" Blaze!"
" Blaze!"
" Blaze! Kita dah sampai."
" Eeii. Budak ni kan, nak kena."
Sebakul baldi penuh dengan ketulan ais dicampak ke muka Blaze.
" Bangun pun. Best tidur? Mimpi apa? Makanan? Bangun, jangan tidur."
" Sunset? Mana dapat ais ni?"
" Dari mana lagi kalau bukan Amy?"
" Maaflah. Saya terlalu penat berjaga tengah malam untuk pastikan tiada orang serang hendap. Kau pulak senang je tidur. Patutnya berjaga dengan aku. Apa-apa jelah. Aku nak gi makan. Lapar~"
"Dah bangun? Nyenyaknya kau tidur siap berdengkur~ hihihi". -- Ini Thorn. Poison Thorn, penyekat dan penyembuh. Lelaki. Personalitinya ialah Pelawak. Kuasa tumbuhan, peneman sisinya Pinkie Pie dan buaya jenis biawak yang kecil haiwan peliharaannya, Gummy. Batu Kristal Rubellite di sebelah telinga kiri dan Emerald di sebelah telinga kanan. Sangat tidak matang tetapi apabila sampai masa untuk lawan, dia bukan diri yang mereka kenal, terlalu matang.
" Dia memang begitu. Kamu tahukan kalau dia berjaga selama seminggu, tidur macam pesakit koma, 2 minggu 4 hari 3 malam. Barulah sedar.". -- Shadow. Sebaya rakan-rakannya, 14 tahun. Lelaki. Personalitinya Emo. Kuasa bayang, ketakutan dan asap gelap, penemannya AppleJack dan haiwan peliharaannya anjing, Renona. Batu Kristal Citrine sebelah telinga kiri dan Black Sapphire sebelah telinga kanan. Cepat cemburu terhadap Blaze tetapi tetap kawan baik dan risau akan kawan-kawannya.
" Shadow, cuba cermin diri kamu. Kamu pun dua kali lima je macam Blaze. Bersekepala. Fikir benda sama dan suka bertindak melulu. Cakap orang je lebih.". -- Hanie Cilindra, perempuan. Personalitinya Gembira, kuasa solar, cahaya dan kesilauan. Rarity penemannya dan kucing hutan haiwan peliharaannya, Seamore. Batu Kristal Diamond, telinga kanan dan White Zircon, telinga kiri. Seorang yang peramah terhadap sesiapa termasuk musuhnya sehinggakan jadi kawan.
" Sebab itulah Sunset dengan Blaze, AppleJack dengan Shadow supaya mereka dapat menahan Shadow dan Blaze daripada bertindak melulu. Betul tak, Amy?". -- Thunder Bolts, lelaki. Personalitinya Garang, kuasa petir, laju dan elektrik. Rainbow Dash, peneman yang setia dengan Thunder dan kura-kura haiwan peliharaannya, Tank. Batu Kristal Tanzanite, kiri dan Idocrase, kanan. Berlagak dirinya hebat daripada yang lain dan perasaan bijak tetapi tak sebijak Ryn.
" . . . Hmm". -- Amy, perempuan. Personaliti yang tenang menghadapi sesuatu, kuasa ais. FlutterShy yang pemalu menjadi penemannya dan arnab bernama Angel. Batu Kristal Sphene, kanan dan Snowflake Obsidian, kiri. Pendiam, tidak suka mencampur tangan dan suka haiwan liar.
" Sudahlah. Kita di sini untuk mendapatkan semula senjata-senjata Puteri Limau iaitu keris, kain sutera, kipas tangan, tongkat sakti dan reben daripada Hawk Moth.". -- Ini Ryn Rivaille, perempuan. Personalitinya bercantum dengan Twilight Sparkle, penemannya, Bertanggungjawab dan Kebijaksaan. Kuasa Gempa dan burung hantu, Owlolicious haiwan peliharaannya. Batu Kristal Amethyst, kanan dan Smokey Quartz, kiri. Ketua dalam kumpulan The Main Seven, prihatin terhadap kawan-kawannya malahan penemannya dan bijak dalam strategi.
" Tidak mengapa. Kita bukan lagi manusia biasa dalam dunia ini. Kita nempunyai kuasa ini pun sebab dunia ni sendiri pilih sikap dan emosi untuk kita, Mavis.". *sambil main api di tangan* -- Saya Blaze Breeze, lelaki. Personaliti Bersaing, kuasa api, Sunset Shimmer penemannya dan serigala alpha, Leo. Batu Kristal Almandine, kiri dan Fire Agate, kanan. Seorang yang protective terhadap kawan-kawannya dan hilang kawalan, menjadi demon jika kawan-kawannya diserang.
'semua ini berlaku semasa di dunia sebenar.' bisik hati Blaze.
~ IMBAS KEMBALI~
" Hebat betul Irma. Sukan masuk sampai wakil antarabangsa, olimpik masuk, sukma masuk dan sukan Malaysia panggil dia untuk sertai sukan. Pasti dia rasa bangga dengan diri sendiri. Tak adil." - bisikan pelajar.
" Bukan itu sahaja, tengoklah dia punya keputusan periksa. Perfect. Terlalu perfect. Kita pun takde peluang tanding ngan dia. Menyampah pulak. Akak pengawas pula tu, silat dengan taekwondo pun masuk." - bisikan pelajar.
" Silat dengan taekwondo, dia dah siap belajar. Sekarang ni dia mengajar student silat dengan taekwondo. Bolehlah hebat juga dia." - bisikan pelajar.
Itulah Blaze sebelum masuk dalam game, Irma Marigold yang ramai disukai cikgu- cikgu di sekolahnya. Sukan dan akademi seimbang. Seorang yang kuat tidur dalam kelas semasa belajar ataupun semasa periksa. Cikgu aneh dengan perangainya yang kuat tidur, malas belajar dan dapat tangkap pelajar yang bawa barang larangan ke sekolah. Kelemahannya tidak boleh berseorangan di atas pentas. Misteri ~
Di Sekolah kluster, kelas tingkatan 2 -
" Kalahkan dia!! Cepat! Sikit lagi!"
" Yuvienne, dah siap jawab?"
" Menaaang!! Yeeaah! Level uup!"
" Yuvienne!"
Dengan perlahan Yuvienne memandang cikgu, " Ya. Sudah, cikgu."
" Boleh ke ganggu pelajar lain?"
" Tak boleh, cikgu."
" Kenapa bawa PSP ke sekolah?"
" Untuk main selepas jawab. Senang sangatlah soalan, soalan bulan lepas."
" Cikgu pelik sangat dengan kamu. Rampas banyak mana pun, masih ada lagi. Kamu bawa berapa ke sekolah?"
" Saya rasa, saya tidak perlu jawab soalan cikgu. Jika saya jawab, cikgu akan ambil kesempatan untuk buat spot check pada beg saya. Lagipun, saya bawa merata beg ini dan sentiasa dengan saya."
' Kenapalah budak ini pandai jawab cakap cikgu, betullah juga apa Yuvienne cakap' bisik hati cikgu.
". . ."
" Cikgu, izinkan saya menyambung main PSP?"
Cikgu pergi tanpa menjawab soalan Yuvienne dengan malu. Yuvienne main semula seperti tiada apa yang berlaku.
- Itu Shadow sebelum masuk ke dalam game, Yuvienne Ragami. Seorang yang pemberontak apabila rasa dirinya betul. Suka main game dimana sahaja termasuk sekolah tetapi waktu makan tidak boleh. Akademi bagus, sukan sederhana.
Ryn tengok kerenah Yuvienne dari depan hujung kelas.
" Haaih ~ Yuvienne. Memang payah nak mengalah walaupun dengan cikgu." sambil melukis dalam buku lukisan. Ryn bangun dari kerusinya pergi berhadapan dengan cikgu.
" Cikgu, saya ingin minta maaf atas nama Yuvienne kerana tidak beradab dengan cikgu. Boleh cikgu maafkan dia?" Ryn bercakap dengan nada yang lembut.
" Heii! Saya masih boleh dengar dari sini!" marah Yuvienne.
" Ryn. Kamu tak perlu buat begini untuk Yuvienne. Kenapa buat begini setiap kali Yuvienne buat sesuatu yang menyakitkan hati cikgu?" tanya cikgu.
" Yuvienne sahabat saya, juga Irma, Affrin, Amy, Hanie dan Mira. Saya sebagai sahabat mereka, saya rasa malu apabila salah seorang sahabat saya buat sesuatu yang memalu seperti situasi tadi."
" Ryn ~ Kamu memang sahabat yang baik. Sahabat-sahabat kamu pasti bangga dapat sahabat seperti awak. Cikgu maafkan Yuvienne kerana awak nampak desperate untuk cikgu maafkan Yuvienne. Jangan risau. Pergi duduk."
Ryn duduk dengan rasa malu. Ryn ternampak suatu bayang-bayang lalu depannya. Cepat-cepat Ryn pandang depan. Rupa-rupanya, Yuvienne sedang berhadapan dengan cikgu.
" Cikgu. Saya..... saya..... saya nak ..... minta maaf. Saya tahu yang saya sudah banyak kali sakitkan hati cikgu. Saya tak berfikir panjang tentang perasaan orang lain. Saya minta maaf. Beribu-ribu kemaafan." Yuvienne bercakap dengan teragak-agak sambil berlutut depan cikgu. Dengan perasaan malu.
" Cikgu sentiasa maafkan anak murid cikgu. Yuvienne, kamu memang murid yang bagus, bijak dan pandai selesaikan masalah sendiri malahan cepat bertindak. Cuba ubah sikap negatif kamu itu. Dah, pergi duduk." pesan cikgu.
Yuvienne duduk tempatnya dengan perasaan yang malu. Sambung main PSP dengan senyap.
Ryn senyum sinis sambil melukis dengan tekun. Dia tahu bahawa Yuvienne akan bertindak begitu.
- Ryn Rivaille sebelum masuk dalam game. Suka memalukan kawan-kawannya dan suka mengenakan orang. Ingat dirinya bagus daripada yang lain. Tidak suka lipas terbang.
Di MRSM, luar bangunan -
"Aaaaaaaaaaahh!!"
"Tolong! Panggil cikgu cepat! Ada budak kena rasuk." jerit Mira.
"Bawa dia ke bilik. Cepat!" jerit cikgu.
"Cikgu, saya rasa lebih bagus kalau kita bawa dia ke tempat yang kecil dan sempit. Apabila dia terlepas daripada rasukan, 'benda' itu tak dapat sangat halusinasikan kita." jawab Mira.
"Baiklah, cikgu percaya pada kali ini. Cepat!" jerit cikgu.
Cikgu buat apa yang Mira cadangkan dan akhirnya ia berjaya menghilangkan 'benda' itu.
"Mira, apa yang kamu cakap itu betul. Cikgu bukan sekolah ini rasa amat kagum dengan kebolehan kamu. Teruskan usaha mencapai cita-cita kamu. Cikgu pergi dulu ya?" pesan cikgu kepada Mira. Dia hanya mengangguk bermakna 'ya silakan'.
- Mira Amiera, Poison Thorn seorang yang serious pada masa yang tertentu dan pelawak pada masa tertentu. Mempunyai 'six sense' boleh nampak dan berkomunikasi dengan benda ghaib, yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
~KEMBALI KE ASAL~
'Panjang sangatlah nak flashback. :-( Haa... Apa kata flashback time reunion kat rumah aku? Kan semua hadir. He He He.' bisik hati Blaze yang gembira ingat masa silam sedangkan kawan-kawannya membuat pelan untuk dapatkan semula 'treasure'. Sunset hanya pandang dari jauh melihat tingkahlaku Blaze seperti kanak-kanak ribena dengan menggelengkan kepala sambil senyum dalam diam.
"Apalah yang Blaze sedang fikirkan? Haih~ dia ni kan. Hmm. Takpelah. Best jugak tengok flashback dia. Harap dia teruskan." Sunset berbisik kepada diri sendiri.
~FLASHBACK SEMULA~
"Awalnya Amy datang. Rindu sayalah tu kan~" usik Irma.
"Tak ingin dia rindu pada kamu. Dia rindu pada kucing kamu tu. Yang berusia lapan tahun dah." menyampuk Affrin.
- Affrin Junior sebagai Thunder Bolts. Seorang yang sayangkan kawan-kawannya terutama kawan baiknya Amy. Suka kacau orang, bersekepala dengan Yuvienne dan Rien termasuk Irma.Bergaduh dengan pembuli yang buli Amy.
"Affrin, tak baiklah menipu. Betullah tu saya rindu Momot, kucing yang berumur lapan tahun. Paling saya rindu ialah kawan-kawan saya." Amy berkata-kata dengan penuh rindu pada kawan-kawannya.
- Amy T.S before in the game. Baik hati,peramah dan pendiam. Selalu menjadi orang tengah jika ada pergaduhan antara kawan-kawannya. Bijak dalam matematik.
"Amy~?" jeritan dari jarak jauh sudah pun dikenali iaitu Hanie Cilindra yang sedang berlari ke arah Amy.
"Riiindu sangat pada Amy~!" dalam pelukan Hanie, Amy cuba menenangkannya.
"Tak rindu kami ke~?" tanya Yuvienne.
"Tak :-" balas Hanie dengan selamba sambil memeluk Amy manakala yang lain masih dalam heart broken selepas dengar kata-kata Hanie.
"Janganlah sedih sangat~? Saya gurau je tadi. Janganlah ambil sangat kata-kata saya~? Mestilah saya rindu awak semua~?" kata-katanya yang memberi impak besar pada mereka semua terus diubati oleh kata-katanya yang mengharumkan persahabatan mereka.
-Hanie Cilindra seorang yang 'happy go lucky'. Yang setiasa dalam fikiran positif. Rapat dengan Amy. Antara perempuan yang kuat mengambil gambar tetapi bagus juga sebab dapat simpan memori yang indah.
"Apa yang kamu semua sedang borakkan? Marilah masuk nanti makanan sejuk pula. Tak sedap dimakan.Cepatlah masuk. Selepas itu, kita akan- "
" MAIN VIDEO GAME TERBARU YANG IRMA BINA~!" tidak sempat Irma habiskan kata-katanya, Yuvienne masuk menyampuk kata-katanya.
"Suka sangat menyampuk kata orang, Yuvienne ni :-V" Irma marah dengan memukul belakang Yuvienne.
"Yeke?! Apa tunggu lagi? Jom makan lepas tu main game buatan Irma!" pecut Mira masuk duduk bersedia atas kerusi.
Irma dan kawan-kawannya makan dengan gembira sambil mengenang semula dengan cerita pengalaman mereka sendiri.Selepas siap makan semua, apa lagi? Berlari naik ke atas dalam bilik Irma belaka serbu bilik Irma. Apabila semua sudah ada kat dalam biliknya, Irma mula mengeluarkan sesuatu daripada laci. Tujuh set tablet dengan warna masing-masing.
"Rien, tablet berwarna ungu." Rien bergerak ke arah Irma untuk mengambil aplikasi tersebut dan diikuti yang lain mengambil mengikut nama masing-masing.
"Yuvienne, jingga. Amy, kuning. Mira, merah jambu. Hanie, putih. Affrin, biru. Semua sudah dapat warna masing-masingkan? Saya warna merah. Maaf Amy sebab warna kamu semua mengikut personaliti masing-masing. Sekarang ikut arahan saya kerana ini sangat penting untuk kamu semua menjadi player pertama yang main." pesan Irma dengan pandangan serious.
Semua tiada pilihan selain patuh apa yang Irma akan katakan. Selepas patuh apa yang Irma katakan, keluar hologram bentuk headphone dan earphone yang tidak mempunyai wayar sambungan. Mereka perlu pilih antara dua pilihan tersebut. Dengan secara tiba-tiba, keluar perkataan dengan dua pilihan juga sama ada jantina perempuan atau jantina lelaki. Masing-masing mengikut pilihan masing-masing termasuk Irma.
Selepas itu, mereka bina karakter sendiri yang terpapar dalam fikiran masing-masing selepas pilih jantina. Di samping itu, hologram tersebut tiba-tiba bertukar menjadi realiti dan bergerak ke telinga masing-masing kiri dan kanan dengan kristal pilihan komputer. Sudah selesai membuat ikut arahan, tablet tersebut bercahaya dan menyerap semua masuk dalam tablet sendiri termasuklah Irma.
Di suatu tempat yang sekeliling mereka hanyalah cahaya putih dengan seorang diri dalam bentuk karakter sendiri. Selepas jalani ujian kemasukan sekolah? Pejam celik sudah berada dalam kelas.
(Type: Anime World)
"Selamat datang ke Sekolah Akademi Fantasi Gamer. Sebelum memulakan tajuk kita, saya sebagai wakil sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih sekolah ini. Dan saya tahu ada banyak soalan dalam kepala awakkan?" seorang perempuan yang berumur 20-an berkata.
"Kita di mana ni? Kamu siapa pula? Dan bagaimana kami ada dalam game?!" tanya seorang budak yang penuh dengan tanda soal di atas kepalanya tetapi emosi tidak sesuai dengan soalannya.
"Jangan risau. Saya akan jelaskan semuanya pada hari ini." sambil memberi senyuman kepada mereka.
"???" :-|
o_O "Ah! Kamukan....-"
Share this novel