Rate

Bab 3 Kehilangan

Short Story Series 2174

"Eira, ummi tak pernah ajar kamu bersikap macam tu dengan orang lain, apa kamu buat sampai kene buang sekolah?!!" Marah ummi.
Aku hanya mendiamkan diri walaupun Aku tahu yang semua ini berpunca daripada orang lain.
Tiba tiba..
"ummi!,"
Ummi rebah secara tiba tiba dan pada masa yang sama Mama tiba dirumah lalu menelefon Ambulans.
"Ummi, Maafkan Eira," Balas aku sambil memegang tangan ummi. Kadar jantung ummi semakin perlahan. Mama hanya mengusap di belakang Aku.
Aku masih berlegar legar di bilik ICU.Mama juga risau akan keadaan ummi
"Siapa keluarga Puan Aisyah?," soal doktor yang merawat ummi.
"Saya anaknya, Macam mana dengan keadaan ummi saya?," soal Aku.
"Maafkan Saya Cik, Saya tidak dapat menyelamatkan Puan Aisyah. Puan Aisyah mengalami sakit jantung," Kata doktor.
Aku terkedu bila mendengar perjelasan doktor. Tanpa disedari Air mata Aku Jatuh berderai
"Puan ini ada kaitan dengan Puan Aisyah?," Soal doktor lagi.
"Ya, Saya saudaranya," Balas mama
"Puan nak pihak hospital Selesaikan pergebumian Puan Aisyah?," Soal doktor
"Baiklah," kata mama sambil Mengesat Air mata.

******
Tok Tok Tok...

Pintu kelas diketuk oleh Puan Latifah, Guru Disiplin sekolah.
"Saya nak berjumpa dengan Zahra Eira, Dia hadir tidak hari ini?," Soal Puan Latifah
"Bukan dia dah berhenti sekolah ke dua minggu lalu?," Soal Jaja dengan kuat.
"Cuba cikgu pergi kerumahnya?," Soal Mina kepada Puan Latifah.
"Saya dah pergi kerumahnya, tapi..," Kata Puan Latifah hanya separuh ayat sahaja.
" Tapi dia dah pindah," Sambung Aiman dengan perasaan sedikit hampa.
"Macam mana kamu tahu?," Soal Cikgu
"Orang kampung memberitahu yang Keluarga Puan Aisyah pindah pada 2 minggu lalu selpas berhenti sekolah," balas Aiman lagi.
"Dan saya ada berita mengejutkan, Puan Aisyah Meninggal Pada hari Eira diberhentikan," Kata Cikgu
Semua orang terkejut kecuali Jaja dan kawan kawannya.
"Jadi, Eira pindah ke mana kalau Puan Aisyah meninggal?," soal Jaja selepas berdiam sekian lama.
"Yang saya tahu, Eira kembali ke keluarga Kandungnya," Balas cikgu.
"keluarga kandung? habis Ummi itu bukan keluarga kandungnya?," soal jaja lagi.
"Bukan, Ummi itu hanya orang gaji yang menjaga Eira sejak kecil. Nama sebenarnya Eira ialah Tengku Zahra Eira," Balas Mina kepada semua.
"Jadi, dia anak orang kaya?," soal jaja lagi.
Mina mengangguk semua terkejut termasuk Aiman kerana dia tidak pernah tahu asal usul Eira.

"Zahra, kenapa sedih ni?," soal mama kepada Aku.
"Sampai hati mereka buat macam ini kat Zahra," Soal Aku sambil mengesat Air mata.
"Zahra anggap ini dugaan, Yang penting kita semua selamat kat sini," Balas mama
"Betul kata mama tu zahra," sampuk Papa yang duduk di tepi pintu.
Aku hanya mengangguk faham. Hati Aku menjadi sakit bila mengenangkan peristiwa itu. Kerana perbuatan Jaja menhancurkan kehidupan keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience