chapter 8

Romance Series 9599

Maaf atas segala kekurangan. Typos banyak. Malas nak double check.

Enjoy reading!

°°°

"Mama...mama...jangan tinggal Ikha. Mama... Ikha rindu Mama. Mama..." Zulaikha mengalami mimpi buruk lagi. Sekejap dia pusing kanan, Sekejap pusing kiri. Nufail yang baru jejak kaki ke dalam bilik, terus diterpa tubuh kecil itu.

"Zulaikha. .. Sayang... Allahu. Ikha mengigau ni." Nufail raup rambut anak ya ke atas. Ubun-ubun Zulaikha diusap lembut. Dahi anak gadisnya dicium penuh kasih.

"Mama..." Masih belum sedarkan diri, Zulaikha mengulang-ulang panggilan Mama itu. Seketika kemudian, lepas Nufail baca kalimat kalimat Allah di telinga anaknya itu, barulah Zulaikha kembali tenang. Sesaat, Nufail jadi sebak. Dia kasihan akan Zulaikha. Di awal usia 4 tahun, Ikha telah kehilangan kasih sayang seorang ibu. Sejak Mamanya pergi, dia selalu bermimpi buruk. Kini, sudah 3 tahun berlalu. Zulaikha sudah berusia 7 tahun namun mimpi itu masih membelenggu hidup seorang anak kecil itu.

Nufail dah tak sanggup tengok keadaan Ikha macam tu. Dia buntu. Berubat pun sudah. Tapi, doktor cakap ambil masa nak pulih sepenuhnya untuk seorang budak. Sebab Zulaikha ada sewaktu insiden itu berlaku.

"Fail, Ikha mengigau lagi ke?" Suara Datin Kauthar memecah kesunyian kamar anak lelakinya itu.

Perlahan-lahan Nufail jatuhkan kepala sambil tersenyum kelat. Datin Kauthar hela nafas berat lalu kaki diayun ke arah katil. Punggung dilabuhkan di sebelah cucunya.

Rambut Zulaikha diselit di hujung telinga. Wajah polos itu ditatap penuh kasihan.

"Lama dah Ikha macam ni. Umi risau. Ganggu emosi dia. Lagi pun, Ikha baru 7 tahun. Kasih sayang seorang ibu pun, dia rasa sekejap je. Itu pun dia ingat-ingat lupa. Tapi Ikha budak pandai. Dia mesti ingat detik - detik mencemaskan tu. Umi tak nak sebab benda ni, emosi Ikha tak stabil. Dia perlu kasih sayang seorang ibu. "

Nufail diam. Tidak tahu bagaimana mahu membalas. Kasih sayang seorang ibu?

Dia tahu apa yang Umi dia fikirkan. Dia cukup mengerti untuk faham maksud trsirat Umi. Cuma...dia belum bersedia.

"Entahlah, Umi. Fail... buntu."

Datin Kauthar raih tangan anak lelakinya itu. Raut wajah penuh kerisauan Nufail, ditatapnya.

"Look at you, son . You looks so untidy. And now, look at your daughter." Datin Kauthar dialihkan ke arah Zulaikha pula seraya berkata, "Both of you, perlukan seseorang. Seseorang yang boleh digelar seorang ibu dan seorang isteri.

Nufail tenung wajah Zulaikha. Lama. Oh, dia tak kuat nak hadap semua ini. Bagi dia, hidup seorang Nufail tak penting. Tapi, Zulaikha. Zulaikha adalah kebahagiaan dia. Kalau Zulaikha sakit, dia turut sakit. Zulaikha sedih, dia juga. Jiwanya berbelah bahagi.

Hati dia masih milik seorang Safiyya Humairah. Dia masih tidak dapat melupakan arwah isterinya. Selama 3 tahun, dia cuba untuk bangkit semula dari rasa sakit itu. Dia cuba menyibukkan diri dengan kerja. Sibukkan diri jaga Ikha. Tapi itu semua tidak cukup untuk menutup luka dihatinya.

"Umi... Fail... Fail tak ready. I thought its okay for me to live like this."

"You think? But the result? No, son. You're not okay. You need someone too. Someone who will take care of you. Take care of Zulaikha too. And... I can't see anyone else other than... "

Ayat Datin Kauthar terhenti di situ. Senyum manis penuh makna dia ukir. Dia belum sebut nama tapi dia tahu yang Nufail mengerti siapa yang dia maksudkan.

Tangan kiri Datin Kauthar naik mengusap wajah anaknya.

"She's the right one. She's the one. Trust me."

Nufail ketawa kecil. Dia sungguh tak terfikir siapa-siapa dalam kepala otak sekarang ni. "Who, kawan Opah ?"

Datin kauthar mendengus kasar. Tangan kanan yang tadinya megenggam jemari Nufail, naik mencubit bahu anaknya. Kuat. Sepenuh hati.

"Argh it's hurt Umi!" Nufail gosok bahunya. Boleh tahan padu cubitan Umi.

"Main - main lagi!" Datin Kauthar jeling hujung mata.

"Tak. Seriously. Who?" Malam-malam macam ni. Otak dia tak berfungsi dengan baik. Malas nak fikir.

"Anisa Ufairah."

"Her?"

****

"Okay siapa boleh sebut dekat Ustazah, 5 Khulafa' Ar-Rasyidin selepas Rasulullah? Angkat tangan. Sapa jawab betul dapat lolipop ni." Dengan nada cerianya, Anisa angkat tinggi lolipop bermacam-macam perisa dalam genggamannya itu ke udara.

Suasana bilik darjah tahun 6 tika ini menjadi riuh rendah dengan suara-suara sorakan mereka. Masing-masing berebut-rebut angkat tangan nak jawab soalan. Anisa tersenyum. Dia gembira. Begini rupanya perasaan menjadi seorang pendidik.

"Ustazah! Sofea nak jawab!"

"Din nak jawab! Jawapan dia ufff-" Ada seorang kawan dia tarik mulut Hafizuddin sebab tak nak kasi dia jawab, iaitu Ali.

"Ustazah, Ali Ustazah! Ali nak jawab! Ali tau semua! Pat Ustazah pat!" Ali bangun dari duduknya. Dia berdiri dengan penuh bersemangat. Mata Si budak chubby itu membulat, menunggu balasan dari Ustazah Anisa.

Anisa menggeleng sesaat. Rasa nak senyum tapi dia tidak mahu anak-anak muridnya berfikir yang dia tidak serius. Automatik senyumnya mati.

"Ha apa jawapan dia, Ali?"

"Abu Hurairah, Khalid Al-Walid... "

"Syaheed Ali..." Anisa memincingkan hujung mata. Kecik besar kecik besar aje dia pandang anak murid dia yang seorang ini.

"Itu lain, Ali. Takpe lah duduk. Yang lain?"

Seisi kelas mentertawakan Ali. Haih budak-budak ni. Main-main betul!

Selesai waktu mengajar, tepat pukul 6 petang Anisa mula mengemas. Dia kena cepat sebab dia dah janji nak belanja anak saudara dia aiskrim. Macam tu lah Hanif. Dah macam rutin, lepas balik Kafa mesti kena singgah kedai runcit tu.

KAKI diayun laju ke arah kereta kancil milik kakaknya. Dari jauh, dia dah nampak muka itik mila si Hanif. Tawa kecil terlepas dari bibirnya.

"Hye handsome. Lama tunggu?" sakat Anisa. Sebelah mata dikenyit nakal. Hanif pura - pura muntah.

"Eii geli! Rasa macam Sajat wink dekat Anif! Werkk! Dah jom gi kedai. " Lepas mengata Anisa, terus budak kecik tu meloloskan diri dalam kereta.

Membulat mata Anisa mendengarnya.
"HA YE! SAJAT YE? BALIK JALAN KAKI BARU TAHU!"

"HANIF, Mak Su cakap satu je kan. Tu sampai tiga aiskrim. Satu cukuplah. Membazir je banyak-banyak." Tangan kiri dah naik cekak pinggang bila tengok Hanif ambil tiga batang aiskrim coklat dari freezer.

"Alah Mak Su ni. Tiga ja pun. Kede lah Mak Su ni. Lagi pun, Hanif nak kasi dekat Ikha sekali." Muncung mulut Hanif bila kena tegur macam tu. Anisa menggeleng bersama keluhan kecil.

"Satgi nak pi rumah dia ka?" Soal Anisa.

Hanif mengangguk. Mata pandang lantai kedai.
"Tadi Ikha tak mai Kafa. "

"Hah? Ikha tak mai? Kenapa? Dia sakit ka? Lama dah tak mai? Awat tak habaq dekat Mak Su?" bertubi-tubi Anisa tanya soalan. Dah macam machine gun.

"Heiii banyak tanya lah Mak Su ni. Ha jom kita pi la rumah dia!" Hanif menonong jalan ke arah kaunter meninggalkan Anisa di belakang.

"Mama!" nampak je kelibat Anisa depan muka pintu rumah, terus Zulaikha berlari - lari anak bagi mendapatkan 'MAMA' kesayangannya itu. Pinggang ramping Anisa dipeluk erat.

"Ikha rindu Mama..." Zulaikha pejam mata sambil ucap kalimat itu. Hati perempuan Anisa cepat tersentuh.

Datin Kauthar dan Opah Khadijah tersenyum lebar melihat situasi itu. Fatin Khadijah cuit baju Opah lalu kening diangkat - angkat. Opah ketawa lalu berkata, "Mak faham..."

"Rindu apanya? Baru jumpa hari tu kan? Ni kenapa Ikha tak datang Kafa? Ikha demam ye?" Soal Anisa prihatin. Tangan kanan naik menyentuh dahi Zulaikha.

Zulaikha menggeleng pantas.
"Tak lah. Papa yang tak kasi pergi."

"Papa tak kasi Ikha pergi Kafa?" Anisa pandang Datin Kauthar dan Opah yang berdiri di belakang Zulaikha.

"Bukan tak kasi apa. Ikha tiba-tiba demam semalam. Itu yang Nufail tak kasi pergi. Hari ni dah okay tu.." ujar Datin Kauthar dan dihujungnya ketawa kecil. Ye Ikha demam. Sebab?  Sebab mimpi arwah mama dia. Teruk? Not really. Tapi selalunya kalau malam tu mimpi, esoknya demam lah budak tu. Panas sekejap je. Tapi Nufail overprotective sangat. Sebab tu tak kasi pergi Kafa. Sekolah harian? Zulaikha home schooling.

Pantas hidung Zulaikha dicubit mana oleh Anisa. "Tipu Mama ye? Dah makan ubat ke belum?"

Zulaikha tersengih lalu mengangguk. Suka betul dia bila Anisa cubit hidung dia.

"Bagus!"

"Mak su... Kaki Hanif lenguh. Aiskrim nak cair dah." Rungutan Hanif menyentakkan Anisa dari momen bahagia itu. SIAN MEMBER.

"Astagfirullahalazim, ha jom jom masuk. Kesian cucu Opah. Meh masuk meh meh." Tubuh kecil Hanif ditarik masuk ke dalam rumah diikuti Zulaikha juga.

"Saya pergi bancuh air ye, Mak." kata Datin Kauthar. Opah yang dah masuk dalam hanya mengiyakan.

"Eh tak payah lah bancuh air apa semua, Umi. Kitorang singgah kejap je. Hanif tu ha nak kasi aiskrim dekat Ikha." Bantah Anisa. Menyusahkan pula nak bancuh air semua. Bukan dia singgah lama pun. Sekejap aje.

"Alahai tak ada apa lah. Air je pun. Dah alang-alang singgah kan. Lagi pun, Umi ada benda nak bincang dengan Anisa. Penting." Nada suara Datin Kauthar tiba-tiba jadi serius. Aura tu aura. Lain macam. Seram pula Anisa dengar.

"Bincang apa, Umi? Lain macam bunyinya."

Wanita separuh abad itu meletakkan tawa.
"Meh masuk dulu."

"APA yang Umi nak bincang dengan Nisa tadi?"  tanya Anisa selepas air teh bancuhan Datin Kauthar, disisip sekali dua. Kemudian diletakkan atas meja kopi semula. Suasana ruang tamu yang tenang dan sedap mata memandang diiringi dengan bunyi kipas siling itu, langsung tidak langsung tidak mampu menenangkan suasana hati Si Anisa. Dia nervous dan curious menunggu bicara dari mulut wanita itu.

   "Anisa...dah ada boyfriend? Umi tahu umi pernah tanya dah soalan ni tapi saja lah Umi nak tanya lagi sekali. Nakkan kepastian."

Anisa agak terkesima dengan soalan itu. Unexpected but its okay pantas kepala digeleng.

   "Tak ada, Umi. Tak terfikir pun nak ada boyfriend." Balasnya bersama senyuman manisnya. Sejuk hati Datin Kauthar menengoknya.

   "Ciri-ciri suami idaman, ada?"

   "Erm... Ciri-ciri eh? Ermm... Baik? Kelakor? Erm, cukuplah boleh bimbing Anisa ke arah yang benar dan terima Anisa seadanya."

"Kenapa Umi tanya soalan—"

Tak sempat Anisa habiskan ayat, Datin Kauthar mencelah.

  "Nufail okay ke tak?"

Ha sudah. Lain macam soalan Umi Nufail kali ni.

   "Erm... Encik Nufail? Erm... aaaa... erm... Anisa rasa... Kalau tanya wanita-wanita di luar sana... Ermmm... Ye, okay. Okay mungkin. Ye... Yelah... Kan Encik Nufail ada kerjaya, erm... rupa pun ada. Erm... ba...baik? Ha baik hati. Anisa... Haih Ya Allah Umi... Anisa tak tahu nak cakap macam mana. Anisa mintak maaf, Anisa tak—"

Ha tergagap-gagap kau Anisa.

"Hey hey... Calm down, sayang. Umi tak bermaksud nak buat Anisa takut. Tenang, tenang."

"Haih... Kauthar Kauthar... Berkias berkias sangat ayat kamu ni. Biar Mak yang cakap." Opah Khadijah yang diam sedari tadi mula buka mulut.

  "Anisa sudi tak jadi isteri Nufail?"

Tolong cakap ni semua mimpi. Kalau mimpi, tolong bangunkan dia cepat. This is unbearable!

Lidah dia kelu. Nak balas tak nak tapi dia terlalu terkedu dengan semua ini.

  "Sa... Saya..."

   "Kenapa Opah gurau macam ni, haha. Tak... Tak lucu lah, Opah." Anisa tak senang duduk. Tangan dia asyik garu-garu kepala je. Kaki pulak sekejap silang, sekejap lurus.

  "I'm not kidding." Ha tudia Opah speaking.

"Begini... Opah tanya je. Opah tak ada hak nak paksa kamu. Tapi, Opah kesian tengok Zulaikha. Dah 3 tahun Mama dia pergi tapi dia masih tak boleh lupa. Setiap malam dia mimpi, lepas tu esok ya demam. Benda ni dah berlanjutan selama 3 tahun. Opah risau. Risau sangat. Opah nampak Ikha perlu kan kasih sayang seorang ibu. Dan bila Opah nampak kamu dan Ikha cepat sangat rapat. Opah dapat rasakan, yang kamu adalah pilihan yang tepat untuk Nufail dan Zulaikha. Hati Opah jadi lega. Opah nak sebelum Opah tutup mata, anak cucu, cicit Opah semua hidup bahagia. Opah... berharap sangat Anisa dapat mempertimbangkan perkara ni... Ye?"

Okay. Dia... Speechless. This is too much too handle.

Dengar kisah Zulaikha, dia bertambah-tambah kasihan dengan budak kecik tu. Tapi... dia tak ada  hati dengan Encik Nufail. Dan Encik Nufail sudah semestinya tak suka dia.

"Opah... kasi Nisa masa ye?" last-last itu sahaja yang mampu dijawabnya.

  

"KENAPA Cik tak kahwin lagi?" Entah kenapa persoalan itu yang meluncur dari bibirnya. Mungkin kerana sudah tiada topik yang hendak dibualkan. Memang dari awal mereka berdua nampak macam janggal. Al-maklumlah, seorang jarang berkawan dengan lelaki dan tak pernah bercinta, seorang lagi pintu hati sudah lama ditutup.

Anisa angkat kening sebelah kanan. Kepala ditoleh ke arah duda itu. Tangan yang sedari tadi sibuk mengkait buah rambutan, terhenti seketika.

   "Kenapa? Sebab belum sampai jodoh, nak buat macam mana. Soalan apa Encik tanya ni? Macam... awkward je." Anisa tepuk dahi. Sejujurnya, dia sendiri rasa janggal bila berdua dengan jejaka ini.

  "That's the truth right? We're awkward." Nufail keluh perlahan seraya belakang leher digosok.

Anisa terdiam. Ya, betul sangat cakap duda tu. Tapi sebelum tadi, tak ada lah awkward macam ni. Ini semua sebab paksaan Opah tempoh hari. Semua berlaku dengan sangat tiba-tiba.

Opah suruh dia kahwin dengan Nufail. Kena paksa beb, bukan ditanya dulu. Umi pun setuju je. Sumpah dia tak boleh brain lagi ni. Ni semua gara-gara Zulaikha kerap bermimpi arwah mama dia. Arwah mama dia maksudnya... arwah isteri Nufail lah kan?

   "Cik Anisa dah berpunya ke? Ini soalan serius. Kalau Cik dah ada, lebih mudah untuk kita batalkan semua ni."

Anisa tarik nafas dalam-dalam sebelum membuka mulut, "Saya forever single and never available."

    "Tak pernah ada... boyfriend?"  Nufail seperti kurang percaya tapi masih dengan nada dinginnya.

   "Tak ada masa nak bercinta, Encik. Selama 25 tahun hidup, fokus saya hanya pada belajar dan keluarga. Sejak abang ipar dan kakak saya berpisah, lagi lah bertambah-tambah tumpuan saya pada diorang. Saya tak kan panggil itu beban. Walaupun saya bukan anak sulung ataupun bukan anak lelaki. Tapi saya rasa tanggungjawab tu automatik tergalas atas bahu saya. Saya bahagia dengan hidup saya sekarang ni, walaupun tak ada ayah, tak ada abang, tak ada someone special.  Tapi itulah, kadangkala rasa macam... kami perlukan seorang ahli keluarga lelaki juga. Ibu dah tua. Kakak pun, anak nak masuk dua. Saya pun kadang bukan selalu ada dengan diorang." luah Anisa spontan. Sekali sekala bibirnya mengukir senyum pahit. Nufail terkedu. Dia terdiam seribu bahasa. Hanya telinganya sahaja yang tekun mendengar setiap butir bicara gadis itu.

   "I ask you once again, Cik betul-betul tak ada sesiapa?"

   "Encik dengar saya dengan jelas kan tadi? Saya rasa tak perlu explain banyak-banyak kali dah kut."

    "Then, marry me."

  Hampir terbeliak biji mata Anisa bila dengar dua patah perkataan yang keluar dari bibir jejaka itu.

   "Mar... Marry what? Marry you?" Anisa ulang perkataan Marry itu kuat-kuat. Kepala digeleng laju.

   "Jangan nak buat keputusan gila, Encik! Saya tak nak kahwin dengan Encik! It's... Its... Crazy."

  "It's crazy because... I'm handsome?" sempat lagi Nufail bergurau sambil tahan senyum.

  "Listen. Saya tak rasa ready untuk semua ni. Saya..."

"Tak pernah bercinta? I can teach you."  sekali lagi Nufail mencelah bicara wanita itu. Anisa bengang.

  "No way! No! Saya tak nak! Faham tak? Ish!" Galah buluh di tangan dilempar atas tanah. Plastik berisi buah rambutan yang berada di atas pangkin dicapainya.

  "Eh nak pergi mana?"

  "Balik lah! Mana lagi? Urgh."

  "Sikit sangat rambutan tu nak bawak balik. Tak cukup awak nak makan nanti. Saya ni dah lah tak pandai kait." kata Nufail berbaur gurauan.

  "Tak dengar tak dengar tak dengar." Memonong  aje Anisa bawa langkah menuju ke rumahnya bersama plastik berisi rambutan. Adalah dalam 20 biji. Sikit sangat tu. Ah lantaklah! Yang penting dia tak perlu hadap muka duda tu! Suka-suka hati dia je ajak orang kahwin.

Ingat orang apa? Tunggul? Pokok rambutan? Pokok pelam?

Lantak kau lah, Encik Nufail.

  

  

USAI membersihkan diri, Nufail keluar dari bilik air bersama lilitan kain tuala di pinggang. Fuh, rasa segar bila dah mandi wangi-wangi macam ni. Badan dia letih sangat. Mula-mula macam okey, tapi bila lama-lama ulang alik dari Kedah ke Penang setiap hari, boleh tahan penat. Ye, memang Penang dengan Kedah tak jauh mana. Tapi masalahnya, dia kena ulang alik. Dia ada lah rumah sendiri dekat Kedah. Tapi, Si Zulaikha memang tak boleh berpisah dengan dia dan Tok Mama dia. Jadi, terpaksalah dia berkorban demi anak yang tersayang. Untuk anak, semua boleh.

TOK TOK TOK!

Seketika kemudian, terdengar bunyi ketukan pintu biliknya.

"Fail! Fail! Tak siap lagi ke mandi tu? Lama betoi. Haih." Opah Tijah di luar bilik mengetuk bilik tidur cucu kesayangannya dan menunggu dengan penuh kesabaran.

"Kejap, Opah. Fail nak cari baju kejap." Nufail berura-ura mahu mencapai baju t-shirt dalam almari, tapi dia baru teringat sesuatu. Laju dia membuka pintu bilik tanpa menyarung pakaian terlebih dahulu.

"Opah, baju Nufail yang-"

"Opah, tadi Opah suruh cari-"

Nufail tak sempat habis ayat. Lidahnya jadi kelu bila Anisa tiba-tiba muncul dari arah belakang Opah. Bukan sahaja jejaka itu, Anisa malah terkesima buat sesaat lalu terjerit kecil memanggil ibunya.

"Ibu!

Kedua belah telapak tangan naik menutup wajah sendiri. Badan dikalih ke arah lain. Kakinya bagai dipaku pada lantai mozek rumah Opah. Kalau ikutkan dia dah lari tapi tak boleh! Saat ini, jantung dia, berdegup kencang.  Ya Allah menyesal dia datang kenduri arwah rumah Opah ni. Tapi nak buat macam mana. Ibu kena teman Kakak dekat rumah. Dia je lah wakil. Lagi satu, Opah mintak tolong dia masak apa semua. Memang wajib lah kena datang.

Pasal lamaran lelaki itu tempoh hari, Anisa terpaksa terima. Terpaksa okay! Ibu siap suruh suruh percepatkan lagi. Mati lah macam ni.

"Astagfirullahalazim!" Opah Tijah yang turut berada di situ, terkejut lalu beristighfar panjang.

"Nufail pi masuk bilik lekaih! Awat lah tak pakai baju! Masuk masuk!" Tubuh Nufail ditolak kasar oleh Opah Tijah tapi sikit pun dia tak berganjak. Otak masih belum dapat berfungsi

"Hah?" Dia baru perasan. Abdomen sasanya yang terdedah, dipandang sekilas. Astagfirullahalazim!

Kelam kabut jejaka itu masuk ke dalam bilik semula.

Astagfirullahalazim!

Jantung dia dah menggila dah ni.

Apa lah dosa seorang Nufail. Dah lah malu dua hari lalu  pun tak habis lagi. Ingat senang ke nak ajak orang kahwin. Tambah Si Anisa tu.

Dia buat semua ni demi Ikha, Umi dan Opah je. Semua sebab dia sayang mereka. Kalau tak, sampai tua kerepot pun dia tak akan setuju.

Ingat Nufail. Demi Zulaikha. Bukan sebab kau sayang atau suka dekat Anisa.

Dalam hati kau... cuma ada Safiyya Humairah.

TBC

 

Share this novel

Esjasz Malek
2021-12-07 14:31:51 

next chapter please

Esjasz Malek
2021-12-05 17:43:31 

best la..


NovelPlus Premium

The best ads free experience