18

Other Series 56144

"KAU okey ke ni kak? Yang kau pergi panjat almari tinggi tu buat apa? Dah tahu diri tu pendek, badan tak kuat mana, ada hati nak panjat almari yang besar gedebak ni? Nasib baik jatuh je. Kalau jadi benda lain yang serius, maunya abang Azrul tu kahwin dengan OKU" Natrah sudah membebel dengan Nabihah. Dia terkejut saat mendengar bunyi seakan benda jatuh ketika sedang berbual-bual dengan Eirfan di halaman rumah sebentar tadi.

Bergegas saja dia dan Eirfan menuju ke tempat tersebut dan terpana melihat Nabihah yang kesakitan akibat terjatuh di atas lantai. Teraduh-aduh Nabihah menahan kesakitan di pinggangnya itu.

"Mulut kau ni kannnn" Pinggang Natrah dicuit oleh Nabihah. Malu dia dibebel begitu di hadapan Eirfan.

"Mulut tak mulut! Yang kau pergi panjat almari tu dah kenapa?"

Mulut Natrah sibuk membebel tetapu tangan dia tetap setia mengurut kaki Nabihah yang agak seliuh itu. Dia ingin mengurut pinggang Nabihah namun Nabihah menegah.

"Aku nak kemaskan barang-barang atas almari tu. Banyak sangat barang tak berguna. Aku nak buanglah. Sakit mata tau tengok semua tu. Barang kau je banyak menumpang kat situ"

"Taulah. Nanti aku kemaskanlah. Ni, aku nak pergi Sarawak atas projek kerja. Dah jadi macam ni, serba salah pulak aku nak tinggalkan kau dengan Ayish" Sesungguhnya hati Natrah disayat kebimbangan dengan keadaan Nabihah yang seperti orang tak berkudrat itu.

"Tak payah nak serba salah bagai! Tahulah aku jaga diri nanti. Kau tu, pergi sana dengan lelaki yang bukan mahram. Jaga pergaulan. Jaga diri. Jangan nak terbabas pulak" Nabihah selitkan nasihat buat adiknya. Risau tak berkesudahan dia jika Natrah keluar berdua dengan lelaki bukan mahram. Apatah lagi jauh dari dirinya. Dia percayakan Natrah namun hatinya tetap was-was.


"Aku tahulah nak jaga diri kak. Dengan diri aku yang kasar dan macam jantan ni, siapa yang selera tengok aku?" Natrah mencebik. Sempat juga dia kerlingkan mata ke arah Eirfan di sisi yang sudah tersengih-sengih itu. Eee, dia ni sengih-sengih macam kerang busuk!


"Memanglah takde tapi kau tu tetap perempuan"


"Iya kak. Pandailah aku jaga diri. Jangan risau ye? Nanti aku balik dari Sarawak, aku tolong uruskan wedding kau. Kau jangan nak memandai buat sesorang!"


Nabihah tergelak. Dia yang nak kahwin, tapi Natrah pula yang terlebih excited!

"Awak jangan risaulah! Nanti awak ke Sarawak, saya akan selalu lawat kak Bihah dan Ayish kat sini. Saya tolong tengok-tengokkan dorang" Eirfan memberi kepastian diiringi senyuman manisnya.

"Tapi awak tu yang kena jaga diri dari Ehsan. Jangan rapat sangat dengan dia. Kena jauh dari dia. Dalam 1000 meter ke 2000 meter macam tu.." seloroh Eirfan.

Hampehh! Natrah mencebik. Daripada jauhkan diri 1000 meter, baik tak payah pergi langsung! Apa daaa....

"Tau lerr"

HOTEL HILTON, KUCHING, SARAWAK. Itulah hotel yang ditempah oleh Ehsan untuk mereka berdua menginap. Menurut Ehsan, hotel itu adalah hotel yang termahal sekali di Kuching. Dia sengaja menempah hotel mahal dan mewah tersebut bagi keselesaan Natrah dan dirinya.

Natrah mencebik dan mencemuh dalam hati tatkala Ehsan mengatakan itu dengan bangganya. Macamlah dia nak hingin sangat semua itu! Bagi Natrah, dia lebih rela duduk di ruangan yang sempit daripada berada di hotel mewah itu bersama Ehsan, meskipun hanya atas urusan kerja.

Dia tidak tahu jika Ehsan harus dipercayai tetapi seandainya Ehsan berani melakukan sesuatu, dia tidak akan tunduk diam. Jangan harap dia akan mengalah dengan setiap kemahuan lelaki itu!

Baru saja dia nak lelapkan mata, deringan telefon bimbitnya berbunyi. Dia menggapai telefon bimbit yang terletak elok di atas meja sebelah katil dan tersenyum ketika melihat nama yang tertera di situ. Tepat pada masanya! Riang hatinya menerima panggilan dari kekasih hati setelah ketenangannya dicuri oleh Ehsan.

"Hai Love" sapa Eirfan di hujung sana. Suaranya ceria semacam saja.

"Hai" sahut Natrah bersahaja. Dia agak kepenatan sebenarnya. Niat untuk tidur sekejap terganggu jua. Namun tak apa. Demi Eirfan, dia gagahkan juga matanya.

"Lemah semacam je? Dah sampai ke?"

"Aah. Baru sampai dalam 10 minit tadi. Penat gilerrr tau tak?" Natrah sudah menguap.

"Laaa yeke? Siannya sayang saya ni. Nasib baik jauh. Kalau dekat..." Eirfan berjeda.

"Kalau dekat kenapa?" Natrah menggosok-gosok matanya. Aduihaii.. mata ni pun!! Bagilah chance kejap.

"Saya mandikan awak. Ha ha ha" sahut Eirfan dalam nada nakal. Ketawanya pecah.

Serta-merta mata Natrah yang layu tadi kembali segar. Dia ni kannnn!!

"Amboii gataiii naaaa..." ujar Natrah dalam loghat utara. Berkawan dengan Azizah membuatkan dia menghafal setiap dialog dan kata-kata utara gadis itu. Dah lali kat telinga, dia praktikkan pula dalam percakapannya.


Tergelak Eirfan dengan kata-kata Natrah itu. Dia mulai merasakan kerinduan pada gadis pujaannya itu meskipun baru berpisah tak sampai satu hari. Tuan Kassim yang sedang lena berbaring di atas katil dikerling seketika. Gembira hatinya melihat tampang yang tenang itu.


"Awak kat mana tu?" Suara Natrah memecah kesunyian antara mereka sebentar tadi.


"Dalam hati awak" seloroh Eirfan diiringi tawa kecilnya.


Eeeee, dia nilah kannn! Suka betul buat hati aku jatuh! "Eirfannnn!!"


"Ha ha! Sorry, saya kat hospital. Temankan atok.Maybe tidur sini je. Esok pagi, awal-awal pagi lagi selepas Subuh saya balik. Pastu siap-siap pergi kerja"

"Atok awak macam mana?"

"Macam tu je Love! Belum ada apa-apa perkembangan positif. Tapi doktor cakap peluang untuk sembuh tu dalam 60% macam tu. Yang penting saya kena sentiasa ada dengan dia. Supaya dia tahu dia tak bersendirian"

Natrah mengangguk kepala tanda memahami. Kasihannya Eirfan! Dibuang keluarga, dipecat kerja, segala miliknya dirampas begitu saja. Dia tak menyangka betapa kejamnya hati Datuk Elias dan Ehsan. Entah apa yang mereka fikirkan kerana sanggup menganiaya Eirfan sebegitu sekali.


"Love?"

Suara garau Eirfan menyentakkan Natrah.


"Ya?"


"Ingatkan awak dah terlelap. Senyap je"


"Ohh tak. Saya tengah fikir sesuatu"


"Fikir apa?"


"Pasal Datuk Elias dan Ehsan tu. Tak sangka dorang sanggup buat awak macam tu. Takde hati perut langsung!" Natrah seakan mencemuh. Kalau dia di tempat Eirfan, memang tak merasa hiduplah si Ehsan dan keluarganya itu!

"Takpelah. Saya redha dan ikhlas. Lagipun saya anggap semua yang terjadi ni sebagai dugaan hidup saya. Walaupun saya tak kuat sebenarnya.." Air mata yang mulai bergenang segera diseka. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan Natrah walaupun kelemahannya telah mampu dihidu oleh gadis itu.

"Awak ni baik sangatlah"

"Kita kena jadi baik dalam hidup kita dan orang sekeliling kita. Nanti In Shaa Allah kita akan dapat yang baik-baik jugak. Arwah ibu yang pesan macam tu"


Tersungging senyuman manis di bibir Natrah. Semacam apa agaknya ibu Eirfan itu?

"Mesti ibu awak baik kan? Sebab berjaya lahirkan dan didik anak lelaki sebaik awak. Saya bangga dengan awak"

"Mestilah! Dan awak memang patut bangga pun dapat saya. Nanti bila dah kahwin, saya pasti akan didik anak-anak kita jadi baik jugak. Tak naklah garang macam awak. Ha ha ha"


"Amboiiii!! Suka ye gelakkan saya? Nanti saya tak nak kahwin dengan awak, baru padan muka tu!" ugut Natrah dalam gurauan. Naya dia nak larikan diri dari Eirfan. Lelaki itu sudah cukup mampu membuat hatinya bergetar. Dia sudah pun dipenjara oleh lelaki itu. Sehinggakan dia tidak mampu hendak lari atau bergerak. Arghh, apa ni Natrah?! Sejak bila kau jiwang sangat ni??

"Alaaa janganlahh!! Awak je buah hati saya tau tak? Kalau awak takde, takde siapa lagi yang nakkan saya"

Natrah tergelak dalam bangga. Bangga kerana hanya dia, Nur Natrah yang berjaya mencuri sekeping hati Wan Amirul Eirfan! Arghhh, tak sabarnya nak balik jumpa Eirfan!!

"ENCIK EHSAN nak bawak saya pergi mana ni? Kata nak jumpa supplier. Tapi kenapa nak jalan kat sini pulak?"

Geram Natrah dengan sikap pentingkan diri si Ehsan itu. Dia punyalah sedap-sedap lena atas katil, tiba-tiba saja si Ehsan call dia dan suruh bersiap cepat. Tak sampai pun lima minit dia berkemas, Ehsan sudah menelefon mengatakan dia sudah terpacak setia di hadapan pintu biliknya. What the fishhh! Kata Ehsan, pihak pembekal semua sudah lama menunggu mereka di cafe. Dan apabila dia sudah bersiap, Ehsan dengan selamba mengajaknya bersarapan. Aikkk, tadi bukan main lagi dia dipaksa gara-gara terlewat.

Rupa-rupanya Ehsan sengaja menipunya. Sakit hatinya tak habis lagi tatkala Ehsan sekali lagi mengajaknya berjalan-jalan di Waterfront Kuching. Katanya untuk makan angin. Natrah menolak dan sekali lagi dia terjerat oleh lelaki itu. Entah sejak kapan Ehsan berjaya mengambil telefon bimbit dan pursenya dari dalam beg. Ehsan mengugut tidak akan memberikan barang peribadi tersebut jika Natrah menolak pelawaannya.

"Saja nak ajak awak ambik angin. Cantik tau pemandangan kat Waterfront ni. Tu kat sana, seberang sungai ni, ada perkampungan jugak. Kalau tak silap saya, nama kampung tu Kampung Boyan. Tapi biasanya orang Kuching panggil Astana. Cantik tempat dia" cerita Ehsan tanpa dipinta.

Natrah tayang wajah bosan. Dia malas hendak berduaan dengan Ehsan kerana dia tak sukakan lelaki itu. Tetapi mengenangkan barang peribadinya ada dengan Ehsan, dia terpaksa turutkan juga.


"Nanti kita pergi sana. Naik sampan"


"Haaa? Sampan?" Mata Natrah terjegil. Dia takut menaiki sampan. Ehsan gelak melihat reaksinya.


"Kenapa?"


"Saya tak suka naik sampan" Natrah mencipta alasan namun itulah kenyataannya.

"Tak suka ke takut?" usik Ehsan.

Natrah mencebik. Dia mengalihkan pandangan ke segenap tempat. Memang cantik! Deretan jalan ada banyak kanopi digunakan untuk orang meniaga. Ada berbagai jenis jualan. Ais krim, kuih, keropok, makanan bahkan baju juga ada. Yang lebih menarik perhatian, perkhidmatan sampan dan feri disediakan untuk para pengunjung mencuci mata di sepanjang sungai. Memang seronok tapi lagi seronok kalau pengalaman itu dia kongsikan bersama Eirfan.

"Kalau takut, jangan risau. Abang ada. Ni.. boleh je kalau awak nak baring sini" Ehsan menepuk bahunya sambil tersenyum. Bahagia rasanya dapat berduaan dengan Natrah walaupun dia tahu gadis itu tidak menyukainya.

Tersentak Natrah dengan omongan Ehsan. Abang? Natrah rasa macam nak muntah saja. Perasannyalah si Ehsan ni! Rasa nak luku-luku je si Ehsan ni. Tak pun, campak dia dalam sungai tu. Biar dia hanyut kat situ. Sakit betul hati dia!

DARI Waterfront Kuching, kini mereka menghabiskan masa di Main Bazaar pula. Main Bazaar terletak betul-betuk seberang Waterfront Kuching saja. Di Main Bazaar, terdapat banyak kedai yang menjual bermacam jenis souvenir yang cantik dan unik. Dari satu kedai ke satu kedai mereka terokai.

Natrah memicit-micit bahu dan lengannya. Kemudian mengurut-urut kakinya pula. Lenguh kakinya kerana berjalan sejauh itu, itupun sudah hampir tiga jam mereka menghabiskan masa di situ sahaja. Kata nak jumpa supplier, tapi batang hidung supplier pun tak nampak! Sahlah dia kena tipu dengan Ehsan. Tetapi kenapa Ehsan mahu menipunya? Adakah ingin membalas dendam di atas kelantangannya selama ini? Jika ya, bererti Ehsan betul-betul tidak dewasa!

"Berapa rega tok?(Berapa harga ni?)" tanya Ehsan di dalam loghat Sarawak sambil menunjukkan seutas gelang tangan yang diperbuat daripada manik-manik.


"Tok RM14.90 jak bang( Yang ni RM14.90 je bang)" sahut penjual tersebut yang usianya dalam kira-kira 20an itu. Wajahnya tersenyum memandang ke arah Ehsan dan Natrah.

Terkedu Natrah mendengar perbualan Ehsan dan budak perempuan tersebut. Tak disangka Ehsan mahir berbahasa Sarawak. Dia sendiri tidak faham akan apa omongan mereka.


"Kamek maok tok duak igek. Bungkus kacak-kacak sikit( Saya nak ni dua. Bungkus bagi kemas sikit)" arah Ehsan seraya mengajukan dua gelang manik tadi kepada penjual tersebut.


"Pakey gerek kitak ka bang?( Untuk girlfriend abang ke?)" tanya penjual tersebut, ramah. Matanya sempat mencuri pandang ke arah wajah kebingungan Natrah tersebut. Comelnya akak ni!

Ehsan segera mengalihkan pandangan ke arah Natrah. Saat mata keduanya bertembung, sebuah senyuman manis dia hadiahkan buat gadis itu.


"Awok. Tok gerek kamek. Kelak kitak engraved nama kamek duak kat gelang ya boleh sik?( Ye. Nilah girlfriend saya. Nanti awak tolong engraved kan nama kami kat gelang ni, boleh kan?)" sahut Ehsan dengan senyuman melebar di wajah. Senang pula hatinya kerana Natrah tidak memahami sebutir pun bicara mereka.


Penjual tersebut mengangguk kepala dengan senyuman memekar di wajah. Dia berlalu ke dalam untuk mengerjakan permintaan Ehsan.


"Apa yang bos bualkan dengan budak tu?" tanya Natrah, polos.


"Bual-bual kosong je. Kenapa? Jealous ke?" usik Ehsan dengan iringan tawanya.


Demi mendengarkan omongan Ehsan, Natrah buat gaya hendak muntah. Loyalah tekak aku nak jealous bagai! Ni mesti dia mengumpat aku tadi! Haprak punya bos!

hy guys. sorry ye baru update.. baru sempat nak update. apa2 pun, tq tau sbb sudi sabar menunggu. ara is back ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience