BAB 19: Rapat..

Drama Series 28610

Angin mendayu-dayu bagai turut kecewa mengusap muka Fatin yang basah dengan air mata. Kini dia berada di sini semula. Bersendirian pula kali ini. Kubur Dato' Rohan yang masih merah tanahnya direnung sayu. Air matanya mengalir lagi.

Tiba-tiba belakangnya disentuh lembut.

" Fatin. Jom kita balik?" tanya Shahir cuba memujuk.

Fatin mengelap pipinya yang basah. Dia mengangguk perlahan. Kakinya berdiri lemah. Dia memandang kubur itu sejenak sebelum melangkah pergi.

Sesekali dia akan menoleh semula namun kakinya tetap melangkah pergi. Air matanya mengalir lagi. Sekarang dia bersendirian.. Apa yang harus dia buat?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kedengaran bunyi televisyen di ruang tamu yang nampak malap semacam. Shahir mengeluh. Kakinya melangkah turun tangga. Kelihatan Fatin sedang menangis di hadapan televisyen sambil memegang kotak tisu.Shahir menggeleng perlahan. Dia hanya berdiri di belakang sofa. Merenung.

Sejak kematian Dato' Rohan, Fatin jadi begini. Muram. Anti-Sosial. Asyik duduk depan televisyen. Menangis sambil menonton drama Korea. Walaupun Shahir tahu Fatin menangis bukan kerana Drama. Shahir mengeluh sendiri.

" Kau ni tak de kerja lain ke? Pergilah kerja ke. Ni tak duduk terperap kat rumah duduk depan tv menangis. Kau menangis banyak mana pun bukan boleh hidup balik bapak ko tu.." bebel Shahir.

Fatin menjeling namun tak menoleh. Hatinya sakit. Air mata mengalir lagi di pipinya.

Shahir meletakkan tangannya yang tidak dilapik di atas sofa itu. Shahir tersentak. Tangannya direnung. Habuk?

Sebenarnya memang sudah lama rumahnya tidak di bersihkan.

" Hmm.."

Shahir melangkah pergi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Nah."

Fatin tersentak. Mop di tangannya direnung lama.

" Nak buat apa dengan ni?" tanya Fatin.

" Kita nak kemas rumahlah takkan nak potong rumput pulak.." kata Shahir sambil menjeling.

Fatin memuncung.

" Isy. Orang tahulah. Saja je tanya tadi." kata Fatin.

Shahir ketawa kecil. Gembira melihat Fatin kembali.

" So. Kita nak start dari mana?" tanya Fatin.

Shahir tersenyum sinis.

" Hehe.."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Tandas? Ewww.." pekik Fatin.

Maklumlah biasanya kerja-kerja pembersihan ni orang lain yang tolong buatkan.

Shahir tersenyum sinis.

" Yalah, tandas. Kenapa?" Shahir buat-buat tanya.

Fatin tercengang. Biar betul mamat ni?

" Alaa.. Tapi saya tak tahulah macam mana nak bersihkan tandas ni.." rengek Fatin membuat alasan sambil membuat muka comel. Mana tahu Shahir termakan.

" Mop lantai boleh.. Takkan berus jamban tak boleh. Dah cepat. Saya nak sapu lantai kat ruang tamu. Semoga berjaya.." kata Shahir.

Fatin mencebik sendiri. Nasiblah suami..Kalau tak.. Haih..

Fatin mengambil berus dengan terpaksa. Sabun di tangan dicurah ke sekeliling mangkuk tandas. Fatin pun memberus dengan perasaan terpaksa dan geli. Bibirnya dicebikkan. Namun kotoran itu seperti tidak mahu dibersihkan. Fatin cuba kuat lagi. Namun ia masih di situ. Tangan Fatin mengelap peluh yang menitis di dahi.

' Isy. Tak boleh jadi ni..'

" Shahir! Tak boleh pun?!!" rungut Fatin.

Shahir yang sedang menyapu tersentak. Dah agak dah..

" Macam mana pulak boleh tak boleh?!!" pekik Shahir.

Fatin memuncung. Tak payahlah tanya datang jelah terus!!

" Kan saya kata.. Saya tak pandai bersihkan tandas!!!!" pekik Fatin.

Fatin menunggu. Tiada jawapan dari Shahir. Fatin mendengus. Dia menyambung kerjanya.

" Isy. Saja je kan tak nak jawab." bisik Fatin seorang diri.

Tiba-tiba ada kelibat yang menghimpitnya dari belakang dan memegang tangannya. Fatin terkejut.

" Macam ni. Biar aku tunjuk." kata Shahir. Lembut.

Shahir memegang tangan Fatin dan mula memberus. Hati Fatin berdebar. Tidak pernah dia sedekat ini dengan Shahir. Belakangnya terasa hangat. Selesa. Sesekali Fatin akan menoleh.. Nasib baik Shahir yang peluk kalau tak memang melayan dah siku ni.. Fikiran Fatin melayang..

" Ha! Kan bersih tu.. Isy. Itu pun susah ke?" perli Shahir.

Fatin tersentak. Badannya dialihkan dengan pantas. Shahir tersenyum kecil.

" Terima kasih. Awak p-pergilah sambung k-kerja awak.." kata Fatin tersekat-sekat. Malu.

Shahir pun melangkah pergi. Shahir menggeleng sendiri. Alahai isterinya itu.. dengan suami pun Malu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin menghempaskan dirinya di atas sofa. Penat. Manataknya dah bersih berkilat tandas itu si Fatin ni kerja kan. Berkat usaha suamilah katakan... Fatin mengeluh sendiri.

Fatin harus mengakui. Shahir memang bagus dalam kerja mengemas. Fatin nak bersihkan satu tandas pun berejam. Shahir dah siap sapu dan mop tingkat bawah. Fatin ketawa kecil mengenang gelagat diri sendiri.

" Fatin! Naik atas cepat!" pekik Shahir lagi.

Fatin ternganga. Shahir ni memang tak reti penat ke??? Fatin mengendahkan panggilan Shahir. Badannya masih terlantar di atas sofa.

" Fatin!!"

Mata Fatin membulat. Dengan sepantas kilat dia berlari naik ke atas. Kelihatan Shahir sedang menunggunya.

" Lambat naik.." tegas Shahir.

Fatin tersengih sendiri. Pandangannya dialihkan. Air liur ditelan.

" Dah jom. Kemas bilik ni pulak. Bilik lain semua aku dah kemas." kata Shahir.

Mata Fatin membulat. Dah kemas? Fatin hanya merenung Shahir dengan mulut ternganga. Shahir menjeling. Fatin tersentak. Mulutnya ditutup kembali. Langkah Shahir diikuti sehingga ke bilik tetamu. Mata Fatin melilau.

" Kali ni kau kemas luar. Aku kemas tandas. Ok?"

Fatin melihat Shahir.

" Kenapa pulak? Biarlah saya yang cuci tandas." tegas Fatin.

Shahir menoleh ke arah Fatin. Matanya memerhatikan Fatin. Atas, bawah, atas, bawah.. Dia ketawa kecil.

" Kau bersihkan tandas berejam tahu tak? Dah pergi bersihkan katil." perli Shahir.

Fatin mengerutkan kening. Senang, senang hati mamat tu je nak memperlekehkan orang kan? Semangat Fatin mula membara untuk membuktikan yang dirinya pandai membersihkan tandas.. Fatin berjalan masuk ke dalam tandas itu walaupun Shahir sudah ada di dalam.

" Tak apalah biar saya buat. Masa tu kan saya tak pandai.. Sekarang saya dah pandai. Biar saya buat." kata Fatin sambil cuba mengambil berus dari tangan Shahir.

Shahir menariknya. Wajah Fatin direnung sambil berkerut.

" Kau ni.. Keluarlah. Kan aku kata biar aku yang buat.." kata Shahir.

Fatin masih berdegil. Berus di tangan Shahir dicapai.

" Tak apa. Biar saya buat." pujuk Fatin sambil menarik berus.

Shahir menarik semula. Fatin membalas tarikan itu dengan tarikan yang lebih kuat. Akhir mereka saling tarik menarik sehinggalah Shahir merentap penyembur air dan menekannya ke arah Fatin. Fatin melepaskan berus. Ternganga Fatin dibuatnya. Shahir tersengih jahat.

" Hisy!"

Fatin berkerut. Dia mengambil gayung dan mengisinya dengan air. Dengan sepantas kilat air itu membasahkan baju Shahir. Shahir memandang Fatin dengan tajam. Fatin tersengih kecil.

Akhirnya mereka berdua saling kejar mengejar. Berpusing-pusing di dalam bilik tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir melabuhkan punggungnya di hadapan katil. Shahir tercungap-cungap. Bilik itu sudah habis dikemas. Fatin keluar daripada bilik air dengan basah lencun. Dia duduk di sebelah Shahir. Mereka berdua kepenatan dan basah. Mata Shahir kuyu. Fatin ketawa kecil apabila melihat Shahir tersengguk. Comel.

" Fatin." kata Shahir tanpa menoleh.

" Ya?" jawab Fatin juga tanpa menoleh. Malas.

" Boleh tak aku panggil kau.. Nazihah." kata Shahir. Lembut.

Fatin menoleh. Pandangannya redup memandang Shahir yang sedang mamai. Dia tersenyum kecil. Dia kembali menoleh ke hadapan.

" Kenapa?" tanya Fatin lembut.

" Sebab.. Nama tu macam lagi sesuai dengan awak.." jawab Shahir.

Kepalanya terlentok di bahu Fatin. Fatin tersentak. Dia memandang Shahir. Fatin tersenyum sendiri.

" Kali pertama dia panggil aku AWAK.. Hisy.. Sweet jugak dia ni." bisik Fatin sendiri.

Kepalanya dilentokkan ke atas kepala Shahir. Saja nak bermanja. Nanti bila dia dah sedar tak dapat lagi manja-manja macam ni.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience