BAB 1

Action Completed 94503

Masa kini – Malaysia

Teratak Qaseh Adamarissa

“LARA ADAM! Anak bertuah mommy sudah bangun ke belum? Nanti lambat pula ke kuliah. Semalam bukan main ingatkan mommy minta kejutkan!” laung mommy Lara Adam, Datin Sri Dr. Marissa.

“Sudah bangunlah mommy!” laung Lara Adam bersulam ketawa mengekek mendengar laungan mommy. Ada mikrofon atau tiada mikrofon sama saja volumenya, macam manalah daddy boleh tahan dengan suara lantang mommy tercinta!

Lara Adam kembali merapikan diri di hadapan cermin dengan sentuhan solekan tipis... Sekadar mahu menaikkan seri wajah yang sudah semestinya cantik berseri… Ewah!

Sedang ralit Lara Adam mengoles gincu nude matte ke bibir, tidak semena-mena hatinya tiba-tiba sahaja merasa sebak tanpa sebab lalu setitis dua air mata mula berlinangan jatuh ke pipi.

Lara Adam statik kaku di hadapan cermin solek lantas spontan telapak tangannya menyentuh dada dan mencuba untuk menenangkan diri.

“Lately ni kenapa la aku selalu rasa sebak tanpa sebab lepastu fe-feeling menangis?” Lara Adam berbisik halus.

Disebabkan mengalami perasaan sebeginilah Lara Adam rajin merengek pada Abam Google untuk mencari punca mengapa dirinya berkelakuan aneh sebegitu rupa.

Well research says that when someone that we love the most or sebati dengan diri kita yang tengah berduka sengsara, rasa itu akan beralih kepada diri kita. Ala macam ala-ala telepati tu ataupun dalam istilah perumpamaan kita. Umpamanya seperti cubit paha kanan, paha kiri terasa. Hmmm... baca boleh percaya jangan, sikit-sikit mahu percaya bolehlah. Eh!

“Stop it Lara! Fokus yang awak tu ada kuliah mahu kena attend. Focus mocus pocus!” Lara mula membentak dirinya sendiri.

Beberapa ketika Lara Adam merenung dirinya pada cermin solek, melihat penampilan beliau sendiri. Rambut panjang lepas bahu yang naturally wave curl, pemakaian separa kasual coco-maroon jewel singlet with black denim jacket and black denim jeans. Dicapai sling bag lalu disilang ke badan dan tote bag pula untuk meletakkan buku-buku kuliah dibimbit di tangan dan beliau pantas menuju ke pintu kamar beradu. Lantas berlari ke bawah menuju ke ruang makan.

“DADDY! Mommy! Good morning to you. Good morning to you... good morning to my lovely Tan Sri Daddy and Puan Sri Mommy...good morning to you...” Lara Adam memeluk mommy dan memberi sekilas kucupan pada pipi Puan Sri Dr. Marissa, dan hanya menunduk hormat sambil mengerdipkan kelopak mata pada Tan Sri Dr. Adam.

Sebenarnya Lara Adam menjaga batas tidak bersentuhan dengan daddy kerana Tan Sri Dr. Adam dan Puan Sri Dr. Marissa bukan keluarga kandung Lara Adam tetapi merekalah yang menjaganya seperti anak kandung sendiri gara-gara insiden enam tahun yang lepas.

Lara Adam ketawa besar melihat aksi Mek Nab, merupakan pembantu rumah yang sudah dianggap seperti keluarga mereka sendiri yang sedang mengayun sudip umpama sedang conducting musical orchestra! Hmmm, Melatah la tu… hahaha!

Lara Adam menapak ke arah Mek Nab dan memegang lembut bahu wanita itu lalu dipetik jarinya tepat pada seraut wajah tua Mek Nab. Itulah petua mahu menghentikan tingkah orang melatah dan kembali semula ke jalan yang benar!

“Morning too Lara…” Tan Sri Dr. Adam dan juga Puan Sri Dr. Marissa menyapa serentak. Suami dan isteri itu hanya menggeleng-gelengkan kepala dengan kerenah Lara Adam yang mereng tidak bertempat.

“Lara... Come sayang... Take your breakfast. Mommy masak spesial hari ini. Nasi lemak bunga telang lauk sambal ikan bilis dengan sotong.”

“Wow mommy! Spesial sangat tu. Ada apa-apa ke? Lara mahu dapat adik baru ya?” Terbeliak biji mata mommy dan tersembur air kopi yang daddy minum terpercik pada iPad tablet!

Pantas Lara Adam melabuhkan duduk nun jauh daripada mommy. Yalah. Gila mahu duduk bersebelahan dengan mommy!

Bukan pergi ke kuliah nanti, mahunya dia pergi ke hospital check in!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience