Rate

Bab 4. Semakin Rapat.

Drama Completed 195524

   Pulang saja dari perjalanan ke pekan. Anas meminta maaf atas kecuaian yang telah terjadi semasa dalam perjalanan pergi, mengenai kemalangan kecil yang melibatkan Darisa. Resah si ibu melihat keadaan anaknya, mujurlah anaknya berada di dalam keadaan baik-baik saja. Hal itu disampaikan pula kepada keluarga Anas. Kecoh kedua Abi dan Uminya menerima berita kemalangan itu.

    “Anas, tahukan yang Darisa tu takut dengan kemalangan? Kenapa Anas cuai, sampai jadi macam ni?” soal Amran.

    “Abang, nama pun kemalangan kan. Benda nak jadi, dah tak boleh nak elak,” Hayati menyampuk pertanyaan suaminya. Anak lelaki sulungnya yang sedang berdiri di hadapannya dibela.

    “Tahulah, abang ni bukannya apa. Dibuatnya Darisa tu tertekan dan teringatkan kemalangan sebelum ni dengan arwah, serba salah abang ni. Sebab kita, Arwah terkoban. Kamu lupa ke?” Amran melihat isteri dan anaknya.

    “Abi, Anas tak lupa. Sebab tu Anas akan bertanggungjawab. Kalaulah hal ni buat Risa tertekan. Anas akan bawa Risa ke hospital esok.”

    “Bukan setakat bertanggungjawab macam tu saja. Anas cakap senang lah, kalau jadi apa-apa dengan Risa. Kamu nak tanggung? Buatnya dia fobia sampai dia histeria puncanya dari kamu tu, macam mana. Tahu tak apa akan jadi dengan ibu Darisa? Abi dah pesan banyak kali sebelum ni. Tapi kamu degil Anas.” Kali ini Amran marah besar dengan anaknya. Peristiwa dulu, mula diungkit lagi. 

    “Anas akan terima semuanya abi, Anas akan jaga Risa dan ibu sekali. Itukan janji Anas.” Tekad Anas.   

    “Jangan sekadar berjanji Anas, janji bukan sekadar lafaz di mulut. Abi ajar Anas tak macam anak abi yang lain sebab Anas anak sulung abi. Janji akan ikat Anas sampai Anas lunaskan janji Anas. Tanpa ayah Darisa, mungkin kita tak hidup sampai sekarang ni. Anas kena faham betapa besar pertolongan arwah ayah Risa pada keluarga kita. Hadam kata-kata abi ni, Anas.” Amran lemas sendiri di dalam bicaranya, dia duduk di sofa dan bernafas dengan kasar.

    Annur yang ada di sebalik dinding mengintai abinya yang marah tadi terus duduk terdiam. Air mata jatuh bercucuran di pipi mengenangkan peristiwa hitam itu. Kemalangan yang merangut nyawa insan yang membantu mereka. 

    Di malam yang kelam hanya ayah Darisa yang sedia membantu saat kenderaan mereka yang tiba-tiba terbakar. Seorang demi seorang ahli keluarganya di keluarkan dari kenderaan, sampaikan ayah Darisa pula menjadi mangsa kerana kenderaan mereka tiba-tiba meletup saat mengeluarkan abinya. Demi membalas jasa dari pertolongan besar itu, mereka sekeluarga membantu keluarga Darisa sebaik mungkin, agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh Darisa dan ibunya.

    Anas masuk ke dalam dan berpapasan dengan Annur, kedua-dua mereka saling bisu dan tak menyapa. Manakala Aniq yang tak mengerti apa-apa sekadar melihat tanpa menyampuk. Dia berpaling melihat kepada abinya yang sedang meraup wajah dan dipujuk uminya. Sedikit pun dia tak mengerti apa yang orang dewasa di dalam rumah itu bincangkan. Tapi yang dia tahu ini adalah hal berkaitan dengan kak Darisa. Mungkin penyakit kak Darisa yang bertumbuh tanduk itu semakin parah. Jadi mereka semua sedang risau dan bersedih.

    Seperti yang dijanjikan, Anas ke rumah Darisa di hari yang berikutnya. Bukan sekadar nak belajar bersama semata-mata. Tujuan utamanya adalah untuk melihat keadaan Darisa. Bengkak di dahi mulai surut dan hanya berbekas lebam.

    “Dahi Risa dah baik,” ucap Darisa bila Anas asyik memerhatikan dahinya sejak datang tadi.

    “Abang nampak tu, dah surut. Tapi sakit lagi tak?” soal Anas.

    “Tak lah, tak sakit dah. Rasanya dah baik betul ni. Tinggal bekas je ni. esok-esok hilanglah ni. Nur mana? Tak datang dengan abang?” Darisa mengalih topik perbualan mereka.

    “Tak, dia tak datang, sakit perut katanya. Tapi abang yakin, tu semua alasan dia. Ni abang ada bawa buku abang untuk Risa. Ambillah.” Anas menyuakan dua buah buku yang dari tadi dipegangnya.

    Darisa menerima buku rujukan itu dengan berbesar hati. Helaian demi helaian dibuka olehnya. “Cantik tulisan abang, siap ada note lagi.” puji Darisa setelah melihat tulisan Anas di setiap helaian yang ada. Tersegih dia sendiri, kerana dia pun tak belajar setekun Anas. Setiap nota penting dan juga  huraian ditulis dengan kemas.

    “Buku ni? Abang beli, susah Risa nak pinjam buku ni di library, kerap dipinjam orang. Tak sangka abang ada buku ni.” ucap Darisa dengan rasa senang hati tak sangka buku yang selama ini dicari sudah berada di tangannya.

    “Ya, buku ini cetakkan terakhir. Keluaran baru tak berapa detail dan susah nak faham. Jadi abang beli buku ni dari senior abang yang sebelum ni. Rezeki Risa pula dapat sambung baca buku ni.” Anas ikut senang, melihat senyuman Darisa. Senyuman yang sungguh manis dengan kelopak mata yang hampir tertutup.

    “Jadi, kita belajar dulu?” soal Anas selepas berdehem beberapa kali. 

    “Masuklah abang, lupa pula Risa nak ajak abang masuk.” Darisa mempelawa Anas masuk ke dalam rumah.

    “Ya, Assalamualaikum.” Anas melangkah masuk ke dalam. Dari muka pintu, dia sudah melihat ibu Darisa yang sedang membuat kuih di satu-satunya meja makan yang ada di ruangan itu. 

    “Waalaikumsalam, Anas masuklah.” Pelawa Dara.

    “Anas tak ganggu ibu kan?” soal Anas, lalu menghampiri Dara.

    “Mana ada ganggu, Anas dah datang ajarkan Risa. Ibu yang patut tanya soalan tu ke Anas. Ibu takut Risa yang ganggu Anas nak belajar nanti. Anas kan nak SPM…” Dara meninggalkan kerjanya dan membasuh tangan.

    “Tak lah ibu, boleh belajar sama-sama dengan Risa nanti.” Balas Anas.

    “Nur tak datang sama?” soal Dara. 

    “Abang…” Darisa keluar dari biliknya dengan membawa bukunya.

    “Pergilah belajar dulu,” Dara memintas, sampaikan Anas tak sempat nak menjawab.

    “Baiklah ibu, kami belajar dulu.” Anas melangkah keluar dari ruangan itu.

    “Kita belajar di ruang tamu boleh kan?” tanya Darisa.

    “Boleh saja di mana-mana, abang okay saja.” Jawab Anas santai.

    Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat, Dara membawa dulang di tangannya lalu berjalan keluar. Pandangannya terarah ke pohon rambutan yang tua yang tak berbuah, di situlah anak-anak muda itu sedang berlajar bersama. Riuh bunyinya walaupun hanya bertiga. 

    “Ibu rasa, macam kamu semua kecil-kecil dulu. Selalu bermain bertiga. Lari-lari di laman rumah ibu…” Dara menyapa mereka.

    Anas turun dari pelantar dan menyambut dulang yang dibawa oleh Dara. “Tak ada apa yang berubah ibu, kami tetap sama.” balas Anas.

    “Ya ibu, kami akan berkawan sampai bila-bila.” Darisa bersuara. Lalu memegang tangan Annur.

    “Berkawan sampai bila-bila? Tapi Nur lagi suka kalau Risa jadi ahli keluarga kami. Jadiii… kakak ipar Nur.” Usik Annur lalu melagakan bahunya dengan Darisa.  “Alah, malu- malu pula… tengok muka abang pun dah merah.” Usik Annur lagi.

    Anas yang sedang melihat pada dua gadis itu tersentak. Dulang yang ada di tangan segera diletakkan di atas pelantar sebelum semuanya tercurah ke tanah.

    “Tengok kan Nur dah kata, abang dah malu. Suka lah tu.” tak henti Annur mengusik abangnya.

    “Nur, esok tak payah datang. Bukannya nak belajar.” Tegur Anas dengan tegas.

    “Belajarlah dulu, ibu nak masuk dulu.” Senyum lebar Dara melihat wajah Anas yang putih itu bertukar merah. Manakala anaknya pula yang duduk bersila itu terus menunduk tanpa berani mengangkat wajahnya. Perlahan-lahan langkah diaturkan menuju ke pintu rumahnya.

    Dara tak terus masuk ke dalam rumahnya, pelantar yang ada di depan rumahnya menjadi tempat singgahannya. Anak muda yang sedang saling mengusik diperhatikan dari jauh dengan senyuman yang terukir di wajah.

    “Anas tu baik orangnya. Kalau dia jodoh yang sesuai buat Risa, betapa beruntungnya.” Asyik dia melihat mereka bertiga sampaikan terbayang kenangan dahulu semasa arwah suaminya masih ada. Setiap kenangan itu disimpan rapi di dalam mindanya. Langsung tak berubah suasana rumahnya. Masih sama juga seperti dahulu, rindu kepada suaminya yang tak berkesudahan sampai bila-bila.

    “Ibu, kami dah nak balik.” Jeritan Annur memecah angan Dara. Dia kembali tersedar lalu melihat pada ketiga-tiga mereka. Annur melompat turun dari pelantar dan berlari kaki ayam mendapatkan seliparnya yang dilempar oleh Anas.

    “Abang jahat!” jerit Annur. “Ibu tengok abang ni, kalau kasut Nur jatuh dalam tali air tadi macam mana? Abang nak dukung Nur sampai ke rumah ke?” ugut Annur lalu menyarung kan seliparnya di kaki.

    “Tak da masa abang nak dukung Nur, anak gajah pun tak berat macam Nur tau.” Annur menghampiri Anas dan memukul abangnya. 

    Adakah patut dia disamakan dengan anak gajah? Tapi lain yang jadinya. Anas yang dipukul Annur mengelak dan bertembung pula dengan Darisa yang sedang turun dari pelantar yang hampir jatuh kerana pergaduhan mereka berdua.

    “Risa!” pantas Anas menangkap Darisa dengan menarik tangan Darisa dari jatuh.

    “Aduh, sakit!” adu Annur yang terjatuh ke tanah sebagai gantinya.

    Anas cepat-cepat membawa Darisa turun ke bawah dengan selamat barulah dia melepaskan tangan mereka. 

    “Abang, kenapa tolak Nur. Lepas tu boleh pula biar Nur jatuh macam ni. Risa pula yang abang sambut. Ibuuu!” Annur merengek lalu menunjuk pada Dara yang sedang berdiri menyarungkan kasut di muka pintu.

    “Nur, kenapa ni… Allah, anak ibu. Anas ni kalau nak bergurau, jangan kasar-kasar sangat dengan adik. Nur ni perempuan, ni kalau terjadi apa-apa kan susah. Marah umi dengan abi kamu nanti.” Tengur  Dara, Annur dibantunya dan diangkatnya agar bangun dari terus duduk di atas tanah.

    “Nur ni ibu, dia yang mulakan. Kalau tak, tak jadi macam ni. Tulah, nak buat jahat lagi, alih-alih sendiri yang kena. Tuhan nak balas tu tak tunggu esok. Dia balas waktu tu juga.”  

    “Sudah lah tu, adik beradik jangan bergaduh-gaduh.” Dara menepuk bahu Annur dan juga mengelus wajahnya yang sedang masam mencuka. “ Senyumlah Nur, jangan masam-masam macam ni, tak cantik dah anak ibu. Senyum.” Suruh Dara. 

    Perlahan lahan Annur mula tersenyum dan memeluk Dara dengan erat. Kasihnya tak ada bezanya dengan umi yang melahirkannya ke dunia dan Dara pula adalah insan yang membesarkannya dengan penuh dengan kasih sayang.

    “Dah petang ni ibu, Anas nak balik. Nanti umi cari pula. rasanya ibu dah balik kerja dah, waktu-waktu macam ni.” Anas mengutip buku yang ada di pelantar.

    “Abang, tinggalkan buku Risa, nanti Risa ambil…” namun Anas tak mendengar kata Darisa dia terus mengutip dan mengambil semua buku. Buku-buku dan alat tulis semuanya dibawa ke pelantar yang ada di rumah. Baranga Darisa ditinggalkan di sana.

    “Abang letak buku Risa di sana,” tunjuk Anas.  “Esok mungkin abang tak mengajar tau. Lagi seminggu dah nak exam, abang nak study. Nanti Risa study dengan Nur saja ya.” Anas mengangkat dagunya ke arah Annur yang sedang bermanja-manja dengan Dara.

    “Ya lah, abang dah nak exam. Patutnya kita dah lama hentikan study group ni.”

    “Kan abang dah cakap tak apa. Okaylah, abang nak balik dulu. Assalamualaikum ibu.” Ucap Anas, lalu berjalan ke motosikalnya.

    “Waalaikumsalam,” jawab Dara dan juga Darisa.

    “Ibu, tengok abang tu,”  bentak Annur, bila Anas berniat mahu meninggalkannya.

    “Pergi cepat kerjar abang tu. Lambat abang kamu tinggal nanti.” Usik Dara. Berlari Annur mengejar abangnya yang semakin menjauh.

    “Bye, ibu… Risa. Kita jumpa di sekolah nanti.” Annur melambai dari atas motorsikal. Setelah dia sempat mengejar abangnya dan memanjat naik ke atas motosikal.

    Darisa mengangkat tangannya lalu melambai kepada Annur  “Kita jumpa esok.” balasnya

    Dara sekadar melihat dan terus tersenyum. 

    “Kenapa ibu senyum-senyum tu?” 

    “Ibu senyum lihat menantu ibu,” usik Dara.

    “Alah ibu ni.” malu Darisa diusik ibunya.

    Setelah Anas selesai ujian SPM, sepanjang cutinya diisi dengan melakukan kerja sambilan bersama dengan Annur dan juga Darisa di pekan di sebuah pasaraya yang sama. Mereka bertiga bagaikan tak dapat dipisahkan lagi. Ke mana saja selalu bertiga.

    “Risa, kau suka dengan abang Anas?” soal Annur yang sama-sama sedang menyusun barang di rak.

    “Kenapa Nur tanya macam tu?” terhenti tangan yang sedang menyusun barangan tersebut.

    “Taklah, aku tanya lah. Tak boleh ke?”

    “Bukan tak boleh, tapi soalan tu. Macam mana Risa nak jawab, bukannya abang Anas sukakan Risa.” Darisa berpaling dan memberikan senyumannya. Tangannya kembali ligat menyusun barangan di rak seperti tadi. Isi di kotak mula reda dan hampir kosong.

    “Kau ni. Main tarik tali pula. Abang aku suka kau Risa, hari tu aku masuk bilik dia nak pinjam buku. Tau apa yang aku nampak?” soal Annur yang penuh dengan teka teki.

    “Sapu tangan kau. Ada di atas meja abang!”   

    “Sapu tangan saja lah, bukan ada maksud apa pun. Kau ni.” Darisa ketawa kecil. “ Ya,ya je kau kata tu sapu tangan Risa, entah-entah tu sapu tangan orang lain.” Sambung Darisa.

    Mulut Annur berdecak tak puas hati “Taklah. Aku kenal sapu tangan kau tu, warna putih dan ada sulaman bunga melur, kau ni mana boleh aku tak kenal. Tu kan sulaman pertama kau. Mestilah aku ingat. Bff sendiri merangkap bakal jadi saudara ipar kot.” Kali ini Annur ketawa, kuat sampaikan ada pelanggan yang di barisan bertentangan melihat kepada mereka.

    “Shh.. orang tengok tu, kalau abang Anas dengar malu lah Risa. Shhh…”

    “Tau pun malu, orang cakap malu tu tandanya suka kan.” Usik Annur.

    “Macam-macamlah kau ni Nur, Risa nak buat kerja ni. Janganlah kacau, nanti pak Ali marah nanti.” Ugut Darisa, kali ini Darisa mempercepatkan susunannya dan berpaling ke tempat yang agak jauh dari Annur yang asyik menganggunya.

    “Risa,” Anas muncul di sebalik rak sana.

    “Abang? kenapa abang ada di sini, bukannya abang jaga kaunter?” soal Darisa.

    “Abang nak ajak Risa makan. Risa makan dengan abang, abang ganti Wadi. Nur nanti makan dengan Kak Adah.” Anas menjelaskan situasi jadual yang ditukar kerana kekurangan seorang kakitangan mereka pada hari itu.

    “Kita makan sekarang?” soal Darisa, sambil merenung jam di tangannya.

    “Ha’ah makan sekarang. Nanti Nur dengan Kak Adah pula.” jawab Anas.

    “Marilah, nanti lambat pula.” Darisa membawa kotak yang masih terisi barang ke sebelah tepi agar tak mengganggu pelanggan yang akan mengambil barang nanti.

    “Good luck abang.” usik Annur. Anas menarik muka buat adiknya.

    Darisa menunggu Anas di depan pintu masuk pasaraya.

    “Kita nak makan di mana?” mereka serentak bertanyakan soalan yang sama.

    “Makan nasi ayam?” sekali lagi soalan itu saling sama-sama di soal serentak oleh mereka.

    “Okay nampaknya kita dah sepakat, kita makan nasi ayam.” Anas menunjuk ke arah medan selera yang ada di seberang jalan.

    “Ya, lah abang.” Darisa mengangguk-angguk dan ketawa kecil.

    Berjalan lah mereka berdua saling beriringan melintas jalan untuk ke seberang sana. Di dalam medan selera penuh sesak dengan orang ramai yang turut keluar untuk makan tengahari.

    “Sana saja, Risa.” Anas menunjuk ke arah satu meja yang dibuka tambahan khas untuk dua orang.

    “Boleh lah, lagipun dah penuh semuanya.” Tiada pilihan, melainkan perlu menunggu pelanggan lain untuk beredar selepas selesai makan. Lebih baik memilih tempat duduk yang kosong, memandangkan waktu rehat mereka juga terhad.

    “Abang order dulu, macam biasa kan? Air sirap limau? Soal Anas.

    Darisa menggangguk buat Anas. Terukir senyuman di wajah Anas saat  melihat Darisa mengangguk. Sesuai pilihannya, setiap kegemaran Darisa sudah tercatat di mindanya. Sampaikan dia sendiri turut mengikut menu pilihan Darisa tanpa dia sedar. 

    Sehati sejiwa? Anas tersengih sendiri sambil berjalan melintasi orang ramai yang sedang menjamu selera. Selepas selesai membuat pesanan dia kembali ke meja dan melihat Darisa sedang melihat padanya. Makan berdua? Ini benar mimpi di siang hari. Tapi itulah kenyataan. Terasa singkat waktu rehatnya hari itu. Sampaikan dia terpaksa terkejar-kejar untuk ke surau pula selepas itu. Sungguh Darisa buat dirinya angau.

Assalamualaikum hai sahabat maya yang disayangi semua... Cengkaman bersiaran lagi.. Tqtqtq yang sudi menanti.. Novel waney lock chapter... Mohon support dari anda semua, sepanjang menulis cengkaman cinta.. Tqtqtqtq juga bg pembaca yng sudi beli ncoins untk buka chapter dari karya2 penulis eksklusif di NovelPlus.. Tqtqtq.. Sayang u all semua.. (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience