BAB 5

Horror & Thriller Completed 1513

“I tak tahu kenapa I dituduh pembunuh. I pun tak tahu siapa yang I bunuh… I takut Adi. Macam mana orang tu boleh masuk rumah kita…” Qaisara bingung. Dia duduk mengahadap suaminya. Setahunya Adi telah menukar semua kod keselamatan rumah mereka. Bagaimana bungkusan itu terlepas masuk. Hanya mereka berdua dan pembantu rumah sahaja yang tahu kod keselamatan yang baru.

“You dah siasat latar belakang Iskandar tu… mungkin dia…atau mungkin salah seorang orang gaji kita…”

“Qaisara … sudahlah. You rehat je. I akan panggil polis untuk siasat benda ni… jangan biarkan orang tu dapat pengaruhi you. I yakin Iskandar tak macam tu. I kenal ayah dia. Ayah dia dah kerja kat sini sebelum kita kahwin lagi. I yakin you bukan pembunuh jadi tolong abaikan semua ni…” pujuk Adi. Dia risau melihat isterinya. Emosi Qaisara tak stabil dalam masa sebulan ni. mujur juga dia bekerja sendiri. mudah untuk dia menjaga Qaisara

“So you pun nak tuduh I pembunuh ke? I ni pembunuh maksud you!” Qaisara tiba-tiba meninggikan suaranya. Muka Qaisara kelihatan bengis. Mata Qaisara bertukar menjadi merah. Qaisara mengetap bibir menahan marah. Adi terkejut melihat perubahan isterinya.

“I bukan pembunuh! I bukan pembunuh!” jerit Qaisara berulang-ulang kali. Tangannya menutup kedua-dua belah telinganya. Qaisara menarik rambutnya hingga kusut. Dia mencakar mukanya sendiri. Sesudah itu Qaisara menangis ibarat kanak-kanak kecil. Adi segera memeluk isterinya. Buat masa ini hanya itulah terapi yang boleh menenagkan Qaisara.

“Qaisara … tenang. You kena banyak rehat sayang…” Adi sedia maklum akan perubahan emosi Qaisara.

“Macam mana I nak tenang Adi… I takut sangat. I takut nak lelap mata…” Qaisara rasa tenang dalam pelukan suaminya. Seakan suaminya dewa pelindung bagi dia.

“Okey takpe… I akan temankan you kat sini sampai you tidur. Baringlah…”

Adi berbaring di sebelah Qaisara. Sesiapa pun yang berada di tempat Qaisara akan tertekan. Mendapat hadiah yang tak sepatutnya digelar hadiah. Anak patung tanpa kepala, tali gantung antara hadiah yang diterima Qaisara. Semua disertakan dengan lirik lagu Getaran Jiwa. Apa pula rahsia yang disimpan isterinya hingga dituduh sebagai pembunuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience