BAB 3

Humor Series 28108

” What ?” Terkejut Zulaika dengan permintaan Ikhwan yang dirasakan tidak masuk akal. Mana mungkin dia akan menunaikan kehendak Ikhwan itu yang dirasakan agak ‘gila’ itu.

” Alah… Zul temankanlah aku. Kau jadi ‘partner’ aku kali ini je.” Pinta Ikhwan lagi cuba memujuk Zulaika.

Beberapa hari lagi akan berlangsungnya majlis hari ulang tahun syarikat milik keluarganya. Dia ingin mencari seseorang untuk menjadi pasangannya pada malam itu. Dia bukanlah tidak ramai kawan wanita. Tetapi entah mengapa dia ingin Zulaika menjadi penemannya di majlis itu nanti.

” No…no..no..” Tolak Zulaika sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

” Zul…Tolonglah aku. Aku dah tak tahu nak cari siapa lagi. Cuma kau je yang boleh tolong aku. Kaulah sorang kawan aku.”

” Ajaklah makwe kau. Kenapa nak ajak aku pula!”

” Kaulah makwe aku sekarang ni. Buat apa aku nak cari lagi.” Ucap Ikhwan selamba. Entah kenapa dia merasakan ada kelainan apabila bersama Zulaika.

Tapi mengapa dia begitu mudah untuk menyukai gadis ‘tomboy’ seperti itu? Bukankah Elisa, Jun, Syela dan ramai lagi yang berdampingan dengannya lebih cantik dan mempunyai bentuk badan yang lebih menarik dari Zulaika yang tidak nampak langsung keistimewaannya. Tapi Zulaika lain dari yang lain. Dia amat senang apabila disamping Zulaika.

” Banyak cantik muka kau. ” Ucap Zulaika.

” Aku tak cantiklah tapi aku hensem vs kacak je.” Jawab Ikhwan spontan. Dia tersengeh.

” Uwwekkk…Nak termuntah aku.” Zulaika mencebik.

‘Mamat ni perasan habis, menyampah aku!’. Dia melihat Ikhwan ketawa. Zulaika juga hampir-hampir ketawa. Tapi cuba ditahannya. Adakalanya entah mengapa dia berasa senang melihat Ikhwan ketawa. Ah…Perasaan itu bertandang lagi.

Tetapi apa yang pasti Zulaika akui Ikhwan mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi lelaki idaman wanita Malaya. Tapi dia bukanlah salah seorang daripada mereka. Dia memang sudah terkeluar dari senarai. Dia juga tidak mungkin ingin menjadi salah seorang daripada mereka. Sememangnya dia dan Ikhwan hanya kawan sebab ‘Aku ni kan Zul!’.

Zulaika meneruskan suapannya tanpa mempedulikan Ikhwan yang sedang memujuknya kala itu. Memang dia terasa amat lapar ketika itu kerana sejak tengahari tadi dia tidak menjamah sebutir nasi pun. Dia hanya makan roti. Dia tidak peduli apa tanggapan Ikhwan melihat cara dia makan. Dia sudah biasa dengan Ikhwan. Ikhwan pun tidak pernah menegurnya. Kenapa pula Ikhwan perlu menegurnya?. Lagipun mereka hanya kawan. ‘Hisyhh…apa la aku ni’.

” Zulaika…” Panggil Ikhwan lembut.

” Zul okey!” Tekan Zulaika.

” Okey..okey…Zul tolonglah aku.”

” Aku tak nak. Tolong jangan paksa aku buat sesuatu yang aku tak suka!” Tegas Zulaika sambil memandang tepat kewajah lelaki itu..

” Kaulah satu-satunya orang yang boleh tolong aku” Ikhwan pantas mencapai tangan Zulaika yang berada di atas meja. Lantas digenggamnya erat. Zulaika terkejut dengan tindakan Ikhwan yang dirasakan agak melampau. Dia cuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman lelaki itu.

” Lepaskan tangan aku Wan.” Pohon Zulaika tetapi tidak dipedulikan oleh Ikhwan.

” Aku akan lepaskan tapi dengan syarat kau mesti tolong aku.”

” Wan lepaslah…aku tak nak. Kau cari orang lain. Aku ni ‘lelaki’. Aku tak sesuai buat semua tu.” Tegas Zulaika lagi.

” Kau tu perempuan okey. Kau boleh. Aku akan tolong kau” Pujuk Ikhwan lagi.

” Lepaslah.” Zulaika sedaya upaya cuba menarik tangannya tetapi mana mungkin dia mampu melawan kudrat seorang lelaki. Ikhwan seperti tidak mengalah dengannya. Zulaika bengang.

” Setuju?” Soal Ikhwan. Dia memandang Zulaika.

Lama Zulaika mendiamkan diri. Dia tahu selagi dia tidak menyatakan keputusannya pasti Ikhwan tidak akan lepaskan genggaman tangannya. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain menyatakan persetujuannya. ‘Argghhhh….bencinya aku!’

” Ye la…Tangan aku.” Akhirnya Zulaika mengalah.

” Janji.”

” Ye…”

” Aku nak dengar kau sebut janji!.” Kata Ikhwan membuatkan renungan Zulaika bertambah tajam. ‘Kalaulah bukan depan orang ramai memang dah kena mamat ni, geram betul aku!’ Ikhwan terus menunggu.

” Janji…Lepaslah” Zulaika menarik tangannya kasar. Kenapalah begitu mudah dia mengalah pada lelaki ini. Arrgghh….

Akhirnya tangannya dilepaskan kembali. Zulaika menggosok-gosok tangannya yang sudah kelenguhan. Dia melihat segaris senyuman terukir dibibir Ikhwan. Ikhwan kelihatan begitu berselera menjamah nasi goreng Paprik yang tidak berusik sejak mula lagi. ‘Kurang asam betul mamat ni’.

Bagi Ikhwan dia berasa lega apabila Zulaika telah berjanji untuk membantunya. Dia sengaja mengugut Zulaika sedemikian rupa. Dia tahu bukan mudah untuk memujuk Zulaika, tambahan pula hal yang sedemikian rupa. Tidak mudah untuk Zulaika menerimanya. Dia sudah tidak sabar melihat bagaimana penampilan Zulaika sebagai seorang gadis dimatanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience