bab 2

Romance Completed 82762

PESAN dari Lola dia ingat.  Dan dia cuba berbuat seperti biasa saja.  Rasa sakit yang ditanggung dia akan cuba pertahankan selagi termampu.  Dia mahu tengok sejauh mana lakonan suaminya  itu boleh pergi.  Naluri seorang isteri ada ketikanya memang benar.

Ray menapak dengan perlahan-lahan sebelum  dia  menarik pinggang si isteri agar berpaling belakang.  Hani tersenyum kala tubuh dia dan Ray saling berhadapan. 

“Selamat pagi sayang,”  bisik Ray ke tepi telinga si isteri.  Hani menjawabnya  dengan ciuman di pipi.  Ray tersenyum sehingga ke telinga kala menerima ciuman pagi itu.   Lega sedikit hatinya.  Mungkin dia boleh abaikan sahaja niatnya mahu beritahu akan hal tersebut.

Ray tak mahu memusnahkan keindahan pagi mereka.  Namun baru sahaja dia menarik keluar bangku dan mahu melabuh duduk...

“Lewat sayang pulang malam semalam? Banyak kerja di  ofis ke?” Soalan Hani, Ray jawab dengan senyuman serba-salahnya dan terus melabuhkan duduk.  Hani menghulurkan cangkir berisi  air  kopi kepada suaminya itu.

“Sayang, duduk,” panggil Ray dengan pantas tangannya meraih lengan Hani setelah membawa keluar kerusi dari bawah meja makan.  Hani dia dudukkan.  Cangkir kosong dia pula tuangkan dengan air  kopi. 

“Minum, selalu tak nak temankan abang sarapan,”  ujar Ray nada merajuk.  Hani tersenyum lalu mencubit pipi sang suami. 

“Alololo...  merajuk ya, suami saya ni.  Yalah saya makan sekali dengan  suami saya ini,” ujar Hani.  Hani juga sebenarnya sedang memendam  sesuatu  namun mahu bertanya pada Ray, dia lihat wajah Ray sedang ceria.  Gusar seandainya soalan itu bakal merubah keceriaan itu ke mendung.

Jikalau ikut pada sakit hati.  Ya, memang dia sakit hati.  Siapa yang tak sakit hati apabila  kejujuran dia dikhianati.  Pedihnya hanya  mereka yang alaminya sahaja tahu.  Ray juga mengerling ke arah Hani.  Hani  masih lagi gembira dan seakan lupa pada soalan yang dia kemukakan tadi.

Seboleh-bolehnya Ray tak mahu Hani tahu akan berita pernikahan itu.  Ray terlalu mencintai Hani melebihi  segalanya.  Hani cinta pertamanya.  Sedangkan perempuan tak berguna itu sengaja perangkap dia.  Dasar perempuan miskin!

“Abang!”

“Sayang!”  ujar kedua-duanya serentak sebelum ketawa bersama-sama.  Hani menghela nafas manakala Ray pula menarik nafas.  Dia serba-salah sama ada mahu memberitahu atau menyembunyikan dahulu seperti mana pesanan  Boy, rakan sepejabatnya itu.

“Takkan kau tergamak nak tengok muka Hani bersedih setelah mendengar segalanya?”  soal Boy.  Dan soalan itu masih lagi terngiang-ngiang di ruangan minda Rayyan atau Ray. 

“Tak,  tak mungkin.  Aku sayangkan Hani.”

“Abang, kenapa?”  Hani menyoal kerana dia mendengar segala patah perkataan yang terkeluar dari mulut Ray,suaminya. Ray tergamam dan cuba mencari helah untuk penafian.  Makin kuat rasa curiga yang makin membenih dalam jiwa Hani.

“Tak ada apa sayang.  Abang cuma cakap sayangkan Hani dan tak mahu Hani jauh dari abang.  Hani berjanji ya, jangan tinggalkan abang walau apa pun yang terjadi,”  ujar Ray memusingkan tubuhnya mengadap wajah Hani. 

Tangan Hani dia angkat lalu digenggam dengan erat.  Hani pula tertanya-tanya dengan kepelikan sikap suaminya itu.  Lama dia melawan tenungan suaminya itu.  Ray menggenggam tangan Hani bagaikan tidak mahu melepaskannya. 

“Sayang, dengar tak ni apa abang cakap?”  soal Ray mendesak. 

“Ya, abang.  Mana lagi Hani nak pergi bang... Hani kan ada abang saja,”  ujar Hani berbunyi sendu.  Entah kenapa, hati menjadi sayu kala teringatkan akan perkara tersebut.  Kasih sudah berbahagi kepada dua mana mungkin dia tidak akan di tinggalkan?

“Hani, abang berjanji walau apa pun yang terjadi kita berdua tak  akan berpisah.  Ini janji abang pada sayang.  Sayang pegang kata-kata abang ini.”

Ray bertekad.  Memang cinta hatinya hanya Hanisha bukan perempuan miskin itu.  Hani pula menggigit pinggir bibir.  Benarkah kata-kata suaminya itu?  Jika benar, kenapa Ray lakukan juga perkara  itu?

Ray mendongak lantas mata mereka berdua kembali bertatapan semula.  Spontan Ray menyeka lelehan air mata di pipi si isteri.  Namun Ray lupa pada Suraya yang juga sedang berendam dengan air mata. 

 

 

 

“AKU dah buat segala apa yang kau suruh itu.  Apa yang dah berlaku, memang dari kesalahan kau sendiri!”  pangkah wanita  tua bersanggul itu.  Tangan masih lagi menghiris limau kasturi untuk di jadikan mandian buat  wanita di hadapannya itu.

Mandian untuk kali yang ke berapa juga dia tidak tahu.  Ikutkan sekali mandi sahaja sudah ada teruna atau mana-mana lelaki yang melekat.  Tapi tidak pada Lola.  Dia harapkan lain, sebaliknya pula yang berlaku.

“Sepatutnya aku yang jadi isteri dia bukan mereka berdua tu!”  sanggah Lola  dengan rasa hati yang  amat geram.  Wanita tua bersanggul itu sekadar tersenyum sinis.  Limau kasturi sudah selesai dia  hiris ke beberapa belahan tipis. 

Sebelum menyambung tugasan sempat lagi dia  menyental sogek  ke bibirnya yang semakin di penuhi cecair pekat berwarna merah.  Lola  merasa jijik namun nak bersuara takut  pula  hajatnya tak orang tua itu capaikan.

“Sebelum aku mandikan kau, kau pergi tukar pakaian  kau dahulu.  Macam tak biasa pula.  Lagi satu tu, lapik bawah kau tu bagi aku,”  ujarnya tersenyum mengerling ke sebelah.  ‘Belaan’  dia semakin kembang-kuncup hidung menghidu akan bau cecair  itu.

Lola menyengetkan bibir.  Dia takut dengan wajah semacam  wanita bersanggul itu.  Lola cuba merenung bawah namun tiada apa-apa pun.  Jadi, wanita bersanggul itu tersenyum pada siapa.  Meremang pula dia kini dan terus membuka langkah ke bilik tanpa pintu itu,  nasiblah ada langsir.

Terpejam-pejam mata Lola.  Dia sendiri pun geli dengan lapik bawah dia itu tapi bomoh tua itu mahu pula.  Untuk apa?

Lola semakin merasa meremang saat matanya ternampak warna merah yang melekat pada pelapik bawah milik dia itu.  Angin yang berhembus menggerbangkan rambutnya lalu dengan pantas dia ikatnya menjadi ikatan ekor  kuda.

Lola kini sudah berkemban.  Wanita tua bersanggul itu terus merenyukkan sogek lantas di masukkan ke dalam bekas tembikar yang sedikit berbau tengik itu.  Sebelum itu, Lola menghulurkan pelapik berdarahnya ke wanita tua tersebut.

“Kau pergi dahulu,” arah wanita bersanggul itu.  Lola menurutinya dan membuka langkah untuk ke arah pintu dapur. 

“Nah, habuan kau!”  ujar wanita tua bersanggul itu seraya membuka pelapik yang masih penuh dengan darah itu atas lantai lalu muncul satu lembaga dengan pakaian putih lusuhnya di temani pula rambut ikal meleret atas lantai.

Berdecit-decit bunyi ia menggigit serta menghirup darah yang memenuhi kapas pelapik milik Lola itu.  Wanita tua bersanggul itu tersenyum menyeringai sambil mengambil sesuatu dari dalam bahagian dada baju kebaya hitam sendatnya itu.

Lola masih lagi menanti kedatangan bomoh wanita itu.  Mata meliar kerana dia sedang berhadapan dengan hutan.  Pelbagai bunyi dia dapat dengar.  Ungka dan siamang juga seringkali dia nampak bergayutan  atas pokok.

Langit merah.  Lola tahu waktunya sudah tiba.  Bunga senja,  selepas upacara mandi ini nanti bermulalah satu lagi upacara.  Lola yakin kali ini,  Rayyan atau Ray tak akan terlepas. 

“Ray, Ray... Lola pasti dan akan pastikan kali ni sayang tak akan terlepas lagi.  Lola  yakin lepas ni, sayang pasti akan teringat-ingatkan Lola.  Lola saja sayang yang mampu puaskan sayang.”

“Dah puas berangan?”  celah satu suara menenggelamkan angan Lola.  Lola  dengan pantas mendongak dan tersengih-sengih.  Malu pula.   Telinga sudah di hidangkan dengan bacaan mantera-mantera pelik.  Lola sabar menanti.

 

 

MALAM  ini mungkin Suraya terlepas dari menghadap soalan ibu dan ayahnya namun malam-malam yang lain bagaimana?

Patutlah Ray mahu mereka terus bermalam di kamar  hotel sahaja.  Rupa-rupanya Ray mahu meninggalkan dia di malam pengantin dia.  Sedih?

Bohonglah dia tidak sedih.  Namun apa yang boleh dia lakukan lagi.  Inilah yang harus dia hadapi.  Ya, memang benar perkahwinan ini juga buka atas dasar suka sama suka.  Suraya juga terpaksa!

Tetapi, entah kenapa saat jari manis tersarung dengan cincin.  Perlahan-lahan ada satu perasaan lain sedang membenih dalam  jiwanya itu.  Mereka pasangan suami isteri.  Mereka halal.

Oleh kerana itulah, dia menangis.  Bukan sahaja kerana dia telah mengecewakan satu hati yang tidak berdosa malahan sebab ini juga. 

“Su, ibu tahu kamu tak sukakan pernikahan ini.  Ibu juga tahu, kamu sudah ada  kekasih, Han.  Tapi... kamu kena ingat satu.  Setelah terlafaznya akad itu,  Su sudah menjadi kepunyaan Rayyan.  Begitulah dengan Rayyan.  Sebenci mana pun dia pada kamu, ibu tahu satu hari nanti hatinya akan berbalik pada kamu.  Ingat Allah pegang hati kita semua!”

“Tapi bu... ibu pun tahu kan, Su sayangkan Han.  Rayyan juga...”  Suraya tidak jadi mahu menghabiskan kata-katanya apabila telefon pintar berdering.  Segala kenangan lama berterbangan.  Suraya nampak nama siapa atas skrin. 

Serba-salah mahu menjawabnya.  Bagaimana dia tidak serba-salah apabila kedua-dua panggilan telefon itu dari dua nama yang dia kenali.  Han dan Rayyan.

“Aku mahu angkat yang mana satu?”  soalnya menggigit bibir. 

“Kau kan benci aku. Kenapa kau call aku pula?  Kau berseronoklah dengan isteri kau itu,”  ujar Suraya merasa berang tatkala teringatkan kembali malam pengantin  tidak jadinya itu. 

“Han...”  seru Suraya menyeka air mata.  Dalam hal ini, mungkin dia juga bersalah kerana enggan bagi tahu perkara sebenar walau jenuh Mona  memohon padanya. 

“Han sayang... maafkan Su...”  ujarnya langsung memadam kedua-dua  panggilan tersebut.  Bantal di angkat dan menyembam atasnya.  Suraya kembali menangis. 

Sementara itu...

“Sayang, kenapa dengan kau?  Kenapa kau langsung tak berjumpa atau  bercakap dengan aku?  Apa salah aku, sayang?”  soal Han pada telefon pintarnya.

“Tak guna punya perempuan.  Oh, kau nak tunjuk protes kau ya.  Siap kau esok. Hei, dah baiklah aku sanggup nikah dengan kau.  Kalau tak, sah-sahlah  keluarga kau tanggung malu.  Perempuan kampung konon, tapi masuk bilik jantan. Tapi... aku pelik juga dia ada sebut nama Lola.  Apa hubungan dia dengan Lola?  Jangan-jangan..  Eh, tak mungkinlah.  Aku kenal Lola tu macam mana.”

Manakala Ray pula menghempas telefon pintar atas briefcase. Setelah  itu,  dia membuka langkah untuk naik ke  bilik semula.  Risau pula Hani terbangun dia tiada di sebelah.

 Nasiblah Hani tidak tahu dia sedang menghubungi Suraya.

 Hani kelam-kabut naik atas semula apabila dia dengar deheman suaminya itu.  Hani tahu siapa yang suaminya itu hubungi.  Hani cuba menahan ledakan amarah.  Dia tidak boleh bertindak terburu-buru. 

Sesakit mana pun hatinya...

 

 

 

 

Share this novel

Ery Ferdiansyah
2022-09-22 04:16:59 

wawww


NovelPlus Premium

The best ads free experience