"Kenapa auntie nak jumpa Hanis?"
Farhanis melabuhkan punggungnya di sisi ibu saudaranya. Pandangan di buang ke arah tasik yang terbentang luas.
"Hanis masih sukakan Abang Darris?"
Tanpa berselindung, soalan diajukan tepat ke wajah Farhanis.
"Hah? Auntie tanya apa ni?" dahi Farhanis berkerut.
"Jawab jelah, suka ke tak?"
"Err, suka tu memanglah tapi kan auntie yang suruh Hanis lupakan Abang Darris. So..." bahu dijongketkan.
"Macam mana kalau auntie nak tolong Hanis dapatkan Darris semula?" kening dijongket menantikan jawapan Farhanis.
"Ish, dia kan dah kahwin."
"Kahwin tapi tak bahagia, tak guna juga."
"Tak bahagia?"
Farhanis ni suka betul buat orang cakap dua kalilah. Dah dengar tapi suka ulang balik soalan.
"Yalah, si Amanda tu ada jantan lain belakang Darris."
"Mana auntie tau?"
Dalam hati Farhanis dia tidak percaya. Walaupun dia pernah lihat Amanda berpenampilan berbeza namun dia nampak di mata Amanda, kasihnya utuh buat Darris.
"Eh auntie nampak dengan mata kepala auntie sendiri. Bukan tu je, dia tu bukannya bertudung pun. Pakai pun macam kedai kain dah terbakar pula. Bukan main seksi." cerita Darmawati.
Farhanis tidak terkejut dengan cerita itu tapi yang dia tidak sangka ibu saudaranya tahu penampilan Amanda yang sebenar. Bagaimana emak Darris boleh tahu?
"Ye ke? Macam mana auntie tau?" sengaja Farhanis ingin menyoal siasat.
"Kantoi depan mata auntie lah.
"Ish biar betul."
"Ya, Hanis. Sebab tu auntie tanya, Hanis nak tak dengan Darris balik? Auntie dah tak berkenan dengan perangai perempuan macam tu. Kalau Hanis nak, auntie boleh tolongkan."
"Tapi, Hanis dah tak boleh nak dekat dengan Abang Darris. Sebab..."
Darmawati berkerut namun dia tetap masih sentiasa menanti jawapan Farhanis seterusnya.
"Sebab... Fazneeta dah balik. Lagipun, Abang Darris bukannya nak pun. Dia mesti setia dan sayangkan Amanda kan."
"N-Neeta dah balik?" gugup soal Darmawati.
Farhanis hanya mengangguk. Lagipun dia yakin Darris takkan pilih dia ataupun perempuan lain selain isterinya.
"Apa kata auntie satukan balik Abang Darris dengan Kak Long. Diorang berdua kan pernah bercinta dulu. Apa salahnya auntie just teruskan pernikahan diorang nanti." cadang Farhanis.
Walaupun dia sendiri sudah terluka. Dan demi kebahagiaan kakaknya, dia sanggup berkorban apa jua.
Suasana makin sunyi. Darmawati masih terkejut kerana kewujudan Fazneeta telah pulang kembali ke pangkuan mereka.
Farhanis hanya cuma mampu berdiam. Kolam matanya mula berair. Namun takut ibu saudaranya tahu, dia terus seka air matanya perlahan-lahan.
Semoga abang bahagia, gumam Farhanis dalam hati.
segalanya akan terlerai
Share this novel