Bab 16

Fantasy Completed 13890

Hai love. Bab ni agak panjang. Harap awak suka.
Jangan lupa komen ok =).
_-_-_-_-_-_-

Keesokannya.
Awal pagi lagi gadis itu sudah keluar dari rumah untuk pergi mencari kerja di kampung sebelah. Kat kampung sendiri semua orang tak mahu ambil dia sebagai pekerja kan?

"aku kena yakin hari ni aku akan dapat kerja!" jane menggenggam penumbuknya seolah memberi semangat kepada dirinya. Laju kaki gadis itu mengorak langkah menuju ke destinasi.
______________
Aik? Sejak bila ade nama kampung macam ni?
"Hidden Village? Peliknya nama.. Kampung ni tersorok ke apa? Senang je aku cari" bebel jane sendiri melihat nama kampung di papan tanda yang terdapat di tepi jalan. walaupun ini merupakan kali pertama dia keluar dari kampungnya namun dia tahu tentang nama kampung lain di kawasan itu tapi bukan yang ini.

Baru muncul kot. Emm.. Jane mengangkat bahu. Segera langkah diatur memasuki satu satunya lorong kecil menuju ke arah kampung yang tersorok di celah celah hutan.

Wow... Mulut jane terlopong. Lawanya hidden village ni. Suasana kampung itu penuh dengan tumbuhan tumbuhan hijau, pokok pokok besar yang rendang dan berwarna warni. Tiba tiba bebola mata gadis itu menangkap sesuatu yang amat menarik perhatian nya.

Taman?! Gadis itu tersenyum. Lantas dia berlari menuju ke arah taman bunga yang penuh dengan bunga bunga berwarna warni. Cantiknya.. Patutlah tersorok.

"hoi!"

Jane tersentak. Gadis itu menoleh ke belakang.

"kau buat apa kat sini hah budak?" tegur seorang pakcik tua yang agak bengis wajahnya.

Gulp. Jane menelan air liur. Habislah aku.
"maafkan saya pakcik. Saya cuma nak tengok je..hehe cantik taman ni..." jane cuba tersenyum walaupun sebenarnya dia sedang takut.

Pakcik tua itu merenung lama muka jane dengan pandangan yang tajam.

Jane gugup. "err.. Ok lah pakcik.. Em saya kena pergi ni.. Err ada hal" besar langkah Kakinya meninggalkan taman dan juga lelaki tua misteri itu.

Fuhh.. Nasib baik dia tak kejar aku. Jane menghela nafas lega. Aku kat pekan ke?
Baru dia perasan. Banyak deretan kedai dan manusia yang sedang sibuk berjalan di sekelilingnya. Dari jauh terdengar suara seorang wanita sedang memaki hamun seseorang.

"woi budak kalau kau tak nak kerja baik kau berambus!! Menyusahkan aku kau tahu tak!! Dahlah aku bagi kerja sekarang kau nak mencuri pulak barang kat kedai aku ni?! Patutlah asyik hilang aje barang dalam kedai ni! Ambik ni!" tempik seorang makcik berbadan agak gempal  sambil melibas kuat rotan beberapa kali di badan seorang budak lelaki. Dush! Dush!

" maafkan saya makcik! Sakit makcik maafkan saya! "budak lelaki itu menangis sambil cuba melindungi badannya dari dipukul. Kelihatan cecair merah mula mengalir dari luka akibat perbuatan makcik gempal itu.

Kesiannya! Tak ada orang nak tolong ke? Jane memandang orang orang di sebelahnya. Orang ramai hanya berhenti beberapa saat untuk melihat apa yang terjadi sebelum kembali membuat kerja mereka tanpa menghiraukan budak lelaki itu. Jane menggeleng. Tak pe biar aku yang tolong.

"biar aku pukul kau sampai mampos!" rotan di tangan wanita gempal itu dilayangkan ke atas untuk kembali menyambung melibas budak lelaki yang sudah terkulai lemah di atas jalan itu.

"makcik berhenti!" jane sempat merampas rotan dari tangan wanita itu sambil mencerlung tajam ke arah wanita gempal itu.

"hoi! Kau ni apasal? Kau siapa nak masuk campur hah?! Bak sini balik rotan aku!" bengis wanita itu memarahi jane.

"makcik nak bunuh dia ke hah?! Tengok badan dia tu dah banyak kesan makcik pukul!" marah  jane sambil membantu budak lelaki itu bangun.

Teresak esak budak lelaki itu menahan sakit untuk berdiri kerana pedih dengan luka di badannya.

"hoi budak setan! Kau berani tolong dia?! Kalau kau nak tolong dia kau bayar semua barang yang dia curi dari aku sekarang baru aku lepaskan dia!" wanita gempal itu sudah bercekak pinggang.

"kak.. Tak apa kak.. Terima kasih" budak lelaki itu  memandang jane sambil menggelengkan kepala.

Jane memandang budak di sebelahnya. Duit yang ada pon cukup cukup. Macam mana aku nak.. Hei jane kau tak nampak ke budak lelaki ni hampir mati kena pukul tak kesian ke?

"cepatlah budak! Kalau kau tak ada duit jangan nak tunjuk baik!" jerkah wanita gempal itu lagi sambil cuba menarik tangan budak lelaki di tepi jane.

"ok ok.. Saya bayar.. Berapa?"

"heh.. Mampu ke? Aku tengok kau miskin je.. Entah entah kau tengah cari kerja dekat kampung ni kan?" wanita gempal itu mula serkap jarang.

"beritahu aje berapa?" jane menahan sabar. Eii mulut orang tua ni karang!

"40 dollars" ujar wanita itu bongkak sambil menghulurkan tangan.

"nah!" jane menarik beberapa helai wang kertas dari poket nya dan menghempas wang itu di atas tangan wanita gempal.

"bagus.. Sekarang kau bolehlah berambus dengan budak sial tu. Selamat jalan" wanita gempal itu tertawa puas sebelum masuk semula ke dalam kedainya.

Jane menarik nafas lega. Dia menoleh memandang budak lelaki di sebelahnya.
"kau okay?"

"terima kasih kak" ujar budak lelaki itu perlahan sambil menundukkan wajahnya.

"jom aku hantar kau balik" jane memaut lengan budak lelaki itu untuk membantunya berjalan.

"siapa nama kau?"

" nama saya Dani" ujar budak lelaki itu sambil tersenyum. "nama akak?"

"jane" Jane tersenyum nipis. Macam nama seseorang yang aku kenal..
"jauh lagi ke rumah kau?"

"tak. Lepas simpang tu kita kena lalu semak sikit tau baru sampai."

Hah? Rumah dia celah hutan ke? Gadis itu mengerutkan dahi.

"rumah saya memang agak terpencil sebab orang kampung tak berapa suka keluarga kami" terang Dani sambil tersenyum.
___________

Jane memerhatikan rumah Dani yang hanya beratapkan daun nipah dan berdindingkan tanah liat. Em.. Okay tak menyesal aku tolong budak ni tadi.

"akak.. Maaflah sebab rumah saya..macam.. Ni"

"aku tak kisah" ujar jane tersenyum.

"jom masuk" ajak dani. "mak! O mak!"
Terjengket jengket budak lelaki itu berjalan sambil dipimpin oleh jane.

"yer! Eh apa dah jadi ni dani?!! Kenapa lah kau tak dengar cakap mak sekarang apa dah jadi?!" meluru seorang wanita keluar mendapat Dani yang tersengih.

"ala mak.. Biasalah ni.."

"biasa apanya kau ni! Hish!" ditelek satu persatu luka di badan anaknya.
"eh.. Anak ni siapa?"

"hah ni kak jane. Dialah yang tolong orang tadi"

"terima kasih banyak banyak jane. Makcik dah nasihatkan si dani ni tapi dia tak nak dengar sekarang tengok apa yang jadi." wanita itu mengeluh. Risau dia memikirkan anaknya lelakinya itu. " eh sila lah masuk "

Jane mengangguk. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Semuanya serba serbi sederhana. Kerusinya pun diperbuat daripada tanah liat. Kukuh ke?

" silalah duduk makcik masak air kejap" wanita itu terus berlalu ke dapur.

"akak.. Buatlah macam rumah sendiri" ujar budak lelaki itu sambil tersenyum cuba menahan kesakitan di badannya.

"eh luka kau teruk tu. Meh sini aku tolong." jane menghampiri budak lelaki  yang sudah terbaring di atas katil beralaskan daun nipah. Gadis itu memerhatikan raut wajah Dani yang sedang menahan kesakitan. Boleh tahan jugak muka budak ni. Haha. Sempat lagi menggatal eh jane tapi si Dani ni tak delah nampak budak budak sangat. Berapa umur dia ni agaknya?

"auch!"

"eh kau kenapa? Bukak baju kau" arah jane. Gadis itu duduk di tepi katil.

"tapi sakitlah kak" 

"habis tu? Kau nak aku tolong bukakan baju kau ke?"

"malulah saya.." Muka Dani yang sudah merah kerana menahan sakit bertambah merah.

Jane menahan gelak. "meh la aku tolong. Angkat tangan kau" ujarnya.

Jane membuka baju dani dengan berhati hati. Takut bertambah parah pula luka budak ni.

"mak kau kat dapur ke?" soal jane.

Dani mengangguk. "eh kak nak pergi mana?"

"diamlah kau" terus jane berlalu ke dapur. Kelihatan emak dani sedang sibuk meniup kayu bakar dengan menggunakan buluh sambil terbatuk batuk kecil.

"makcik" jane menegur.

"eh buat apa kat sini? Pergila berbual dengan dani dulu. Makcik nak masak air kejap nak tuam badan dani tu" wanita itu tersenyum. Mukanya ada kesan hitam di pipi. Mungkin kerana asap yang ditiup.

"tak pe meh saya tolong makcik" terus gadis itu duduk di sebelah wanita itu sambil menghulurkan tangan meminta buluh yang dipegang.

"eh kamu.."

"saya tak pernah buat makcik biarlah saya cuba" pinta jane sambil tersengih.

"em baiklah" wanita itu menghulurkan buluh kepada jane.

Fuh fuh fuh.. Gigih jane meniup api. Habis hitam wajahnya.

Dari tepi dinding, dani memerhatikan jane yang sedang sibuk meniup api. Budak lelaki itu tersenyum. Comellah akak ni.

"hei"

Bahu dani ditampar perlahan dari belakang.
"auch.." Dani mengaduh perlahan.
"mak sakitlah"

"jangan intai intailah pergi duduk depan sana" halau wanita itu sambil tersenyum. Dah kenapa dani ni? Buang tabiat betul.

"makcik!! Air dah masak" jerit jane girang. Berhasil jugak. Penat juga nak jaga api ni rupanya. Tangannya mencapai sehelai kain bersih di tepi tingkap.

"kamu pergilah duduk depan ye..jangan lupa cuci muka tu.."

Jane mengangguk.
"Dani nah" tangannya menghulurkan kain.

"nak buat apa kak?" ujar budak lelaki itu sambil berkerut menahan sakit. Dia duduk bersandar di kerusi. Mencucuk rasa luka ni.

"nak buat apa lagi? Lap lah darah kau tu"

"kak meh sini" panggil dani sambil menepuk kerusi di sebelahnya menyuruh jane duduk di situ. Dia cuba menahan tawa.

"nak apa?" tanya jane setelah melabuhkan punggung nya.

"muka akak memang pakai bedak warna hitam eh? Hahaha" sempat budak lelaki itu mengenakan jane.

Eh budak ni! "kau nak aku libas kau pulak?" jane menjeling.

"alo.. Comellah akak ni. Meh kain" dani mengambil kain dari tangan gadis di sebelahnya dan mengelap wajah jane perlahan.

"eh kau buat apa ni?" jane menepis.

"lap lah?"

"aku suruh lap darah kau bukan muka aku" ujar jane sambil menggelengkan kepala.

Dani hanya diam dan tersenyum.

Taulah senyuman kau lawa. Tak payahlah asyik senyum je. Jane mencebik dan berlalu keluar untuk mencuci muka.
___________

Makcik tina menyapu ubat di badan anaknya.
"tula mak cakap tak nak dengar! Jangan cari pasal tapi kau nak jugak kan dah mendapat" bebel wanita itu.

"mak! Orang tak mencuri pon. Makcik gemok tu tiba tiba tuduh orang padahal orang nak pulangkan barang yang orang rampas dari pencuri kat kedai tadi tiba tiba orang pula kena tuduh" dani mengadu.

"hah menjawab" makcik tina menekan sedikit luka di badan anaknya.

"sakitlah mak!" muncung dani panjang.

Comel lah dorang ni. Jane hanya tersengih-sengih memerhatikan dua beranak di hadapannya.

"kau dah nak masuk 17 tahun dah Dani cubalah matang sikit" sambung wanita itu lagi.

Jane tersentak. Maksudnya.. Dani muda setahun dari aku? Oh ok menarik.

"kak.. Akak buat apa kat kampung ni? Takkan saja saja datang sini" soal dani. Matanya tidak putus memandang wajah jane.

"aku cari kerja tapi nampaknya tak ada peluang lah. Dah tengah hari ni. Aku kena balik. Kang gelap lagi susah."

"ala apa susah tido lah sini" cadang dani sambil tersengih.

"banyaklah kau"

"eh dani dekat rumah puan perlukan pembantu kan?" soal makcik tina.

"oh ya.. Hah akak ade kerja kosong lah. Nanti petang saya bawa ok?" cadang budak lelaki itu lagi.

"betul ke?" mata jane mula bersinar. Aku akan dapat kerja? Yeay!!

"sekarang jom makan tengah hari dulu.. Kang lauk sejuk tak sedap" pelawa wanita itu lagi.

"baiklah makcik"
___________

"eh dani. Ni ke rumahnya? Besarnya.." ujar jane sambil memerhatikan rumah di hadapannya. Penuh dengan pokok pokok hijau.

"jom masuk" dani membuka pagar. Dia menoleh ke arah jane sambil mempersilakan gadis itu masuk terlebih dahulu.

Tuk tuk tuk...

Pintu dikuak perlahan. Muncul seorang lelaki berkumis yang agak buncit dan kerdil.

Eh! Dia ni macam.. Jane cuba mengingati sesuatu. Asal aku rasa macam pernah nampak lelaki ni?

"si kerdil, kita orang datang nak minta kerja" ujar dani selamba.

Jane mengerutkan dahi. Selamba badak je budak ni panggil dia si kerdil. Tapi asal pakcik ni tak marah? Ke memang nama dia?

Lelaki kerdil itu memerhatikan jane dari atas ke bawah dengan pandangan tajam. "em masuk" ujarnya.

"dani.. Aku rasa.." jane berundur setapak.

"kak jangan takut.. Aku ada" ujar dani tersenyum memandang jane. Tangannya menarik tangan gadis itu masuk.

"hei" baru jane hendak menarik tangannya terus gadis itu tidak jadi. Melihat keadaan di dalam rumah itu serupa dengan mimpinya dahulu membuatkan gadis itu takut sehingga dia tidak sedar dia menggenggam tangan Dani kuat.

"kak kau takut?" bisik dani perlahan.

Jane tidak menjawab. Matanya sibuk memerhatikan kawasan di dalam rumah. Asal tangga sama? Ruang tamu sama? Dapur.. Aku tahu dapur dia dekat mana.

"kamu berdua nak terus pegang tangan sampai besok ke?" lelaki kerdil itu bersuara. Matanya menjeling tajam jane dan dani.

"ala janganlah marah si kerdil." ujar dani selamba lalu melepaskan tangan jane.

"kamu berdua diterima kerja. Dani kau sebagai tukang kebun. Yang perempuan ni sebagai pembantu rumah." ujar lelaki kerdil itu dengan nada tegas.

"gaji sebulan 200 dollar" tambahnya lagi.

Terbeliak mata jane mendengar. Banyaknya!
Wow..

"tapi dengan syarat"

"apa syaratnya?" ujar jane tidak sabar.

"kau dan budak lelaki ni kena tinggal di sini. Kerja selama 2 tahun. Kalau kamu berdua langgar syarat. Kamu akan kehilangan gaji dan kamu berdua akan di hukum" lelaki kerdil itu membeliakkan matanya.

Jane menelan air liur. Garangnya. "baiklah saya setuju. Kau dani?"

"setuju" dani tersenyum.

"boleh tak saya balik dulu ambil baju?" pinta jane.

"boleh. Pastikan kamu sampai ke sini sebelum tengah malam"

"terima kasih! Jom dani" ujar jane senang. Dia dah ada kerja. Seronoknya.

Dani menyembunyikan senyuman melihat wajah gembira gadis di tepinya. Comel la jane ni.
__________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience