Pagi itu Aizal dan Arizza menghantar Isha ke KLIA memandangkan ibu dan ayah mereka terlibat dengan mesyuarat bersama pelabur dari luar negara. Isha bersalaman dengan Arizza dan Aizal sebelum melepasi imigresen. “Take care kat negara orang. Tak payah keluar sangat kalau tak ada keperluan. Duduk je diam-diam dalam bilik tu.” nasihat Aizal pada adiknya. “I will!” kata Isha sambil tersenyum. “Akak jangan lupa bawak balik souvenir untuk kami tau!” pinta Arizza penuh semangat. “Amboi! Ingat akak pergi holiday trip ke apa? Let see. Kalau akak free nanti akak survey lah.” balas Isha cuba memenuhi permintaan adik kesayangannya itu. “Isha pergi dulu, bye!” katanya sebelum berlalu pergi. Aizal dan Arizza membalas lambaian itu beserta senyuman. Setelah melabuhkan punggung di kerusi, Isha pantas mendail nombor telefon Akmal. Panggilan Isha tidak dijawab. Dia cuba mandail sekali lagi tetapi keputusannya tetap sama. Akmal masih tidak menjawab panggilannya. Dia cuba berkali-kali dan akhirnya mengalah. ‘Dia busy kot.’ pujuk hati kecilnya. Isha meninggalkan mesej dan berharap agar Akmal membaca mesejnya itu. Perjalanan yang mengambil masa tujuh jam itu membuatkan Isha mengantuk. Dia akhirnya terlelap sendiri. Isha hanya tersedar setelah mendengar pengumuman yang dibuat oleh peramugari wanita yang bertugas itu mengarahkan para penumpang memakai baju sejuk mereka kerana cuaca di luar mencecah 5°C. Dia pantas menyarung jaket dan baju sejuknya bagi megelakkan dirinya kesejukan. Setelah sampai di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, seorang lelaki warga asing berkulit putih sedang menunggunya di tepi keretanya sambil tersenyum. Dia pantas menyapa Isha setelah Isha mendekatinya. Mujur Isha sudah diperlihatkan wajah lelaki tersebut. Jadi dia tidak lah begitu kalut mencari orang tersebut. “Are you Miss Faisha Izariqa? From Annisa Corporation isn’t it?” soalnya lelaki itu penuh sopan. “Yes i am. And you are?” giliran Isha pula menyoal. “I’m Edward Smith. Just call me Mr.Edward. By the way, nice to meet you. Welcome to my country. Is this your first time coming here?” soalnya. “Thank you. Yes. It is my first time. It supposed to Mr.Zamil attend this meeting but he got a bit of an obstacle. So he decided to send me as the representer.” balas Isha dengan tenang. “Oh i see that. Furthermore, i’ve been told about this before. Since this is your first arrival here, you must be awkward right?” Mr.Edward cuba menduga. “A bit.” balas Isha ringkas. Dia mengakui bahawa dia agak janggal berada di negara orang memandangkan itu adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke luar negara. “It’s okey miss. Nothing to worry about. If you need any favor just ask me. That is my job.” jelas Mr. Edward. Isha hanya mengangguk tanda faham. “Shall we?” soal Mr.Edward. “Sure!” balas Isha dan masuk ke dalam kereta setelah pintu dibuka. Lelaki tersebut mengahantar Isha ke hotel dan mengirinya untuk mendatar masuk. “If everything is fine, you can go to your room with the bell boy. He will escort you untill arrive in front of your room.” jelas Mr.Edward pada Isha. “So you can take your time to rest before we start our meeting tomorrow.” tambahnya lagi. “Thank you so much for today. See you tomorrow.” balas Isha sambil tersenyum. “My pleasure! I’ll fetch you at 7 o’clock alright.” kata Mr.Edward. Isha hanya mnegangguk dan berjalan naik ke biliknya. Dia tidak menyangka yang biliknya adalah jenis Suite. “I thought they would only give me whether economy or standard room.” bicaranya sendiri. Mungkin dia lupa yang dirinya adalah tetamu di situ walaupun hanya mewakili En.Zamil. Isha sempat memberi tips untuk bell boy yang bertugas membawa bagasinya sebelum dia beredar. Perkara pertama yang dilakukan ketika berada dalam bilik itu adalah menelefon Akmal. Perasaan rindu terhadap lelaki itu tiba-tiba menerjah dalam dirinya. Panggilan dari jauh itu tidak dijawab walaupun berkali-kali didail. Isha akhirnya mengalah dan berjalan ke arah balkoni yang terdapat dalam bilik itu. Dia menghirup udara segar yang dingin itu dengan penuh nikmat dan syukur. Dari jauh dia dapat melihat pemandangan matahari terbenam di sebalik gunung-ganang yang diliputi dengan salji diiringi kicauan burung yang sedang beterbangan. Isha menoleh ke arah jam di tangannya. Memandangkan dia bukan di negaranya, jadi zon masanya juga berbeza. Setelah menyedari yang dirinya masih belum menunaikan solat zohor dan asar, dia terus bergegas ke bilik air untuk berwudhuk dan menunaikan solat jamak.
Usai sahaja solat, perutnya mula berkeroncong tanda lapar. Isha baru teringat yang dia tidak makan apa-apa sejak sampai di lapangan terbang. Dia mengenakan pashmina dan baju sejuknya yang agak tebal sebelun turun ke restoran yang terdapat di hotel itu untuk menikmati makan tengah harinya yang sudah bertukar menjadi makan malam. Setelah dia membuat pesanan di kaunter, dia memilih tempat duduk di tepi tingkap yang agak jauh dari orang ramai. Sekali lagi dia cuba menelefon Akmal dan panggilannya tetap tidak dijawab. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dilakukan lelaki itu sejak pagi tadi. ‘Mungkin dia ada hal kot hari ni. I should give him a bit space for himself.’ pujuk hatinya lagi. Isha menikmati makanan yang dipesannya dengan penuh selera seorang diri sehingga dia tidak menyedari ada mata yang memerhati gerak-gerinya dari jauh. Dia hanya menyedarinya apabila seorang lelaki asing berbangsa melayu datang menghampirinya dan meminta izin untuk duduk satu meja dengannya. Insiden itu benar-benar membuatkan dirinya terkejut sehingga membuatkan dirinya tergamam seketika. Lelaki itu hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Isha agak kekok dengan kehadiran lelaki yang tidak dikenalinya itu. Tambahan pula di negara orang. Perkara itu membuatkannya tidak senang duduk dan wajahnya bertukar merah. ‘Siapa pulak mamat ni? Aku ada buat salah ke sampai dia datang sini?’ soal hati kecilnya. “Sorry lah kalau I buat You terkejut with my sudden appearance. By the way i’m Iman.” sapa lelaki itu memulakan bicaranya. Isha hanya tersenyum dan meneguk minumannya. “I’m Faisha. Just call me Isha. Ada apa you tiba-tiba datang dekat I ni? How do you know that i’m Malay? Do we know each other?” Isha membalas. “I’m just guess. We don’t but just to make a friend since i’m in the foreign country. ” Iman membalas. Setelah berfikir sejenak Isha akhirnya membalas. “Okey. Suka hati You.” jelasnya. “You buat apa dekat sini? Are you on your vacation or work?” soal Iman ingin tahu. “I datang atas urusan kerja. Sepatutnya bos I yang datang sini untuk meeting but he got something to settle. So dia hantar I as the representer for our company.” jelas Isha. Iman hanya menganggukkan kepalanya. Isha menyuapkan makanan ke mulutnya dan tidak mengendahkan Iman di hadapannya. Dia tidak mahu terjebak dengan lelaki yang tidak dikenalinya di negara orang itu. ‘Entah-entah dia ni peragut yang tengah tunggu masa nak ragut handbag aku!’ hatinya menduga. Iman hanya memerhatikan gerak-gerinya sambil tersenyum sendiri. ‘Lelaki ni betul ke tak? Dah lah duduk depan aku tiba-tiba. Lepas tu tenung pulak aku macam tu. Ada jugak aku sumbat pinggan ni dalam mulut dia.’ omelnya dalam hati. “You nampak macam takut-takut. You tak payah takut, I cuma nak kenal dengan You je. That’s all. I bukan nak makan You pun. Berapa hari you dekat sini?” soal Iman. ‘Takut? Tak ada masa aku nak takut dengan kau. Kau bukan siapa-siapa pun pada aku.’ bisik hatinya. “Empat hari je. I will return to Malaysia on Monday night. Kenapa You tanya?” soalnya kembali setelah memberi penjelasan. Telefon Isha tiba-tiba berbunyi. “Excuse me.”Isha meminta diri untuk beredar dan menjawab panggilan itu setelah melihat nama Nia tertera di skrin telefonnya. “Hello beb! Kau kat mana tu? Dah makan ke? How was your journey? Best tak kat sana? Mesti sejuk kan?”soal Nia bertubi. “Beb! Tanya satu-satu lah. Aku ada satu je mulut okey!” balas Isha sambil ketawa. “I okey je kat sini. Yup! Dekat sini sejuk sangat and i love it! We should come here together next time.” katanya dalam nada yang ceria. “Boleh! Tapi kena tengok bajet dulu lah.” balas Nia dan disambut dengan ketawa oleh Isha. “Kau ni macam-macam kan. Eh, kau ada jumpa Akmal tak? Aku call dia dari pagi tadi tak jawab. Mesej tak reply. Aku tak tahu dia buat apa” jelas Isha pada rakan baiknya. “Cakap pasal Akmal, tadi aku nampak kereta dia depan office. Aku tak tahu dia buat apa kat sini. Nak kata dia cari kau takkan dia tak tahu kau pergi oversea kan?” kata Nia. “Impossible lah dia cari aku. Aku dah cakap awal-awal dekat dia yang aku nak pergi sini. Maybe dia ada hal kot. Biarlah dia. Tapi nanti kalau kau jumpa dia, kau suruh dia call aku tau!” pesan Isha. “Alright! Okey lah, calling jauh-jauh ni mahal. So aku off dulu tau. Bye!” balas nia mengakhiri perbualan. Isha tersenyum setelah mendapat panggilan dari rakannya yang jauh itu. Dia masuk ke bilik dan merebahkan diri di katil. Dalam kepenatan Isha tidak sedar yang dia telah terlelap sehingga pukul 9.30 petang. Dia bingkas bangun dan membersihkan diri untuk solat maghrib dan isyak. Malam itu dia sekali lagi ke restoran yang sama di hotel tersebut dan mengambil tempat di tepi tingkap seperti biasa. Dia cuba menelefon Akmal tetapi panggilannya tetap tidak dijawab. Sehingga sekarang masih belum ada berita mengenai lelaki itu. Isha akhirnya membiarkan sahaja. Sekali lagi dia terserempak dengan Iman, lelaki yang baru dikenalinya petang tadi. Mahu dianggap rakan, mungkin terlalu awal untuknya kerana tempoh perkenalan mereka juga belum sampai 24 jam! “Faisha! Can I sit here?” Iman meminta izin. “Suka hati You lah. Kan I dah cakap, panggil I Isha je.” kata Isha. “Tak boleh ke kalau I nak panggil nama penuh You?” Iman cuba menduga. “Nama penuh I panjang.” kata Isha selamba. “Kalau macam tu bagi tahu lah I! Boleh I panggil panjang-panjang.” seloroh Iman. “Perlu ke You tahu?” soalnya acuh tidak acuh. “Your name not to long but quite weird.” Iman membalas. Isha sedar bahawa Iman masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberinya. “So I boleh panggil You any of your full name? Whether Perlu? Ke? You? Or Tahu? Antara empat tu mana satu yang orang selalu panggil you ya?” Iman cuba berseloroh. “I’m sorry, i’ve no time to kid around. I got to go.” kata Isha sambil bangun dari tempat duduknya dan keluar dari restoran itu. Baginya lelaki itu busy body dan menjengkelkan. Niatnya untuk makan terbantut disebabkan lelaki itu. Dia menuju ke bawah sebuah pokok di tepi laut dan mengalihkan pandangannya ke sebuah jambatan yang tesergam di tengah-tengah laut tersebut. “Elok-elok ibu dengan ayah bagi nama dekat aku, dia suka-suka je ubah! Annoying betul!” omelnya seorang diri di situ. “Ish! Tak boleh betul aku dengan dia. Rasa macam nak tarik je mulut dia panjang-panjang. I’m Nur Faisha Izariqa binti Muhammad Faizul okey! Suka-suka dia je tukar jadi ‘Perlu Ke You Tahu! What kind of name is that?” Isha masih tidak berpuas hati. Tiba-tiba kendengaran suara lelaki menyampuk. “Oh, pandai pun mention your own full name. Ingatkan tak tahu nama sendiri tadi.” sampuk Iman dari belakang. Dia tidak menyedari yang Iman mengekorinya dari restoran tadi. “Perempuan tak elok duduk sorang-sorang malam-malam dekat tempat macam ni. I bukan mendoakan tapi, anything could happen to you.” Iman mengingatkan Isha. “You kesah apa if anything happen to me? You are not anybody to worry. We are not family or friend. In fact kita cuma tahu nama masing-masing je. We have no relationship at all.” jawab Isha panjang lebar mengingatkan Iman tentang status hubungan mereka. “Maybe you are right that we are not know each other. Tapi mungkin You lupa yang kita ni saudara sesama islam. Tak salah kalau I ingatkan You kan. I cuma nak kenal dengan You je. Tak ada niat lain pun. Sorry kalau kehadiran I ni buat You marah and tak selesa. I mintak diri dulu.” kata Iman dengan nada yang agak kecewa setelah dilayan sebegitu oleh Isha. Kata-katanya itu membuatkan dirinya tersentak. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Mungkin dia terlalu berkeras dengan lelaki itu. Dia keliru. Rasa marah itu sebenarnya pada Akmal tetapi dia melampiaskan pada lelaki itu sedangkan Iman tidak tahu apa-apa. Isha akhirnya pulang ke bilik dan menyiapkan pakaian untuk mesyuarat esok. Dia juga membuka slide di laptopnya pada malam itu sebagai persediaan untuk esok. Rasa penatnya dari siang tadi masih belum habis dan dia mengambil keputusan untuk mengemas semua peralatannya dan menarik selimut untuk tidur.
Share this novel