(sessantaquattro)

Other Series 152481

"Find her." arahan diberi sebaik saja mereka tiba di sebuah pusat perlindungan.

Zen mengangguk menerima arahan sebelum berpecah mencari Aleena di kawasan yang dipenuhi himpunan manusia itu.

Dom berjalan memasuki sebuah bangunan dua tingkat yang ditempatkan sebagai kawasan rawatan. Dari awal pintu masuk, ruangan itu dipenuhi para pesakit yang cedera.

Kekurangan katil dan fasiliti menyebabkan ada diantara mereka yang dirawat di atas lantai saja. Keadaan amat teruk pada pandangannya.

Kanak-kanak menangis, bauan darah mencucuk hidung, cadar dan selimut putih pesakit-pesakit tak lari dari warna merah darah sendiri.

Semuanya huru-hara..

Dom berjalan di tengah-tengah koridor diantara mereka. Mencari Aleena. Kerisauannya melampau, Dom kabut melihat-lihat sekeliling, mencari Aleena. Bimbang jika sesuatu berlaku pada gadisnya itu.

Ditambah lagi dengan kandungannya yang sudah hampir berginjak ke empat bulan makin membahayakan keselamatan Aleena dan anaknya jika sesuatu berlaku.

Kaunter ditujui,

"Aw want to find someone." seorang jururawat yang sedang menghubungi seseorang di telefon ditegurnya dingin.

"Just hold for a while Sir." dia memandang sekilas sebelum kembali berbicara di ganggang phone. Mengabaikan Dom.

"I don't have fucking while! Just find me a name!" ganggang di tangan wanita itu dirampas sebelum dihentak kuat di atas kaunter.

Suasana riuh tadi terus terdiam sebentar dengan kejadian tadi. Kesabaran Dom menipis, kolar pakaian putih itu ditariknya kuat sehingga terdorong ke kaunter. Si dia menjerit kesakitan dan ketakutan.

"Im-. I'm sorry Sir." gugup dia menjawab.

"Search a name for me. Aleena Humairah." bisiknya geram sebelum menolak kuat tubuh wanita itu menjauhinya.

Dengan tangan yang masih bergetar hebat, dia pula kalut menekan papan kekunci mencari nama.

Mata mereka bertentangan sebentar sebelum wanita itu menggeleng kesal.

"No one name Aleena registered here." dengar saja jawapan itu, Dom metengus kasar sebelum berpaling dan terus berjalan laju. Keluar dari bangunan itu.

Segala yang berlaku disekeliling tak diendahkan.

'I need to find her.. Why I can't find her? Urghhhh!!' rasa seperti mahu meraung saja memanggil Aleena tapi Dom tahu ianya sia-sia.

Dia perlu berusaha dengan lebih keras, lagi.. lagi.. dan lagi. Hilangnya wanita itu bagaikan hilangnya dirinya yang waras. Dia tak akan biarkan ianya berlaku.

Sedang dia berjalan keluar, seseorang menarik bahunya agak kuat dari belakang.

"Sir!!" Baru saja mahu ditumbuknya lelaki yang menganggu mood nya itu,

"Aleena!"

Tangannya terhenti daripada melayangkan tumbukan ke wajah tempatan itu.

"How did you know her?! Where is she?! Tell me this instance." leher baju si lelaki dicekak kuat sebelum ditolak ke dinding, menindihnya.

"Ahh!! Wait! Wait! Wait! I know where is she. Just let me go...ahh.." sakit dirasakan apabila Dom mula menarik bajunya dan menghentak dirinya semula ke dinding tanpa belas.

"Where is my wife?!" dibuat perbuatan yang sama lagi, tetapi lebih kuat membuatkan Jyeong berdesih kesakitan.

"Its hurt.. please.. ahhh.." cengkaman tangan Dom pada lehernya amat kuat hingga tangan itu tak mampu dia rungkaikan.

"Dom! Let go of him! Control yourself."

Zen hadir menyedarkan Dom. Belakang baju itu ditariknya perlahan dan tangan bertatoo itu cuba dirungkaikan dari mencekak dan menekan si lelaki di dinding.

Dom melepaskan pegangannya kasar, mencerlung memandang Jyeong tajam sambil memeluk tubuh.

Halkum lelaki itu naik turun apabila bertentangan dengan mata biru dingin di hadapannya. Tak keruan dibuatnya.

"Sir.. do you know Mrs. Mikhail? Aleena Humairah?" Zen bertanya sopan bagi pihak Dom.

"Yes.. I know Aleena. I saved her from being swept away before." Jyeong mula memberitahu kebenarannya kepada mereka berdua.

"How is she? She's fine, isn't she?" Zen agak lega melihatkan anggukan Jyeong apabila mengetahui Aleena baik-baik saja dan sudah dapat dijejak mereka.

"She's fine. It's just that we're separated because I moved here." mereka berbual-bual lenggang sebelum Dom mula mengamuk.

"Could you stop talking nonsense? Don't wasting my time!!." Dom menyampuk sebelum menumbuk kuat cermin kaca di pintu bersebelahannya hingga pecah.

Lelehan darah dari kekura tangannya tak dihiraukan.

Situasi tegang itu menggamamkan semua yang ada.

Dom berjalan rapat ke arah Jyeong dan berhenti betul-betul di hadapan lelaki itu. Hanya beberapa inci menjarakkan batang hidungnya dan hidung mancung Dom.

"You just need to answer me.. where. the. hell. is. she?" dingin suara itu bertanya.

'God.. is this your angel Aleena? What a demon..'

"Aleena is in.."

~~~~~~~~~~~~~~

"Aunty.. am hungry.." Andy mengadu kelaparan apabila dia sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Hanya dua keping roti saja yang mereka peroleh sejak ditinggalkan Jyeong pagi tadi.

Kepala diletakkan manja di atas ribaan Aleena sambil rambut lebat itu diusap wanita itu manja.

"Be patient Andy.. Right now, the food supply is not enough for everyone here. Hmm?" Aleena cuba memujuk Andy lagi.

Si kecil mengangguk lemah sebelum menguap perlahan.

"Sleepy? Let's go to our tent okay?" Andy didukungnya lembut menuju ke deretan khemah-khemah yang menjadi tempat penginapan ramai.

Walaupun tempat itu sesak dan agak riuh dengan semua orang yang ada, itu satu-satunya tempat berteduh mereka buat masa ini.

"Sleep well handsome.." Andy yang berbaring di sebelahnya dikucup ubun-ubun itu manja.

Si kecil tidur sambil memeluknya, dan tak lama selepas itu Aleena turut sama melelapkan mata akibat tubuh badan yang kian lemah.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Tangan diraba ke sebelah,

Kosong...

"Andy? Andy? Sweetie?" mata yang berpisat digosok perlahan. Sekeliling diperhati, mencari kelibat si kecil.

Dengan tubuh yang longlai, Aleena menggagahkan diri juga bangun mencari Andy.

"Andy... where are you kid? Andy.." Dia mencari di sekitar khemah dan kawasan lapangan di hadapan bangunan hospital.

Rasa bagai mahu menangis apabila mengenangkan Andy hilang dan dia akan tinggal keseorangan. Ditambah lagi, bagaimana jika berlaku apa-apa pada Andy?

Dia juga sudah mula menyayangi anak kecil itu.

Tidak..

'Andy mesti ada di sekitar sini..' dia mencari lagi tapi masih tidak dijumpai. Aleena teringatkan kawasan belakang bangunan.

Di situ dia masih belum mencuba, mungkin Andy di sana. Dalam kesamaran subuh, dia berjalan seorang diri ke bahagian belakang bangunan.

Terdapat cahaya samar-samar bagaikan api, menggusarkan Aleena tapi dia beranikan diri juga.

Diintainya dari hujung tembok dan di sana terdapat sekumpulan muda bergembira.. dengan makanan yang banyak, botol-botol soju dan bermain judi.

Bagaikan tiada apa-apa petaka yang melanda mereka semua sebelum ini.

Dia memerhati sekeliling, cuba mencari Andy dan dia di sana. Polos. Ditengah-tengah antara mereka, sedang enak menjamu selera.

"Andy-" Aleena menggumam perlahan dan tanpa sengaja, belakang tubuhnya terlanggar tong sampah di belakang. Menarik perhatian semua yang ada.

Salah seorang dari mereka menghampiri pantas dan tangan Aleena dipegangnya. Dia panik dengan pegangan kasar lelaki itu tapi Aleena cuba berlagak biasa.

Apa yang dibicarakan mereka langsung tak difahaminya. Lelaki itu mengheret Aleena ke arah rakan-rakannya, menghampiri Andy.

"Aunty!!" Dengan wajah comelnya, Andy memanggil Aleena manja.

"Sweetie.. why you left me? I'm so worried about you. Are you okay dear? Let me see.." dibelek tubuh Andy tapi jelas yang kanak-kanak itu tidak apa-apa, dia baik-baik saja. Malahan Andy kelihatan gembira apabila bersama mereka tadi.

Andy mengangguk dengan senyuman.

"Let's back to the camp." Tak pedulikan semua di sekeliling, tangan Andy ditariknya mahu beredar tapi salah seorang lelaki tempatan berbadan sedikit gempal menyekat laluannya.

Senyumannya.. penuh makna.

"Excuse me Sir! I need to go!" Aleena mengelak dan cuba ke tepi tapi dihalang seorang lagi lelaki.

Mereka berkata sesuatu padanya dan diiringi ketawa sesama sendiri. Aleena tak memahaminya tapi dia yakin...

'Am I in trouble again..?'

Andy ditariknya merapati sebelum berkata tegas,

"What do you want? Just let us go!" hampa.. kata-katanya hanya bagaikan lawak bagi mereka.

Aleen menapak ke belakang beberapa langkah, menjauhi mereka.

Senyuman 'sesuatu' tersungging di setiap wajah mabuk itu. Aleena buntu, dia memandang sekeliling mencari jalan keluar dan terdapat satu lorong gelap kelihatan.

Tapi dia tak tahu samada itu jalan mati atau sebaliknya. Urghhhh...

Tak semena-mena, salah seorang antara mereka menarik Andy kuat hingga terseret budak itu apabila Aleena menghalang.

"Aunty!! Aunty..! Help me. Ahhh.." tangisan Andy mula bergema kuat memenuhi kesunyian malam.

"Let go of him! Please.. what we do to you?" Aleena cuba bergelut ingin mengambil Andy dari dukungan seorang lelaki tapi dirinya ditarik dari belakang dan dipeluk seorang lagi lelaki Korean lewat 20an yang berbau arak.

Yuks.

"Apa yang-. Tolonglah jangan! Please..am begging you, what are you doing? Dont!!" dalam ketidakrelaan, lengan bajunya direntap kasar memperlihatkan kulitnya yang gebu.

Bahagian bahu.. kain..

Sehingga koyak-rabak bajunya diperlakukan binatang-binatang di sekeliling.

Setiap kali selepas saja mereka mengoyak pakaian pada tubuhnya, ketawa dan sorakan mereka makin kuat bagaikan meraikan keadaannya.

Aleena terduduk di tengah-tengah. Pandangan sayunya dibuang pada Andy yang menangis meminta Aleena dilepaskan sambil dipegang seorang lelaki kurus.

[Translated in Malay]

"Tengoklah tu.. kesiannya si cantik ni. Apa kata kau layan kami semua sekali dan kami akan bebaskan kau dan budak tu. Macam mana?"

Dagu Aleena yang menunduk diangkatnya melihat wajah kemerahan itu dalam kesamaran cahaya api yang dibakar di dalam tong di tengah-tengah antara mereka.

Merapati, mahu mengucup bibirnya..

"Don't touch me! You're disguise!" ujar Aleena geram sebelum ditampar wajah lelaki itu.

Kekuatannya tidaklah sekuat mana tapi masih kesakitan masih bersisa di wajah lelaki itu.

Si dia ketawa sebentar, tak percaya bahawa.dia baru ditolak dan ditampar wanita di hadapannya kini, sebelum berdiri sambil mencekak pinggang menatap Aleena di bawah.

"Tunggu apa lagi?! Balaslah!"

"Pukul je perempuan tu!"

"Jangan bagi dia belas kasihan!"

Suara rakan-rakannya di sekeliling bagaikan mencurah petrol ke bara api.

"Okay. Kau tak kenal lagi aku siapa. Mungkin kau akan belajar cara hormatkan aku lepas ni."

Baru saja Aleena mendongak memandangnya, dia tersembam ke tanah.

Kepalanya dirasakan berpinar yang amat. Perit.. sakit..

Sekuat hati, si dia telah menampar Aleena. Bibir wanita itu pecah, berdarah..

Segala yang berlaku disekeliling tak dapat Aleena tangkap, telinganya berdesing, tak dapat memfokus dan pandangannya kabur, berpinar.

"Lagi!! Lagi!! Lagi!!" Bagaikan dirasuk syaitan, semua rakan-rakan lelaki itu bersorak untuknya lagi untuk menyakiti Aleena.

Si dia berjalan perlahan mengelilingi Aleena sambil menggalakkan lagi rakan-rakan di sekeliling bersorak untuknya.

Dasar dayus.. sial.. tak guna..

"Hahaha.. hey si cantik, kau ada apa-apa permintaan terakhir? Atau kau nak jumpa sesiapa sebelum aku tamatkan hidup kau?"

Dengan kasar, rambut hitam Aleena ditariknya ke atas agar wanita itu mendongak menatapnya.

Jelas Aleena menangis tanpa suara dengan hujung bibirnya yang pecah. Bahagian kanan pipi gadis itu juga jelas kemerahan dan membengkak.

"Aunty!! Stop hurting her! Please!" Suara kecil Andy tiada yang mengendahkan. Hanya kedengaran sayup-sayup pada pendengaran Aleena.

"Mika.."

"Kau sebut apa sayang?" si dia bertanya dengan senyuman mengejek.

Aleena menggeleng sambil menangis. Kedua tangan dibawa naik menahan tangan yang mencekak kuat rambutnya.

Wanita itu mengguman sesuatu yang tak difahami si dia.

"Hoi! Kau kata apa bodoh?!" kepala itu digoncangkan kuat membuatkan Aleena menyeringai kesakitan berbaur esak tangisnya.

"I want him. Mika.."

"Apa?"

"Mika!! Please honey! Where are you?! I need you! WE need you!" sekuat hati, dia menjerit memanggil seseorang.

Lelaki tadi memandang pelik ke arah rakan-rakannya yang lain sebelum..

Seseorang muncul menyeret sebatang kayu besbol bertatah paku dari lorong gelap yang dilihat Aleena tadi.

'Go to hell.. all of you.'

Share this novel

de rose
2020-08-19 22:42:44 

please update cpt fatin


NovelPlus Premium

The best ads free experience