BAB 1

Adventure Completed 1114

Aku berasa pelik apabila melihat para ketua tiada di bilik mereka. Aku tercari-cari di manakah mereka berada. Tiba-tiba aku terserempak dengan salah seorang daripada ketuaku. Entah kenapa dia tiba-tiba meluru ke arahku yang sedang berdiri di suatu sudut.

“Kita sekarang tidak ada banyak masa. Kamu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Esok pukul 5 pagi, jumpa saya di tempat latihan biasa, kumpulkan ahli kumpulan kamu sekali,” arah Ketua Heli dengan nada yang cemas. Dia berlalu pergi begitu sahaja. Aku termangu seketika. Apa yang sudah terjadi? Adakah ia akan berlaku?

Aku masih teringat lagi bagaimana peristiwa yang telah membawa aku ke akademi ini. Peristiwa yang sangat memberi kesan kepada aku berlaku pada setahun yang lepas. Kejadian di mana aku dibuli hingga digantung sekolah. Ah! Sungguh menyakitkan apabila teringat tentangnya. Aku antara pelajar yang cemerlang di sekolah yang menyebabkan aku sering dibuli.

“Apa yang kau cakap tadi? Kau tak nak? Eh, kau nak kena tumbuk ke?” sergah Tom, murid yang mempunyai rupa paras yang baik dan bijak namun suka membuli orang lain terutama aku.

“Buat apa aku nak ikut arahan kau? Mak ayah aku pun tak pernah suruh aku buat kerja mereka?” dengan pantas Tom menarik kolar bajuku. Aku pantas melepaskan pegangannya itu. Dia cuba menumbukku tetapi ternyata aku lebih pantas. Tom tersungkur lemah dan pada saat itu juga, Cikgu Jerry terlihat kejadian itu. ‘Oh tidak,’ hatiku separuh menjerit. Cikgu Jerry segera ke arah Tom dan aku dan bertanya apa yang telah berlaku.

“Tom menyuruh saya untuk menyiapkan kerja rumah rakannya. Takkanlah saya perlu berbuat begitu. Tom berasa tercabar dan ingin menumbuk saya. Adakah salah sekiranya saya ingin melindungi diri saya sendiri?” dengan nada perlahan aku berkata kepada Cikgu Jerry. Cikgu Jerry hanya mendiamkan diri. Aku dan Tom kemudiannya diarahkan untuk menunggu di Bilik Disiplin sementara Cikgu Jerry dan guru besar berurusan dengan kedua-dua ibu bapa kami. Agak lama juga kami menunggu sebelum Cikgu Jerry masuk dan menyerahkan surat kepada kami berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience