BAB 2

Romance Completed 383401

Matanya dibuka perlahan-lahan. Penglihatannya gelap.Tubuhnya kaku tidak dapat bergerak. Tangan dan kakinya sudah diikat.Nia Nisrina sedaya upaya cuba melepaskan ikatan namun sia-sia.Terasa pedih pergelangan tangannya. Mulutnya mahu berbicara tapi terbatas dek kerana mulutnya juga diikat dengan kain.Kepalanya berdenyut-denyut kesan ubat yang dihidu.

Otaknya mula memproses kejadian yang menimpanya.Ingatan terakhirnya ialah dia berada di tepi jalan kerana ingin melihat keadaan keretanya yang meragam secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan pulang dari membeli barang.Sebuah van berwarna hitam berhenti dan ingin menghulurkan bantuan.Selepas itu dia tidak dapat mengingati apa-apa.

Apabila sedar dia sudah berkeadaan seperti ini.Kenapa dia diculik?Dia sendiri pun tidak pasti.Nak kata dia kaya,dia bukan berduit.Apa yang si penculik inginkan darinya?Itu yang menjadi tanda tanya.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi derapan kaki seseorang menghampirinya.Jantung Nia Nisrina berdegup kencang.Peluh dingin mula mengalir di celahan anak rambut.Kedengaran kerusi diseret.Keadaan sunyi buat seketika.Kain di matanya dibuka kasar.Pandangannya sedikit berpinar.Matanya dikedipkan beberapa kali.Bayangan seseorang semakin jelas kelihatan di ruangan mata.Seorang lelaki berwajah dingin sedang tersenyum sinis sambil merenung ke arahnya.

Tidak disangka wajah gadis dihadapannya ini jauh lebih cantik dari sangkaannya.Wajah gadis itu ditilik satu persatu.Anak matanya hitam beralis mata cantik elok terbentuk.Manakala hidungnya yang agak mancung dan mempunyai lekuk bibir yang mungil merah bak delima.Wajah gadis itu ditenung tajam.

Bibir Nia Nisrina bergerak-gerak seperti ingin berbicara.Lalu kain yang diikat di bibirnya itu dileraikan.Anak mata Nia Nisrina tepat memandang ke anak mata lelaki di hadapannya itu.Mata mereka saling bertentang.Namun akhirnya Nia Nisrina mengalah.Kepalanya menunduk.Gentar dari terus memandang wajah si jejaka.

"Si..siapa a...awak?A..apa yang a...awak nak dari saya?Ka..kalau awak nak duit,saya t...tak ada harta atau pun du... duit."Soal Nia Nisrina gagap.

Dagu Nia Nisrina dicengkam.Wajahnya diangkat.

"Hei,Look at me sweety.Don't hide your beautiful face."

Namun,sedikit pun Nia Nisrina tidak memandang wajah si jejaka.Perasaan takut mula menyelubungi diri.

"Tolong lepaskan saya.Apa salah saya?Saya tak kenal awak.Tolonglah nenek saya mesti risaukan saya.Dia bersendirian di rumah.Saya tak nak dia risau."

Air mata yang ditahan akhirnya mengalir di pipi mulusnya.Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.Namun tiada sedikit pun rasa simpati menyinggah di hati lelaki itu.

Danish Harith menyandarkan batang tubuhnya.Kedua tangan kekarnya disilang ke dada memeluk tubuh.Wajah Nia Nisrina masih ditatap tanpa jemu.

"Aku akan lepaskan kau.Tapi kau mesti penuhi syarat aku.Kalau tak,kau jangan mimpi nak jumpa dengan nenek kau lagi."

Nia Nisrina memberanikan diri menatap wajah Danish Harith.Apa sahaja syarat akan dia turuti kalau itu yang boleh buat dia kembali bersama neneknya.

"Apa syarat awak?Saya akan cuba penuhi.Asalkan awak lepaskan saya."

Danish Harith berdiri lalu kakinya diatur ke arah belakang Nia Nisrina.Badannya dibongkokkan sedikit.Wajahnya didekatkan pada wajah Nia Nisrina.

"Aku nak kau kahwin dengan aku.."Bisik Danish Harith di telinga Nia Nisrina.

Bulat mata Nia Nisrina saat mendengar syarat lelaki itu.Bibirnya terketar-ketar untuk menjawab.

"Tapi...kenapa saya?Kita tak pernah kenal.Kenapa saya perlu berkahwin dengan awak?"

Danish Harith kembali duduk di atas kerusi di hadapan Nia Nisrina.Wajah si gadis ditenung tajam.

"Kau akan tahu sebabnya bila kau kahwin dengan aku."

"Kalau saya menolak?"

Danish Harith tersenyum sumbing.

"Kalau kau rasa nenek kau tu dah tak penting kau tolaklah syarat aku ni."Ugut Danish Harith.

Nia Nisrina menggeleng laju.

"Tolong,tolong jangan apa-apakan nenek.Saya ikut sahaja apa syarat awak sekali pun.Tapi tolong jangan apa-apakan nenek dan lepaskan saya.Tolong.."

Air mata Nia Nisrina kembali mengalir.

"Great!Senang kerja aku.That's my girl.Aku akan lepaskan kau.Tapi kau jangan cuba lari.Orang-orang aku akan sentiasa awasi kau.Bila aku nak berjumpa dengan kau,aku akan panggil kau ke mari.Orang-orang aku akan jemput kau.Faham!"

Nia Nisrina hanya mengangguk patuh.Lalu ikatan tangan dan kakinya dileraikan.Nia Nisrina mengurut lembut pergelangan tangannya yang merah kerana melecet.Danish Harith sekadar memerhati tingkah gadis itu.

"Joe,bawa dia balik ke tempat asal kau ambil dia tadi.Kereta dia macam mana?Kau dah uruskan?"

Lelaki yang bernama Joe itu hanya mengangguk.Lalu Nia Nisrina ditarik mengikut derap langkahnya.Tubuh Nia Nisrina ditolak masuk ke dalam van berwarna hitam yang sama ketika dia diculik.Seraya itu,Nia Nisrina dibawa kembali ke tempat keretanya diparkir.

"Nah,ambil handphone ni!Nanti Tuan Danish akan call kau.Kau jangan tak jawab pula.Ingat pesan tuan.Jangan cuba-cuba lari.Kalau kau nak kau dan nenek kau selamat!"Gertak lelaki bertubuh sasa yang bernama Joe itu.

Telefon bimbit itu diambil.Nia Nisrina hanya menganggukkan kepalanya.

"Jangan sampai nenek kau curiga dengan kau.Kau pandai-pandailah jawab."

"Baik,saya faham."

Lalu Joe terus masuk ke dalam van semula.Van itu mula bergerak meninggalkan Nia Nisrina sendirian.Nia Nisrina masuk ke dalam kereta.Keretanya cuba dihidupkan.

"Aik,dah boleh hidup.Mungkin betul dia dah tolong aku baiki."Bicara Nia Nisrina sendirian.

Stereng kereta digengam erat. Keretanya dipandu pulang ke rumah.Sampai di hadapan rumah kelihatan susuk tubuh Tok Mah sedang duduk di pangkin rumah seakan menunggunya pulang.Nia Nisrina keluar dari kereta dan mengorak langkah ke arah neneknya.Salam diberi dan disambut oleh Tok Mah.Nia Nisrina memanjat anak tangga lalu dia duduk bersimpuh di depan Tok Mah.

"Ke mana kamu pergi,Nia?Dah lewat petang baru balik.Nenek risau."

Nia Nisrina beriak biasa.Seakan tiada apa yang berlaku.

"Ooh,Nia lupa nak beritahu nenek.Nia terjumpa kawan lama Nia masa sekolah dulu.Dia ajak pergi minum dekat pekan.Borak punya borak sampai lupa hari dah petang.Maafkan Nia,nek.Nia janji tak buat lagi."

"Yalah,lain kali beritahu pada nenek.Tak adalah nenek ni susah hati fikirkan pasal Nia.Telefon bimbitkan ada.Arwah ada belikan.Kenapa tak guna?"

"Eem....ada tapi Nia simpan.Tu yang tak dapat nak beritahu nenek.Tak apa lepas ni Nia akan bawa ke mana Nia pergi.Maafkan Nia sekali lagi nek."

Tubuh tua Tok Mah dipeluk erat.Seakan tidak mahu melepaskannya.

"Kenapa cucu nenek ni?Tiba-tiba manja bukan main."

Rambut Nia Nisrina dibelai lembut.

"Nia sayangkan nenek tau.Nenek kena ingat tu sampai bila-bila."

Tok mah tersenyum mendengar kata-kata cucunya itu.

"Nenek tahu kamu sayangkan nenek.Nenek pun sayang sangat cucu nenek ni.Nenek risau kalau ada orang jahat buat bukan-bukan kat kamu.Nenek sentiasa doakan cucu nenek ni sentiasa dilindungi dari sebarang kejahatan dan hasat dengki orang."

Nia Nisrina terkesan dengan kata-kata Tok Mah.Air mata yang hampir mengalir diseka.Takut andai Tok Mah mengesyakinya.

"Nenek,jom kita masuk.Hari dah nak senja.Nia nak ambil barang dalam kereta sekejap.Nenek masuk dulu,ya."

Tok Mah hanya mengangguk.Dengan bantuan Nia Nisrina Tok Mah berdiri dan terus berjalan masuk ke dalam rumah.Kaki Nia Nisrina diatur menuju ke kereta.Bonet kereta dibuka.Barang-barang yang dibeli dibawa keluar.Saat dia menutup bonetnya,kelihatan van hitam yang sama memakir tidak jauh dari rumahnya.Nia Nisrina mengeluh berat.Lalu dia masuk ke dalam rumah tanpa mengendahkan mata-mata yang melihatnya dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience