gegas memasuki masjid, selipar yang dipakai pun tidak sama pasangannya… alahai Razak.

-------------------------------------------

Razak hanya memberhentikan keretanya dihadapan pagar vila milik Danish. Pernah sekali dia memasuki vila ini, itu pun disebabkan Fauzi sakit. Hendak bermesra dengan keluarga ini jauh sekali, kerana Tuan Danial dan Puan Demi selalu keluar negara kerana hal kerja.

“Thanks Razak. Kalau ada masa call aku… “

“Tengok la… lagi pun aku tengah tunggu khabar dari kembar dua orang tu… “

“Hmm… engkau nak tunggu Zufir dengan Firman baru nak cuti ke?”

“Haah… diorang ja sahabat yang tak kenal status… “

“Betul… ok lah aku masuk dulu… esok selamat bekerja… “

“Jap, if anything just call kitaorang tau… kau tahu kan rumah baru aku kat mana… “

“Ok… bye”

Fauzi menunggu kereta Razak hilang dari pandangannya. Baginya Razak, Zufir dan Firman adalah sahabat baiknya. Mereka bertiga mengetahui rahsia besarnya sejak belajar lagi. Itu pun disebabkan dia menyelamatkan Zufir yang lemas dalam sungai. itu pertama kali orang luar selain Tuan dan Puan tahu rahsia dia adalah seorang perempuan. Danish tidak boleh tahu sampai walau apa jua keadaan, itu pesan Tuan Danish dan Puan Demi sebelum adopt dia dari rumah anak yatim.

-----------------------------------------

Fauzi terus melangkah menuju ke pintu pos guard vila milik keluarga ini. Di panggil Apek Hong yang sedang khusyuk melihat CCTV. Apek Hong sudah 10 tahun bekerja dengan keluarga ini. Boleh kata Apek Hong melihat dia membesar. Diminta untuk membuka pintu kecil yang di mangga. Tidak perlu dibuka pagar besar, dia bukan berkereta pun.

“Oh… Fauzi. Akhirnya engkau sampai juga vila!... kena tinggal lagi ke?”

“Yup… macamana Apek tau “ tanya Fauzi.

“Hmm… Fauzi… Tuan cari kamu… dia tunggu di tempat biasa… “ sayu sahaja suara Apek Hong. Dari nada suaranya Fauzi dapat mengagak sesuatu bahawa Tuan dalam mood yang tidak baik.

“Sekarang ke?... 2 pagi ni Tuan tak tidur lagi ke… hmmm baik Apek… “ lemah sahaja suara Fauzi. Dia mula membayangkan nasibnya. Mesti kena marah lagi. Hai..

-------------------------------------

Fauzi berjalan menuju ke vila utama, lalu mengatur langkah menuju bilik bacaan milik Tuan Danial. Pintu di ketuk empat kali. Itu sebagai tanda isyarat bahawa yang datang adalah ‘Fauzi’. Kedengaran suara Tuan Danial menyuruh dia masuk.

“Saya dah sampai Tuan” beritahu Fauzi.

“Berdiri sini… dekat sikit… “ arah Tuan Danial. Fauzi mendekatkan diri ke meja bacaan, sementara Tuan sibuk mencari sesuatu di dalam laci. Kemudian mengeluarkan sesuatu seperti candu.

“ Kenapa Danish balik seorang diri lewat malam?... then dia yang drive… kenapa dia tak pulang dengan kamu sekali?... “ soal Tuan Danial.

“Tuan Muda kata dia mahu cari angin seorang diri… “ bohong Fauzi. Hendak buka cerita mengenai Emely takut Tuan Danial mengamuk.

“Seorang diri?... alone?... kamu baik jujur Fauzi… Danish ada perempuan lain ke selain Zett?... “

“Betul… dia seorang diri sebab tu dia suruh saya balik sendiri… “ Bohong Fauzi lagi.

“Ok… kamu boleh pulang… jangan lupa Fauzi… memang I percayakan you sebab I memang dah anggap kamu sebahagian dari keluarga ini. Tapi kalau Danish bermasalah… kamu orang pertama dipersalahkan walaupun itu bukan kesalahan kamu.... Faham… “ tegas nada suara Tuan Danial. Fauzi hanya mengangguk sahaja sebagai tanda faham. Senang cerita, Fauzi adalah kambing hitam untuk semua segala kesalahan yang bakal atau akan dilakukan oleh Danish nanti. Itu lah nasib dan hakikat yang perlu dia akui.

---------------------------------------------

Fauzi menghembus nafas seakan mengeluh. Lampu biliknya di buka menerangi bilik. Matanya terbeliak. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tuan Muda Danish di biliknya!. Whattt?...

“Hmm… “ Fauzi mengeluh lagi. Hendak marah bukan dengar pun, sudah tidur nyenyak. Fauzi membiarkan sahaja Tuan Mudanya tidur. Sebaliknya dia masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Badannya segar semula. Kelihatan Tuan Muda Danish masih tidur dengan tenang. Fauzi membiarkan sahaja, ini bukan pertama kali Tuan Mudanya tidur disini, sudah berkali-kali, tapi itu zaman kanak-kanak, boleh lah tidur sekali. Tapi sejak Danish menyambung pelajaran di Britain, mereka berjauhan. Hmm, 4 tahun berpisah masih juga tidak berubah habit Tuan Mudanya.

Fauzi membuka almari yang menyimpan toto, tapi dia hanya mengambil selimut. Kamudian dia keluar dari bilik, menuju ke ruang tamu. Mencari sofa yang sememangnya terletak di hadapan TV. Dia mengambil handphone untuk di caj setelah set alarm untuk bangun 7 pagi esok. Belum sempat dia memejamkan matanya. Kedengaran Danish memanggil namanya. Fauzi mengendahkannya, dia hanya memikirkan mungkin Tuan Muda meracau semasa tidur. Dia teruskan tidurnya dan lena kerana penat berjalan dan kenyang makan mee mamak.

“Hei… Fauzi bangun laaa… tidur dalam bilik dengan aku… aku tak boleh tidur ni“ Danish cuba mengejutkan Fauzi dari sofa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience