SCENE 5

Drama Completed 7675

Nediya baru sahaja selesai mandi. Baru sahaja dia ingin bersiap ke kerjanya, tiba-tiba satu notifikasi Whatsapp masuk. Segera dia membukanya. Dia tersenyum sendirian apabila notis itu adalah daripada buah hatinya, Khalif.

Hati Nediya seakan meloncat kegembiraan apabila Khalif mengajak dia bertemu di sebuah kafe iaitu tempat mereka selalu berjumpa itu. Baru semalam dia berjumpa dengan Khalif dan membincangkan tentang tarikh dan lokasi mereka akan bernikah. Semua persiapan sudah pun dirancang bersama untuk menjayakan majlis nikah mereka.

Nediya bergegas untuk menyiapkan dirinya itu. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Khalif. Walaupun beberapa minit sahaja tidak berjumpa, dia sudahpun berasa rindu akan Khalif. Sungguh kuat aura Khalif terhadapnya.

Selesai sahaja dia bersiap, Nediya terus ingin keluar dari rumah. Sementara itu, Mak cik Khadijah memandang Nediya lalu menegurnya. "Dhia, anak mak. Dah nak pergi kerja ke tu?"

"Hari ni tak pergi kerja. Ada urusan lain." balas Nediya acuh tak acuh.

"Laa kenapa? Bos kamu banyak kali telefon rumah ni kata kamu tak masuk kerja banyak kali dah. Nak, kerja betul-betul. Ingat masa depan kamu." Mak cik Khadijah sempat menasihati anaknya itu.

"Mak, sejak kebelakangan ni kan, Dhia tengok mak suka sangat berleter panjang-panjang dan berceramah dekat Dhia. Dhia tahu apa yang Dhia buat. Dah la mak, lepas ni Dhia akan pergi dari rumah ni. So, takde la lepas ni mak nak berceramah panjang bagai, kan?" balas Nediya. Mak cik Khadijah terdiam sejenak. Kemudian dia bersuara lagi. "Dhia ingatkan pesan mak semalam?"

"Oh pasal jangan kahwin dengan laki orang? Sorry mak, memang Dhia dah nak kahwin pun tak lama lagi. Dengan laki orang. Jangan sampai mak jadi penghalang masa nikah Dhia nanti. Ok dah la mak, Dhia dah lambat ni." Selepas pada itu, Nediya terus mendail nombor telefon teksi. Meluat dengan bebelan emaknya itu. Tidak lama selepas itu, teksi pun tiba. Nediya menarik nafas lega. Bukan apa, dia takut bakal suaminya menunggunya lama.

Mak cik Khadijah sedih dengan tingkah laku dan kata pedas Nediya terhadapnya tadi. Dia merasakan Nediya sedikit pun tidak ambil peduli dengan kata nasihatnya itu. Dia rasa amat bersalah dengan Laila. Seraya Mak cik Khadijah menadahkan tangannya sambil memohon doa.

"Ya Allah, aku memohon kepadamu untuk membuka pintu hati anakku untuk mendengar kata-kata ku. Hindarilah dia daripada menjadi penyebab kepada runtuhnya rumah tangga orang, ya Allah. Berikan dia kesedaran, ya Tuhanku." Mak cik Khadijah berdoa dalam nada teresak-esak dan penuh berharap agar Nediya berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience