72

Romance Series 93218

Dua minggu kemudian...


Sejak seminggu yang lalu, Aayra menjadi peneman setia suaminya di hospital. Setiap hari tanpa gagal Aayra akan mengalunkan ayat - ayat suci al-quran buat Harraz. Di pengakhiran bacaannya Aayra pasti akan mendoakan kesejahteraan buat suaminya. Walaupun sudah hampir sebulan lebih Harraz dirawat di dalam wad ICU ini, namun dia langsung tidak menunjukkan tanda - tanda bahawa dirinya akan sembuh dalam tempoh yang terdekat ini. Lebih sayu lagi apabila Harraz terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas.

Mengikut laporan doktor, kemalangan yang dialami oleh mereka tempoh hari telah mengakibatkan buah pinggang Harraz mengalami kerosakan teruk. Selain itu serpihan kaca yang tertusuk ke jantung Harraz juga telah mengakibatkan Harraz kehilangan hampir banyak darah. Justeru itu pihak hospital terpaksa menjalankan pembedahan dengan kadar yang segera bagi memastikan keadaan Harraz selamat seperti sedia kala.

Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik - baik perancang. Ketika pihak hospital sedang mencari penderma buah pinggang yang sesuai untuk Harraz, Yasir dengan nekadnya telah menghulurkan bantuan. Lelaki itu sanggup mendermakan sebahagian buah pinggangnya kepada Harraz. Malah hasil dari pemeriksaan pihak hopsital juga menunjukkan Yasir sangat sesuai untuk dijadikan penderma kepada Harraz. Alhamdulillah hasil dari pembedahan itu, kedua - duanya selamat menjalani pembedahan dengan jayanya. Malah kesihatan Yasir juga dilihat semakin baik selepas menjalani pembedahan itu.

“Assalamualaikum abang. Sayang datang ni. Abang sihat? Sayang harap condition abang akan bertambah baik dari hari ke hari. Abang jangan risau. Sayang akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abang. Lagipun sayang dah tak sabar nak tunggu abang sedar. Banyak cerita yang sayang nak kongsikan dengan abang. So, abang janji dengan sayang yang abang akan sembuh cepat ok?" Bisik Aayra di telinga Harraz.

Begitulah rutin hariannya setiap hari apabila bertemu Harraz. Ada sahaja perkara yang ingin dibualkan bersama suaminya walaupun Harraz langsung tidak memberi sebarang respon terhadap kata - katanya. Bahkan setiap hari juga Aayra akan membantu membersihkan tubuh suaminya tanpa jemu. Tindakannya itu sering mendapat pujian dari jururawat - jururawat serta doktor - doktor di situ. Kata mereka, mereka sangat mengagumi semangat positif yang dicurahkan Aayra kepada suaminya. Jika berterusan begitu, tidak mustahil andai suatu hari nanti Harraz juga akan menunjukkan respon yang positif.

“Abang, abang tak rindu ke dengan anak - anak kita? Nuffan dan Nufael selalu tercari - cari daddy dia orang. Dia orang terlalu rindukan abang tau. Abang nak dengar suara dia orang tak? Kejap ye sayang bukakan vidoe ni untuk abang." Bisik Aayra lagi sekali gus dia membuka telefon bimbitnya lalu video ringkas Nuffan dan Nufael diletakkan di telinga Harraz. Suara anak - anak kecil itu kedengaran begitu teruja bermain dan menyahut saat nama mereka dipanggil.

“Sayang tahu abang pun rindukan dia orang kan? Kalau abang rindukan dia orang, abang kena cepat sihat tau. Nanti sayang bawa abang balik rumah dan kita main sama - sama dengan Nuffan dan Nufael ye? Kami semua rindukan abang. Bahkan semua family kita pun rindukan abang tau. Especially mummy. Hari - hari mummy akan call sayang tanyakan keadaan abang. Nampak tak betapa pentingnya abang dalam hidup kami semua? So, abang janganlah tidur lama sangat ok? Abang kena lawan semua kesakitan tu dan terus kuat demi kami semua." Entah untuk yang ke berapa kali Aayra membisikkan kata - kata semangat itu pun dia sudah tidak tahu. Namun apa yang pasti itulah harapannya untuk suaminya.

Doa Aayra semoga setiap bisikannya itu mampu didengari oleh suaminya. Biar Harraz tahu betapa dia sangat mengharapkan keajaiban terhadap kesihatan suaminya itu.

**************************************

Petang itu Aayra telah dikunjungi oleh Ezmal, Sofya dan juga Yasir. Memandangkan wad Harraz tidak boleh menerima ramai pelawat dalam satu masa, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berbual di sebuah kafe yang dibawah.

“Kak Aayra, Kak Aayra macam mana sekarang? Sihat?" Soal Yasir prihatin.

“Alhamdulillah akak sihat. Yasir pula macam mana? Sihat? Makan ubat tak?" Soal Aayra pula.

“Alhamdulillah Yasir pun bertambah sihat Kak Aayra. Mestilah Yasir makan. Mana boleh skip. Nanti ada yang membebel mengalahkan mom and dad." Ujar Yasir sambil menjeling ke arah Ezmal.

Ezmal dan Sofya yang sejak tadi hanya menjadi pendengar lantas tersenyum mendengar usikan Yasir.

“Kak Aayra..." Panggil Yasir perlahan. Kali ini riak wajahnya sudah mula bertukar serius. Malah Ezmal dan Sofya juga dilihat turut mempamerkan reaksi yang sama.

“Ya saya. Ada hal apa ni Yasir? Akak tengok dari tadi muka korang bertiga ni semacam aje. Ada apa - apa yang akak tak tahu ke?" Soal Aayra penuh curiga.

Ketiga - tiga mereka dilihat menarik nafas panjang sebelum dihela perlahan. Sofya lantas menggenggam jari jemari Aayra. Sejujurnya dia juga seakan terkejut sebaik mendengari berita itu dari mulut Yasir dan Ezmal. Justeru itu sebagai seorang sahabat, Sofya bertekad mahu hal ini dipertengahkan.

“Sebenarnya apa yang Yasir nak bagitahu Kak Aayra ni ada kena mengena dengan kemalangan yang menimpa Kak Aayra dan Abang Harraz sebelum ni." Yasir mula membuka mukadimah.

Aayra semakin bingung. Satu persatu wajah mereka ditatap. Hatinya mula berasa kurang enak.

“Kemalangan yang menimpa Kak Aayra dan Abang Harraz tempoh hari sebenarnya memang sudah dirancang oleh seseorang." Akhirnya Yasir meluahkan segala - galanya yang telah lama dipendam selama beberapa hari ini.

Mendengarkan hal itu, jantung Aayra mula berdegup kencang. Dadanya terasa sesak. Manakala peluh dingin mula memercik keluar sehingga membasahi tubuhnya.

Sesungguhnya dia tidak mampu berfikir dengan waras mengapakah hal seperti ini bisa terjadi. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh mereka sehinggakan ada pihak yang sanggup melakukan perkara seperti ini kepada mereka. Sungguh Aayra benar - benar terkedu.

“Ma.. Maa.. Mana Yasir tahu?" Soal Aayra gugup.

“Ada saksi kejadian yang datang jumpa Yasir dan Abang Ez selepas kemalangan tu terjadi. Mengikut cerita dia, dia ada di tempat kejadian semasa kemalangan tu terjadi. Malah dia dapat lihat dengan jelas ada sebuah kereta lain yang cuba menghimpit kereta Abang Harraz sehingga membuatkan Abang Harraz hilang kawalan lalu kemalangan." Cerita Yasir lagi.

“Taa.. Ta.. Tapi siapa yang sanggup buat semua ni? Saksi tu ada bukti ke?" Soal Aayra lagi.

“Ada, babe. Saksi tu memang ada bukti sebab di dalam kereta dia ada dashcam. So, apa yang terjadi tempoh hari semuanya dapat dirakam dengan tepat dan jelas oleh dashcam tu. Malah nombor plat kereta tu pun dapat dirakam dengan jelas." Kali ini Sofya menyampuk.

“So korang dah buat report polis? Apa tindakan polis yang selanjutnya? Siapa orang yang sanggup buat aku dan Harraz macam ni?" Soal Aayra bertalu - talu.

“Sebab tu kami datang sini jumpa awak. Sebab kami nak awak tahu siapakah gerangan yang sanggup melakukan semua ni." Sampuk Ezmal pula.

“Siapa?"

“Trisya!!" Jawab ketiga - tiga mereka serentak.

Sekali lagi Aayra tersentak. Nyawanya terasa bagaikan mahu putus sebaik mengetahui siapakah dalang di sebalik semua ini. Sungguh dia tidak menyangka gadis itu sanggup melakukan perkara terkutuk seperti ini demi untuk memuaskan hatinya. Malah dia sanggup membunuh demi kepentingan hidupnya sendiri.

“Allahuakhbar!! Tergamaknya hati dia buat semua ni. Besar sangat ke kesalahan Harraz tu kepada dia sampaikan dia sanggup ambil tindakan membunuh macam ni. Kalau betul pun dia berdendam, dia sepatutnya berdendam dengan Aayra. Bukannya dengan Harraz." Aayra meluahkan rasa kecewanya.

“Sabar, babe. Ingat Allah tu maha kuasa. Perempuan tu tak kan selamat. Sampai bila dia boleh melarikan diri? Lambat laun, dia akan tertangkap juga." Pujuk Sofya lembut.

“Tapi kenapa saksi tu tak terus buat report sedangkan dia dah ada semua bukti yang kukuh? Kenapa dia mesti datang jumpa Yasir dan Ezmal? Dan macam mana pula dia kenal korang berdua?" Soal Aayra lagi dengan penuh kemusyikilan.

Ezmal dilihat menarik nafas panjang sebelum memulakan cerita.

“Selepas aje kereta korang berdua terbabas, jalanraya mulai sesak. Kebetulan pula ketika tu saya dan Sofya memang melalui jalan yang sama. Tiba - tiba Sofya ternampak awak terbaring di tepi jalan dengan keadaan berlumuran darah. Tanpa fikir panjang kami terus berhenti kereta ke tepi dan saya terus call Yasir. Time tu kami memang tak dapat nak buat apa - apa memandangkan kereta Harraz betul - betul dah total lost dan terbakar. Sementara nak tunggu ambulance dan bomba sampai, tiba - tiba saksi datang menghampiri kami dan serahkan bukti ni kepada kami. Keadaan saksi pada ketika tu memang nampak sangat panik dan ketakutan memandangkan dia seorang pemandu perempuan. Jadi bagi menenangkan keadaan dirinya yang ketakutan itu, Yasir menawarkan diri untuk menghantar dia pulang. Sebab itulah dia tak buat seberang report polis memandangkan keadaan dia pada masa tu pun agak tidak terkawal. Mungkin kerana takut dan fobia. Tapi baru - baru ni saksi ada call Yasir bagitahu yang dia dah bersedia untuk jadi saksi kalau pihak kita nak buat report. Bila - bila masa sahaja dia sudi." Cerita Ezmal panjang lebar.

Nafas Aayra bagaikan tersekat. Dadanya berombak laju saat memikirkan kembali kemalangan yang telah menimpa dirinya itu. Masih segar di ingatannya bagaimana dia melihat tubuh Harraz tercampak keluar dari kereta tersebut sebelum ianya berpusing dan terbalik. Berbekalkan kekuatan yang masih bersisa, Aayra menggagahkan diri untuk keluar dari situ dengan menggunakan cermin di bahagian penumpang. Sebaik berjaya memboloskan diri, tiba - tiba kereta yang dinaikinya itu meletup dengan kuat sekali. Selepas dari itu, Aayra sudah mula tidak sedarkan diri.

“Aku serahkan hal ni kepada korang untuk ambil tindakan. Tolong pastikan Trisya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat!"

Aayra berlalu pergi meninggalkan mereka dalam keadaan terpinga - pinga. Dia tidak mahu terus berada di situ. Hatinya benar - benar sakit. Biarlah Yasir, Ezmal dan Sofya yang menyelesaikan hal ini. Lagipun Aayra percaya semua ini pasti akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang terdekat. Apatah lagi mereka

mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa Trisya di muka pengadilan. Semoga nasib suaminya terbela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience