Rate

Bab 1

Family Series 5910

Ermm. Sudah 2 tahun setengah mama pergi meninggalkan aku. Kini.. hanya tinggal aku , abang Dan baba(ayah) sahaja. Mama.. Hawa harap mama baik-baik sahaja di Sana. Alhamdulilah.. Hawa sihat seperti biasa. Hawa rindukan mama.. yg benar NurHawa Keisyarah. Hawa mengakhiri tulisannya dengan satu tanda tangan. Dengan cara menulis dalam diarilah Hawa akan sentiasa mengingati ibunya. Cik Hawa... Masa untuk makan ubat. Tegur hana merupakan pembantu peribadi Hawa sejak dia masih kecil lagi. Mereka berkawan dari kecil hinggalah sampai sekarang. Segala keperluan dan kehendak Hawa semua dilakukan oleh Hana. kakak Ana.. Please.. jangan berCik dengan saya. Saya sudah anggap kakak ana sebagai kakak saya. Lagipun kakak tua setahun je dari saya. Jawab Hawa sambil memberikan senyuman kepadanya. Hawa tidak pernah ambil kisah darjat dan kekayaan langsung. Bagi Hawa semua orang yg berada dalam rumah itu adalah keluarganya. Ya Allah.. Manis sungguh senyuman itu walaupun bibir cik Hawa selalu pucat. Kata isi hati Hana sedihnya melihat keadaan Hawa. Ermm..Cik Hawa.. Walaupun kita sudah macam adik-beradik.. tetapi saya tetap kena hormat Cik hawa.. Balas Hana lembutnya sambil menuang air masak ke dalam cawan. Hmm.. Baiklah.. hanya dekat luar sahaja kakak Hana panggil saya macam itu.. Di sini.. please.. panggil Hawa. Kata Hawa terpaksa mengikut adat keturunan keluarganya itu. Dia seorang yg tidak kisah langsung dengan pangkat Dan darjat yg mereka lakukan. yee.. Hawa makan ubat dulu aehh... dah lewat ini. Hana memberikan hawa ubatnya Lalu dimakan oleh Hawa perlahannya. Walaupun ubat itu tidak sedap terpaksa juga Hawa menelannya.

NurHawa Keisyarah Bt Engku Syed Muzamar nama diberi. Puteri pertama antara keturunan keluarga Engku Syed Hishamuddin. Seorang puteri yg lemah lembut , budi bahasa , berakhlak mulia dan cantik orangnya. Namun, Hawa bukan seperti anak gadis yang lain. Sejak dilahirkan Hawa selalu jatuh sakit. Berulang-alik ke hospital tanpa jemu. Hawa menghidap penyakit anemia yg agak teruk membuatkan mukanya selalu pucat dan berkulit sangat putih bukan seperti manusia normal. Badannya yg sangat kurus dan tinggi. Tetapi, itu semua bukan penghalang baginya untuk meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Hawa tetap kuat melawan penyakitnya itu sehinggalah hari ini umurnya sudah mencecah 30 tahun. Semua keluarganya memberi semangat yg kuat kepadanya. Setiap hari Hawa perlu mengikuti jadual yg telah ditetapkan oleh babanya. Hawa tidak pernah melakukan sebarang kerja yg ringan mahupun yg berat kerana keadaannya begitu lemah sekali bila selalu berdiri agak lama. Hawa mengisi masa sepenuhnya hanya membaca buku dan selalu belajar membaca Al-Quran . Hawa juga mahu melihat kehidupan di luar dan berkawan dengan orang lain seperti biasa. Dari kecil hinggalah sekarang.. Hawa tidak pernah ada kawan luar selain daripada sepupu dan anak pembantu rumahnya sahaja.Dia tahu, babanya melakukan ini semua demi kesihatan Dan keselamatannya. Cukuplah sekali mereka hampir kehilangan Hawa tetapi Allah lebih sayangkannya.

Jam 2.00 p.m Hmm . okey done. Bersuara Hawa lembutnya apabila sudah menghabiskan bacaannya di muka surat akhir buku itu. Erm.. nampaknya ini adalah buku terakhir yg sudah aku habis baca. Abg Muaz tak belikan buku baru ke?.. Tambah Hawa lagi masih terus mencari buku yg baru pada rak buku itu. Haa.. Cari apa tu? Tegur Muaz di belakang Hawa. Ehhh!! Abg.. Terkejut Hawa tau.. Hawa memegang dadanya dan menarik nafas sebaik mungkin. Ya Allah!!! Maaf sangat2 Hawa.. Abg ingat Hawa perasan waktu Abg masuk bilik ini. Muaz kelihatan risau sekali selepas berbuat demikian kepada Hawa. Hehehe.. Hawa okeylah. Abg baru pulang dari kerja? Baba sekalikah? Tanya Hawa terus bangun dari duduknya. Yaa. Baru saja pulang. Baba pulang kemudian. Dia kata Ada kerja sikit lagi. Nah.. ambillah. Beritahu Muaz lalu memberikan satu beg hadiah kepada Hawa. Ermm? Ape ni? Hawa mengambil beg hadiah itu dan Ya Allah!! Banyaknya buku baru.. Terima kasih Abg Muaz.. Kata Hawa seronoknya apabila melihat isi kandungan dalam beg itu. hmm.. sesama. Abgkan dah janji dengan Hawa.. Abg akan sentiasa membeli stok buku baru untuk Hawa. Sudahlah membaca tuu.. Abg lapar ni. Jum makan sekali. Jawab Muaz sambil memberikan senyuman kepada Hawa. Muaz sangat sayangkan Hawa iaitu satu-satunya adik perempuan yg dia miliki. Walaupun Muaz umur Muaz sudah dijangka usia iaitu berumur 33 tahun dia masih belum berjumpa jodoh. Baginya sudah Ada Hawa cukup membuat hidupnya begitu gembira sekali.

Di meja Hawa menemani Muaz makan tengah hari sebelum dia kembali ke pejabat semula. Abg.. Hawa dengar tidak lama lagi Dahlia akan berkahwin? Betul ke? Tetiba sahaja Hawa bertanya begitu kepada Muaz. Haahh.. abg juga dengar begitu. Kenapa tetiba saja Hawa bertanya tentangnya? Jawab Muaz biasanya kerana sibuk bermain telefonnya semasa makan. Ermm.. sudah lama Dahlia tidak datang jenguk Hawa sejak dia tinggal di US... tiba2 saje dia sudah nak berkahwin..Hawa rindukan dia. Balas Hawa sambil bermain sudu di dalam mangkuk buburnya. ermm..Nanti kalau dia pulang ke sini.. Abg akan beritahunya yg Si kakak Hawa ini sangat rindukan adik kecil manjanya itu.. Muaz menggosok kepala Hawa sedikit supaya dapat membuatnya kembali ketawa. Ahahaha.. Abg ni.. Malulah.. Hawa sudah besar tahu. Ketawa Hawa malunya kerana Muaz masih menganggap Hawa seperti kanak-kanak kecil lagi. Muaz senang sekali melihat Hawa selalu mengeluarkan senyuman di bibirnya. Kalau boleh satu titisan tangisan Muaz tidak mahu melihat di pipi Hawa. Selepas selesai makan , Muaz perlu bergerak pergi ke pejabat semula. Hawa melambaikan tangan kepada Muaz ketika keretanya bergerak pergi dari laman rumah itu.

Hmmm. Bosannya. Hana dan Mak Siti pulang sekejap kerana ada hal..Abg Jan cuti demam..Pakcik Wan jadi driver baba..Baba juga belum pulang lagi.. So, tinggal lah aku sorang-sorang.. bersuara Hawa sedihnya di hadapan pintu rumah itu. Cik Hawa.. Kenapa berada di sini? Tegur Aunty Gina iaitu pembantu rumah kedua selepas Mak siti. Ehhh, Aunty Gina.. Maaflah.. ermm Hawa baru nak masuk. Bergegas Hawa berjalan masuk ke dalam rumah kerana takut di marahi Oleh Aunty Gina. Sejak ibunya meninggal dunia Aunty Gina agak tegas kepadanya kerana dia terlalu risau akan kesihatan Hawa. Hawa tidak boleh sebarangan keluar rumah tanpa ada peneman ataupun pengawasan. Hidup Hawa dijaga rapi oleh semua orang dalam rumah itu. Jam 5.15 p.m. selepas Hawa selesai menunaikan solat Asar dia menulis sedikit dalam buku diarinya. Kepala aku... Kenapa sakit sangat ni.. Bersuara Hawa sambil memegang kepalanya sedikit. Diarinya ditutup dan diletakkan ketepi seketika. Tidak tahu kenapa kepalanya menjadi sangat pening ketika itu. Rambut yg disanggol Hawa dilepaskan ke bawah agar kepalanya tidak begitu rasa sakit. Aku.. aku sudah makan ubat.. Apa .. apa yg aku makan tadi.. Lisa cuba mengingati kembali makanan yg dia jamah pada awal pagi hinggalah tengah hari. Kacang???? Adakah biskut yg aku makan tadi terdapat kacang?? Pimikirannya terlintas seketika selepas menyedari santapan pagi tadi dia menikmati biskut banyak sekali. Tidak salah lagi... Katanya meleret dan Terburu-buru Hawa keluar dari biliknya untuk menuju ke dapur dan mendapat ubat alahannya. Arghh.. Jerit Hawa kuatnya kerana dia hampir terjatuh dari tangga kerana tersalah langkah. Aunty Gina yang terdengar jeritan Hawa cepat-cepat datang ke arahnya. Ya Allah.. Cik Hawa!! Kenapa ini? Aunty Gina datang memegang Hawa kerana badannya begitu mengigil sekali dan terlihat terdapat tompok-tompok merah muncul di setiap muka dan badannya. Tolong... ambilkan.. ubat.. alahan saya. Cakap Hawa penatnya dan lemah sekali. Alahan?? Cik Hawa termakan kacang? baaikk..lah..Tunggu di sini.. saya ambilkan. Terburu -buru Aunty Gina berlari ke dapur untuk mendapatkan ubat alahan Hawa. Dia menyuapkan ubat itu ke dalam mulut Hawa dan memberikan air kepadanya. Dalam beberapa minit, Pernafasan Hawa mula kembali normal. Namun,dirinya begitu lebih sekali dan tidak bermaya untuk bangun. Bernafas perlahan-lahan.. Aunty ada di sini. Kata Aunty Gina memberikan semangat sedikit kepada Hawa. Hawa masih dalam dakapan Aunty Gina di atas tangga itu. Aunty Gina tidak dapat berbuat apa-apa selain menunggu yg lain pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience