Rate

TABAH ATAU SUDAH BIASA ?

Poetry Series 645

Aku dibesarkan tanpa kehadiran seorang Ibu kandung sejak aku berumur 2 tahun. Ibu ku mati bukan kerana sakit tua tetapi dia mati dibunuh. Saat itu, kehidupan keluarga ku menjadi serba kucar kacir. Ayahku juga berpendapat, bahawa hilangnya seorang wanita yang dia cintai turut membawa pergi segala kebahgiaan yang ada pada awalnya.

Aku tidak tinggal dengan ayahku setelah hal terburuk itu berlaku. Aku dibesarkan oleh kakak ku dan bagiku dialah ibuku.

Dan aku? Sering menerima simpati daripada orang-orang kampung dan rakan-rakan, serta keluarga ku walaupun aku tidak pernah menagih simpati. Hanya kerana aku tidak sempat merasakan kasih sayang seorang Ibu dengan keadaan yang sedar dan boleh menyimpan memori dengan baik aku sering menjadi tumpuan dan menerima layanan yang lebih. Tapi aku tidak minta semua itu.

Ketika aku dibangku sekolah, aku pernah dicerca kerana tidak mempunyai seorang Ibu. Walaupun begitu, tidak sedikit rasa sedih dan kecewa menebal di dalam hati ini.

Aku pernah menampar seorang budak perempuan kerana dia melemparkan kata-kata kesat terhadap ku dan menyetuh isu ibuku. Sejujurnya, aku menampar dia bukan kerana aku marah dengan kenyataan aku tidak punya seorang ibu kandung disisi lagi tetapi kerana aku tidak suka ahli keluargaku diperlecehkan.

Aku tidak mengeluarkan air mata ketika ditanya tentang hal ibuku. Kemudian kawan-kawan ku mengklasifikasikan aku seorang yang tabah. Aku tidak tau kalau aku ini tabah atau sebenarnya sudah biasa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience