"Dah berapa kali saya dah cakap dekat kamu semua sebelum masuk ke kerja!!! Nordin, jangan kalerkan rambut!!! Yusuf, pakaian ni elok sikit boleh tak!! Saya tengok kau ni macam duduk di tepi jalan!!dan lagi satu, saya tak nak tengok korang masuk lambat lagi. Faham!!!" tengking Nadia Arisha kepada pekerjanya.
"B-baik lah boss" jawab Nordin dan Yusof serentak.
"Keluar dari office saya! saya tak nak tengok muka kamu berdua harini!!" tengking Nadia.
Selepas Nordin dan Yusuf keluar dari office, Nadia menghempas punggungnya di atas sofa yang lembut lalu mengurut kepalanya yang pening difikirkan masalah kerjanya yang bertimbun.
Lima minit selepas itu, Nadia terdengar ketukan pintu di biliknya yang sangat perlahan membuatkan Nadia tersedar dari fikirannya yang berserabut memikirkan benda lain.
Nadia membetulkan duduknya dan rambutnya yang serabai itu. "masuk" kata nadia
"assalamualaikum boss, ermm saya buat laporan tadi dan dapati syarikat boss telah hilang duit sebanyak 23k" kata Adham penolong Nadia.
"Apa!! banyaknya duit hilang! macam mana boleh jadi macam ni Adham! Sape yang bertanggungjawab jawab atas kesalahan ini, panggil die sekarang" marah Nadia. Adham buat ape lagi, die keluar mencari orang tersebut.
Aduhh stressnye aku pagi pagi lagi dah ade masalah. Ape nak jadi dengan syarikat ni..
kemudian dengar ketukan dari luar pintu office, membuatkan Nadia terperanjat. "Masuk" kata Nadia.
Seorang lelaki tampan masuk ke dalam office Nadia lalu duduk didepan mejanya."ye boss, nak ape panggil saye" kata lelaki itu.
Lah mamat ni lagi ke. "Ahmad Zaif atau lagi bagus TENGKU Ahmad Zaif kenapa kerja kat syarikat ni, kalau tak boleh nak kerja kat syarikat ni asyik buat masalah lagi baik berhenti la, kau orang kaya! saya pun tak faham kenapa kau kerja kat sini!" tengking Nadia
"Ni macam mana duit sebanyak 23k boleh hilang" Nadia mencampakkan laporan yang Adham bawa tadi kepada Zaif.
Zaif membaca laporan tersebut kemudian berkata dengan tenang "ooh inike, minggu lepas syarikat membuat sedekah kepada anak yatim dan membina satu rumah berhampiran pembangunan dan beli peralatan yang diperlukan, kosnya sebanyak 23k. Boss jangan risau dalam masa seminggu ni saya akan dapat kan balik duit bos sebanyak 50k.
terpinga pinga Nadia melihat Zaif. Zaif ni hensem orangnya tapi die seorang yang malas bercakap hanya bercakap hal yang penting, die seorang yang pandai, kaya, dan kuat. tengoklah badan yang sasa tu boleh membuat ramai gadis jatuh cinta dengannya.... muka lagi la putih, hidung mancung dengan warna mata coklat cairnya dan bila dia cakap suaranya yang garau pun menarik hati beribu perempuan.
Zaif ni sebernanya berasal dari england. Entah kenapa die nyorok kan name Tengku dan bekerja di syarikat biasa. hanya saya seorang je yang tau Zaif seorang Tengku. Macam mane saya tau, haa saya ni mengambil tau pasal pekerja saya. Saya akan stalk pekerja saya dan mengenali diorang.
oh ya saya lupa pulak yang Zaif ni masih single. umurnya tahun ni 26 tahun masih tak ade hubungan.
Dah ramai perempuan confess kat die tapi zaif tolak cinta mereka saya pun pelik tak kan sampai mati tak de teman.
"Boss" kata Zaif memandang nadia yang merenung ke bawah. "Ape? kamu boleh keluar, minggu ni saya nak duit tu ade jugak" tegas nadia
Zaif tanpa cakap sepatah ayat pun keluar dari office nadia.
Nadia pun terfikir yang die adalah orang pertama perempuan yang dapat kawal syarikat ini.
Baru beberapa tahun saya kerja di syarikat ini. Kebanyakan di dalam syarikat ini 85 percent lelaki. Sekarang ni pangkat saya tinggi saya takkan biarkan lelaki buat sesuka hati diorang.
Dulu syarikat ni la paling teruk kat dalam negara ni, selepas saya jadi boss syarikat ini kedudukan carta syarikat ini telah naik sebanyak 50 peratus.
Saya akan berkerja keras untuk mengubah keadan syarikat ini. Saya akan buat sedaya upaya saya. Jangan lupa pulak, kita mesti bersikap peramah kepada orang yang atasan supaya mereka dapat menolong kite apabila susah nanti.
Saya benci lelaki membuat perempuan menangis. Saya pernah rasa kesakitan itu dan lelaki itu ialah ayah saya sendiri. sebab itulah saya benci lelaki.
Nadia memandang jam tangannya yang hampir pukul 5. "Nak balik lah, dah lambat ni" Nadia mengambil beg tangannya lalu keluar dari bangunan itu.
Maklumlah Nadia ni orang miskin so die x de kereta walaupun pangkat besar, die tetap ade hutang yang bernilai berjuta juta ringgit disebabkan ayahnya. gaji boleh tahan je sebab syarikat ni lama bukan di syarikat lain.
ketika nadia ingin menolak pintu pagar rumahnya, pintu pagar itu jatuh di depan rak kasut menyebabkan rak kasut itu leper dihempap oleh pagar itu.
"Assalamualaikum mak adik, akak dah balik" nadia beri salam tapi x de sape yang menyahut.
Nadia pergi ke bilik mak dia. "Mak buat ape tu" sergah Nadia. "eishh, kau ni kalau mak mati sebab sakit jantung macam mana" tegur puan zaliha
Nadia melihat ibunya membuat patung untuk dijual. maklumlah miskin... "mak rehatlah nanti mak ade shift malam kat hospital, Nadia tengok mak pucat je.... tidur dulu eh mak. Nadia ade part time job, Nadia pergi dulu ye, bye."
Nadia tanpa melengah kan masa pergi ke tempat kerjanya yang kedua. Iaitu maid latte.
"Selamat datang tuan, biar saya bawa tuan tempat duduk yang bagus" kata Nadia lembut dengan memakai senyuman manis di wajahnya
"Arisya, ermm saya nak iced latte dengan hamburger cheese sahaja" order customer tadi. "Baiklah tuan, iced latte dengan hamburger cheese akan datang sekejap lagi. tunggu ye" balas nadia comel kepada customer tadi. Customer tadi hanya tersenyum melihat nadia yang comel apabila outfitt maid nye itu berwarna lain daripada yang lain.
Nadia jalan ke belakang untuk meninggalkan pesanan customer tadi. "Susah sangat ke kerja kat sini Nadia Arisya" sergah Balqis
"aaahhh" jerit Nadia. "Bbbboss ape buat kat sini bahaya la, ni kan dapur kalau pisau ni terbang kat boss cane" tegas nadia kepada pemilik maid latte Balqis.
"hehehehe ok sory". " boss naik kan lah gaji saya, saya nak guna duit betulkan rumah saya. Saya akan kerja shift yang lain nanti ok, bye saya sibuk" Nadia meninggalkan Balqis dibelakang keseorangan.
Tepat pukul 9 malam, Maid Latte sudah tutup. giliran Nadia membersihkan kedai itu.
ketika nadia keluar membuang sampah nadia merungut pada diri sendiri " Aku kena terus kan kerja ni kalau x hutang ayah aku tak kan habis.... heishhh kalau pekerja aku nampak aku kerja macam ni nahas aku, status aku nanti akan kurang.... Ya Allah, kau jangan lah bagi sesiapa yang aku kenal nampak aq kerja kat sini."
Selepas Nadia merungut, nadia terperasan seorang lelaki di sebelah die. aduhh sape pulak kat sebelah aku ni, tak kan penculik kut.
Nadia dengan gerakan untuk berlawan ingin mempertahankan dirinya terpaku kerana didepan mata Nadia ialah Tengku Ahmad Zaif.
"wow, boss Nadia betul ke ape yang saya nampak di depan mata saya ini. Boss" Zaif tersenyum melihat nadia kerja disitu. matanya memandang nadia yang berbaju maid daripada kepala sampai kehujung kaki.
Nadia tanpa fikir berlari masuk ke dalam kedai Maid Latte. Aduhhh seorang pekerja aku nampak aku kerja kat sini. kalau perempuan takpe la ni lelaki. banyak banyak orang kenapa mesti Zaif. Dah la pagi tadi aku marah die, jangan jangan die nak balas dendam kat aku kot. kalau die barwa bagi tau semua orang, hidup aq akan hancur.
tanpa sedari air mata Nadia mengalir dipipi. Selesai je Nadia tukar baju biasa, nadia melangkah keluar dari kedai itu melihat Zaif di depan pintu rasa nak mati sebab malu.
"oh, kamu berpakaian biasa. Saya ingat ape yang saya nampak tadi orang lain, tapi boss rupanya. Kenapa bekerja kat tempat macam ni?" tanya Zaif tersenyum.
Nadia kunci kedai Maid Latte lalu menarik Zaif tempat yang bukan dipandang maksiat. Nadia terpaksa cerita tentang keluarganya yang susah.
"Saya bersimpati sahaja" selepas zaif mendengar cerita Nadia itu saje yang die katakan. "Zaif kau kena rahsia kan benda ni, kau jangan bagitau sesiapa pun, oklah aku off dulu, bye.tegas Nadia.
Sampai sahaja Nadia dirumah, Nadia melepaskan badan dia diatas katil singlenya.
"aku tak terima keadan aku jadi macam ni... ia akan buat semua benda yang aku usahakan menjadi hancur" Nadia memikirkan apa yang berlaku antara dirinya dan Zaif sehingga tertidur di atas katilnya disebabkan keletihan.
Share this novel