"KAU nak apa call aku?, masa aku tengah berseronok lah kau nak ganggu aku eh.. " soal Armin sebaik panggilan dari sepupu nya itu dia angkat
"Kau boleh keluar sekejap tak! Bising lah.." arah Seira dalam talian, bila dimana bunyi Muzik lagi kuat terdengar dari suara lelaki itu
"Aishh! Kau cakap jela.. Aku masih boleh dengar lagi.." jawab Armin malas, sambil duduk berpelukan dengan dua orang wanita yang sudah dibayar untuk menemaninya berseronok dikelab
malam itu
"Aku ada benda nak minta tolong dekat kau.. " kata Seira dalam talian
"Haaa??!! " jerit Armin bertanya semula, bila dimana tadi dia tidak berapa dengar dengan jelas apa yang dikatakan sepupunya itu tadi. Atau lebih tepatnya tidak terlalu fokus kerana layanan dari para wanita wanita yang tidak henti mengodanya itu.
"Kau keluar dulu boleh tak!! Aku nak cakap pasal Trisha!" teriak Seira dalam talian sedikit emosi. Sudahlah bunyi bising ditempat lelaki itu menganggu perbualan mereka
"Okey okey.. Kau tunggu kejap! " jawab Armin, sebelum berdiri dari duduknya dan menghentikan perbuatan salah seorang wanita yang hampir saja membuka butang baju nya
"Darling, Where are you going?" tanya wanita yang melayani lelaki itu
"Sorry Dear... I kena gerak dulu, ada hal. Kejap lagi i datang cari you, and you boleh buat apa je dekat i nanti, okey Dear.. " ujar Armin mengoda wanita itu, sempat juga dia mencuit hidung wanita tadi, sebelum ia berlalu keluar dari dalam kelab malam itu.
~
"Hurm, kau nak cakap apa pasal apa? " soal Armin kembali, sebaik saja dia sudah berada diluar
"Menyempat kau eh tadi.. " kata Seira dalam talian sengaja mahu memerli lelaki itu. Sebab dia pun mendengar apa yang di katakan lelaki itu pada Perempuan kelab malam tadi
"Kau cakap jela kau nak cakap apa, kau janganlah nak buang masa aku nak bercakap lama dengan kau pulak.. " ujar Armin, sedikit malas mahu melayani Perempuan itu
"Aku nak minta tolong kau kali ni, sebab aku betul betul dah tak tahan dengan perempuan tu, jadi kita kena berkerjasama untuk singkirkan dia.." ujar Seira terus dari dalam talian
"Perempuan mana pulak ni? Haduii, dahlah banyak perempuan. yang mana satu?" tanya Armin sambil memicit dahinya yang agak pening kerna minuman keras tadi. Walaupun hanya sedikit yang diminumnya. Namun cukup membuatnya agak kurang berpikir buat masa sekarang
"Aish, siapa lagi kalau bukan Perempuan sombong tu.. Trisha lah!" jawab Seira dalam talian sedikit bengang
"Kau nak aku buat apa? Bunuh dia?.. Kau ingat aku ni pembunuh ke? Aku tahulah aku ni tak baik sangat, tapi aku belum nak jadi pembunuh lagi. Lagipun Trisha tu sepupu kita kot, aku tak sanggup lagi nak bunuh dia.." ujar Armin sedikit tidak bersetuju
"Kau ingat aku ni kejam sangat ke? Aku tak suruh kau bunuh dia pun. Aku nak minta tolong kau perangkap dia je, dengan itu hidup kita akan senang. Tanpa ada dia lagi.." kata Seira lagi
Sebelum tiba tiba pandangan Armin terganggu dan memandang pada seorang perempuan dengan lelaki, yang seperti nya mempunyai masalah peribadi. Namun dia abaikan dulu, dan kembali mendengar apa yang dikatakan Seira dalam talian
"Jadi kau nak aku buat apa? " soalnya lagi mulai serius ingin tahu apa perancangan Perempuan itu
"Jadi, aku nak minta tolong kau, untuk carikan lelaki sebagai alat perangkap kita.. Kau kutip jela mana mana lelaki yang ada dekat situ, dan bawa dia malam ni juga, di location yang aku akan hantar dekat kau kejap lagi.. " arah Seira dalam talian
Manakala Armin hanya mengukirkan senyuman senget, sambil memandang ke arah lelaki bersamaan seorang perempuan dihadapan nya itu
"Okey baiklah, kau tunggu.. Kejap lagi aku akan datang.. " balas Armin sebelum panggilan dimatikan, dan ia terus meletakkan telefon miliknya kedalam kocek seluar, sebelum ia tersenyum sinis memikirkan apa yang akan terjadi pada nasib Perempuan itu nanti
Sebab dia pun dah lama tidak berpuas hati dengan sikap sombong dan berlagak Trisha. Pernah dulu pun, dia dipermalukan didepan ramai orang. Dan sampai sekarang dia masih menyimpan dendam itu.
* * *
Trisha yang sudah bersiap siap untuk keluar malam itu, terus terhenti bila dimana Arina menghentikan langkahnya, buatkan Perempuan itu berdengus perlahan dan memandang ke arah sepupunya itu
"Trisha.. Lebih baik Trisha tak payah keluar malam ni.. " halang Arina pada Sepupunya itu
"You siapa nak halang i keluar?.. Dah ketepilah i tak ada masa nak layan you sekarang" kata Trisha dingin, sebelum menepis tubuh gadis itu, buatkan Arina terhindar sedikit
Namun Arina tetap tidak berputus asa, dan terus mengejar langkah Sepupunya itu untuk tidak pergi. Dan baru saja Trisha menapak langkah keluar dari rumah. Arina terus memegang tangan Perempuan itu
"Trisha, Tapi Seira dan Tihana nak buat sesuatu pada awak!" ujar Arina lagi, namun malangnya, tangannya ditepis, buatkan Arina jatuh tersungkur ke lantai
"You tak perlu nak peringatkan i pasal mereka, i tak takut! Dan lagi satu, you pun tak perlu nak tunjuk baik dengan i, sebab i tak berminat nak berbaik dengan you! " kata Trisha sedikit keras pada sepupunya itu, sebelum ia mengambil langkah untuk pergi dari situ, namun langkah nya terhenti bila Tan Sri Aruan Deezaman yang kebetulan baru masuk kedalam, dan memandang pada mereka silih berganti
"Trisha, ada apa ini? " tanya Tan Sri Aruan pada cucu kesayangan nya itu.
"Tak ada apa Tok Daddy.. Trisha nak keluar kejap, bye.." jawab Trisha bersahaja, sebelum mengorak langkah keluar dari rumah itu, untuk menemui teman lelaki nya nanti.
Tan Sri Aruan hanya mengeleng kepala memandang kepergian Trisha, sebelum Tan Sri Aruan mengarahkan Bodyguard nya untuk membantu Arina yang masih jatuh terduduk itu.
"Terima kasih Tok Daddy.. " ucap Arina, sebaik saja tubuhnya diangkat untuk bangun. Sebelum Bodyguard Tok Daddy nya itu, memegang tubuhnya berdiri bila dimana kakinya terasa sakit
"Apa dah jadi? Macam mana Arina boleh terjatuh? " tanya Tan Sri Aruan pada cucu nya Arina
"Tak ada apa, Arina yang salah, sebab dah ganggu Trisha tadi.." jawab Arina, sambil menundukkan pandangan nya
"Dah, kamu boleh pergi naik atas.." arah Tan Sri Aruan pada cucu nya itu, sebelum ia mengarahkan Bodyguard nya untuk membawa Arina sampai kebilik, bila dimana Arina seperti kesulitan untuk berjalan jauh
* * *
"Taknak!! Aliya taknak balik! Lepaslah abang!.." jerit Aliya, mulai meronta ronta meminta dilepaskan tangannya dari pegangan lelaki itu
Hirzan hanya mengendahkan saja dan tetap memaksa adiknya itu untuk mengikuti nya pergi dari tempat sebegitu. Namun gadis itu tetap bersikeras untuk tidak mahu mengikuti nya pergi, sebelum datang nya seorang lelaki menghampiri mereka
"Ada apa ni? " tanya Armin pada mereka, dan memandang sekilas pada gadis itu, sebelum Armin beralih memandang ke arah lelaki itu pula
Belum sempat Hirzan mahu bersuara untuk bercakap dengan lelaki itu, Aliya dengan pantas mengunakan kesempatan itu, untuk meminta pertolongan dari lelaki itu untuk melepaskan dirinya dari abang nya itu
"Encik tolong lepaskan saya dari dia!! " ujar Aliya, meminta pertolongan lelaki itu, namun ucapannya hanya di endahkan begitu saja oleh lelaki itu
"Nampaknya, perempuan ni adalah perempuan murahan, yang berkerja sebagai pelayan dikelab malam. jadi tak ada guna kalau nak paksa dia untuk ikut dengan kau balik. Sebab tempat perempuan macam ni, hanya disini" ujar Armin pada lelaki itu, dengan senyuman senget di bibirnya
"Lebih baik, kau tak perlu bercakap benda yang kau tak tahu. Sebelum lidah kau tergigit dengan ucapan kau sendiri! " kata Hirzan pula mulai menatap dingin ke arah lelaki itu
Namun Armin hanya mengangguk dengan tersenyum mengejek mendengar apa yang dikatakan lelaki itu, sebelum beberapa lelaki yang berbadan agak besar datang mendekati mereka. Dan mulai menghayunkan Besi yang berada ditangan mereka sebaik mendapat arahan dari lelaki itu
Buatkan Hirzan dengan pantas mengelakkan dirinya dari terkena pukulan mereka, hingga buatkan ketiga tiga lelaki itu tak henti henti dari memberikan serangan padanya
Baru saja Hirzan memulakan gerakan untuk menghadapi ketiga tiga lelaki berbadan sasa itu. Aliya menjerit memanggilnya, membuatkan Hirzan terus memandang pada adiknya yang sudah berada didalam tahanan Armin
"Tolong abang!! Tolong Aliya!!.." jerit Aliya meminta pertolongan dari abangnya, bila dimana dirinya yang menjadi tahanan lelaki tadi
Baru saja Hirzan mengambil langkah ke arah adiknya untuk melepaskan nya, tanpa disedari satu pukulan mengenai tubuh belakang nya. Buatkan lelaki itu jatuh rebah dan tidak sedarkan diri lagi disitu
"Abang!! " jerit Aliya, sebelum tubuhnya dilepaskan oleh lelaki tadi sebaik saja abangnya sudah jatuh pengsan, dan secepatnya Aliya berlari ke arah abang nya yang sudah tidak sedarkan diri itu
"Dah, cepat bawa lelaki tu masuk kedalam kereta sekarang! Kita dah tak ada masa.. " arah Armin pada ketiga tiga lelaki tadi.
"Abang, maafkan Aliya abang.. " kata Aliya, dengan air matanya yang sudah jatuh berguguran melihat abangnya yang sudah tidak sedarkan diri itu, sebelum tiba tiba tubuhnya dijauhkan dari abangnya. Dan ketiga tiga lelaki itu terus mengangkat tubuh Hirzan dan dibawa pergi dari tempat itu
"Korang nak bawa abang saya pergi mana!! Berhenti!! " jerit Aliya, dan secepatnya bangun untuk menghalang mereka dari membawa nya pergi. Sebelum Armin menahan tubuhnya dari mengejar mereka
"Eh, eh! Kau nak pergi mana? Nak kejar abang kau?.. Bukan kau sendiri ke yang nak lepas dari dia tadi?" ujar Armin pada gadis itu,
"Lepaslah!! Korang nak bawa abang aku pergi mana haa!! " jerit Aliya pada lelaki itu
"Jangan risau, takkan jadi apa apa pada abang kau" jawab Armin, dengan tangannya yang mulai merayap disetiap tubuh gadis itu, sesekali dia cuba juga mencium aroma perfume yang digunakan gadis itu untuk menarik pelanggannya nanti
Manakala Aliya mulai terasa panas bila dimana lelaki itu mulai mendekatkan wajahnya pada leher jinjangnya, sebelum leher miliknya dikucup lembut lelaki itu, cukup membuatnya terbuai mesra dengan sentuhan lembut lelaki itu
"Teman i malam ni.. " pinta lelaki itu, sebelum menarik tubuh Aliya kedalam dakapannya dan dibawanya masuk kedalam kelab malam. Aliya bagaikan terhipnotis dengan godaan lelaki itu, dan hanya menuruti saja tanpa bantahan. Sebelum kedua mereka masuk kedalam kelab malam bersama.
Waiting for next Chapter.. hihi..
Share this novel
To pup 2500 coins.. Knpa tdk bolh baca..?
Sudah top up. Kenapa belum boleh buka next chapter..