Hari demi hari berlalu dengan pantasnya. Sudah masuk bulan 6 dan tidak lama lagi akan ada peperiksaan percubaan SPM. Munirah lebih gemar mengulang kaji seorang diri berbanding secara berkumpulan di sekolahnya. Pada waktu rehat kebanyakannya pelajar akan menjamu selera dan berehat sebentar kerana lelah belajar tidak berhenti tetapi lain pula dengan Munirah Safiyah ini. Munirah lebih gemar menyendiri dan selalu duduk di bangku tepi makmal Sains sambil membaca buku cerita yg dipinjamnya di perpustakaan. Kebanyakkan semua pelajar selalu mengelarnya ulat buku kerana tiap-tiap tahun juga dia menjadi tokoh Nilam di sekolah dan di peringkat negeri. Munirah tidak mempeduli persekitaran yg bising di tepinya malah masih fokus saja membaca novel Kaseh Dilaila yg dipinjam tadi. Tiba-tiba..Harghh!!! Sergah Amar di sebelah telinga Munirah tanpa sedarnya tidak tahu dari mana kedatangannya itu. Ohhh Mak engkau!! Latah Munirah terus melambungkan bukunya sehingga jatuh ke bawah. Dirinya sangat terkejut ketika itu menarik nafas panjang-panjang sebelum memarahi Amar. Engkau kau ambik ni!! Aira terus melepaskan satu pukulan di kepala Amar. Disebabkan lelaki itu habis bukunya bertaburan di atas tanah. Aduh..Wehh sorry la doo..Sakit siakk..Carut Amar sambil memegang kepalanya yg sakit dipukul oleh Munirah itu. Kedatangannya ke situ hanyalah untuk menganggu Munirah yg kusyuk membaca saja tetapi yg lain pula dia mendapat. Padan muka kau..ganggu aku lagi. Aku pukul lagi kang baru tahu. Kata Munirah lalu mengutip semula bukunya yg terjatuh di atas lantai itu. Tiba-tiba..Mari saya tolong. Bersuara Cikgu Azhar terus menundukkan kakinya ke bawah dan menolong Munirah mengambil buku itu. Pantas saja tangan Munirah terus menarik buku yg telah dipegang oleh Cikgu Azhar. Mereka berdua bertentang mata dalam beberapa saat. Ermm..ermm..mendengus Amar setelah melihat Cikgu Azhar dan Munirah masih tidak beranjak dari kedudukan berhadapan itu. Cepat-cepat Munirah memandang ke arah lain dan cuba buat tidak dapat kewujudan Cikgu Azhar di situ. Cikgu Azhar pula mengaru kepalanya yg tidak terasa gatal pada masa itu. Lain kali hati-hati sikit..Btw, saya selalu nampak awak pergi ke perpustakaan. Rajin awak pinjam buku tiap hari..Sempat baca ke buku tebal macam tu dalam sehari? Bersuara Cikgu Azhar masih mahu membuang keadaan kekok itu dan berbual semula dengan Munirah. Baru dia tahu yg Munirah adalah pelajar cemerlang di sekolah ini selepas mendengar pengetua sendiri memberitahunya. Munirah ada pelajar yg tidak suka bergaul dengan orang lain dan hanya segelintir saja yg ia kenal. Cikgu Azhar sedikit tertarik dengan tingkah laku Munirah yg unik dari pelajar lain di sekolah ini. Kalau fokus..sekejap je lah baca.. Jawab Munirah meleretnya kerana malas nak berbual dengan Cikgu Azhar. "Dia ni stalker aku ke apa sampai tahu aku selalu ke library..seram dooo.." nguman Munirah pada masa yg sama selepas Cikgu Azhar berkata begitu kepadanya. Dia beranjak ke belakang sedikit supaya jaraknya dengan Cikgu Azhar tidak terlalu dekat. Ramai mata mula mencuri pandang ke arah mereka berdua ketika itu. Owhh yeke..baguslah kalau macam tu..selalu fokus. Keep going Munirah Safiyah. Owhh..saya hampir terlupa..saya ada roti lebih ni..Ambil lah..tak baik buat perut tu kosong. Membaca tu bagus tapi alangkah bagus kalau ada masa rehatnya juga. Kata Cikgu Azhar tanpa teragaknya teruk meletakkan roti itu di atas buku yg dipegang oleh Munirah. Terbutang mata Munirah melihat tindakan Cikgu Azhar itu. Badannya kaku dan masih memandang kosong ke arah Cikgu Azhar. Oklah..saya minta diri dulu. jangan lupa makan. Pesan Cikgu Azhar lagi sebelum berjalan pergi dia memberikan senyuman ke arah Munirah. Semua pelajar yg perasan tentang kejadian itu mula berbisik antara satu sama lain. Ada juga yg mula sakit hati dan tidak suka bila cikgu lelaki selalu rapat dengan Munirah saja berbanding pelajar lain di sekolah ini. Itu hanya tekaan dan sangkaan mereka terhadap Munirah tanpa ada usul periksa dahulu. Woiii Irah..Sapa Amar yg dari tadi asyik melayan saja babak drama di depannya itu. Dia juga tidak menyangka yg Munirah terlalu femes di sekolah ini sehinggakan cikgu ganti baru juga mahu mencuba nasib. Yooo...Pehal kau..aduhhh..tak habis-habis nak kejutkan aku..Dah la aku nak masuk kelas. Marah Munirah ke arah Amar setelah tersedar dari mengelamun sendiri tadi. Disebabkan Cikgu Azhar dia mula hilang fokus apa yg difikirkannya tadi. Sweet do..bagi roti bagai..untung kau..banyak peminat. "jangan lupa makan" perghh..Ujar Amar lagi memerli sedikit ke arah Munirah selepas melihat roti pemberian Cikgu Azhar masih ada di atas buku yg dipegangnya itu. Owhh Roti coklat ni?? Nah kau ambiklah..aku tak suka coklat. Balas Munirah kasarnya terus mengambil roti itu dan di letakkan di dalam poket baju Amar. Sakit hatinya rasa bila Amar juga seronok memerli tentang kejadian tadi. Semasa berjalan pergi dia menjeling saja ke arah pelajar yg sedang mamandang tajam ke arahnya. Munirah tidak ada masa mahu mencari pasal dan berebut kekasih hati mereka iaitu Cikgu Azhar sendiri.
Umi..Abah..ini adalah keputusan ujian bulanan minggu lepas. Maaflah Irah lupa nak beri haritu..Sapa Irah sambil memberikan kertas ujian bulanan itu kepada umi dan abahnya yg sedang asyik menonton televisyen. Owhh..patutnya anak-anak kawan abah yg lain dah tunjuk dekat ayah mereka. Abah ingatkan Irah tak nak tunjuk. Maklumlah anak abah ni mesti cemerlang punyakan. apalah sangat setakat ujian ni. Kata En Shukri lalu megambil kertas keputusan ujian bulanan itu dari tangan Irah. Irah hanya mengangguk tanda faham saja kerana tidak selesa apa yg dikatakan oleh abahnya itu. Wau..bagusnya keputusan Irah. Cemerlang seperti biasa..Alah setakat 95%-98% apalah sangat kan..Miss sikit ja. Lepas ni time percubaan SPM nanti jangan miss lagi tau. Abah nak Irah target betul-betul kali ni. Kalau boleh semua 100% laa. Putri abah ni anugerah tuhan yg tak terhingga yg abah dapat. Terima kasih Irah selalu menjadi anak yg baik..taat kepada kedua orang tua. Abah bangga dengan Irah. Ujar En Sukri senang sekali melihat semua keputusan anak perempuannya itu. Akal fikiran yg dianugerahkan kepada Munirah tidak akan pernah dipersiakan. oklah kalau tak de apa-apa Irah nak pegi rumah Kyra dulu. Nak study sama-sama. Balas Irah tidak mahu mentadah telinga lebih lama apa yg akan abahnya cakapkan itu. Bukan dia mahu berkurang ajar tetapi cukuplah abahnya selalu cakapa benda yg sama setiap hari. Ada saja perbandingan antara dirinya dan anak-anak kawan abahnya itu. Munirah sangat tidak suka dengan sifat abahnya yg selalu memperlekehkan hasil kerjayaan orang lain. Takut silap haribulan benda itu akan berpatah balik kepada keluarganya sendiri. Okey..hati-hati berjalan tu..jangan balik lambat sangat. Kata En Shukri memberi kebenaran kepada Munirah untuk ke rumah rakan baiknya itu. Munirah hanya memberikan senyuman kelat kepada kedua ibu bapanya sebelum melangkah pergi dari situ. Abang...saya risaukan diri Munirah lah..sejak dua menjak ni dia banyak sangat terperap dalam bilik..makan pun kurang. Asyik hadap buku saja. Belajar tu memang lah penting abang tapi kesihatan tu lebih penting lagi. Bersuara Puan Ruziah tidak gamak melihat En shukri selalu memaksa Munirah belajar tanpa mengira waktu. Hubungannya dengan Munirah agak jangal dalam beberapa harini kerana Munirah selalu melepaskan amarahnya dekat Puan Ruziah. Jangan risaulah..saya tahu nak ajar anak perempuan saya tu macam mana. Awak patut bersyukur tau dapat anak yg bijaksana seperti Irah. Kita sebagai orang tua dia kena ajar Irah jalan yg betul. Saya tak nak Irah tergolong dalam pelajar yg bermasalah. Saya nak didik dia jadi anak yg baik,solehah dan taat kepada kedua orang tuanya. Kalau awak tak setuju dengan cara saya tak apalah. Yg pasti saya kenal anak saya Si Munirah tu. Cakap En shukri tegasnya kepada Puan Ruziah. Panas barannya tidak boleh ditapis oleh sesiapa pun. Baru saja Puan Ruziah menegur sedikit ada saja jawapan tindasnya itu membalas. Puan Ruziah takut sangat suatu hari nanti Munirah akan mempunyai perangai yg sama seperti suaminya ini.
Wehh Rah..asal aku tengok muka kau ni muncung semacam jee..kalau ada bertengkar dengan sesiapa ke sebelum datang ke sini?? Tanya Kyra matanya masih fokus bermain pubg di telefonnya itu. Pada masa yg sama dia melihat Munirah asyik termenung jauh saja sejak dari tadi mereka berdua hanya melepak dan tidak membuat ulang kaji pelajaran pun.
Ermm..baru haa tadi aku beri keputusan ujian bulanan dekat abah aku. Bukan main lagi dia puji aku ni melambung gila. Macamlah aku sorang ja dekat dunia ni yg pandai. Tak sukalah aku bila dengar dia asyik nak perlekehkan orang lain. Silap hari bulan kena dekat batang hidup ni sendiri baru tahu. Beritahu Munirah segalanya kepada Kyra. Hanya Kyra saja yg selalu menjadi pendengarnya yg setia. Segala masalah yg dihadapi oleh Munirah, Kyra juga akan mengetahuinya.
Owhh..pasal tu je ke..alahh biasalah tu. Parents kita ni kan mesti nak yg terbaik untuk anak-anaknya. Aku pon senasib lah dengan ko Irah tapi aku kurang sikitlah..parent aku tak penah kisah pun apa yg aku buat. Halah maklumlah bapa aku tu tentera..mak aku pun Pegawai bank..mana sempat haa nak ambil tahu pasal aku. aku ni sibling pon tak dak tau..diorang buat anak dapat aku sorang je. Yg penting keje diorang tu 24 jam hadap. Nasiblah ada bibik Ina tu.. Boleh juga dia masak dan jaga aku. Kau kira untunglah Irah..Umi kau tu suri rumah..24 jam care gila pasal kau..even abah kau tu busy bisnus dia tapi dia tetap peduli pasal kau. Mika tu pon baik apa asyik ceramah dekat kau jee. Bersyukur ok. Cer kau guna ayat si bang sajat tu sikit " Dimanakah akal fikiran yg diberikan oleh Allah swt jika tidak menggunanya?" Hahahaha. Membebel Kyra panjang lebarnya dekat Munirah. Dia terus ketawa terbahak-bahak apabila memikirkan semula apa yg dikatakannya itu kepada Munirah.
Siot betul la perangai kau Kyra. Dah habis membebel?? Ujar Munirah hanya memandang tajam saja ke arah Kyra yg sedang berbaring di atas sofa itu. Dia turut tersenyum dan terhibur melihat perangai Kyra yg tak ubah seperti dulu lagi. Selalu saja menasihati diri Munirah jika rakannya itu mempunyai masalah. Dia bersyukur sangat Kyra selalu mengambil berat pasal dirinya itu.
Okey sudah. Jom tengok movie baru..bosanlah wehh..alah..malam ni pun boleh belajarkan. Jap aku suruh bibik ina bawakan snek dan minuman ke sini nanti. Balas Kyra terus mengikat rambut keringtingnya ke atas dan berjalan pergi turun ke bawah. Munirah hanya mengangguk tanda setuju saja memandangkan dia juga bosan dan tidak ada mood untuk belajar lagi. Pada petang itu mereka berdua banyak menghabiskan masa bermain dan berborak kosong saja. Menggunakan masa rehat mereka berdua sebaik mungkin sebelum kembali fokus mengulang kaji pelajaran untuk percubaan SPM tidak lama lagi.
Hari ini adalah hari pertama untuk peperiksaan Percubaan SPM. Munirah terasa begitu gemuruh sekali untuk menjawab kertas subjek bahasa melayu pemahaman. Bismillah..Munirah memulakan dengan bacaan bismilah dan berdoa agar Allah swt akan memudahkan segala urusannya semasa menjawab kertas peperiksaan ini. Munirah sangat tekun dan fokus saja pada setiap soalan yg dibacanya itu. Jika dia tidak pasti dengan jawapan itu, dia akan membaca semula dari ayat pertama. Tidak tahu kenapa dia rasa sangat gemuruh ketika itu. Pada masa yg sama barulah dia perasan kewujudan Cikgu Azhar merupakan pengawas peperiksaan untuk subjek bahasa melayu ini. Munirah terus mengucap panjang kerana segala jawapannya tadi sudah hilang selepas melihat wajah Cikgu Azhar yg memberi senyuman kepadanya. Siot betul lah..allahuakhbar..sabar munirah..sabar..kembali fokus..abaikan segala firasat jahat yg mahu gagalkan kau. Nguman Munirah terus melepaskan hembusan panjang dan kembali fokus ke arah soalan tersebut. Masa masih tinggal 30 minit sebelum habis menjawab, Munirah sudah tidak mahu menunggu lama lagi di situ. Di semak kertas peperiksaan itu banyak kali sebelum ia betul-betul pasti semuanya betul. Dia sangat tidak tahan untuk membuang air besar. Munirah terus bangun dan membawa kertas peperiksaan itu ke depan. Terlihat Cikgu Azhar sedang memerhati ke arahnya yg sedang berjalan itu. Muka Munirah merah padat kerana sudah tidak tahan untuk membuang lagi.
Munirah..cepatnya awak sudah siap?? tidak mahu semak semula jawapan dulu ke sebelum keluar?? Tanya Cikgu Azhar masih tidak mahu mengambil kertas peperiksaan itu di tangan Munirah. Dia melihat Munirah bersungguh-sungguh memberikan kertas peperiksaan itu juga kepadanya. Awak kenapa ni Munirah..awak sakit ke?? Soal Cikgu Azhar lagi setelah perasan air mata Munirah sudah mengalir di pipinya. Cepat-cepat dia mengambil kertas itu di tangan Munirah dan menyuruh Munirah duduk dahulu di kerusinya. Cikgu Azhar membuka botol air dan diberikan kepada Munirah untuk menenangkan diri seketika. Kasihan apabila dia melihat Munirah sedang menahan sesuatu sampai menangis begitu sekali.
Ya Allah...saya nak pergi tandas!!! Jerit Munirah kuatnya terus berlari pergi ke tandas. Dia sudah tidak tahan lagi untuk membuang hadas besar itu. Dikesat kasar air mata yg masih mengalir di pipinya itu. Hadas besarnya sudah berada di hujung tandus. Pada bila masa saja semua itu akan dilepaskan. Daripada dia terus melayan Cikgu Azhar lebih baik dia jujur saja di depan semua orang yg dia sudah tidak tahan mahu ke tandas. Ditebalkan saja mukanya itu apabila terpaksa berbuat demikian. Semua pelajar di dalam dewan itu hanya menahan ketawa saja apabila Cikgu Azhar menunjukkan isyarat diam. Cikgu Azhar juga menahan malu apabila salah anggap begitu sekali kepada Munirah. Digaru kepalanya yg tidak terasa gatal itu. Spek matanya turut dinaikkan semula kepada kedudukan asal. Malu dia untuk meminta maaf kepada Munirah nanti.
Share this novel