BL 25

Humor Series 177133

"KERJA AKU DAH SELESAI." Ujar suara garau itu. Pisau belati yang dicemari cecair merah yang sudah kering dicampak ke tepi.

"Thanks Bro." Ujar suara lelaki di corong telefon.

"Ingat perjanjian kita!" Lelaki itu senyum sinis seraya memutuskan panggilan. Telefon bimbitnya dicampak ke atas meja sebelum dia bertindak membuka pakaian yang dipakainya. Dia berlalu ke dalam sebuah bilik. Sarung tangan dibuka dan dicampak ke dalam ke dalam tong dram lalu di bakar.

Air sinki dibuka. Sisa kotoran di tangannya di bersihkan. Paip air dipusing sebelum dia keluar melabuhkan punggung di kerusi. Sekotak rokok di atas meja di capai lalu sebatang di keluarkan.

Diam matanya memandang gambar-gambar yang melekat di dinding Dan matanya terhenti di gambar terbaru yang baru di terima.

"I can't wait to see you." Terukir senyuman sinis di bibirnya.

"TUAN." Seorang pengawal di dalam rumah agam itu menggamit perhatian Mr. Arlo. Tubuh dibongkokkan 90 darjah sebelum dia kembali mendekati Mr Arlo yang hanya berdiri berhampiran.

Mr Arlo memandang pengawal yang lengkap bersenjata api itu kemudian dia menjongketkan keningnya.

"Kenapa?"

"Ada barang untuk Tuan." Sebuah kotak hitam dihulurkan oleh pengawal tersebut. Dahinya berkerut.

"Siapa hantar?" soal Mr. Arlo. Dia memamdamg penutup kotak tersebut dengan perasaan curiga.

"Barang ini di tinggalkan kurier di luar." Tajam mata Mr Arlo memandang penutup kotak itu apabila pengawal tersebut berkata sedemikian.

"Buka." Mr Arlo mengarah pengawal itu membukanya.

Tanpa rasa was-was, penutup kotak itu dibuka oleh pengawal itu.

Bush!

Satu kepala yang belumuran darah yang di letakkan di dalam kotak tersebut membuatkan lelaki itu terus mencampak kotak itu dengan penuh rasa terkejut.
Bibirnya juga tidak lepas daripada mengeluarkan makian.

"Tuan" Suara lelaki itu jelas kedengaran agak panik apabila melihat kepala manusia itu.

"Who the hell dare send this package to me?!" Matanya mencerlung tajam di hadapan. Siapakah yang berani bermain dengannya?

Lelaki itu terus melangkah mendekati kotak yang terjatuh dengan isinya sudah bertaburan di lantai dengan terburu-buru. Kotak tersebut diambil lalu setiap bahagiannya diperiksa.

"Tiada nama dan pengirim Tuan, Tapi.."
Matanya tertancap pada sehelai kertas kecil yang terselit di celah-celah kotak tersebut. Kertas itu di serahkan kepada majikannya.

Mr Arlo kemudiannya membuka lipatan kertas itu lalu isi tersebut dibaca. Wajah Mr. Arlo menegang. Bebola mata Madelaine pula sudah bertukar kemerahan. Dia mengetap rahangnya kuat. Helaian kertas itu kemudiannya digumpal dengan perasaan amarah yang membuak-buak.

YOU SEE THEIR LAST MOMENT PEOPLE SHOW YOU WHO THEY REALLY ARE!
-JOKER

Telefon pyang berdering membuatkan Mr Arlo mendengus kasar. Poket suitnya di seluk telefon di capai lalu jarinya menggesek kasar di atas permukaan skrin tersebut.

"hmm?"

"Our factory." Mr Arlo menarik nafasnya sedalam yang mungkin. Cuba untuk bertenang.

"Ter..bakar Tuan." Mati kata. Terpancar pada wajahnya bening kemarahan.

"Fuck!" Keluar segala caci maki di lemparkan Mr Arlo.Penumbuk di gengam erat. Dia terus menekan butang merah yang terpapar pada skrin.

"OKEY Abah, Hati-hati tau. Orang tunggu kat rumah."Setelah selesai bebual dengan Megat Othman Farah menamatkan panggilan. Telefon di letakkan di meja di tepi katil. Usai itu dia terus membersihkan diri.

Pintu kamar mandi di tutup rapat. Tubuhnya terus di rebahkan di atas katil. Mata dipejam mahu menenangkan diri. Tubuhnya terlalu penat. Namun sesaat bibirnya tersenyum nipis sebelum dia memeluk tubuhnya sendiri. Lebih tepat lagi, dia memeluk baju kemeja putih besar yang tersarung di tubuhnya. Baju Gibran.

Tok! Tok! Tok!

Farah tersenyum lebar mendengar bunyi ketukan pintu itu. Laju dia terjun dari katil dan berlari ke pintu. Anak kesayangan dah balik! Pintu dikuak luas. Teruja.
Seharian bekerja di luar. Rindu membuak-buak dengan si kecil itu.

"Ghaziy Sa...yang" Rasa teruja hilang dan digantikan suasana dingin apabila melihat lelaki asing yang berdiri di hadapannya itu.

Senyuman yang gembira serta merta mati. Pintu ingin kembali di tutup namun lelaki itu menolak kasar pintu itu menghalangnya dari tertutup. Terus dia berlari ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kasar.

Farah memandang tajam lelaki itu. Dia terundur ke belakang selangkah demi selangkah.

"Kau siapa?"

Dia terundur selangkah demi selangkah. Farah kekal tenang walaupun lelaki yang sangat asing itu membuka langkah ke arahnya.

"Dia hantar kau?" nada suara Farah mula keras.
Matanya menentang berani pandangan menakutkan lelaki itu.

Diam. Lelaki itu hanya tersenyum sinis.

Lelaki itu tidak menjawab. Malah dia terus menerpa ke arah Farah dan mencengkam erat kolar baju kemeja yang tersarung di tubuh gadis itu. Farah menepis tangan kasar itu. Namun dia tersalah langkah.

"Lemah!" Ejek lelaki itu lantang sebelum dia mencengkam erat kolar kemeja Farah sebelum tubuh wanita itu dilempar mudah ke atas katil.

Farah tersentak. mendengus kasar. Dia cuba untuk bangun dan namun lelaki tadi menekan kuat lehernya mengunakan siku ke katil. Mengunci pergerakannya.

"That bas..tard,Dia yang hantar kau kan?" Tanya keras.

Farah mahu melawan walaupun laluan nafasnya mula terasa sempit.

"Diamlah betina kau nak mati ke!" Ugut suara itu seraya menambah lagi tekanan di leher Farah.
Farah tersenyum sinis. Dia meludah pada wajah lelaki asing itu.

Pang!!!

Tamparan kuat itu membuatkan pipi Farah berasa panas.

"Barua!"

Serentak dengan suara keras itu, tubuh lelaki tadi ditolak kasar menjauhinya.

Bukkk!!!

Tanpa teragak-agak, Farah melayang satu tendangan tepat di bahagian perut lelaki itu. Tanpa sempat lelaki itu mahu stabilkan diri, Farah melayang lagi satu sepakkan padu di tempat yang sama.

"Bodoh."

Lagi.

Bukkk!!!

Dan lagi.

Lelaki itu jatuh terbaring di atas lantai. Berkerut dahinya menyentuh bahagian yang terasa sakit dengan sepakkan padu itu bertubi-tubi.

Farah menunduk mencengkam kolar jaket lelaki itu. Tanpa kata, tumbukan dilepas. Bertubi-tubi tumbukan singgah di muka lelaki asing itu.

"Aku bukan anak ikan untuk kau pancing la sial."

Sehinggalah lelaki asing itu lembik dibuatnya.
Malah ada cecair merah pekat mengalir dari hujung bibir lelaki itu. Tulang pipi dan rahang lelaki itu mula berubah warna.

lelaki itu meludah ke tepi apabila ada rasa pedih di dalam mulutnya. Darah. Dadanya berombak kasar.
Belum sempat lelaki itu mahu bertenang, Laju Farah angkat kaki menendang kuat di kepala lelaki itu. Berkerut wajah itu menahan kesakitan dan

diam.

Lelaki itu mendegus kasar. Farah segera bergerak di tepi meja katil telefonnya di capai panggilan di buat. di menoleh ke arah lelaki itu yang diam terbaring dengan nafas yang laju.

Mendengar sesuatu yang dilanggar kasar sehingga terjatuh Farah laju memusingkan tubuh ke arah lelaki tadi semula. Hilang. Dia mendecit kasar melihat lelaki itu yang berusaha berlri keluar dari bilik.

Tiada niat ingin mengejar lelaki itu. Farah hanya memerhatikan dari jauh.

"Bodoh!" Gumamnya perlahan. Tangannya naik memegang lehernya. Sakit.

MATA Megat Omar mengerling ke sebelahnya. Lelaki itu hanya diam di tempat duduk bahagian pemandu. Lalu iPad yang berada di dalam tangannya dihulurkan kepada lelaki itu. Huluran itu di sambut. Usai memerhati segala perkara dan melihat isi di dalam kandungan peranti nipis itu, Ipad dikembalikan kepada Megat Omar yang hanya memerhati dari tadi.

"Kerja yang bagus."

"So what next?."soal Megat Omar sambil tubuhnya
dipalingkan ke arah sisi sedikit. Memandang
Lelaki itu kelihatan tenang saja.

"Aku serahkan pada kau." kata Lelaki itu mendatar. Pandangannya dilontarkan ke arah luar tingkap kereta.

Megat Omar mengangguk pelahan, Tiba-tiba telefon di berbunyi. Nama di screen di pandang. Berkerut dahinya. Panggilan itu dijawab. Mendengar bicara di hujung talian dia mengepal penumbuknya.

"I'm on my way."Ujarnya dan panggilan terus di mati.

* Ada 1 lagi chapter yang akan di update :) selepas itu akan di unpblsh ye sebab akan di edarkan pada 18/06/2023 Jam 8 malam.

* Ada dua akan dia keluarkan Call Girl & Bunga Larangan

* dan untuk pembelian kombo RM20 & Single RM12 .

*Untuk order boleh PM ?+60 14?646 8617?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience