CHP 4

Romance Series 55119

Iryna mengesat matanya, entah kenapa boleh terlelap di dalam kenderaan ini. Mungkin terlalu penat dengan persiapan nikah. "Err... Lama ke saya tidur?" Soal Iryna. Joe hanya tersenyum, "takdelah lama sangat. Saya pun baru ingat nak kejutkan Puan. Kita dah nak hampir sampai ni." Kata Joe. Iryna melihat ke luar tingkap.

Seakan mereka berada di bukit-bukit tinggi. "Err.. rumah Dato dekat mana?" Soal Iryna. "Ni dia... Kita dah sampai, Puan. Selamat datang." Senyum Joe. Kereta berhenti dan cepat-cepat Joe membukakan pintu kepada Iryna.

Alangkah terkejutnya Iryna apabila tersergam indah bangunan rumah banglo dan di tengah-tengahnya terdapat air pancut. Iryna melihat sekelilingnya sambil Joe membawa keluar bagasi milik Iryna.

"Puan.. kenalkan ini semua pekerja di sini. Saya letak dulu beg Puan di dalam ye." Kata Joe, meminta diri. Iryna hanya tersenyum nipis melihat semua pekerja sedang berbaris di hadapan mereka. "Err.. Hai, saya Iryna Irsha. Selama perkenalan." Ramah Iryna. Pekerja tersebut hanya tersenyum nipis.

"Puan... Selamat datang, saya Ria. Pembantu Puan. Mari... Jemputlah masuk." Kata Ria, mengajar Iryna. Pesan majikannya masih terngiang-ngiang di telinganya, pastikan Puannya selesa dengan rumah ini. "Err.. Cik Ria.. ni rumah siapa? Besar betul.." kata Iryna kagum dengan seni bina rumah ini. "Puan. Tak perlu panggil saya Cik.. saya cuma pekerja, sama macam mereka. Panggil Ria je. Dan jawapan untuk soalan kedua.. Inilah rumah Puan sekarang, maksud saya.. Rumah Puan dan suami Puan." Senyum Ria.

Terlopong mulut Iryna. "Mari Puan.." kata Ria mengajak Iryna. Iryna cuba untuk melihat gambar yang tergantung di dinding untuk mengenal pasti siapakah suaminya, namun semuanya hampa apabila semua dinding dipenuhi dengan lukisan aneh-aneh.
***
"Silakan masuk Puan. Mulai sekarang, ni bilik Puan.. Puan jangan segan-segan ye. Kalau ada apa-apa, panggil je saya." Ramah Ria. Iryna hanya menayangkan muka yang senyuman masih dalam keadaan terpaksa. Dengan perlahan Ria menutup pintu.

Iryna mula meneroka kesemua tempat. "Wahh... Besar, kalah bilik saya." Kata Iryna. Dia mulai mengemaskan pakaiannya masuk ke dalam almari, dan sempat dia meletakkan gambar kedua ibu bapanya di bingkai gambar.

Dia meratap gambar tersebut, tiba-tiba dia menjadi takut. "Ma .. Pa, saya takut..." Tiba-tiba Iryna menangis tersedu sedan. Adalah dia perlu gembira dengan apa yang sekarang dia miliki?

Ria sedang melihat pekerja lain menyiapkan makan malam yang telah diarahkan oleh majikannya. Datang Joe menghampiri Ria, "sampai sekarang aku tak leh brain, macam mana Puan jumpa dengan Dato? Entah bila bercinta pun, aku tak tahu.. tak pernah lah aku nampak Dato dengan perempuan lain. Ni tiba-tiba jadi isteri, kau tak pelik ke Ria?" Soal Joe.

"Nak pelik apanya, tak ada yang mustahil dan pelik kalau majikan kita tu, tapi.. boleh tahan cantik juga isteri Dato, patutlah... Kalau saya jadi Dato pun, kenapa perlu nak bazirkan masa saya." Kata Ria.

Jika sehingga perempuan mengatakan seseorang perempuan tu cantik, sudah semestinya memang cantik.

"Dahlah.. kemaskan. Remember, tonight must be prefect!" Kata Ria, meninggalkan pekerja mereka
***
Iryna masih terduduk di sejadah, dia berdoa agar semuanya dipermudahkan untuknya. Dia reda.. kedengaran pintu diketuk dari arah luar.

"Puan..." Kata Ria. "Ria.. kenapa?" Soal Iryna. "Dah lama Puan dalam bilik ni, dari pagi sampailah ke malam. Makanan pun Puan makan sikit je." Pujuk Ria. "Takde selera.. ahh.. kenapa Ria jumpa saya ni?" Soal Iryna.

"Oh.. nasib Puan ingatkan. Puan kena bersiap sekarang. Dato kata dresscode for today is Red. Jom." Ajak Ria. "Eh...kijap-kijap.. apa yang dresscode-dresscode ni? Saya tak faham, saya mana ada baju merah. Kenapa nak kena pakai macam tu?" Soal Iryna terkejut.

"Sebab.. malam ni, Puan akan dinner dengan Dato. Untuk pengetahun Puan, Dato dah sampai Malaysia sejam yang lalu." Senyum Ria. "Ahhh?!!"Terlopong sekali lagi mulut Iryna.
***
Baju yang disuakan oleh Ria dipakainya, dress kembang merah tali nipis di bahu dipakainya. "Ria.. saya tak selesa nak pakai macam ni. Saya malu.." kata Iryna, "Puan.. nak malu apa? Puan dengan Dato je yang akan dinner nanti, kami dah diwarning oleh Dato.. supaya jangan ganggu Dato dan Puan." Terang Ria. "Ah.. ni Mimi, MUA Puan malam ni. Dah, Mimi.. cepat.. Nanti lambat pula." Kata Ria, meninggalkan Mimi dan Iryna dalam bilik tersebut.

"Absolutely, Puan.. Puan ni dah cantik, jadi.. saya mekap sikit je tau. So, may I?" Soal Mimi. "Cik Mimi, saya takut.." kata Iryna, sambil tangan Mimi lincah menyolek wajah Iryna. "Apa nak dirisaukan Puan, kalau saya jadi Puan.. saya lah orang paling gembira tau. Khawin dengan billionaire kut, siapa je yang tak nak!" Kata Mimi.

"Ya Allah, awak fikirkan tu Mimi.. Awak tahu ke saya sekarang khawin dengan orang tua!" Jelas Iryna. "Tua?? Saya tengok Dato tu.. takdelah nak berapa tu. Sedang-sedang macam tu. Kenapa umur Puan baru belasan tahun ke, Puan cakap Dato tua?" Soal Mimi.

Iryna hanya diam sahaja. Dalam hatinya berdoa agar semuanya baik-baik sahaja.
***
"Everything ready?" Soal Dayen ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Dia penat, tapi.. tu tidak menghalang dirinya untuk bertemu Irsha.

"Sudah Dato." Kata Ria, "so.. what are waiting for??" Soal Dayen, tegang riak wajah mukanya. "Baik Dato." Kata Ria. Sham hanya melihat majikannya yang mengemaskan rambut dan necktienya. "How do I look?" Soal Dayen. "Perfect Dato." Kata Sham. Buat pertama kalinya, dia melihat Dayen begini.
***
"Puan.. mari, Dato dah sampai." Kata Ria. "Ria.. saya takut.. Ria.." rayu Iryna.. "ikut je saya, Puan. Puan jangan takut. Dato belum pernah makan orang." Kata Ria, bergurau.

"Mari.." kata Ria. Iryna hanya mengenggam tangan Ria, seakan tidak dilepaskan. Sesampai sahaja di tingkat bawah, kelihatan seorang lelaki membelakanginya.

"Dato.. Puan dah sampai. Saya pergi dulu.." kata Ria. "Ria... Ria.." panggil Iryna, sehingga sosok tubuh Ria hilang dari pandangan.

"Assalamualaikum..." Suara garau itu berbunyi, Iryna berpusing dan terkejut, "walaikum....sa...lam...." Terkejut Iryna melihat wajah itu. Disangka tua rupanya...

Dan bagi Dayen, menemui gadis ini ialah sesuatu yang sudah lama dia tunggu. Iryna Irsha, isterinya. Gaun yang tersemat di badan Irsha itu dipandangnya. Sangat sesuai. Namun, dia tahu.. Iryna malu diperhatika olehnya.

"Shall we.." kata Dayen. Mula menarikkan kerusi dan mendudukkan Iryna. Iryna hanya diam melihat Dayen di hadapannya. "Nama saya.. Iryna Irsha." Kata Iryna memperkenalkan diri. Entah kenapa tu yang keluar dari mulutnya.

"Ya.. Abang tahu.. Irsha." Kata Dayen. Iryna sudah keliru.. "Abang? Irsha?? Ahh??"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience