BAB 2

Humor Completed 3969

“Okey je aku tengok.” Bela Tasnif

“Okey apanya. Lain kali tak payah pakai beg sandang. Dah la beg macam budak sekolah. Mana la orang tak salah faham. Kau tu dah 23 tahun. Kerja pulak dah bagus. Pramugari tapi bila keluar out.” Bebel Afifah. Tasnif dah menarik sengih.

“Aku tak sempat nak tukar baju dah kena datang sini. Kau la yang paksa aku datang. Aku cakap tak nak. Kau marah aku 7 malam berturut-turut tension aku dengar kau membebel.”

“Dah malas la layan kau jom la kita makan. Aku lapar la.” Afifah menarik tangan Tasnif mengikut langkahnya. Lebih baik isi perut dari melayan Tasnif membebel.

Nadhim mengaru kepala. Terkebil-kebil dia melihat kad pengenalan dihadapannya itu. Tak tahu nak buat apa. Ternyata dia sudah silap. Itulah telajak kata kan dah padah.

“Apa aku nak buat dengan ic budak ni?” sekali lagi Nadhim dilanda kebinggungan. Langkah kaki diatur ke dalam dewan. Dalam fikirannya hanya tinggal untuk minta maaf dan memulangkan kad pengenalan tersebut.

Tasnif menyelongkar semua bahagian baik. Mencari sesuatu yang amat berharga untuk seorang manusia di bumi ini. Apa lagi kalau bukan ID diri. Macam mana kot-kot dia mati tepi jalan tanpa ID nanti tak pasal orang ingat dia ni pendatang asing. Ish kenapa pulak aku minta macam tu. Ish! Dijauhkan. Tak mahu aku mati macam ni. Dia memandang sekitar bilik. Dahi ditepuk. Tak pasal-pasal bilik bersepah.

“Ya Allah Tas! Apa ni!” jeritan Afifah mengema di bilik. Melompat Tasnif akibat terkejut.

“Yah!!! Kau ni kalau tak jerit tak boleh ke? Terkejut aku.” Giliran Tasnif menjerit. Mereka berdua ni memang suka buat latihan vocal bila bertemu. Nak-nak pulak si Afifah di adalah vokalis untuk The Umbrella. Band yang dia ditubuh sejak ‘U’ lagi dan sehingga kini masih aktif. Cuma tak segah band-band lain la.

“Tasnif!” tekan Afifah. Budak ni kan memang suka sakitkan hati aku betul la.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience