bab 38

Romance Series 425423

Hampir sahaja satu das peluru terkena lengan Wawa apabila Ayriz tidak berfikir dua tiga kali melepaskan tembakan. Kini mereka disekeliling menghalakan pistol ke arahnya. Wawa sudah terduduk menggigil sambil menutup wajahnya. Terkejut dengan apa yang terjadi.

“Lain kali belajar lagi macam mana nak jadi penyangak ye sayang.” ucap Ayriz sambil tergelak kecil. Namun lantas itu dia menarik lengan Wawa untuk bangun. Lalu dia menarik pula rambut Wawa ke belakang.

“Macam mana kau tarik tadi? Macam ni?” mengerang kesakitan Wawa apabila ditarik begitu. Lalu Ayriz menolak Wawa ke tepi sehingga terjatuh. Namun perhatiannya terarah ke arah Naz yang masih memegang Sya.

“Hai sayang. I miss you so much….” kata Ayriz sambil melangkah dekat dengan Naz.

“Kau dekat memang mampus kakak sepupu kau ni. Berani kau langkah!” Naz cuma ingin menakutkan Ayriz. Sya pula meronta ronta ingin dilepaskan. Ayriz memandang ke arah Ami dan Fariz yang sejak tadi kaku di situ. Ayriz mengeluh perlahan. Lantas itu dia mencampakkan pistolnya ke tepi.

“Lepaskan dia. Kau nak berurusan dengan aku kan. Kalau kau lelaki berurusan macam lelaki. Ke kau …..” kata kata Ayriz mati di situ dengan senyuman mengejek. Naz yang merasakan dirinya diperlekeh terus menolak Sya ke tepi. Lantas itu Ami cuba ingin mendekati adiknya dan satu das tembakan di tembak ke atas.

“Kau jangan berani berani dekat dengan adik kau. Jauh!”

“Okay bro, aku tak dekat.”

“Eh jantan… buang pistol kau! Dasar pengecut.” tengking Ayriz yang mula hilang sabar.

“Bro, kenapa Ayriz macam ni?” soal Fariz masih lagi buntu. Dia tidak pernah melihat perwatakkan Ayriz begini.

“Itu bukan Ayriz bro… itu Menissa.” Berkerut dahi Fariz ingin memproses kata kata Ami namun perhatiannya terganggu apabila pistol itu di tangan Naz ditendang laju dengan Ayriz.

“Kau memang betul betul nak mampus la betina!” satu tumbukan cuba diberikan namun Ayriz cepat mengelak. Ayriz tersenyum mengejek dan cuba memanggil Naz kembali.

“Wey tak akan kita nak tengok je… Ami apa kita nak buat?”

“Jangan campur bro… kalau kau campur dengan kau kena balasan yang sama. Dia bukan baby.”

“Sekarang kita nak buat apa? lari keluar? Kat luar tadi kau tak nampak berapa ramai kuncu dia. Ni belakang kita ni bila bila dia boleh shoot kepala kita.”

“Kau tahu berlawan?” bisik Ami. Fariz menggelengkan kepalanya. Ami sekan kecewa sedikit namun pantas dia menyepak alat sulit lelaki di belakangnya dan membuatkan lelaki itu jatuh dan mengerang sakit. Fariz terkejut dengan tindakan pantas lelaki itu. Ami tersenyum berlagak dan terus lari ke arah adiknya… manakala Ayriz dan Naz masih dengan pergaduhannya. Pistol yang berdekat dengan mereka, di tolak jauh agar Naz tidak berkesempatan untuk mengambil. Sedang mereka berlari untuk menjuhkan diri satu sepakan terkena wajah Ayriz dan membuatkan Ayriz terjatuh.

“Ayriz!” terjerit Fariz melihat Ayriz berguling sakit. Namun tangannya dipegang Ami supaya tidak mendekati Ayriz. Selang beberapa saat, mendengar beberapa tembakan dan akhir sekali tembakan itu betul betul di hadapan pintu. Dengan kasar pintu itu dibuka. Wajah Isac yang bengis itu memenuhi ruang pintu. Isac merenung tajam apabila melihat Ayriz sudah meringkuk menahan sakit. Baru sahaja Isac ingin memulakan langkah, Ayriz bersuara.

“Jangan campur urusan aku.” arah Ayriz yang cuba bangun namun sekali lagi ditendang. Isac mengetap gigi menahan amarah yang berkemuncak.

“JANGAN CAMPUR!” tengking Ayriz dan terus bangun. Satu tumbukan hinggap di pipi Naz. Tidak cukup dengan itu. Sepakan terkena kaki Naz membuatkan Naz terjatuh. Ayriz menarik kasar rambut Naz.

“Apa lagi kau tak puas dengan Ayriz! Kau bagitahu aku! Tak cukup kau seksa dia! Sebabkan kau dia wujudkan aku!” Tengking Ayriz atau namanya Menissa.

“A…aku minta maaf Ayriz. A…aku…”

“Aku bukan Ayrizlah bodoh!” tengking Menissa sambil menarik semakin kuat rambut Naz kebelakang. Sekali lagi Naz mengerang kesakitan.

“Arhhhh…. aku minta maaf. Aku hanya tolong Wawa! Aku tak tipu!”

“Kau daripada dulu bodoh! Kau…..”

BANG!

satu tembakan hampir sahaja terkena bahu Ayrix apabila Wawa melepaskan tembakan. Isac mula ingin bertindak namun tindakan Ayriz melarang dirinya. Dia merasakan sesuatu dengan gadis itu. Naz ditolak kuat ke tepi… Kakinya terus berjalan laju ke arah Wawa. Wawa pula seakan cuak ingin melepaskan tembakan.

“Aku dah cakap jangan main pistol.” kata Ayriz masih lagi berebut mendapatkan pistol. Suasana menjadi cemas apabila pistol itu terarah kepada Ayriz… Namun tiba tiba satu tembakan terhala ke bawah di mana Naz sedang terduduk. Tembakan itu terkena pada kaki Naz.

“ARHHHHHHH…” Terkesima semua yang berada di situ. Tapi hanya Ayriz yang tertawa.

“Ayok…. kau tembak dia! Bukan aku yang tembak! Ayok… kau pembunuh…” dengan riang Ayriz mengejek Wawa berserta tawa.

“Tak! Tak! Aku tak bunuh dia! Aku tak bunuh dia.”

“Ye kau pembunuh!” kata Ayriz terus melempang kuat pipi Wawa.

“Baby cukup baby cukup…” rayu Ami, tidak sanggup dia melihat adik sepupunya begitu.

“Riz… cukuplah…” pujuk Sya pula yang menangis teresak esak.

“Cukup kau cakap? Perempuan ni yang buat adik sepupu kau menderita! Perempuan ni juga punca Ayriz hampir mati! Kau tak nampak lagi ke! Aku rasa baik dia mati….” kata Ayriz tersenyum sesuatu. Wawa yang mendengar memandang Ayriz.

“Ja…jangan… jangan apa-apa kan aku… aku minta maaf…” rayu Wawa takut.

“Murahlah maaf kau… mana pistol tadi ea?” Kata Ayriz sengaja ingin melihat wajah cuak Wawa. Baginya dia puas.

“Ayriz… stop sayang…jangan macam ni…” pujuk Fariz pula… dia tidak mahu perkara yang tidak diinginkan berlaku. Ayriz memandang Fariz lalu dia melangkah perlahan… Ami sudah menarik Fariz dekat dengannya.

“Kau suruh aku stop? Daripada awal dia kahwin dengan kau aku dapat rasa aku akan keluar. Kau pun sama! Kau pernah faham isi hati dia. Yang kau fikir perasaan kau! Suami jenis apa kau ni! Kau tak pernah berpihak pada dia! Saat dia diburukkan depan semua orang kau diam!Setiap kali aku nak keluar, dia halang aku! Dia cakap dia tak nak sakitkan kau! Tapi sekarang dia sendiri suruh aku keluar! Sebab orang macam kau ni lah aku wujud! Kau memang tak guna!” terjerit Menissa sambil melempang wajah Fariz. Fariz terdiam jelas riaknta kecewa dengan perebuatannya. Baru sahaja tangan Ayriz naik, badannya sudah dipeluk.

“Lepaskan aku! Lepaskan aku!” meronta ronta Ayriz ingin dilepaskan.

“Sudah Elyna… dendam kau terbalas. Cukup jangan sakitkan diri kau lagi love. Cukup.” pujuk Isac lembut sambil memeluk kuat Ayriz yang masih lagi meronta ronta.

“Lepaskan aku! Aku bukan Ayriz! Aku Menissa!”

“Cukup Menissa.. kau buat Elyna sakit… Terima kasih kau banyak pertahankan dia… cukup Menissa.” pujuk Isac lagi. Menissa masih lagi meronta ronta… lama kelamaan dia terdiam dan terus tidak sedarkan diri.

“Elyna… Elyna… Love bangun! Hey bangun.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience