Pergi saja tinggal kan semua
Pendam diam daripada kau bersuara
Manusia menilai hanya bila mereka suka
Engkau akan terjumpa jalannya
Langit cerah kan menggelap jua
Hanya bulan bintang mampu teranginya
Kadang bahagia tapi tak selamanya
Kadang duka hanya sementara
Bila mana kau rasa tak menentu
Hanya ingat aku sentiasa bersamamu
Bila mana kau perlukan aku
Sampaikan katamu bersama rindu
Bila waktu terakhir telah bersamaku
Jangan kau tangisi disisi aku
Bila telah masa menghentikan waktuku
Dunia ini tidak lurus tapi berliku
Teruslah berjalan didepan mu
Kerana semangat ku sentiasa di hatimu
Share this novel