BAB 7

Romance Completed 9808

AKU rasa macam ada yang tak kena aje ni antara Liza dengan Fatin. Fatin memang dari malam tadi serba tak kena. Selepas aje Fatin berjumpa dengan Devid, terus aje aku bertanya kepada Fatin, apa yang mereka bualkan.

“Oh tu. Hmmm, huh apa tu hmm, Oh ya Encik Dev tanya aku pasal projek dekat Singapura tu. Kev yang dekat JB sekarang ada projek dekat Singapura. So, Encik Dev tanya aku, yang Kev dekat SJ ni masih simpan lagi tak maklumat tender yang dulu punya. Tahun 2013. Aku cakaplah, kena tanya Zahir. Sebab Zahir uruskan benda ni dulu masa Zahir dekat SJ lagi.”

“Betul ke ni?” Tanya aku ragu-ragu. Yang pelik, kenapa aku nak tahu sangat ni?

“Betullah. Kau tak nampak ke yang Encik Dev tu masih dengan baju kerja dia lagi? Kalau kau nak tahu, dia tu dahlah pagi tadi ke Singapura, lepas tu, petang ke Melaka. Ini pula dia singgah ke Kuala Lumpur jap, jumpa dengan Encik Kevin, tanya pasal projek tu. Sekarang, baru baru balik semula ke Melaka. Kalau aku jadi dia, aku dah malas nak ke sini balik. Penat je.”

Okay, macam boleh percaya, sebab aku pun perasan wajah Devid malam tu letih sangat. Tapi asal Devid macam sanggup sangat nak join hari keluarga ni? Dah sudah, asal aku ingat kata-kata Fatin malam tadi pula. Sekarang ada perlawanan ni!

“Sedia?” Laung Kak Tini yang berada di kerusi tinggi itu. Pemain-pemain bola tampar pantai yang lain mengangguk sudah siap bersedia.

“Okey mula!”

Bola tampar ni memang makanan aku. Dari dulu lagi aku memang suka mian bola tampar. Sebab apa? Entah, sebab nak tampar orang tapi tak boleh, so tampar orang dengan bola jelah. Contohnya....

“Aduh! Sakitnya Nisa. Tamparan maut tu.” Rengek Nabila.

Nabila terduduk dek kerana tamparan bola aku hinggap di dahinya. Macam bestkan? Sebab tu aku suka main bola tampar ni.

Liza, Fatin, Hui Fen dan Zara dah gelak bersuka ria. Iyalah, kumpulan kami dapat mata kut. Ini perlawanan bola tampar pantai antara company SJ dan company JB.

“Adatlah Biela oi. Bola tampar, kan?” Laung aku tersengih. Jahatkan aku?

“ Nampak sangat hati kau ni tak boleh terima hakikatlah Nisa.” Bisik Fatin di telinga kiri aku. Terdiam aku seketika. Tak habis-habis dia nak all out kan aku dengan Zahir, Haih.

“Uish, diam. Sekarang ni kita kena menang.” Aku dah tak sabar nak menang ni. Aku jarang kalah. Memang jarang kalah kalau main bola tampar ni.

“Kau tak payah cakaplah. Aku tahu memang kita menang punya.” Ujar Fatin pula. Aku tersenyum dan mengangguk. Mata aku tetap ke depan melihat arah bola yang ditampar oleh pihak lawan.

Aku undurkan diri ke belakang. Langkah kaki aku ke belakang beberapa tapak mengikut posisi bola yang dilemparkan. Kepala aku didongak dan melihat bola yang tinggi itu semakin menurun. Haih, tak kena tempat ni, lagi jauh. Ucap aku dalam hati. Aku undurkan tubuh aku beberapa langkah lagi dan....

“Hahhhhh!” Jerit aku kuat. Ingat dah tersembam dekat pasir pantai ni, tapi tidak.

Aku buka mata dan melihat siapa yang memaut tubuh aku dari belakang.

Kini mata aku dan dia bertatapan. Aku masih dengan posisi tubuh aku yang sama dan Devid masih sama belum melepaskan pautannya di tubuh aku. Betullah cakap Fatin, yang Devid ni hansome. Puji aku dalam hati. Haih, nak tarik balik pujian tadi boleh tak?

“Are you okay?” Tanya Devid prihatin. Aku rasalah suara tu macam suara prihatin. Lembut aje suara dia menangkap telinga aku.

Mata aku berkelip-kelip banyak kali. Kemudian aku mengangguk.

“Lepaskan saya.” Pinta aku lembut. Jap jap, kenapa lembut pula suara aku ni? Selalunya bila dengan Devid, aku cakap bukan main sinis lagi.

“Boleh. Itu tangan awak pegang sama saya punya bahu.”

Aku turutkan apa yang dia cakap. Aku tak hiraukan mata-mata mereka yang lain. Aku tahu, memang ramai sangat ni tengah tengok aku buat drama hindustan dekat pantai. Tapi Ya Allah, kenapa mata aku dari tadi tak boleh beralih? Masih saja mata aku ni nak tenung sepenuh wajah Devid.

“Saya minta maaf pegang awak tadi. Saya pegang pinggang dan tangan awak.” Ujarnya.

“Awak okey tak Nisa?”

Aku diam. Tak tahu kenapa, aku macam patung berdiri di depannya kini. Sekarang tubuh aku dah tegak berdiri semula. Devid pula dah berada di depan aku. Mata aku ni, aku tak tahu kenapa asyik tengok muka si Devid aje. Soalan Devid pun dari tadi aku tak jawab. Bisu ke ni?

“Fatin. Tolong Nisa. Saya tak tahu kenapa dia diam. Terkejut mungkin.” Aku dengar lagi suara Devid yang sepertinya memanggil Fatin.

Pappp! “Hey Nisa! Pekak ke?” Fatin menampar kuat bahu aku. Huh, baru aku tersedar!

“Kenapa?”

“Kau tu dah jatuh cinta.”

“Eh, bila masa?”

“Baru kejap je tadi kau tenung Encik Dev tak berkelip.”

Apa lagi, aku dengan pantasnya memandang ke arah Devid. Betul ke?

“Betul ke saya pandang awak tak berkelip?” Tanya aku ragu. Ye je ni. Kut ya pun, Fatin tak payah nak klentong aku.

Encik Devid tersenyum. Dia kemudiannya menggelengkan kepala.

Aku apa lagi. Lega sangatlah. Devid geleng kepala, tu tanda, aku tak ada tengok dia pun. Fatin sengaja nak kenakan aku.

Tapi tadi aku nak terjatuh masa cuba nak tangkap bola. Dan masa tu aku terselamat dari jadi nangka busuk tersembam dekat bawah. Devid yang selamatkan. Oh ya, tu yang aku rasa macam terkena sihir pula bila mata aku tak beralih dari pandang dia.

“Eh, Encik Devid.” Aku panggil Devid. Aku rasa tak kena pula. Aku baru teringat apa yang jadi.

“Ya amoi.”

“Bukan ke tadi memang betul saya yang pan....”

Kata-kata aku terus terhenti sebab Devid terus berpusing dan meninggalkan aku. Baru aku nak tanya dengan dia betulkan tadi aku memang ada pandang dia. Tapi kenapa dia gelengkan kepala?

“Asal dengan Encik Dev tu Tin? Pergi macam tu aje.”

“Mana aku tahu. Kau tu memang dah jatuh cintakan? Jatuh cinta pada kekacakan anak bos kita.”

Kali ni aku diam. Aku tak bantah apa yang Fatin cakapkan. Yelah, Devid tu memang kacak. Tapi entahlah dia bukan taste aku. Dan semestinya dia bukan ciri-ciri yang agama aku cari. Salah satunya iaitu Islam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience